Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Monday, October 1, 2018

Aisyah's Homeschooling Journey



Start dari umur si kakngah aisyah 3tahun, mama tekad nk serius buat homeschooling die. Di samping hantar ke playschool sebulan 2 kali. Moga2 skills anak mama makin berkembang dan dalam masa yg sama dapat berkawan dan enjoy

🌺Bagi kanak umur 3 tahun🌺

Peringat ini kanak-kanak sudah mula boleh berjalan dan bergerak sendiri.

Banyakkan permainan berbentuk fizikal sebagai rangsangan kemahiran motor.

Alatan permainan yang dibeli boleh merangkumi kemahiran motor kasar, motor halus, kognitif dan visual persepsi, sosial dan pengalaman sensori.

Kemahiran motor kasar :
- Bola (baling, sambut, sepak)
- Bean bag (baling dan sambut)
- Mainan panjang memanjat
- Trampoline untuk Melompat
- Basikal
- Balance board

Kemahiran motor halus :
- Blok. Susun menegak dan meniru bentuk.
- Penyepit (sebarang jenis penyepit untuk finger manipulation)
- Manik dan tali
- Pensel atau crayon! Main lukis bentuk.
- Gunting. Ajar pegang gunting dengan betul.
- Buku sticker
- Fishing game
- Pegboard / Geoboard
- Lacing

Kognitif :
- Matching game. Padankan objek yang sama atau warna yang sama. Start small. Exposure is very important.
- Lego atau apa sahaja constructive toys.
- Matching Puzzle
- Right brain game. Permainan yang melibatkan kemahiran persepsi visual, meniru dan menyusun gambar, mengingat gambar/objek.

Sensori :
- Play dough atau theraputty
- Pasir
- Tepung
- Air atau buih sabun
- Mainan berbentuk pengalaman sentuhan objek natural dari persekitaran.

Sosial / Pretend play :
- Set teapot (Hehe)
- Set masak-masak atau apa sahaja mainan yang boleh merangsang perlakuan sosial dan emosi
- Finger Puppet
- Set karaoke seperti microphone dan piano.
- Teddy bear / doll
- Turn taking games! Permainan yang membolehkan mereka belajar untuk menunggu giliran.

πŸŽ€ Aktiviti 1

Susun atur cakes
- mungkin sebelum ni mama xpernah ajar aisyah main dgn betul, jd masa mula2 main die agak konpius nk susun ikut susunan yg betul. Selepas diulang 3,4 kali baru die faham macamne nk susun dgn betul. Strawberi di dalam dan icing diluar. πŸ˜…


Friday, September 21, 2018

EBM - Berapa lama akan tahan?

Alhamdulillah.. Sudah memasuki umur 3 bulan anakanda putera soleh den ni 😍 setakat ni masih bf sepenuhnya. Pernah sekali guna botol sbb ade kenduri aqiqah. Takut adik nak mengempeng, jd den ebm awal2. Adela skali die minum lepas tu tido huhu sampai abis kenduri. Alhamdulillah..

So kali ni nk post la pasal ebm ni. Senang nk rujuk xpelu.nk google dh πŸ˜‚ kopi pasta je tau.. Xlalu den nk taip panjang2 buat masa skrg hehe

🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼🌼


Credit to kak Nadiah.
Ibu sangat suka dengan entry beliau ini. Semoga ianya dapat dimanfaatkan oleh mereka yang baru dalam bidang ini.

Soalan 1:
Berapa lama susu saya boleh bertahan:-
a) Suhu Bilik
b) Peti Ais (Satu Pintu)
c) Peti Ais Bawah ( 2 Pintu)
d) Peti Ais Atas ( 2 Pintu)
e) Deep Freezer

Jawapan :
Lama mana bertahannya susu ibu bergantung kepada suhu peti ais, cuaca di Malaysia dan juga kekerapan kita membuka tutup peti ais...banyak pendapat mengenai soal berapa lama susu boleh bertahan ini, jadi jawapan ummi ini telah ummi sesuaikan dengan suhu di Malaysia dan juga base pd kekerapan kita membuka tutup pintu ais dan juga pengalaman ummi sendiri (setelah dibuat experiment n error berkali2)...so inilah jawapan ummi yang ummi rasakan paling sesuai :-

a) suhu bilik - bertahan selama 4 jam atau paling lama 5 jam sahaja (ummi dah buat experimen pun sbb ummi expressing pumping...
b) Peti Ais (1 pintu) - bertahan paling lama adalah 2 minggu sahaja...kerana suhu bg peti ais satu pintu tidak sama dengan yg 2 pintu..Ini kerana peti ais 2 pintu jika di buka pintu bwh, susu di bhg atas tidak berubah sedangkan peti ais satu pintu merangkumi kedua2 bhg sekaligus...
c) Peti Ais Bawah (2 Pintu)- bertahan paling lama 72 jam tetapi ummi lebih suka amalkan 48 jam sahaja.
d) Peti Ais Atas ( 2 Pintu) - bertahan paling lama 3-6 bulan (bergantung kepada kekerapan membuka pintunya...semakin kerap semakin kurang jangka hayatnya..ummi ambil 3 bulan sahaja...
e) Deep Freezer - bertahan paling lama 6-12 bulan (lamakan...subhanallah)...juga bergantung kepada kekerapan pintunya di buka...* setiap kali peti ais dibuka suhu akan berubah..

Dan just tambahan, susu dari freezer yang telah di cairkan (thawed)...hendaklah digunakan dalam tempoh 24 jam dari ianya cair sepenuhnya...dan apa yg ummi paparkan di atas hanyalah sebagai panduan sahaja...apapun sekiranya susu kalian masih tidak berbau dan tidak berubah rasa(kita lbh tau dah basi ke belum)...so, walaupun sudah terlebih tarikh ianya masih selamat digunakan, insya allah...Dan harus juga ummi ingatkan bahawa susu yg di simpan di bahagian dalam peti ais lbh better dr yang di simpan di tepi pintu peti ais...

Soalan Kedua :-
Berapa lama susu yang telah di panaskan boleh di gunakan?

Jawapan :-
Ummi lebih suka bahagikan kepada 2 keadaan :
a) Susu fresh (susu yg di sejukkan di bahagian bawah) - (selepas di panaskan) jika baby dah minum, bertahan selama 1-2 jam dan jika baby tak minum lagi, bertahan 3-4 jam..
b) Susu beku (Thawed) - (selepas di panaskan) - bertahan sejam sahaja dan sekiranya tidak habis perlu dibuang...

