Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Saturday, May 29, 2010

Tahniah Kak Ru ^_^

29 Mei 2010...

Saya ke Banting bersama rombongan labmate y lain..3 kereta (eda, papa farah n bear2).. Perjalanan pergi Alhamdulillah..Tapi mmg agak pening la ikut penunjuk arah kami ke kiri kanan tanpa lampu signal..Kire bersyukur la dpt smpi ke umah kak Ru.kui3x.....



Lepas p umah kak ru, eda n ash bertolak ke Seremban. Sebab anak buah eda kahwin n ash pn sama gak spupu die khwn...

Sebelum sampi ke destinasi utama kami singgah kejap ke por dickson..konon nk survey la tmp camping nnt..(klu jd..Y_Y huhu) ermm..... best jalan2 amik angin..smpt la posing sana sini ngan ash..hehe...






p/s: Ayu tak berbaju kurung d epi pantai..hehe ^_^

Wednesday, May 26, 2010

Ubatan Moden vs Tradisional??

Alhamdulillah..

Semalam dah berakhir. Sangat berdebar2 sebab byk bende dalam list nk buat..huhu. Pagi2 sudah terkejar ke Seminar BioTeknologi anjuran Merck di UPM. Disebabkan bertindih dengan conference anjuran MOSTI y bermula dari ari isnin lepas, so sebelah petang terpaksa berkejar ke PWTC pule.. T_T. Alhamdulillah, bersyukur dapat supervisor y sangat memahami, Dr. Jm bantu turunkan poster eda terlebih dahulu..thank you Dr.J jasamu dikenang ^_^ Input y eda dapat dalam seminar dan conference kali ini kurang berbanding conference y eda hadiri di Pahang anjuran UMP. Mungkin bidang kali ini terlalu luas dan tidak spesifik kpd natural product seperti di Pahang dahulu. Apa2 pun syukur alhamdulillah. Sedikit sebanyak seda dapat pengetahuan ttg perkara lain. Seronok..!!! Tgk bidang lain kdg2 bagi kite idea utk perkara lain. Kadang2 terfikir blh amik sikit klu nak further studi..hehe.InsyaAllah dimurahkan rezeki..


Ada aPa dEngAn BiOteKnoloGi????

Byk cabang sebenarnye bidang ni. Kite boleh fokus kepada tiga bidang utama yaitu:
1. Bioteknologi dalam pertanian
2. bioteknologi Penjagaan kesihatan
3. bioteknologi industri .

Bidang ini y kite nmp makin membangun dan berkembang malah sedikit sebanyak membantu pemulihan eko negara kite. Bidang ini memerlukan penyelidik yang berfikir dengan lebih Inovatif. Kepentingan inovasi dalam meningkatkan pertumbuan ekonomi negara telah diterapkan dalam pembentanagn bajet 2010 selaras dengan dasar kementerian sains , teknologi Dan inovasi (mosti) iaitu untuk menjuarai Penyelidikan saintifik dan menganjak inovasi ke arah pertumbuhan negara yang cemerlang .

Pelbagai profesion dalam industri bioteknologi merangkumi penyelidikan , pengusahaan , tenaga pengajar , harta intelek , pemasaran dan sebagainya terus menerima permintaan tinggi dari aspek modal insan. Melalui penyelidikan biotek,ia dapat meningkatkan kualiti hidup manusia dari pelbagai aspek seperti Perubatan , pemakanan , persekitaran dan
Kesejahteraan secara amnya.

Salah satu hasil dari penyelidikan biotek adalah bidang "natural product" which is yang eda ceburi sekarang. Research ini berkaitan bagaimana kita cuba mencari potensi2 y terdapat di dalam sesuatu tumbuhan untuk dijadikan sebagai ubat dalam merawat penyakit. Sebab utama bidang ini diwujudkan d sbb kn ubatan2 y ada di pasaran kini byk kesan sampingan dia. Bagi y dh biasa mkn pasti tahu akan kesan2 die. Malah WHO (World Health Organization) juga menyatakan mmg kita perlu kepada rawatan alternatif aspecially from natural coz mmg kurang kesan sampingan dia.. Wallahualam...Contohnya bg penyakit diabetes ( kencing manis), ubat y ada skrg (dari penyelidikan y eda buat skrg) mmg bagus dpt kurangkn paras gula dalam darah tp dlm ms y sm akn mnyebabkan kerosakan pd buah pinggang dan boleh menyebabkan sakit jantung. Kalau di banding dengan tumbuhan y eda gunakan (jenisnya biarlah menjadi rahsia ^_^) mmg kurang kesannya pada organ lain. Sebab kenapa masih di dalam proses mengenalpasti..hehe.. Jadi ubatan dari tumbahan ini boleh dijadikan sbg alternative treatment kpd penyakit..

