Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Sunday, November 26, 2017

Membako jiwa airasia ni๐Ÿ˜‚

๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Nampak x... Nampak x... 

Hahahahahaha ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

Nila kojo adik ipar den. Sejak kami g travel bersama ke jopun, byk dh die share dgn den info travel ke tmp2 den teringin pegi mcm new zealand dan europe.. Baru2 ni die siap bgtau harga promo airasia. Aduyaiii terbakor makcik.. Tahun 2018 tahun 'cuti' bagi kami. Hehehehehe...

Bersabo eda.. Saboo... Nnt hujung tahun 2018 blh usha tiket lg utk travel april 2019 atau ogos 2019 ke autralia. Waktu tu musim luruh or winter.. Ermmmmmmmm ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Atleast total cost pegi balik utk 2 dewasa, 1 kanak dan 1 baby RM2800. Cost tu termasuk
๐ŸŒผflight pegi balik
๐ŸŒผbaggage rm25kg  pegi blk
๐ŸŒผinsurance
๐ŸŒผmeal 2org pegi blk
๐ŸŒผseat pegi blk

Cost ni lebih kurang je dgn cost pegi jepun ariru. Lebih kurang 3k jg utk 3 org.. 

Ermmmmm... Mcm blh dh ni bc blog2 buat kira2 budget kt australia pula la lepas ni ๐Ÿ˜ kejap je ni pejam celik dh hujung tahun depan.hehehehe

Chaiyok2.. ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž





Wednesday, November 22, 2017

AUSTRALIA ROADTRIP ๐Ÿ˜‚

Update: alhamdulillah. Dari berangan akhirnye tertunai impian. Boleh ke link ini untuk menikmati percutian kami SPRING IN PERTH ๐Ÿ˜



********************************

Wakakaka.. Pembawakan mungkin. Sejak 2menjak ni asyik teringin nk pegi australia. Apa ko ingat mcm balik kg ko eda australia tu haaaa... ๐Ÿ˜‚

Xpela.. Dh ckp verangan kn. Bkn kene byr pun. So apa salahnyeeee hehehe..

Eda rujuk link percutian budget ke australia di Sini.

Rujuka 1

Mcm best je tmpnye. Sbnrnye nk repeat ke korea sbb nk tgk sakura (kat jepun xsempat nk tgk sakura ๐Ÿ˜ญ). Tp bile dok baca2 blog mereka yg pegi sane, mcm xde tempat menarik lain je. Sume tmp dh pegi masa tahun 2012. Makanya tukar la ke australia. Kalau australia ade sakura kn best ๐Ÿ˜‚ hahahaha...

Anggaran cost kalau pergi 6h 5m

๐ŸŒผ penginapan rm2000

๐ŸŒผ makan yg tak budget dlm rm400. Cost termasuk bahan basah dan mkn tmp dibawah:

➡️Chicken Charcoal Express Dianella. Lamb ribs dia memang terbaik.

➡️Corica Pastry. Apple strudel sedap! Cream puff dia pun best!

➡️Danish patisserie (ni masa kami pergi tutup sebab buka smpai jam 2pm je).

➡️Kailis Fish & Chips. Ni tempat wajib pergi kalau datang Fremantle.

➡️Coffee milk jenama Dare. Memang sedap. Asyik beli je.

➡️Chicken Gozleme

๐ŸŒผ aries car rental rm800. Termasuk 1 baby carseat

๐ŸŒผ minyak kete rm250

๐ŸŒผ parking kete rm50 (depend pd tmp)

๐ŸŒผ msk tmp menarik rm200/sorg (depend tmp)

cost atas belum dibahagi kpd beberapa team pegi. Kalau pwgi dgn adik den dan wife die, so part penginapan, mkn, car rental, minyak, carpark blh bahagi 2.. So total dlm rm2500 budget di sana.

Antara tempat menarik.

๐Ÿ Araluen Botanic Garden : 1 jam dari Perth. Cantik pegi musim spring antara hujung ogos - awal september. Hari selasa dpt 50% disc fee admission.


Masjid Perth

Corica Pastry : wajib rasa apple strudel dia! Mmg sedap and famous. 22aud satu set.

Hay street

๐ŸRockingham – Penguin Island dan Sea Lion

Boleh mandi air sangat jernih.

Pasir juga halus.

Ada meja-meja disediakan untuk piknik (jadi jika bawa bekal boleh piknik di sini).