Susu yang telah diminum baby tidak boleh di gunakan semula kerana air liur/siliva baby juga ada bacteria dan enzyme...dan mengapa susu beku bertahan sekejap berbanding susu fresh...kerana proses pembekuan tuh sebenarnyer mengubah/memusnahkan beberapa komponen dlm susu...

Soalan ketiga:-
Bagaimana cara terbaik untuk panaskan susu ibu?

Jawapan :-
Sebenarnya the best way adalah dengan merendam botol susu ke dalam air suam selama 2 atau 3 kali sehingga suhunya menyamai suhu badan..dan sekiranya ingin memudahkan kerja boleh juga di panaskan menggunakan warmer...dan harus ummi ingatkan JANGAN panaskan susu dengan merebus susu dengan air yg menggelegak,menggunakan microwave dan melebihi suhu 70 degree celcius...ini akan merosakkan khasiat yang terdapat dalam susu tersebut...

Soalan ke empat :
Boleh kah saya mencampur2kan susu jam 2 ptg dengan 6 ptg??

Jawapan :-
Sebenarnya ummi tidak berapa advise untuk susu di campur2kan...tetapi sbg panduan kerana kuantiti pengepaman adakalanya tidak sama...kdg2 sedikit2 dan adakalanya banyak...so, jawapan ummi ialah BOLEH...syaratnya susu2 yg di campurkan itu hendaklah dalam tempoh 24 jam sahaja (maksudnya masa perahan tarikh yg sama-24jam)..dan syarat kedua susu yg baru di perah hendaklah di sejukkan terlebih dahulu dalam bekas lain sekitar 2-3 jam...apabila suhu kedua2 susu yg ingin di campurkan tersebut telah sama...baru lah boleh di campurkan kedua2nya...

Soalan kelima :-
Bolehkah susu yg saya baru perah, kemudian saya berikan anak saya minum...tetapi tidak habis...bolehkah saya simpan bakinya di dalam peti ais dan saya panaskan semula untuk di gunakan???

Jawapan :-
Actually ummi tidak begitu menggalakkannya tetapi base pd experience ummi sendiri..BOLEH...syaratnya begini...(untuk mudahkan kefahaman ummi bg contoh ye)..kita pam dapat sekitar 4 oz...asingkan 2 oz untuk anak minum dan 2 oz standy(kalau tak cukup)...so, susu yg belum di minum ini masih boleh di sejukkan dan di panaskan semula untuk di gunakan...dan bg yg telah di minum..ummi tak galakkan...sbb campuran air liur baby turut mengandungi bakteria dan enzyme...so, kita lbh tau banyak mana anak kita perlukan...asingkan siap2 ok...

Salam sayang dari ibu


Kredit to penulis ini atas info yg sgt mudah difahami.

Thursday, July 19, 2018

Persediaan Kenduri Aqiqah

Alhamdulillah.. Lagi 2 hari sebelum majlis aqiqah si baby asyraf. Walopun pakai catering tp still ade bberapa perkara nk prepare. Almost 80% dh siap.. Mama is nebes almaklum 1st time buat majlis jemput ramai2 πŸ˜‚ time arwah along adam adib dan time aisyah kendui jemput org surau aka kwn2 abi je dan selebih buat kat surau hehe..

Antara perkara yg nak disediakan utk.majlis aqiqah asyraf:
1. Bahan2 utk bbq kambing bakar, kentang putar dan coslow
2. Pinggan cawan utk menu bbq
3. Goodies beg (bunga telur, wajib, keperek)
4. Candy booth
5. Menu makan pagi (mihun goreng, air panas, kuih muih)
6. Pelamin berendoi baby 😁
7. Khemah
8. Catherer
9. Kambing aqiqah


Yg dh selesai booked no 5-9.. No 1-4 dah setel sikit demi skit start 3 minggu lepas. Tinggal bahan2 mentah utk msk mihun aje belum beli..

Mg2 Allah permudahkan urusan persediaan majlis, dan majlis nnt berjalan dgn lancar. Aminnn

Saturday, June 30, 2018

2nd time cerclage

"12 januari 2018. Sejarah berulang kembali. Kali ini eda menjalani prosea cerlage kali ke 2 utk kandungan ke 3 pada.minggu ke15. Ye..  Tanda2nya dtg awal 5 minggu. Aisyah dahulu ceclage pada.minggu ke 20. Dan arwah adam adib pun turun darah pada minggu ke 20"

Alhamdullah. Walau mcmne pun kami tetap bersyukur sbb dpt mengesan awal sebelum jalan terbuka dgn lebih besar. Ketika cerclage di buat, jalan dh buka 1cm dan panjang serviks 2.9cm. Masih dlm range selamat. Tapi kami amik pilihan utk lebih berjaga sbb kali ni ade tanda selaput darah yg turun. 

Ya Allah permudahkan urusan kehamilan ku kali ini. Bantulah hambaMu ini agar aku dpt mengandungkan anak ni hingga 40 minggu kehamilan dan selamat melahirkan anakku ni dlm keadaaan kami sihat dan dipanjangkan umur. Aminn..

Kos cerclage kali ni dijangka 4-5k. Ade kenaikan skit, almaklumlah byk bende nk gst.huhu.. Knp xbuat di hsa? Sbb eda rs bila di columbia blh request perempuan, dan di columbia eda pernah buat cerclage di sini. Jd sudah tau hasil kerja doc tersebut. Selain dr tu, suami blh masuk dgn anak smpai mlm2.. Kalau nk bersalin nnt lain la, sbb pakar kanak2 terbaik mmg di hsa (doc swasta yg sendiri akui) jd sbb dh tau nnt lepas bersalin anak akan warded paling kurang seminggu utk on antibiotik, jd baik la pilih hsa awal2. Dan yg oenting bile nk besalin, atuk nenek ade dh kt umah. Blh gilir2 jg anak bile lawat eda. Bdk2 xle bw msk hosp huhu..