Kebiasaan kite dengar org2 tua/kg yang amalkan pemakanan tumbuhan which is sbg ulaman. Sama juga dgn bidang ini.. Kite tidak hanya lihat hasil die malah kite cube lihat bagaimana dan apa y menyebabkan ia berhasil. Kite tgk apa kesan dia pada jangka masa panjang (lihat ketoksikan die). Caranya adalah cuba extract tumbuhan ini dan lihat setiap compound (sebatian kimia) y terdapat di dalamnya dan di uji untuk test2 tertentu mengikut penyakit. Compound terpilih baru kite lihat struktur dan tentukan apa die.. Eeermmm nmp mudahkan, tp sbenarnya tidak spt itu.. Bak kate org2 tua, indah khabar dari ghope sbnor..hehe.. Oleh itu, eda mnyarankan marilah kite cuba2 / blajor2 ler mkn ulaman.. Byk paedah die pd kshtn kite. Tp jgn g mkn sume pokok plak ada plak y mati katak..hehe..tak semua tumbuhan elok utk di mkn bergantung pd compound y die ada.. Tp buahan mmg bagus aspecially di bahagian tepi tembikai yang putih tu (kite sllu mkn y merah n kuning tgh sbb manis kn) even keras tp KAYA dgn flavonoid ( kaya ngn antioxidant).. Sememangnya tumbuh-tumbuhan yang dianugerahkan oleh Allah mempunyai nilaian yang tidak terhingga. Siapa sangka tumbuhan sebagai sumber kegunaan dalam makanan harian kita mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan diri yang mana kita sendiri kurang menyedarinya.

Berikut eda ade list la skit pokok elok utk kesihatan:
Blh je cr dlm internet..hehe

