Alhamdulillah..
Hari kedua kami di jepun, dimulai dengan byk adegan dramatik.hehe.. Disebabkan semalam kami sampai penginapan jam11, selesai mandi solat dan makan, makanya dalam jam 1 pagi baru dpt tido.
Alkisah pagi tu dah set jam kol4 pagi utk subuh. Ikut jadual iti, jam 5.30 mesti bergerak ke shinjuku station untuk simpan luggage. Tapi malangnya semua tido mati 😂 beberapa minit sebelum jam5 my sil terbangun dan terus kejutkan kami semua. Kelam kabut semua solat subuh. Mandi mmg ke laut la dah tergesa tu. Xpela, semalam sebelum tido dh mandi2 kan hehehehehe.. Jam 6 pagi baru kami checkout dr penginapan. Berlari2 ke station shin nakano untuk ke shinjuku station 😅
Hari ini perancangan dalam iti akan ke Tasik Kawaguchiko untuk melihat gunung fuji. Bas akan bertolak jam 7.15am di Tokyo station. Masa kami sampai di shinjuku station untuk simpan luggage, masa dah menunjukkan jam6.30. Berlari naik train menghala ke Tokyo Station. Jam 7.10 lebih kurang sampai Tokyo station. Malangnya, kami tak jumpa tempat bas berkumpul. Tanya pada org di situ pun kebanyakan tidak tahu. Ade kate ke kanan, ade kate ke kiri. Aduih..last2 kami terlepas bas 😭
Muke kelegaan dpt naik bas jam9.40 am |
Kami cuba nasib bertanya di kaunter company lain, mulanya dia kata tak dapat bantu. Tapi mungkin kesian tengok muka kami yang berpeluh dengan penuh kecewa, akhirnye dia kata akan usaha call company tiket bas kami. Tunggu punya tunggu punya tungguuu.... Akhirnye die keluar dari ofis dgn muka senyuman 😍 Alhamdulillah, dapat tukar tiket lain jam 9.40. Alhamdulillah..... Sebelum kami pergi, dia siap pesan "jangan terlewat lagi haa.." hehehhehe
Perjalanan dari Tokyo station ke Kawaguchiko station dengan bas mengambil masa dalan 2 jam. Sempat la sambung tido hehehe... Sampai2 di Kawaguchiko station, terus mencari information centre. Ikut peracangan nak beli pass retro bas, tapi bila buat perkiraan masa macam x sempat untuk pergi ke semua tempat menarik. Setakat pergi 2,3 tempat macam tak berbaloi dengan harga pass. Cancel beli pass, kami terus naik omnibus untuk ke Kwaguchiko Natural Living Centre. Harga tiket kalau x salah sorg 230¥. Tempat ini adalah tenoat yang paling hujung bagi bas omni red line. Dan merupakan tempat paling paling strtegik untuk dapatkan gambar cantik gunung fuji. Tapi haritu, gunung fuji malu2 nak tonjolkan diri 😭 xde rejeki.. Kami di situ just menghayati permandangan yg cantik sambil makan aiskrim matcha dan blueberry.. Yummieee! Harga aiskrim ni dalam 350¥ satu. Kami balun 3 ketul aiskrim.. Lapo punya pasal sbb x sempat bw bekal huhuhu..
GUNUNG FUJI malu2 neow disebalik awan |
Bergambar di taman shj jeeee |
Aisyah dh bangun tido.. Yeayyy!!😂 |
Mula2 beli aiskrim blueberry. Sbb kedai aiskrim matcha rest la plak |
Sedap x aisyah.. Ke lapoo ni hehe |
Buah peach adik beli masa mula2 sampai. Kami nk beli lg dh abis pulek 😅 |
Akhirnya.. Matcha aiskrim. Sedapnyee!! |
Photoshoot aisyah kejap. Lepas tu berlari2 kejar bas hahahaha |
Seterusnya kami naik omnibus semula ke Kawaguchiko Herbs Hall. Xde pape pun sini, just singgah utk cr tempat solat. Ade dataran bertentangan dengan bangunan herba halls. Jadilah utk kami solat sebentar sebelum pulang ke tokyo.
Sambil menunggu bas comel dtg |
Alhamdulillah ade dataran kosong berhadapan bangunan herbs hall. Tandas pun ade sebelah die. |
Cantik view gopro adik. Aisyah je terlindung hehe..tinton aje die 😂 |
Yeah bas dh sampai.. |
Dalam perjalanan kami pulang ke kawaguchiko station, Gunung Fuji baru menonjolkan diri dia. Huhu.. Dalam bas masa tu, mmg cpt2 amik gambar. Lepas turun bas, cari blk dah xde gunung fuji.. Aduyaiiii... Xpela. Xde rejeki..
Seakan2 nk say gudbye la tu. Kejap je muncul.. Lepas turun bas, dh sembunyi.blk.😂 |
Jam 5.30, naik bas pulang ke tokyo station. Perjalanan 2 jam tu diisi dgn dengkuran kami. Hahaha.. Lapar sgt2 ok sbb xmkn lg. Nk cr 7e or familymart kat kawaguchiko tu mcm xde yg berdekatan dengan tmp kami turun. huhuhu.. Sampa2 tokyo, nampak konbini terus serbu beli onigiri. Amik gambar tanya pd kawan, bile die ckp on blh mkn. Terus sambar sampai 6 ketul 😂 adik ipar eda pun sambar tah bape ketul gak. Hampir abis la jg onigiri tuna dan salmon situ 😂 hehehe..
Seterusnya, last destination di Tokyo adalah Menara Tokyo! Wajib pergi.huhu.. Sebelum tu, mandikan anak dara kasi die wangi segar skit. Aru ade senyuman 😁
Selepas beli onigini kat konbini sebelah tu, terus mkn situ. Lapo sgt sharian kot xmkn..huhu |
Seterusnya, last destination di Tokyo adalah Menara Tokyo! Wajib pergi.huhu.. Sebelum tu, mandikan anak dara kasi die wangi segar skit. Aru ade senyuman 😁
Muke segar aisyah lepas mandi. |
Gambar x berapa cun plak. Tunggu gambar adik la..hehe |
Gambar kamera adik. Cun!! |
Seterusnya kami terus ke shinjuku station utk amik luggage. Cari tempat mandi, tp full pula 😭 mmg bau pekasam la kami dlm bas nnt huhuhuhu..terus ke tempat willer bus tingkat 4, pergi tandas siap2 amik wuduk solat jamak. Bas ke osaka akan bergarak jam 1230am.. Dijangka tiba di osaka jam 8.30am.. Ade part paling tak best bile naik bas di jepun ni, di sebabkan mereka ni ade "sindrom privasi terlampau" makanya membawa anak yang kecil adalah tidak digalakkan. Mungkin org jepun mengganggap bunyi kanak2 nangis ni satu pencemaran bunyi kot, jd dlm kes kami bila anak dara ni dh ngantuk mula la eeekkk sane ekk sini sbelum terlelap. Boleh plak minah jepun yg duduj di belakang baris sebelah sepak kerusi hubby eda. Bayangkan kami punya terperanjat. Kerusi bas sebaris ade 4 kerusi, 2 kanan 2 kiri. So yg ddh laluan tgh di kiri somi eda, manakala di kanan plak adik eda. So yg tahu cite adik eda dan somi jela. Eda masa tu tengah kelam kabut nk layan anak dara ni. Eda tau pun bile nk suruh somi jg anak bile nk solat subuh. Amboi, xdela ketimuran sgt dorg ni sbnrnye 😂
Sambung day 3
0 comments:
Post a Comment