Hati pertama selepas cerclage, ade rasa skit di bawah perut. Mngkn sbb bius cpt abis berbanding dlu. Dulu bius amik masa lebih 7h utk hilang. Kali ni 3h lepas cerclage dh blh rs kaki. Tp yg paling ngeri sbb doc x pasang tiub kucil. Maka terpaksa ke tandas utk kucil. Aduyai.. Mula2 kencing skit je keluar. Sbb takut, jd tertahan2.. Tp time bgn nk mandi rs nk kucil lg. Aduyai.. Kes trauma ni πŸ˜‚

Selepas 6h cerlage, eda blh bgn mandi dan solat. Alhamdulillah. Qada solat zohor je. Berbanding dulu kene qada 4 waktu solat πŸ˜… 

Beza kali ni, sbb hari pertama dh tgk pad nampak darah. Tiap kali kucil ade darah skit kt pad. Jd agak risau. Yg 1st xgerak bgn pun smlmn. Jd ade kesan darah kering je pd pad. Erm.. Risau jgk.huhu..

Hari ke2

Pagi ni masih ade sikit fresh blood di pad. Aduh risau ni.. Jd harini buat keputusan xmau bgn gerak byk sgt. Kawal minum air takut kucil je nnt πŸ˜‚ by maghrib alhamdulillah tgk dh skit darah pd pad. Kol10 tukar pad lg sbb nk isyak sambil kucil2 tgk dh xde darah. Alhamdulillah.. Jd hati berbunga2, esok blh blk yeayyy 🀣

Siap mandi2 dh tukar baju tido


Hari ke3.

Pagi ni terasa sakit kepala sbb mlm td kol2 lebih baru tido. Suami buat ckp nk tido hosp sbb die pening. Haha.. Mmg ke laut la rest mama gini. Jd layan la anak dara main atas katil. Takut terduduk atas perut, tu yg x blh nk tido. Jam 1 pagi dh mengantuk kot, mula merengek2 so suami bw masuk kete. Terus tinton anak dara. Kol2 naik letak atas katil, tido sampai kol5 pagi. Sbb nurse dtg cek tekanan darah πŸ˜‚ subuh cek pad xde darah dh alhamdulillah.

Anak dara pun mandi pagi2 buta. 
 Pagi ni rs sakit kepala teruk sgt mcm nk pecah mata 😭 kol9 dh xtahan dh kepala. Doc pun dh round ward ckp esok baru blh blk. Nk 24h lepas kering baru die yakin nk lepas blk 😭😭😭 Suami terus bw anak jln2 dlm stroller terus tido anak. Jd dpt la kami bertiga tinton sampai kol12 tghari 😘 tghari suami blk rest umah. Den pun bantai rest puas2.. Bgn just amik wuduk zohor dan asar. Selebih baring..

Hari ke 7

Alhamdulillah. Selepas 4hari bertahan mata melihat keadaan rumah πŸ˜‚ harini bibik yg diupah kemas umah dh dtg. Setel bab kemas umah. Perut on off sakit. Bile mkn ubat tahan sakit dan rest ok.blk. Kdg2 ade selaput darah. Huhu.. Xbamuat keje pun. Tp mngkn masa msuami masak, eda ade sama.tlg pape.yg patut, tu yg berdarah skit.huhu..

Minggu ke 2

Alhamdulillah. Sejak mak abah dtg dari hari ke7 selepas cerclage, badan dpt rest skit. Pendarahan pun makin kurang dan off.. Walipun ade la jgk kdg2 g tgk mak kat dapur, tp ada masa bile rs pressure kat bawah blh terus baring. Tp mak abah dtg seminggu je. Wiken ni mak abah blk ttj 😭 sedey..huhuhu.. Tp nk buat mcmne, mereka ade "anak2" yg masih sekolah yg perlu dijaga. Asyik sebut risau bdk2 tu, risau si bapak eh x g keje la.., kecik jg hati den ni tp kontrol macho besarkan blk hati den. Hahahaha.. Xmau buat mak abah serba salah. Jdnye kami pun redha dan pasrah. Lepas ni xdela nk mkn sedap2 ye aisyah, nnt kite mkn apa yg mama larat masak jela. Setakat ikan ayam goreng blh la. Sbb itu je mama lalu πŸ˜‚ nnt nk order mcm time pregnnt aisyah, membazir plak. Sbb time aisyah mama ok je mkn daging telur ikan.huhuhu.. Mg Allah permudahkan urusan kehamilan eda kali ni. Cpt la masa berlalu, biar kami tak rasa sgt seksanya penantian itu 🀣🀣🀣🀣

Gonna miss dis momen. Buka mata dpt melihat mak abah.. Nnt pagi2 kami kembali sunyi huhu

Time kwn lama abah dtg. Seronok tgk aisyah ceria blari2 bile tgk org ramai kt umah

Alhamdulillah. Selepas sebulan selepas pasang cerclage. Masuk week 19 semua dlm keadaan baik.  Ume bile dihujung minggu tetibe eda dijangkiti batuk 😭 antara penyakit yg paling takut kene sebab nanti konpem sakit perut bile batuk. Mlm pertama kene, eda batuk2 byk kali. Kdg2 tgh tido tetibe terbatuk tanpa henti. Aduhhh.. Sakit perut xtau nk.terang mcmne.. Subuh tu bgn cuci utk wuduk tetibe terbau darah. Berdarau drh sbb xpenah lg kalau ade darah siap bau. Nmp selaput 3,4 ketul berenang2.. Nk solat pakai pad siap2 terus solat. Selesai semua rutin biasa, baring di sofa buka tv layan alhijarah/tv9 pagi2. Terus terasa zooosss.. Hati x sedap, cek pad Allah ade sebaris freshblood.

😭😭😭


Agak byk berbanding ms lepas pasang cerclage. Terus msg suami, sbb die shif mlm smlmn, so.pagi ni minta standby blk awal. Incase makin byk keluar, ke hosp la kita 😭 hati xmau sbb mengenangkan anak, kesian die kene tinggal dgn abi. By tgh ari tgk makin.kurang, so hold ke hosp.. By mlm hy cair2 cmtu. Alhamdulillah.. Seharian eda minum air lemon madu suam. Mmg feberet eda bile batuk selesema. Alhamdulillah.. Dgn.izin Allah terus berkurang. Mlm2 dh x batuk sgt. Allah.
Minggu ke 5

Penghujung week20 pregnant, eda kene cirit birit pula. Ujian betul πŸ˜‚ salah mkn la ni. Mlm sblm tu eda buat nasi goreng pakai nasi yg kelmarin punya. Nasi tu eda dh on seharian periuk tu kasi panas. Rupenye bile bgtau mak, mak ckp lg cpt.basi sbb wap air.. Hahaha.. Terus trauma den sbb cirit birit teruk kot. Sehari sampai 10x berak cair. Dgn perut rs cramp, risau la bahagian jahit tu. Pegi klinik dpt ubat dari charcoal. Hitam pil die, berak pun jd hitam. Lepas 2 hari mkn ubat dh ok. Alhamdulillah.. Mcm2 ujian waktu2 genting ni.huhu

Appoinmtn hsajb utk week 21 pregnancy. Alhamdulillah doc buat gbs test. Tang swab tu ok lg. Yg x ok bile mo godek2 nk tunjuk kt ho benang jahit tu. Sakit kot. Den takut ade cintraction je sbb dok usik situ huhu.. Blk umah smlmn sakit bwh perut. Baring je. Masak pun den x berani sbb takut.. Sabaar jela..