  1. KUNYIT (Curcuma domestica) kunyit yang liar yang kebanyakannya digunakan sebagai bahan ubatan tradisional. Antaranya ialah temu pauh (Curcuma mangga); temu emas (Curcuma zeodoria); temu putih (Curcuma auriantica); temu hitam (Curcuma aerugtinosa); dan temu lawas atau temu lawak (Curcuma xanthorthiza). Untuk mengubati penyakit hati dan demam kuning. Ia juga merupakan ramuan dalam jamu untuk menyembuhkan demam, sembelit, melancarkan aliran darah, meransang pengeluaran air hempedu, ubat asma, dan sakit perut..Minyak temu ini digunakan sebagai anti-inflamateri. Perahan air temu lawak juga dapat merangsang pembentukan susu bagi ibu-ibu yang bersalin.
  2. Halia adalah sejenis tanaman purba. Zingiber ertinya sesuatu yang berbentuk tanduk, ini mungkin ada kaitan dengan bentuk rizom atau umbisinya. Rizom halia mengandungi 0.8 hingga 3.3 peratus pati minyak dan lebih kurang 3 peratus oleoresin. Kuantiti ini bergantung kepada klon dan juga umur semasa dituai. Selain daripada itu, terdapat juga zat-zat makanan lain seperti vitamin A, B dan C; lemak; protein; asid organik; oleoresin minyak meruap seperti zingeron, zinzerol, zingeberal, zingiberin, borneol, seniol dan feladren. Secara tradisional halia banyak digunakan untuk menyembuhkan beberapa jenis penyakit seperti kurang nafsu makan, pening, kebas, batuk, kembung perut,, tergeliat, bengkak, gatal, muntah, taun, cirit-birit dan lain-lain. Sebaliknya rizom halia muda digunakan sebagai bahan campuran dalam makanan ringan, minuman dan halua. Halia muda digunakan kerana serabutnya yang lembut dan halus. Halia juga disebut di dalam al-Quran.
  3. CEKUR (Kaempferia galanga) Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatia pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia yang lain. Rizomnya digunakan sebagai bahan ubatan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti kembung perut, batuk, perut memulas, bengkak, muntah, sakit urat saraf, dan lain-lain. Untuk tujuan tersebut biasanya bahagian rizom akan dimakan secara segar. Sesetengah orang lebih gemar meminum air perahan rizom bagi mengubati penyakit-penyakit-penyakit tersebut.
  4. ASAM JAWA (Tamarindus indica) Kandungan bahan kimia yang memberi ciri asam pula ialah asid tartar yang boleh mencapai sehingga 14 peratus. Buah asam jawa juga mengandungi karbohidrat, protein, dan lemak. Biji asam jawa pula mengandungi 63 peratus kanji, 14 peratus hingga 18 peratus albuminoid, dan lebih kurang 6 peratus minyak. Ia dijadikan sumber jelos seperti pektin yang digunakan dalam pelbagai industri. Asam jawa dan akar pokok asam jawa digunakan dalam perubatan tradisional untuk menyejukkan badan dan sebagai pelawas buang air besar. Kayu teras digunakan sebagai pelawas buang air besar dan air kecil, ubat penyakit hati, dan penawar kurang selesa. Kulit buah dan kulit kayu asam jawa pula mempunyai kegunaan lain, iaitu sebagai ubat cirit-birit. Ini adalah kerana kulit buah dan kulit kayu mengandungi banyak tanin, manakala isinya mengandungi banyak asid tartar. Kulit kayu juga dibuat losyen untuk mengubati pelbagai penyakit kulit seperti bisul, bengkak, ulser, dan gatal kerana terkena gigitan serangga. Air rebusan daun diminum sebagai penawar demam panas. Daun muda ditumbuk lumat dan ditampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka , dan bisul. Daun asam jawa yang dicampur dengan kunyit dan ditumbuk lumat jika disapu pada bisul, dikatakan boleh mengubatinya. Jus daun muda boleh mengubati mata merah dengan cara dipanaskan sedikit dan ditapis lalu dititiskan pada mata berkenaan. Kulit kayu direbus dan air rebusan itu diminum untuk melegakan lelah. Sememangnya asam jawa mempunyai banyak kegunaannya dalam perubatan. Selain daripada mengubati penyakit-penyakit di atas, asam jawa juga boleh mengubati pelbagai penyakit seperti selesema, gatal kerongkong, disenteri berdarah, batuk, sakit otot, jaundis, cacing dalam perut, dan cirit birit.
  5. BAWANG PUTIH (Allium sativum) Bahan kimia yang terdapat pada bawang putih ialah sativine dan allicin. Sativine adalah bahan kimia yang mengandungi daya mempercepat pertumbuhan sel dan pertumbuhan jaringan. Di samping itu ia meransang susunan saraf dan ia berbahaya pada ana kecil kerana mungkin mengakibatkan gatal. Allicin pula mempunyai khasiat antibiotik. Kandungan kimia lainnya adalah: sinistrin, saponin, nicotinic acid dan bersifat hipotensive. Diallydisulfide sebagai anticacing, yitamin A, vitamin B, C dan vitamin D. Juga didapati HCN dan fosfor. Bawang putih sebagai antibiotik dapat memusnahkan bakteria, virus, ameba dan mikroorganisme berbahaya lain. Ia merupakan antibiotik semulajadi yang kuat. Bawang putih begitu kuat sehingga ia mampu memusnahkan sebahagian organisme yang tidak dapat dimusnahkan oleh ubat yang paling kuat. Tetapi tidak seperti ubat biasa, bawang putih tidak menghasilkan kesan sampingan berbahaya. Bg y selesema, flu, cirit-birit berdarah, taun atau penyakit lain yang berjangkit, maka bawang putih baik untuk kesihatan. Bagi jangkitan dalam telinga, minyak bawang putih yang dititik ke dalam telinga dikatakan ramuan yang berkesan. Bawang putih juga dapat mencuci darah dan menyingkirkan bahan beracun, termasuk logam berat, dari tubuh. Maka tidak diragui bahawa ia boleh membantu pesakit kanser dan penghidap penyakit serius lain kerana penyembuhan lebih mudah berlaku apabila darah menjadi bersih. Ia juga dapat membantu kes-kes kanser yang jauh di dalam tubuh, seperti kanser usus besar, hati, pankreas, prostat, rahim dan tulang. Bawang putih juga berkesan menentang penyakit jantung (biasanya jenis yang). Bawang putih mencair dan mencuci serta mengurangkan proses pembekuan darah. Ini membolehkan darah mengalir lebih lancar dalam salur darah yang sebahagiannya disekat oleh himpunan kolesterol. Dengan itu kuranglah berlaku serangan jantung. Jadi, bawang putih boleh membantu penghidap darah tinggi, pesakit berkolesterol tinggi dan masalah yang dikaitkan dengan jantung dan peredaran darah.
