Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Saturday, February 25, 2012

Lembaian Kaabah - Persiapan

" HambaMu datang menyahut panggilanMu, 
Ya Allah hambaMu datang menyahut panggilanMu, 
Tuhan yang tidak ada sekutu bagiMu,
sesungguhnya segala pujian, mikmat dan pemerintahan 
adalah kepunyaanMu, tidak ada sekutu bagiMu ."

Alhamdulillah,
Sebulan rasa bagaikan baru semalam eda dan hubby mendaftar utk menunaikan umrah.
Selama sebulan ini, segala persiapan fizikal dan mental, sedaya upaya kami cuba penuhi..

Fizikal.....
Disebabkan eda jrg utk bersukan (satu2 aktvti y buat eda peluh hy mengemas umah), jadi hubby cuba bw eda jalan2 di tasik. mula2 mungkin tercungap juga, tapi Alhamdulillah skrg kurang sikit. Eda cuba peruntukkan 30min hy utk berjalan dgn laju tanpa henti ^_^ 

Mental..
Bab ni mmg parah sikit la...cuba setkan mind utk buat perkara berfaedah shj. Tgk tv, dgr radio, berbual, berkawan, dan paling penting amal ibadah. Memang banyak dugaan,,,Nak2 bile dah niat mcm ni, ada je perkara y dtg utk uji eda..huhu...Ya Allah bantulah hambaMu ini utk terus istiqomah berbuat amal baik hingga hjg nyawaku.Amin...

Persiapan barang..
Packing brg ni naik jenuh juga..yela, takut nnt kalau bw sikit, terkejar2 nak membasuh baju plak tiap hari kn..kalau basuh bju sndiri xpe jg, hubby juga kene amik kira juga. Sian plak tgk die basuh baju sndiri..hehe. Kalau ikut pengalaman mak abah eda dulu, dorg just hntr dobi je..baju pun bw sehelai dua sbb kat sana blh beli byk2..Murah ^_^. Tapi mak mertua eda pula  pesan bw je apa2 yg ada..jgn bazir beli2.Huhu...jadi jln terbaik eda bw ikut keperluan harian biasa dilakukan. Alhamdulillah mencukupi. Berikut list utk eda dan hubby eda :


Perempuan

  1. Telekung 2x
  2. Baju kurung 2x
  3. Jubah 3x
  4. seluar 1x
  5. Baju tidur 2x
  6. Tudung 3x
  7. stokin tgn & kaki (tebal) 3x
  8. Sarung kaki 2x (penting ketika tawaf/sa'ie utk jg kebersihan stokin)
  9. Pakaian2 dalaman 3x
  10. Kasut terbuka 1x
  11. Kasut sarung tutup 1x
  12. Beg kasut (beg plastik) >2 / sebanyak yg boleh..
Lelaki
  1. Kain ihram 2x
  2. Jubah 2x
  3. Baju Melayu/Punjab 2x
  4. Seluar 3x
  5. Tshirt 2x
  6. Kain Pelikat 2x
  7. Baju pagoda 3x
  8. Pakaian dalaman 3x
  9. Kasut terbuka 1x
  10. Beg kasut (beg plastik) >2 / sebanyak yg boleh..


Wednesday, February 22, 2012


‎~ Moga aku adalah pejuang sayap kiri suami yang bersama2 berjuang disisinya..
tidak akan sesekali membiarkan dia cedera terkorban kerana kelalaian diriku..
dan zuriat asuhanku ~ ♥

Saturday, February 18, 2012

Special in February ^_^

PRODUCT SET: DYI 3/12 
Color : Can choose only TWO colors.
All colors are AVAILABLE
Size : Depends on your request

Price : RM30 .00
(including postage)
* Wholesale price for minimum 10 items RM20

HOW TO BUY:



1. IMPORTANT: nadz85_aries@yahoo.com.
2. Give me:
- The full name and no. mobile
- The address for delivery purposes.
   (make sure there are people who will take delivery)
- Name of product
- Head circumference (cm) baby
- Choose one color. (if not available, i will let you know)

3Delivery will be done after payment is made.
4Delivery is by Poslaju
5I will inform the the reference number.