Week 23, dilanda batuk demam. Trauma kembali takut berdarah mcm aritu. Alhamdulillah kali ni ok skit batuk blh kawal. 3 hari demam dan kebah. Alhamdulillah.. Pegi kk dot tau reault aritu NO GBS. Cume fungus infection. Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah..

Week 28, lama pula xupdate. Sbb alhamdulillah rutin harian mcm biasa. Bdn pun sihat. Baby pun alhamdulillah tiap kali checkup mbesar dgn baik. Bermula dari week26 dh blh rs baby kick perut mama kuat2 πŸ˜‚ mmg aktif berbanding dgn kakngah aisyah die. Time kngah, slow emotion je rs pergerakan dlm perut hehe.. Alhamdulillah.. Checkup columbia nk buat 3D masa 28weeks pun doc terpaksa ulang 3x still xdpt jelas muka sbb bby kejap ke kiri kejap ke kanan. Alhamdullah setakat ni berat bby dh 1.2kg. Mbesar dgn baik dan sihat ye syg mama abi. K.ngah mama abi x sabar nk tggu 36 weeks, cerclage buka. Sebelum tu bby besar dgn baik2 tau. Muaahhh utk bby dr kami 😘

Beza gambar kngah aisyah (atas) dgb bby skrg 🀣 

Week 30. Appoinment hsa, amik 1st dexa. 2nd injection esoknye kne pegi klinik kesihatan desa sbb cucuk di punggung. Kalau perut peha makcik blh lg buat sendiri πŸ˜… 1st shot, mcm biasa bby kurang gerak. Dh mlm nk dekat kol9 mlm baru cukup 10 gerakan. Esoknye ke klinik swasta dlu, tp xde tulis bape dose pd label dexa so doc x berani buat sbb ade 2 vial. Takut terlebih dose. Kene pegi klinik desa jg. Sampai sane misi ckp ade 2 vial ni kire dose awak la ni. Hati risau jgk, tp sbb misi msti lg tau jd inshaAllah harap2 betul la.. Lepas injection, esok tu mmg bby kurang gerak. Risau jgk sampaj ke mlm baru nk cukup 10 gerakan. Lusa pagi baru ade skit.gerakan.lg. Bby aktif cepat ye, mama is risau 😭


Update: khamis 2nd injection. Jumaat sabtu baby mmg kurang sgt bergerak. Tendangan slow dan skali je. Lepaa tu senyap..den mmg risau sampai risau nk bgtau somi, takut die bertambah risau. Sbbnye tendangan tu ade, tp slow sgt.. 😭 ahad pagi baru terasa tendangan kuat skit. Jd mmg dari subuh sampai ke mlm den x tido, sbb nk tgk tendangan makin kuat x 😣 alhamdulillah.. Makin ke ptg, makin bergegar perut den dek tendangan bby.. Bagus syg.. Tendang kuat2 lg tau, baru mama x risau sgt huhuhu.. 2 hari kot awak.asyik tido je. Mama mmg dh takut sgt 😭

Lama xupdate sbb xde pape masalah setakat hingga 33 weeks. Minggu balik kg. Jd eda dh siapkan list awal2 keje nk setelkan. Memandangkan nnt akan tinggalkan rumah lebih 2 bulan πŸ˜… somi jela ade kat umah sepanjang tu huhu..

* buku pink eda tulis edd seminggu lewat. Makanya kene ubah la balik kg masa 32 weeks *

Appoinmnt dgn klinik kesihatan senawang masa 33 weeks. Trauma betul eda checkup di sana. Sbb lama gile.. Dari jam8 sampai jam1 tgh ari setel. Sakit bawah dan pinggang punya pasal, maka den terus terlupa amik ubat. Dlm otak nk baring je cpt2 😭 appoinment ke hosp seremban masa 35 weeks. Alhamdulillah time tu somi dh cuti, dpt la gerak ke hosp awal pagi sblm kol7. Den xlarat nk ddk lama kalau dh ramai org 😭😭😭 sbb skrg ni dh rs semacam perut ni. Dgn cirit birit on off dh 2 weeks. Rs terik di bawah sbb blk kg ni mmg mcm2 la nk buat. Memasak la, membasuh pinggan la, mendobi la, layan aisyah lg πŸ˜… kalau kat jb den mmg baring je. Tunggi maid dtg kemas umah dapur. Makan order je atau g kodai beli. Xpenat sgt. Huhuhuhu.. Itulah pengorbanan kene kami amik, supaya nnt mak abah xdela nk risau sgt kalau ddk lama2 kat jb. Byk sgt hal kt umah senawang yg dorg kne fikirkan πŸ˜”..

Weeks 35 pwgi checkup kk senawang dpt surat untuk warded di hosp next week. Gumbira terus hati den. Tp badnews ujian kencing arini dpt detect albumin. Kene repeat test nk konpemkan blk dan ternyata ia benar ☹️ maka 5hari beturutw seterusnye kene dtg kk senawang cek kencing waaaa... Syahdu. Tp alhamdulillah esok dan hari2 seterusnya tiada albumin detexted. Eda syak mngkn yg aritu abb eda kurang minum air kot. Sbb kucil pun pekat semacam πŸ˜…

Week 36 warded dan buka cerclage. Wow paling terseksa berbanding 1st sbb doctoe tu kata tak jumpa pintalan benang. Mmg sakit la rs die godok2. Lepas buka jahitan tgk tgn die berdarah abis. Den dlm hati "abislah ko eda bersalin awal la gini" πŸ˜‚ kene warded smlmn alhamdulillah pintu rahim masih buka 1cm so discas yeayyyy... 

❤️ SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ❤️

beraya berdua dgn anak anak dara shj la sbb abi die keje. Raya ke 5 baru blk. Baby sabar ye... Jgn keluar awal tau. Bg mama raya puas2 mkn byk2 dlu hehehehhee.. 