  6. BETIK (Caricaceae, Carica papaya) Daun Carica papaya ini dikatakan mengandungi papain, yang boleh digunakan untuk membungkus daging selama satu jam bertujuan untuk melembutkannya. Daunnya juga boleh diambil airnya dan diminum untuk tujuan menguruskan badan, melancarkan haid, serta sebagai penahan sakit dan jangkitan. Selain itu, daunnya juga dijadikan rokok untuk merawat asma, sementara ekstrak dari daun boleh digunakan sebagai julap. Buah Carica papaya merupakan sumber vitamin C dan dapat membantu pencernaan, manakala jus daripada buah boleh diambil sebagai bahan kosmetik bagi menghilangkan bintik-bintik hitam atau ketuat di muka dan melegakan sakit akibat terbakar. Biji tumbuhan ini pula digunakan untuk merawat malaria, kanser, kuatil dan buasir. Ia juga dijadikan ramuan ubat “param” untuk wanita selepas bersalin, iaitu dicampur air suam dan disapu pada perut. Resin yang didapati dari biji digunakan untuk mengeluarkan cacing dari usus. Manakala pucuknya dimakan sebagai ulam mentah, juga dipercayai boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan merangsang pengeluaran susu ibu. Ia juga dijadikan tonik untuk melancarkan penghadaman. Sakit seperti sengal otot boleh dirawat dengan mengambil alkohol yang diekstrak daripada pokok betik betina.
  7. LENGKUAS (Zingiberacea, Alpinia galanga Sw.(Lengkuas galanga, stuntz) Tumbuhan ini masih meluas digunakan oleh masyarakat terutamanya di Malaysia sebagai campuran dalam masakan serta rempah ratus dan ubatan. Tumbuhan ini telah dikenali sejak beribu tahun yang lampau sebagai rempah. Manakala rizomnya digunakan untuk merawat penyakit berkenaan dengan penghadaman, cirit-birit dan sejuk di dalam badan. Selain itu, tumbuhan ini juga digunakan bagi merawat demam yang berulang-ulang pada seseorang. Kini lengkuas telah digunakan dalam bentuk kapsul begi menghuilangkan mabuk laut atau mabuk perjalanan . Ini adalah satu kaedah yang perlu diteruskan kepada jenis herba yang lain
  8. MISAI KUCING (Labiates, Orthosiphon granddiflorus (sinonim: O. stamineus)) Daun Orthosiphon granddiflorus (sinonim : O. stamineus) ini boleh dicampurkan dengan pokok ubatan lain, dengan cara daunya diramas dan ditampal pada bahagian yang dijangkiti penyakit kulit. Air rebusan pokok ini digunakan untuk merawat batu karang di pundi kencing. Tumbuhan ini juga digunakan untuk merawat kencing manis dengan cara merebus bersama Hempedu Bumi. Dua atau tiga kali daun direndam di dalam air panas, dan dibiarkan hingga suam dan diminum bagi merawat darah tinggi. Selain itu daunnya juga boleh digunakan untuk melawaskan buang air kecil.
  9. POKOK LETUP-LETUP (Passiflora foetida) Tumbuhan ini sesuai untuk merawat gatal-gatal kulit, luka dan batuk. Oleh itu tumbuhan ini adalah sesuai untuk penjagaan kesihatan. Bagi merawat gatal-gatal kulit, beberapa batang pokok letup-letup diperlukan. Iaitu ambil seluruh pokoknya, termasuk dengan akar nya sekali. Buangkan segala kotoran yang ada pada pokok itu terlebih dahulu. Kemudian rebuskannya sehingga ia menididh. Tunggulah ia suam sedikit sebelum mengambil airnya untuk digunakan sebagai air basuhan. Dalam merawat luka, caranya adalah dengan menggunakan beberapa helai daun yang dilumatkan. Daun yang telah dilumatkan itu, dipupuk pada bahagian yang luka tersebut. Manakala bagi marawat batuk pula, dengan merebuskan beberapa batang pokok letup-letup ini. Air rebusan seluruh pokok tersebut hendaklah diminum airnya setelah air itu suam.
  10. SELDERI (Umbelliferae, Apium graveolens,Selderi) Biji selderi ini merupakan satu daripada ramuan rempah ratus. Umumnya, keseluruhan pohon selderi ini digunakan untuk perubatan. Khasiatnya pula ialah boleh merawat sengal-sengal tulang dan gout. Ia membantu mengeluarkan bahan buangan daripada badan serta mengurangkan keasidan badan. Khasiat bijinya yang lain ialah boleh melawaskan kancing, mempunyai nilai antiseptik serta boleh menghuilangkan infeksi pundi dan saluran kancing. Dan selderi ini juga boleh merendahkan tekanan darah dan mencegah sengal-sengal tulang.
  11. SERUNTUM/PATAWALI (Menispermaceae,Tinospora tuberculata, Beumee) Tumbuhan Tinospora tuberculata, Beumee ini digunakan sebagai tonik dan pelawas kencing. Akar, batang, daun serta ekstrak tumbuhan ini digunakan untuk merawat berbagai jenis demam. Kencing manis juga telah cuba dirawat dengan menggunakan akar petawali ini, walaupun keberkesanannya masih dipersoalkan. Air rebuasn keseluruhan pokok ini dijadikan ubat kolera dan daunnya sebagai pembunuh cacing. Oleh kerana rasanya yang terlalu pahit, ia boleh menyebabkan muntah dan digunakan untuk memaksa muntah dalam marawat bisa patukan ular. Petawali juga boleh diambil untuk kegunaan luaran sebagai ubat pupuk untuk gatal, luka dan membasuh mata yang bengkak atau pedih.
p/s: Info ni eda copy dari website je..Walopon pnh dgr keberkesanan tp ttp eda nk bgtau segala kemudaratan y dialami eda tak tanggung ye ^_^