Poslaju postage ratesParcel less then 500gRM7.00

Monday, February 13, 2012

Anak Anugerah Allah SWT



Rezeki dan anugerah Allah bukan sahaja berbentuk emas permata dan wang yang bertimbun tetapi juga anak-anak yang ramai yang baik dan soleh. Bagi pasangan yang tidak diberi anugerah anak atau zuriat keturunan walaupun sudah lama berkahwin maka mereka perlu bersabar, berusaha dan pasrah terhadap ketentuan Allah ke atas mereka. Tentu ada hikmah di sebaliknya yang tidak kita ketahui. Pasangan yang tidak dikurniakan zuriat terkadang lebih baik kerana mereka sentiasa bergantung harap kepada Allah, sentiasa berdoa dan merintih rayu kepada Rab al-'Alamin agar dikurniakan zuriat. Rintihan, rayuan dan harapan kepada Allah itulah sebenarnya menjadikan Allah sayang dan kasih kepada mereka.Janji Allah bahawa sesiapa sahaja yang berdoa, merayu merintih kepada Allah pasti Allah akan menyahut dan mengabulkan permohonannya cuma mungkin dalam keadaan yang dia sendiri tidak mengetahuinya. Dalan hadis Rasullah S.A.W bersabda
  ”Sesiapa yang berdoa dan mengharapkan sesuatu dari Allah SWT nescaya Allah akan memberikan sama ada diberikan segera atau disimpan untuk kebaikannya di akhirat atau dihindarkan kejahatan darinya”
Penasihatku~
Alhamdulillah,tiap kali eda rasa "kekurangan" ini, pasti ada sahaja Allah SWT akan ketemukan eda dengan artikel2 yg boleh memberikan ketenangan pd diri ini kembali. Ialah, hanya Allah SWT yg tahu bertapa penantian kami ini sememangnya satu penyeksaan. Tapi eda tetap bersyukur krn hbby sgt2 memahami keadaan dan kesihatan eda. Apa yang boleh kami lakukan sekarang hanyalah teruskan berusaha, berdoa dan selebihnya bertawakal kepada Allah SWT. Memang ada terkilan setiap kali melihat bb rakan2, tapi Alhamdulillah Allah masih menetapkan hati eda agar terus redha dan tenang menanti tibanya waktu yang sesuai. Hanya Allah yg tahu apa yang terbaik utk hambaNya, dan itulah yg sentiasa eda doakan. Berikan yg terbaik utk kami~

Thursday, February 9, 2012

Memaku Dinding Hati

"Jauhilah kemarahan kerana marah adalah bara api yang menyala dalam hati anak adam"
 Lihatlah bagaimana jika seseorang berada dalam keadaan marah. Pasti mukanya tegang. 
Rasulullah menerangkan: 
"Kemarahan itu daripada syaitan. Sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api. Api hanya dapat dipadamkan dengan air. Apabila marah dengan seseorang maka ambillah wuduk".
~ILuvIslam.com


Tuesday, February 7, 2012

Meneladani Keluarga Rasulullah SAW

TIADA siapa di dunia ini yang tidak mendambakan kewujudan sebuah keluarga bahagia bersama isteri dan anak-anak termasuk ahli keluarga yang lain walau apa pun pegangan akidah mereka.

Kita sebagai umat Islam yang merupakan umat Nabi dan Rasul terakhir Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW memiliki pelbagai keistimewaan berbanding penganut agama lain dalam meneladani kehidupan berkeluarga secara harmoni dan damai.


Ia disebabkan penghulu segala nabi dan rasul ini adalah memiliki 'pakej lengkap' sebagai seorang hamba Allah SWT dalam pelbagai aspek kehidupan yang mendasari urusan duniawi dan ukhrawi.


Lipatan sejarah suci kehidupan seorang hamba Allah yang diangkat menjadi kekasih Allah ini bukan sahaja diiktiraf oleh umat Islam sebagai nabi dan rasul-Nya. Malah baginda juga turut mendapat perhatian seorang Ahli Astrofizik berbangsa Yahudi Amerika Syarikat iaitu Michael H.Hart yang menerbitkan sebuah buku pada tahun 1978 bertajuk The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History yang terjual hampir 500,000 naskhah pada masa itu ekoran beliau menamakan Nabi Muhammad SAW yang dikatakan sebagai Pengasas Islam di tempat pertama dan tertinggi mengatasi tokoh-tokoh yang lain.


Justeru, tidak hairanlah sebagai umat Islam kita terlalu bertuah dengan pengutusan baginda yang menjadi penunjuk kepada jalan yang lurus dan benar. Kehebatan dan ketokohan baginda bukan sahaja dalam aspek penyebaran nur Islam semata-mata seperti Rasulullah iaitu pesuruh Allah.

Malah meliputi semua aspek, bagindalah seorang nabi dan rasul, pemimpin, panglima, imam, suami, bapa, rakan atau sahabat dan pelbagai lagi.