Week 37 hari ke2 lepas suami sampai kg. Pagi tu terasa dh cramp semacam. Bgtay mak, mak kata contraction tu. Terus g hosp tp doc kate baru 3cm blh blk dlu. Yeay hati gumbira sbb harini adikberadik nk bakar2 kg dan mkn kek besday mak (sambut advance sbb mak buyong dh nk meletips). Tp tetamu dtg plk ptg tu. Sampai ke malam die punya ddk beraya (mmg dh tau dh tetamu yg satu ni mmg lama kalau dtg beraya). Makanya den pun pegi la tido kejap, dh tak tahan sakit contraction tu makin kerap. Kol10 bgn nak mkn tgk dh turun tanda darah alhamdullah. Kitw mkn kambing dulu 😁 dgn potobg kek bagai.. 

Kol12 tghmlm terus g hosp. Selesai msk ward kol2 pagi. Kol3 lebih terbangun sbb nk kucil. Terua rasa semacam pulak nk teran tu. Risau dh nk bgn ke cane ni πŸ˜† cuci slow2 dan jln slo2 ke ke kaunter. Kaunter tgh plak tu jauh dr ward 2nd class adoi... Haha. Cek2 terus kne masuk lr. Alhamdulillah... 

Selepas sejam lebih menahan contraction makin kuat akhirnye selepas azan subuh lahirlah putera soleh kami ke dunia. Alhamdulillah. Kelahiran tanpa induce dan ubat tahan sakit..

Syukur alhamdulillah... Selezai sudah perjalanan cerclage kali ke 2 den kali ni 😍


Tuesday, June 12, 2018

Bersahur di hospital 😭

Sahur hari ke 27 😌


Kesian x???  🀣🀣🀣

Semalan serah diri ke hosp seremban. Masa ptg tu nurse ade ckp pinggan akan dikutip kol7. Jd kalau den pose, silalah tranfer ke bekas lain.

"Ok"

Tp nurse x inform plk sahur haruslah xde mknn.. Den pun lupo nk ty 😫

Maka habislah sume mknn ni den tibai sahur dikala sunyi.hari ni. Syahduuuu ~

Harapnye mampulah bertahan hingga ke berbuka. Tinggal lg 2 hari je utk puasa penuh utk ramadhan tahun ni.😣 tp kalau xlarat jgk, den berbuka la..

Ya Allah, permudahkanlah puasa ku hari ini πŸ˜”

Sunday, June 3, 2018

Persediaan Bersalin - 3rd pregnancy

Alhamdulillah. Eda dh mulakan entry ni sejak minggu ke 28 kehamilan. Sbb nk buat checklist apa lg yg tertinggal. Walopun dh beranak 2x, tp pernah sediakan brg2 utk bersalin betul2 baru sekali 3 tahun lepas. So memori tu dh lost πŸ˜‚

Setakat minggu ke 28 ni, eda dh habis beli baju2 baby. Ok betul2 tau ni stop beli baju bby. Sbb dh penuh box dgn baju bby πŸ˜…

Cume ade beberapa barang yg tgh tggu dan nk cek atau cuci. Antaranye:

🌸 breastpump nk kene g hantar servis kot. Dh 2 tahun xguna
🌸 tggu babynest siap
🌸ssrung babycot, tilam baby, rocker, carseat nak kene cuci basuh
🌸baju raya!! eh masuk jgk πŸ˜‚

Memandangkan nnt nak kene balik kg awal ramadhan. Sbb klinik kesihatan senawang ckp doc hosp seremban nk jumpa at least sekali sebelum bersalin sane. Huhuhu.. Sian en.somi berpuase la sebulan die di jb sorg2. Nk buka cerclage di jb tp pening plak mengenangkan nnt nk ry dh dan abah mak mesti x selesa ddk lama2 di jb πŸ˜” maka inilah keputusan yg terbaik.huhu..

Next week kene start basuh baju2 baby dh. Lg 4 weeks sblm blk kg. Sedey tp teruja.. πŸ˜†

Ok checklist bawah kene prepare ye eda. Utk bw ke hospital..

Untuk ibu
🌻 buku pink
🌻 baju skirt 1x
🌻kain batik 1x
🌻 sweater
🌻 stokin pantang 2x
🌻 tuala mandi
🌻set mandian
🌻 nursing bra
🌻 panties pakai buang 2 pek
🌻tudung 2x
🌻thermos
🌻 3in1 minuman, biskut, kurma, air zamzam
🌻 plastik bag utk baju kotor

Untuk baby
🌻 bju lengan pendek 2x
🌻 bju lengan pjg 2x
🌻 sox mitten
🌻 bedung
🌻 barut
🌻 tuala mandi
🌻 pempers
🌻 brgn mandian
🌻 tisu basah

Utk msk labour room
(Letak dlm 2 plastik bag siap)
🌸BABY
🌻baju butang depan
🌻 pempers
🌻bedung
🌻 tuala bby

🌸IBU
🌻kurma dan air zamzam
🌻 stokin pantang
🌻 selipar
🌻 panties pakaibuang dan pad
J
Tambahan
🌻 breastpump
🌻 bekas dadih utk simpan susu
🌻minyak panas mestika
🌻 bantal
🌻 bengkung moden
🌻 earphone

Thursday, May 31, 2018

Third pregnancy -3rd trimester

Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Sudah memasuki fasa terakhir pregnancy. Ya Allah permudahkan urusan kehamilanku ini. Bantulah anakku ini membesar dgn sempurna mengikut usianya setiap minggu menjadi anak yg sempurna sifat dan sihat walafiat. Bantulah hambaMu ini agar aku dapat mengandungkan anak ini sekurangnya 37 weeks dan selamat melahirkan anak ini selepas 37 weeks dlm keadaan kami sihat walafiat dan selamat. Aminn..

