Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Tuesday, September 26, 2017

TTC 2017. Startok!!! (Read: japanese style 😂)

Alhamdulillah.. 

Lepas balik dr bermusafir di negara matahati terbit, kami mula melangkah satu kaki ke arah ttc. Kene tekad mulakan, kalau xmula mmg sampai bile2 la aisyah x dpt adik nnt 😂

Sebelum bercuti tu eda ape call LPPKN utk sahkan samada eda masih boleh buat treatment di LPPKN atau tidak. Alhamdulillah, masih boleh. Jd lega skit kepala kami, sbb nk simpan budget utk treatment dan cerclage if berjaya pregnant nnt. Haaa kau, jauh x kami punya perancangan budget famili. Hehe.. 

1st treatment 

3 ogos 2017
-cik P datang tanpa di duga. Dtg dgn byk plk tu time kami di jepun. Mngkn sbb byk jalan kat sane, tu yg dtg byk tu huhu.. Alhamdulillah, xpelu nk g klinik amik ubat turun darah 😅

11 ogos 2017
- hari ke 4 period eda call LPPKN utk konpemkan betul ke masih boleh buat treatment di sana. Alhamdulillah. Masih boleb memandangkan aisyah dh umur 2 tahun. So appoinmnt dibuat pada period ke 8 (11/8) utk HSG. Ekceli eda yg request hsg sbb ikut history yg dlu, buat treatment byk kali masih tak berjaya. Lepas HSG, baru berjaya lekat arwah adam adib dan juga anak dara solehah ni Aisyah 😊

So bulan 8 ni, just buat HSG shj. Apa tuh HSG? Secara kasar ia adalah xray dibahagian rahim kita. Cecair pewarna akan dimasukkan ke rahim, dan di xray utk lihat samada pewarna tersebut sampai ke hujung iaitu di bahagian ovari atau tidak. Kalau xray menunjukkan pewarna tersekat dimana2 laluan sebelum sampai ovari, maknanya ade blockage/halangan la tu. Kalau ikut pembacaan eda dlm internet, pewarna ni boleh jadi salah satu penyubur rahim. Selain daripada ia akan flush abis semua sampah2 dlm tiub kite masa disembur, ia juga membantu proses perlekatan embrio. Wallahualam.. 

Treatment seterusnya akan disambung bulan Sept. 

To be continued 😎

2nd Treatment

24 September 2017
Cik P dah menonjolkan diri. Punya la lambat die nk dtg. Nebes makcik takut lari jadual 😂

Jadi treatment yg akan dibuat:
- Clomid CD3-CD7
- Injection CD4, CD6, CD8, CD10
- CD15 buat tvs utk tgk perkembangan telur. Nampaknya bdn den ni mmg jenis keluar telu satu je walopun dh bg ubat hormon 😂 agak besar saiz telur doc ckp dlm ukuran 25. Tebal rahim eda pun dlm 11. Kire cun dh doctr kate 😍 alhamdulillah.. Eda masih amalkan petua ade kakak dlu eda jumpa time buat treatment. Die ckp mkn esp shaklee inshaAllah telur jd besar cantik, dinding rahim pun cantik terbentuk. Eda mula amalkan masa pregnant arwah adam dan adib.. Lepas tu aisyah, dan skrg. Betul2 membantu..

Doakan moga dipermudahkan usaha kami kali ni. Aminn..

CD30 jatuh hari eda convo. Cuak kejap sbb time2 genting kene travel ke KL pulek 😥

Update: 23 Oktober 2017. Day 30 Alhamdulillah upt test positif. Aisyah akan jd kakak nnt. Yeay 😍 Alhamdulillah..

Memandangkan appoinment dgn hosp columbia 6 nov nnt, so terkumpul la upt test ni 😂 en.somi la asyik suruh test. Hehe.. Risau kot sbb skrg dlm fasa wean off aisyah. Bile mlm2 anak dara ni tanpa sedar ngempeng 🤣 huhuhu

Atas skali 1st time test CD 30
Tengah2 test masa CD31
Bawah skali CD34

0 comments:

Post a Comment