Juga dikenali sebagai bird sanctuary – jadi memang banyak tahi burung.

1 jam perjalanan dari City menggunakan kereta.

๐ŸFremantlea

Di Fremantle banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati seperti: 
Fremantle Prison 
Fremantle Market – menjual art & craft, buah-buahan segar, dan lain-lain 
E-Shed (tempat untuk shopping) – disarankan kedai Megabes atau Aussin harga lebih murah daripada kedai di City.
Hanya buka Jumaat & weekend sahaja. Jika tak sempat boleh berkunjung ke kilangnya di Malaga (berdekatan dengan airport). 
Jangan lupa makan di Fish n chips di Kaili’s (seafood halal). 
Pantai – Di sini ada juga pantai cantik untuk melihat matahari terbenam tetapi tidak sesuai untuk mandi sebab Fremantle ini adalah pelabuhan seperti Port Dickson / Port Klang. 

30 minit perjalanan menggunakan kereta dari City.

๐ŸCaversham Wildlife

Masjid mirrabooka terletak berdekatan caversham

Tips pergi Caversham Wildlife Park. Pergi time weekdays, dan time pagi sebab binatang baru bangun tido dan lapar. Habis kanggaroo serbu tangan. Kat sini aku menyahut cabaran dari sahabat yang dare aku untuk salam kanggaroo! Sini haiwan jinak-jinak. Takde yang tendang-tendang.

Pukul 9.00 pagi boleh bergambar dgn koala!

Must visit place! Best sangat! Kanggaro ada sangat banyak dan boleh sentuh juga ada koala, wombat dan lain-lain.

Ada farm show.

Ada sesi terhad meet wombat and friends(ada yang boleh pegang ada yang tak).

30 min perjalanan menggunakan kereta dari City.

Satu jalan ke Lancelin.

๐Ÿ Lancelin

Subhanallah, di sinilah aktiviti sandboarding boleh dilakukan.

Pasir yang sangat halus dan pemandangan cantik sangat!

Sewa board di Kedai Lucky 7 depan depan lagi dari petrol hanya $10 untuk 3 jam (based on Google review) tapi kami dah tersewa di station minyak $20 untuk 2/3 jam memandangkan kami datang masa Easter holiday banyak kedai tutup.

Time kami datang matahari sangat terik tetapi windy dan sejuk.

Bawa goggle (swimming) atau spek hitam kerana pasirnya sangat halus dan putih kuning sangat ringan.

Jadi bila angin bertiup boleh jadi seperti ribut angin kecil dan boleh masuk mata.

Jika bawa anak kecil mereka akan mengamuk atau menangis apabila pasir masuk mata.

Perjalanan 2 jam dari City.

๐Ÿ Dalam perjalanan ke Lancelin ada beberapa spot yang menarik, antaranya:



MOORE RIVER SANCTUARY, PERTEMUAN MUARA SUNGAI DAN LAUT 
Yanchep National Park dan Yanchep Beach 
Moore River Sanctuary (Beach) – Pertemuan Sungai & Laut yang sangat cantik. Pantai cantik, tapi ombak sangat kuat. Boleh main di gigi air dan pantai. 
Pinnacle, bentuk muka bumi yang sangat unik. Cantik untuk photography. 

๐Ÿ Harbour Town – Factory Outlet, macam JPO

Baju kanak-kanak Pumpkin Patch di sini sangat berbaloi, saya jumpa seluar kanak-kanak dengan harga $10 kemudian beli barang kedua jatuh 50%. Contoh 2 seluar berharga $10/each, saya membayar hanya $15 berbanding sepatutnya $20.

Tapi kami tak sempat shopping lama, masa kurang dan tak sempat cover semua tempat di Harbour Town.

Terletak di bandar

๐Ÿ Ada lagi tempat menarik yang kami tak Cover seperti Kings Park, Swan Valley, Mandurah dan Albany (di sini banyak sangat tempat-tempat cantik, jauh dari bandar, bagus untuk bermalam).


********* Tambahan************


๐ŸŒผ Melepak atau Piknik di Kings Park

Permata di tengah kota. Kings Park merupakan salah satu taman di dalam bandar terbesar di dunia. Setiap tahun lebih 6 juta orang berkunjung ke taman yang saiznya lebih besar dari New York’s Central Park ini.