27 weeks

Alhamdulillah permulaan weeks ni, eda dapat brgn yg dibeli scr online. Hehehehe.. Ok last beli baju bby ok eda. Dh byk kot baju aisyah masa baby dlu.. Tambah pula yg baru beli ni. Mau 3round nk kene basuh nnt πŸ˜‚bile susun dlm box, terus penuh.. Baru berangan ingt blk kg kang nk letak dlm box je bju bby dan aisyah. Senang dan teratur skit bile kt kg. Ermm.. Perlu ke beli satu lg box utk aisyah? Hahaha...ok dh blh stop beli bju baby ye. lepas ni tunggu set babynest jela.. Ermm... Mohon abi jgn marah naaaaa πŸ˜‰

Set lengkap jumpsuit sleepsuit, bedung, barut, sox n mitten, free 3D shoes..
Bile dh susun dlm box baru perasan "omg byknye baju bby" 🀣

Baby minggu ni tendang dgn kuat sampai abi pun blh nampak hehe.. Baby boy mmg gini kot. Masa aisyah dlu slow emotion je die gerak2..lemah gemalai gitu 😘

Checkup klinik desa jantunmg baby ok. Hb 11.6 alhamdulillah.. Dpt injection kancing gigi. Kata nurse skali je kali.ni sbb pregnnt dlu amik 2x. Legaa.. Sbb lg 3 weeks kne amik dexa pula. Waduh.. Itu yg paling gerun sbb sgt sakit.. 😫

😍😍😍

Alhamdulillah.. Checkup di columbia pula, bby dh berat 1.2kg. Konpem boboy 😎 tp bila nk scan 4D, baby dok berkungfu pula dlm perut. Tak ddk diam langsung kepala toleh sane sini bdn pusing2 kiri kanan. Jd terhasillah gambar yg terbaik atas ni.hahaha.. X clear sgt tang mata dan mulut. Doc dh ulang 3x still xdpt.. Lg teruk adela 🀣  baby2, aktif ye syg. Xpe mama abi xkisah, janjo bby besar sht2 ye dln perut mama..  Cant wait another 8 weeks 😍

ya Allah permudahkanlah urusan kehamilan ku ini. Berikan kesihatan yg baik kpd aku dab baby di dlm rahim ni sehingga aku selamat melahirkan anak ino selepas 37weekz nnt. Aminnn

28 weeks

Alhamdulillah. Seminggu berlalu.. Perut sgt terik minggu ni. Sampai suami.pun ckp besarnye perut ayg.. Baru nmp mcm mengandung πŸ˜… ms pregnnt aisyah dh cukup 36weeks tu perut xnmp huhu.. Mama xkisah, janji bby besar elok2 ye.  Minggu ni xde checkup. Dan selera mama makin bertambah. Aisyah pun same.. Dh blh mkn nasi dgn lauk sup ayam. Maka tiap ari mama masak sup la.. Habis seperiuk kot den blh mkn. Alhamdullah.. Tp kontrol mkn eda oi... Tggu next week nk cek gula. Risau jg sbnrnye bile suami ckp perut besar sgt 😣

Dok tgk blk video 4D aritu. Ghopenye vodeo tu x send habis. So mama pun snap lagi lg part yg nmp jelas skit mata hidung baby πŸ˜… waduh.. Mencabar.. Bby bergerak2 hehe


Bawah gambar terbaru. Nmp la skit hidung mata bby 😍


29 weeks

Bertambah lg 1 week alhamdulillah. Minggu ni just minum gula. Alhamdulillah result ok (xdpt call dr pihak hosp tu kire ok la tu kn 😁) . Jd seterusnya Cume masih pulun ganti pose yg tinggal lg 5 ari 😫 waduh2..

Disebabkan ramadhan akan menjelma lg 4 weeks, maka eda rs ada baiknya start kemas stor. Tp ofkos la bkn eda yg buat.. Nk vacuum umah pun diharamkan, ini kan pula.kemas stor 🀣 alhamdulillah misi utk ramadhan dh selesai. Stor.dh habis dikemas oleh bibik2 dgn licin dan berkilat. Puas hati dpt buang brg2 xguna. Cume bab buku dan baju2 tu x berani lg nk tgk. Nnt la yg tu lepas bersalin nnt huhu..

Misi seterusnya adalah membasuh baju2 baby. Eda pun lupe pasal beg emergency kalau terbersalin awal. Nauzubillah. Ini pun.somi tanya baru teringat.. Masa aisyah dlu rasanya mcm awal eda dh start standby beg dlm kete huhuhu.. Ok eda next mission for next week. Caiyok2 πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

30 weeks

Moh ler kite mendobi baju baby. Satu box tuh. Fuhhhhh... Kene buat skit2 hahahaha.. Lepas kering terus campak dlm bix blk, xtau la bile rajin dtg nk melipat baju2 tu hahhaa...

Minggu ni.busy checkup si aisyah di kd dan eda di hsa. Alhamdulill perkembangan aisyah berat badan dan tinggi normal. Cume bab percakapan disebabkan aisyah baru nk start belajar bercakap masa die 2tahun 6bln (2 bln lepas) maka misi  ckp perkembangan nmp ok. 2 bln baru nk belajar ikut mama abi sebut dan hafal haiwan, bende persekitaran, perbuatan.. Tp dh pandai nk sebut 2suku kata skrg mcm "nk susu", "babai abi" ,"terima kasih, sama2", "aisyah tut πŸ˜‚"..

Checkup eda di hsa alhamdulillah.baby dh berat 1.5kg.. Dpt tahu result gula last week ok alhamdulillah.. Konpem xde gbs, tp sbb dulu pregnnt aisyah ade gbs so doc ckp nk bsalin nnt on antibiotic dan bby konpem kene warded utk on antibiotic jgk.. Panjang serviks 3cm dan air ketuban ok alhamdulillah..



Lepas tu dpt suntikan dexa. Ermmm sedap hahahha...esok.pagi kene.g klinik cucuk 2nd dose plak..

Dexa 2nd dose 😫


Cume yg x bestnye rupanya edd eda jatuh pd 10july. Meaning skrg baru 29 week la gitu 😩 makna nnt nk buka cerclage masa 36 weeks tu jatuh beberapa hari nk raya. Yg paling sedey waktu tu hubby dh abis cuti seminggu yg die apply sblm ni la 😭😭😭  Xpela syg. Ade hikmah tu, nnt ade harapan la abi blk kg lepas raya masa tu baru 37 weeks. Sempat la abi ade sambut baby.. InshaAllah 😍

Update: selepas amik 2nd dexa bby kurang bergerak. Khamis injextion, jumaat sabtu sampai ke.mlm baru dpt 10 kicks. Tu pun slow dab skali je. Xde rs baby pusing ke bergolek2 ke.πŸ˜” ahad  pagi baru terasa kick yg kuat skit. Jd mama xtido sampai ke mlm sbb nk pantau kick bby. Alhamdulillah makin lama makin kuat. Mama risau tau baby..huhuhu.. Jgn la tido slalu. Tendang2 la.perut mama ni 😭