Ia bertepatan dengan penghormatan oleh Allah SWT menerusi firman-Nya yang bermaksud :Demi sesungguhnya, adalah bagi diri Rasulullah SAW itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa ingin mengharapkan keredaan Allah dan balasan baik di akhirat kelak serta ia pula banyak menyebut dan mengingati nama Allah (dalam masa susah dan senang).(al-Ahzab: 21)


Seseorang individu muslim yang mengimpikan sebuah keluarga bahagia, maka Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW adalah rujukan dan contoh ikutan terbaik buat semua keluarga muslim.


Memetik kisah perjalanan hidup baginda yang penuh dengan rasa mahabbah bersama keluarganya. Antaranya sebagai ketua keluarga atau suami, baginda SAW sangat menghargai isteri-isteri baginda dengan mempamerkan akhlak yang tinggi disulami kasih sayang, bantu membantu, mengambil berat dan bertimbang rasa.


Malah apa yang paling penting baginda tidak pernah walau sekalipun melakukan kekasaran kepada isteri-isteri baginda.

Apa yang dipamerkan adalah tahap kesabaran yang tinggi walaupun tidak dinafikan sebagai manusia biasa memiliki sifat amarah namun baginda menghadapinya dengan kesabaran kerana isteri dan anak-anak adalah bukannya harta 'kebetulan' malah ia adalah anugerah Allah SWT.

Keindahan dan keharmonian dalam berumahtangga akan terserlah dengan wujudnya sifat saling faham memahami dan hormati menghormati antara satu sama lain. Contohnya, Nabi Muhammad SAW tidak keberatan membantu isteri baginda menyiapkan kerja-kerja rumah yang lazimnya dijuarai hanya oleh kaum ibu sahaja.


Ini berdasarkan kepada Ibn Hajar pernah berkata bahawa Aisyah meriwayatkan katanya: "Baginda (nabi) yang menjahit kainnya, menjahit sepatunya, dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan lelaki di rumah mereka." (riwayat Ahmad Ibnu Hibban).

Sikap membantu isteri sebegini bukanlah menjadi kehinaan dan menjadikan seseorang suami itu rendah martabat dan darjatnya serta timbul pula istilah moden yang mengatakan 'takut isteri atau takut bini.'

Malah jika semua merenung kembali bagaimana sesebuah rumah tangga itu terbina atas rasa persefahaman dan kemesraan. Sikap mulia yang dibawa oleh Rasulullah SAW terhadap para isteri yang diakui oleh Saidatina 'Aisyah r.a yang meriwayatkan Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya. (riwayat Bukhari).


Pernah juga diceritakan bahawa Saidatina 'Aisyah amat terharu atas pengorbanan suaminya yang berdarjat tinggi bertaraf habibullah (kekasih Allah) iaitu sewaktu hendak memulakan suatu perjalanan, baginda akan memastikan tempat duduk isterinya di atas unta dalam keadaan selesa.


Anas pernah mengatakan baginda akan duduk bagi membolehkan isterinya berpijak di atas lututnya untuk naik ke atas unta. Jelasnya apa yang dipraktikkan oleh baginda SAW ini adalah teladan berharga dalam mendukungi keharmonian berumahtangga.

Sebenarnya dengan melakukan perkara sedemikian, ia bukan sahaja menjadi pengikat tanda kasih sayang malah mampu mengajar kita untuk 'bermanja' di tempat yang sewajarnya atas panduan agama.

Baginda Nabi SAW biar pun dalam latar sejarah kehidupannya tidak 'berkesempatan' menikmati suasana belaian kasih mesra ibu bapa kerana ayahanda serta bonda baginda terlebih dahulu dijemput menemui Allah SWT terlebih dahulu menjadikan kehidupan baginda seorang anak yatim piatu tidak sedikit pun mengurangi kasih sayang nabi SAW untuk menyantuni ahli keluarganya dengan rasa hormat dan kasih sayang.


Inilah yang tersirat dalam sabda Baginda SAW ini: "Sebaik-baik kamu ialah orang yang baik terhadap kaum keluarganya dan aku sebaik-baik orang terhadap keluargaku". (riwayat At-Tirmizi).


Secara mudahnya , tonggak kehidupan dalam rumah tangga walau tidak diselimuti harta benda dan kemewahan ia masih ada ruang untuk umat Islam mengecapi bahagia dan harmoni asalkan landasannya berpaksikan perintah keagamaan menerusi the best practices (amalan-amalan terbaik) yang dipaparkan oleh baginda SAW terhadap ahli keluarga baginda.