Berada di puncak Kings Park, korang boleh menyaksikan keindahan kota Perth lebih-lebih lagi di waktu malam. Selain itu korang juga boleh melihat keindahan Swan River yang membiru hasil pantulan warna langit. Kalau malas membawa makanan, bolehlah menjamu selera do Botanical Cafรฉ & Fraser Restaurant. Pandai-pandailah pilih makanan yang sesuai.

๐ŸŒผ Jejak kaki ke Rottnest Island

Rottnest Island is INCREDIBLE. Rugi sangat kalau tak jejak kaki kat sini. Boleh ambik feri dari bandar Perth, Hillary’s Boat Harbour atau dari Fremantle. Aku pilih Dari Fremantle perjalanan hanya 25 minit. Kalau dari Perth 90 minit & kalau dari Hillary’s Boat Harbour, 45 minit.

Aku n the gang ambil pakej berbasikal dengan Rottnest Express yang berharga AUD99. Dah sampai Rottnest jangan lupa berselfie dengan Quokka yang jinak-jinak manja. Guna skill yang ada untuk selfie dengan Quokka ini. Untuk tak pening kepala, korang boleh beli pakej kat sini 


๐ŸŒผ Lihat Keajaiban The Pinnacles Desert



Terletak di Nambung National Park, The Pinnacles Desert mesti dikunjungi. Lebih-lebih lagi kalau sudah memandu sehingga ke Lancelin. Dari pekan Lancelin korang hanya perlu teruskan pemanduan kira-kira sejam lagi .Tapi pastikan korang sampai sebelum jam 5.00 petang okay. Selepas waktu ini, The Pinnacles is close.

Boleh pilih untuk berjalan kaki atau bawa kenderaan untuk mengelilingi kawasan gurun ini. Kalau bawa kenderaan, caj yang dikenakan ialah AUD12 untuk sebuah kereta.

๐ŸŒผ Makan Lobster di Lobster Shack, Cervantes


Restoran makanan laut popular ini walaupun ada yang kata overrated & overprice, tapi aku anggap ia satu tarikan pelancongan yang mesti kunjungi. Aku pun pada mulanya tidak begitu teruja untuk merasai kelazatan lobster di sini, tetapi setelah menikmatinya, teringat sehingga ke hari ini.

Harganya kalau convert dengan RM memanglah mahal, so jangan convert. Pejam mata jer bayar AUD33 untuk hidangan lobster bersaiz sederhana bersama sepinggan Nasi Goreng Bawang Putih atau dengan kentang goreng. Selain itu boleh juga makan Udang Segar yang dicicah bersama sos tartar. Kalau tak silap, harganya AUD22 untuk one bucket.

๐ŸŒผ Jelajah Penguin Island


Pulau ini tidak dibuka sepanjang tahun. Jadi kalau korang berada di Perth selepas musim sejuk, bolehlah merancang ke pulau yang terletak di dalam kawasan Shoalwater Islands Marine Park berhampiran Rockingham.

Untuk ke Rockingham, korang kena memandu kira-kira 45 minit. Feri ke pulau ini ada dijadualkan sejam sekali. Tetapi kalau korang mengambil pakej yang lebih adventure, ianya terhad dan perlu buat tempahan awal. Aku buat tempahan di http://sightseeingpassaustralia.com/index.php/search/?q=penguin+island


๐ŸŒผ Bergambar di Blue Boat House


Sebelum terbang pulang, jangan lupa singgah ke Blue Boat House di Swan River untuk bergambar kenangan-kenangan. Ikon tarikan pelancong ini memang sentiasa dikunjungi, dek kerana itu kenalah bersabar menunggu giliran untuk berposing. Tip – jangan ke sini awal-awal pagi kerana backlight untuk bergambar. Cuba ke sana pada jam 12 tengahari ke atas kerana ketika ini cahaya matahari menyinari rumah bot ini.

************************************************

Contoh tentatif program

Hari 1

Sampai airport petang, beli simkad Optus

Ambil kereta sewa

Check in apartment

Malam lepas solat, pergi beli arang basah untuk memasak

Kemudian singgah Esplanade, Elizabeth Quay & Bell Tower

Hari 2

Margaret Choc Factory

Vineyard (sebelah choc factory)

Cheese factory (yang ni kita orang tak masuk. Hanya berhenti di depan untuk ambil gambar sebab cantik sangat laluan nak ke kilang keju ni)

Caversham Wildlife Park

Megabes Factory Malaga ( ni tempat beli souvenir paling murah di Perth. Orang Malaysia punya. Ada beberapa kedai souvenir Megabes ni di Perth, tapa kat factory ni murah sebab pemilik dia cakap kilang ni dia orang punya dan tak perlu bayar sewa sebab tu murah. Megabes Factory ni dekat je dengan Caversham.