31 weeks

Checkup klinik kesihatan tmn u, hb 10 😲 nasib baik.doc.x suruh g amik darah. Ramaiiiii kot.🀣 gara2 dh seminggu x mkn iron dan folik asid sbb dh abis.hehehe.. Doc ckp jantung bby ok degupan. Alhamdulillah. Lega.. Almaklumlah kes lepaa injection dexa baby kurang gerak tu yg risau 😣

32 weeks

Minggu ni minggu pilihanraya. Makanye sibuk dgn hal politik sedar x sedar dh masuk minggu 32 (31 weeks ikut buku pink). Checkup columbia alhamdulillah bby dh 1.9kg, kepala kat bawah dan air ketuban 13. Dlm range selamat, alhamdulillah. Cume bile cek serviks, doc ckp sudah nampak terbuka sikit jalannya. Nk ukur dah x valid sbb baby dh push bawah πŸ˜… rasanya nnt buka jahitan kebarangkalian nk bersalin terus tu tinggi 😲 ok patut la kebelakangan ni rasa tajam2 kt bawah bile byk jln or tgh mandikan aisyah. Huhuhu.. Xpela, doakan mg2 baby lahir.sihat walafiat dan yg penting bkn prem la 😫


Next week nk blk ttj dh. Sehari sebelum ramadhan. Mg Allah permudahkan urusan kami sekeluarga. Aminn..


33 weeks (32 weeks ikut buku pink) 

Alhamdulillah dh selamat sampai umah makabah di TTJ. Bererapa hari sebelum tu gigih dok buat list utk preparation blk kg. Kengkonon xmau buat keje sebelum blk kg, nk relax sblm jln jauh. Ke laut jugek hahaha.. Mana x nye, rs mcm makin byk bende nk buat. Buat list siap2 takut lupe πŸ˜… shari sebelum ramadhan akhirnye kami berjaya blk kg, setelah hampir 5 bln xblk 😭 alhamdulillah.. Jumaat (puasa ke 2) terus call klinik kesihatan senawang buat appoinmnt  next isnin.

34 weeks (33 weeks buku pink)

Isnin, checkup dgn mak abah memandangkan suami den dh blk sbb kojo huhu.. Disebabkan pegi dh kol8, maka bertabahlah dgn org ramai. Sampai kol1 tgh ari ko checkup den. Bayangkan mak buyung yg dh mcm nk meletup ni ddk lama2 hampir 5jam. Huhu.. Tabah jela..

Ekceli yg buat lama tu sbb sistem die mcm nm0 canggih nk pakai komputer, tp x efisien. Bygkan ko nk uji air kencing pun kene tggu giliran nurse print label bekas kencing dh sejam lebih. Kalau kt klinik kesihatan tmn u, tulis tgn je ko. Hntr makmal beberapa minit lepas tu terus siap. Dh tggu sejam print label bekas kencing, tunggu lg hampir sejam giliran ko kne panggil misi utk cek jantung bby (pakai dopler tu), bp, hp.. Seterusnye lagi terseksa tggu doc pula. Lebih sejam jugak la tunggu sampai den tido je kt kerusi menunggu. Dh jumpa doc, doc x cek pape pun hehehe.. Just tanya history dan call pakar di hosp seremban utk appoinmnt minggu 36 buka cerclage. Bab ni paling kelakar. Doc keluar jumpa pakar die lama gileeeeeeee (sampai dlm hati ckp doc g lunch ke πŸ˜‚).. Blh la den siap tido kt meja doc seround, keluar pegi sambung layan cirit birit.. Masuk2 doc dh ade. Ckp "sori byk drama td".. Den dh muke 😏 hahaha..

Kol1 lebih setel terus blk umah. Punya nk baring tu sbb sakit di bahagian bawah mcm nk beranak dh sampai den lupe amik ubat πŸ˜… esok pegi amik ubat nasib baik 5min je tunggu. Fuhhhhh.. Nasib baik next appoinmnt suami dh ade kt kg. Blh pegi awal kol7 dgn suami. Den trauma oiiiii checkup kk senawang ni. Dlu time pantang aisyah. Skrg ni pregnnt adik.aisyah plk huhuhu..

Minggu ni on off sakit bawah. Ye sejak kes ddk lama di kk senawang tu, den rs bawah mcm dh terik sgt. Kejap2 sakit.. Dgn cirit birit lebih dr 6 hari.huhuhu.. Sabar bby tunggu abi blk cuti raya tau. Baby kne besar betul2 baru keluar tau...nnt mama abi kak ngah aisyah sedey kalau bby ddk ward hosp lama2 huhuhu 😣

35 weeks (34 weeks buku pink)

Alhamdulillah.. Dh masuk minggu baru. Tinggal lg 2 weeks sebelum cerclage dibuka. Abi aisyah akan blk bercuti selama 12 hari nnt yeay..😘 minggu ni terasa tulang2 pinggul melonggar dgn teruk sampaikan nk bgn ddk kerusi pun terseksa sgt rs. Bawah kerap sakit dan berdenyut2. Nasib baik kami jenis mkn nasi lepas terawih, maka masa tgh berpuase ptg2 tu xdela nk guna tenaga sgt memasak. Just buat kuih tradisional yg simple2 je mcm lepat pisang, kuih melaka, badak berendam, puteei mandi,agar2.. Lepas isyah baru bersemangat masak. Sabar ye bby mama, kasi can mama lepas rindu main masak2 dgn nenek ye πŸ˜‚

36 weeks (35 weeks buku pink)

alhamdulillah. Bertambah lg satu minggu. Hubby dh start coti 12hari yeayyy 😍 tp awal2 ni die blk manjung dlu. Sian abi dh hampir 9 bln x blk jumpa nak ayah die 😣

Appoinmnt hosp seremban rabu alhamdulillah baby ok berat dh 2.5kg. Pendek rahim dh 2.4cm. Dpt appoinmnt buka cerclage isnin hadapan 😁 muke hepi je hehe

Appoinment klinik senawang khamis, mcm biasa dtg kol7 still blk kol12 tgh ari 😌 mohon pihak kk senawang cek blk la sistem situ. Merumitkn dan menyeksa patient terutama yg ade kes mcm den ni. Sakit dibhgian cerclage tiap kali blk dr appoinmnt.huhuhu.. Tp checkup kali ni doc ckp ade detect albumin dlm koncing. Suruh buat 2nd text, den dh buat muka ju on.. Nasib baik die ckp xpelu guna no giliran. Dh kencing terus msk.bilik die. Alhamdulillah 😌 konpem positif ade albumin. Jd tpakssa tiap ari dtg cek koncing dan bp. Dikhuatiri ade preeclamsia 😫

37 weeks (36 weeks buku pink)


Serah diri 11 jun di hosp seremban utk cerclage removal 😍 masuk wad kol8 pagi, kol9 terus buat cerclage removal. Agak lama kali ni doc nk gunting. Sampai den rs nk terberak sbb doctor terpaksa tarik dan belek2 cari kat mane simpulan dh dibuat. Den risau tergunting pintu rahim je huhuhuhu.. Doc tunjuk benang yg guna, blh la lebar stgh mm.. Berdarah2 tgn doctor, den plak gerun tgk πŸ˜… turun darah skit sharian tu, jd warded la utk tgk oerkembangan. Jalan baru buka 1cm.