"Berbakti pada tanah pasti anda akan mendapat keuntungan darinya"

Wanita solehah.......

"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....
Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”


Wanita solehah idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”


Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh emak dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)


Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.


”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)


Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan

kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung. Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,


" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)
Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.


“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”
(An Nisaa’ : 1) "

Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".
(An-Nissa':34)


Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi. Aku mahu jadi wanita yang punya barokah.


“Seorang wanita yang penuh barakah dan mendapat anugerah Allah adalah yang maharnya murah, mudah menikahinya, dan akhlaknya baik. Sebaliknya, wanita yang celaka adalah yang mahal maharnya, sulit menikahinya, dan buruk akhlaknya”

Bantulah aku dalam menjayakan agama Allah, kerana ia adalah laluan untuk aku menyempurnakan separuh daripada agamaku, insyaAllah. Akhlakmu yang terdidik indah oleh ibu bapa dan orang sekelilingmu, itulah yang aku harapkan daripada kekayaan duniawi yang kau sediakan.

Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana'ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna'im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.


.::. Ya Allah, gembirakan kami dengan redhaMu.::.

Edited by eda ^_^

Tuesday, May 25, 2010

Kembali ^_^

Assalamualaikum



Eda kembali lagi ^_^..Rasanye dah lama eda tak aktifkan blog ni..napa ye tiba-tiba teringin nk aktif kembali??.. Hehe.. Mungkin sebab terfikir selepas ni akan melalui banyak perubahan keadaan. Jadi kalau ada diari di sini, seronok juga boleh baca2 kembali..Imbau kenangan semalam untuk jadi kenangan dan peringatan masa akan datang ^_^ InsyaAllah untuk dikongsi bersama segala perkara yang eda rasa baik untuk tatapan semua..