Tempat solat : Masjid Mirrabooka. 10 minit je dari Megabes Factory.

Woolworth (shopping barang untuk masak)

Hari 3

Araluen Botanic Garden : 1 jam dari Perth

Masjid Perth

Corica Pastry : wajib rasa apple strudel dia! Mmg sedap and famous. 22aud satu set.

Hay street

Hari 4

Charcoal Chicken express Dianella (sedap sangat terutama lamb ribs dia. dan murah juga!)

Blue boat house

Universiti Western Australia

Rainbow sea container, Fremantle

Bathers Bay

Kailis Fish Market

Fremantle Esplanade Park

Coles (supermarket best & murah)


Hari 5 (200km+ dari Perth)

The Pinnacles

Hangover bay : dekat je dari Pinnacles

Lancelin Sand Dunes

Lancelin Beach : kami solat kat taman sebelah Lancelin Beach. Tandas dia lengkap ada air dan siap ada shower lagi.

BigW (supermarket jual Corelle murah. Di supermarket lain ada jual juga tapi BigW banyak pilihan)

Hari 6

Check out hotel

Kings Park

Pulangkan kereta sewa dekat airport

Penerbangan balik Malaysia

*********************************************************
Itinerary 6 Hari via motorhome
(5/5/2016 – 10/5/2016)

Hari 1 – Landing Perth, Pick up motorhome, Shopping groceries, bermalam di Pinnacles Holiday Park.

Hari 2 – Pinnacles Dessert, Sandboarding di Lancelin, Fremantles (shopping sourveniers di Eshed Market, Dinner Fish & Chips di Kailis), bermalam di Woodman Discovery Holiday Park.

Hari 3 – Secret Harbour ( Rockingham), Dolphin Quay (Mandurah), Kombaana Bay dan Ocean Drive (Bunburry), Bussleton Jetty (Bussleton), bermalam di Turners Caravan Park, Augusta

Hari 4 – Cape Leeuwin (Augusta), Albany Wind Farm,The Gap and Natural Bridge (Albany), bermalam di Big4 Middleton Beach Holiday Park.

Hari 5 – Bertolak balik ke Perth, Caversham Wildlife Park di sebelah petang, Shopping di Big W Midland, lepaking Elizabeth Quay di sebelah malam. Bermalam di Discovery Holiday Park-Perth.

Hari 6 – Kings Park. Return motorhome pada pukul 12 tghari. Bertolak ke airport sejurus selepas itu. Departing 4.40pm from Perth Airport. Alhamdulillah selamat sampai Malaysia pukul 10 malam. Jangan lupa pre book meal untuk dinner. Nasib baik kami dah book meal, semua kelaparan masa ini

*************************************************


Monday, November 13, 2017

~throwback~ early pregnancy


Gambar scan atas ni adalah gambar pertama kali utk 3 pregnancy eda yg berlainan. Yg 1st arwah twins, 2nd si aisyah dan 3rd skrg ni. 

Sejak semalam sebenarnye eda baru kesempatan tgk betul2 scan yg skrg ni. Mcm nampak ade 4 ketul (2 kecik, 2 besar) makanya terus terajin la eda g tgk blk entry2 pregnancy sblm ni. Nampak ssma kn mcm yg 1st ๐Ÿ˜‚ tapi papepun bkn eda mengharap sgt. Cume kalau betul alhamdulillah.. Kene tunggu next week appoinmnt dgn columbia. Waktu tu dh 8 weeks biasanya dh blh nampak blinking hearbeat. 

Papepun eda harap bby sht membesar dgn sht ikut umurnye dl kandungan.

Cume..... Kalau Allah beri rejeki lg twins, rsnye bertambah2 gembira la kami.hehe.. Dan bertambah kerisauan la jgk ๐Ÿคฃ

Update 20disember: checkup columbia week 8 doctor sahkn single. Hehehe.. Doctor siap ckp lg sblm scan "jom tgk mane tau twin lg" haha.. Die pun mcm kami nk tgk twin x. Alhamdulillah heartbeat dh nampak. Walopun scan kali ni mcm ssh skit doc dok godek2 cr posisi nmp jelas baby. Faktor lelemak dh makin menebal kot hahaha

Kiri tu arwah twin. Kanan skrg