Sebagai suami atau isteri, usahlah kita lupa memohon agar Allah SWT sentiasa menyirami rumahtangga kita dengan Rahmat serta Rahim-Nya dalam setiap penghujung solat seperti doa yang yang dipetik dalam surah al-Furqaan: 74, Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.

Friday, February 3, 2012

NEW.!! Botties ♥ Socks

PRODUCT SET: DAJ 2
Color : Can choose only TWO colors.
All colors are AVAILABLE
Size : Depends on your request

Price : RM20 .00
(including postage)

* Wholesale price for minimum 10 items RM12


HOW TO BUY:



1. IMPORTANT: nadz85_aries@yahoo.com.
2. Give me:
- The full name and no. mobile
- The address for delivery purposes.
   (make sure there are people who will take delivery)
- Name of product
- Head circumference (cm) baby
- Choose one color. (if not available, i will let you know)

3Delivery will be done after payment is made.
4Delivery is by Poslaju
5I will inform the the reference number.

Poslaju postage ratesParcel less then 500gRM7.00

Alhamdulillah, Terima Kasih Ya Allah


Alhamdulillah, 
syukur Ya Allah krn Kau telah makbulkan doa hambaMu yang sgt lemah ini, 
utk pergi beribadat dan menziarahi ke Rumah Mu sebelum umor mencecah 30thn.
 Terima kasih Ya Allah,
 krn telah ketemukan aku dgn suamiku yg sgt tercinta, 
yg ku kira sbg perantaraan rezeki Engkau Ya Allah. 
Hanya Engkau yg dpt membalas jasa dan segala apa suamiku telah berikan kepada aku, 
tidak penah jemu dan minta balasan. Menyempurnakan agamaku dan juga hidupku. 
Berkatilah Ya Allah hidup suamiku dunia dan akhirat. 
Moga aku layak menjadi bidadari suamiku di syurga kelak. 
Dan sememangnya aku sgt inginkan menjadi bidadari suamiku di dunia dan di akhirat kelak ya Allah..Perkenankanlah doa kami Ya Allah.
Amin..


Alhamdulillah, Sebaris kata yang hanya mampu eda lafazkan tika saat ini..

Setakat ini, segala pendaftaran dan dokumen yang diperlukan sudah selesai. Hanya perlu menghadiri kursus umrah sahaja Sabtu ini. Balik kg kali ini rasa sangat indah sebab bukan sahaja dpt uruskan persiapan ke umrah, malah dapat menyambut besday abah tersayang ahad ni. InsyaAllah jika sempat pulang ke KL selesai kursus nanti 

Persiapan lain2 spt pakaian, telekung, kain ihram(utk hbby tersyg) blm sedia lagi.. Kata mak mertua eda, ada dijual di tempat kursus nnt. Mohon2 semua ada ye..sgt hrp dpt selesaikan minggu ini juga. Yela lagi 3weeks lagi utk berlepas..Hanya Allah SWT yg tahu debaran dihati ini. Ya Allah, hati ini  sgt meronta2 untuk ke Sana sekarang juga, tapi jiwa ini meronta2 kegelisahan, andai diri ini masih mempunyai byk dosa2 atas kesalahan2 dahulu, terimakah ibadah eda nnt di sana. huhu...

Papepun, eda berharap pemergian kami ke sana akan dipermudahkan oleh Allah SWT. Dan yang paling penting, ibadah kami diterima Allah. InsyaAllah..

Wednesday, February 1, 2012

Saya Sudah Berkahwin, tapi bagaimana hendak kekal bahagia ♥


1. P yang pertama ialah ‘puji’.
Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
 2. P kedua ialah ‘peluk’.
Peluk ialah bermakna mesra. Yang mana pasangan suami isteri hendaklah sentiasa mesra antara satu sama lain. Percayalah pelukan itu adalah tanda kasih sayang kita kepada pasangan kita.
3. P ketiga ialah ‘penghargaan’.
Di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. P keempat ialah ‘perhatian’.
Hal ini yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. P kelima mewakili ‘persefahaman’.
Persefahaman penting kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6. P keenam membawa maksud ‘pergaulan’.
Pergaulan iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. P ketujuh adalah ‘percutian’.
Di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.
8. P yang terakhir ialah ‘permohonan’.
Permohonan adalah doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Resepsi kami di sebelah hubby 26december2010

Ustazah Siti Nur Bahyah (Semanis Kurma) juga ada menyatakan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama.
Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. :)
Ini kerana, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
Wallahualam