Den paling suke time buat ctg. Dpt dgr bunyi jantung baby.. Bby besar elok2 ye syg.. Aktif tendang2 baby seoanjang 20min ctg hehe..
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!! alhamdulillah berjaya puasa.sebulan dan. berkesempatan beraya bersama famili. Kesaratan x menjadi penghalang utk.mak buyong sakan beraya wakakaka...  Cume kne control gak kang x sempat tggu abi eh blk.raya ke 5 πŸ˜…

38 weeks (37 weeks buku pink)

Alhamdulillah. Masuk 37 weeks je dh mula rs sakit2 dr kol 12 tgh ari. Bila rest kire contraction macam kerap dlm 10min.. Tp bile dok sibuk2 msk.tgh ari.xde plak rs sakit tu. Lepas lunch pegi la kejap hosp cek mana tahu nk bersalin dh haha.. Bukaan baru 3cm, dan doc ckp ttj dekat je dgn hosp. Dh sakit kuat skit blh dtg πŸ˜… ok.. Hati berbunga la.blh blk sbb mlm ni nk bbq. Surprise party utk.celebrate besday mak.in.advance..

Lepas maghrib rs Sakit.mcm biasa bile baring Ya Allah rs gesaan di bawah huhu.. Hati berdebar2
. Tp.sbb nk bbq besday mak punya pasal terus lupa sakit. Siap blh berlari melompat2 dgn anak buah sulung den. Mak pun siap risau dh kene melompat2.berlari, sakit sgt ke. Padahal.kami lari2 sbb nk nyorok kek bw msk bilik πŸ˜‚

Mlm tu jd lewat plk dinner kami.sbb ade tetamu. Dlm jam10 tu den g baring kejap sbb lenguh kot ddk lama. Terasa makin kuat contraction. Gap dh jd kurang dr 15min. By jam 11 dah makin kuat, tetamu pun dh baru so keluar nk mkn. Terasa mcm basah skit di pad, cek.ade darah. Ok dh turun.tanda darah dh.. Relax dan.kita baham.kambing bakar dlu.. Potong kek bagai πŸ˜‰

Kol12 terus amik beg gerak ke hosp. Nurse dgr je ckp turun tanda terus kene register utk warded. Kol2 pagi setel cek kat saringan dan dpt katil 2nd class. Alhamdulillah ade kekosongan. Try tido mlm tu.

Kol3 pagi terbangun, rs makin sakit contraxtion. Pegi kucil, terasa mcm nk teran. Alamak!!! Nk bgn pun rs takut sbb dh rs mcm kepala kat laluan.huhuhu.. Slow cuci darah yg makin byk turun, pakai ped, dan jln slow ke.kaunter yg agak jauh kat tgh huhuhu.. Cek2 jln baru 4cm πŸ˜‚ tolak ke labour room..

Sambil nk tolak ke labour room, call husband. Call kali pertama senyap lepas di angkat. Dlm hati "parah ni, konpem si kakak tgh main hanset abi eh πŸ˜†".. Kali ke 2 call terus ckp "aisyah ni mama.. Panggil abi"... Terus dgr die oanggil abi. Fuh alhamdulillah. Kalau tak, kelahiran kali ni tanpa suami la yg menemani kt labour room πŸ˜‚..

Dlm 15min lepas masuk labour room, suami sampai. Macam biasa, 1st eda akan buat bile msk lr ni minta baik2 pd misi dan doktor supaya tiada lelaki lain dlm lr. Alhamdulillah. Mrk sambut request dgn baik sekali. Syukur sgt2... Lebih kurang sejam lebih dlm lr menahan sakit yg makin kuat. Akhirnye selepas azan subub berkumandang, lahirlah si putera soleh mama abi..

Masuk je wad, ingt nk rest tido tp tak dpt. Dok ulit2 baby πŸ˜†



Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..

Kelahiran tanpa induce..

Kelahiran tanpa ubat tahan sakit..

Yg pasti teknik pernafasan yg betul tu mmg membantu ketika contractions dtg menyerang πŸ˜†

Memori paling rasa kelakar, matron dan misi2 buat sesi taklimat pagi dorg dlm lr den πŸ˜† adoi nk tido pun tak dpt sbb dorg borak gelak2 dlm tu. Nasib baik la si soleh ni nyenyak je tido dlm pelukan mama hehe..

Nenek atuk maklong paklong dtg melawat ☺️


Msk ward blk dlm jam9 pagi. Terus pegi mandi2.. Bdn berlengas.. Baby tak berani nk mandikan di sinki. Tak biasa.. Ptg discas.. Baby seharian tu mmg tak mandi sbb smpi umah dh maghrib πŸ˜† mlm je maklong die yg tgh sarat tu tlg lapkan dgn kain basah haha.. Tq kaklong ❤️❤️❤️

Berakhir sudah perjalanan kehamilan ke 3 eda. Alhamdulillah..




Third pregnancy - 2nd trimester

Alhamdulillah... Syukur alhamdulillah..

Bermula fasa kritikal eda bile tiap kali hamil 😣 bila msk 2nd trimester, diri kene lebih alert dgn simptom2 yg dirasai. Sbb kate doktor, takut sejarah berulang sedikit awal dari pregnancy yg sebelum ni. Allahu.. 

Mg2 Allah pelihara kandungan eda kali ini, supaya anak ini dapat membesar dgn sempurna dlm rahim eda hingga fullterm atau sekurang2nya 37weeks.. Dan semestinya selamat dilahirkan ke dunia dalam keadaan eda dan baby sihat dan dipanjangkan umur. Aminn..

Week 14

Happy New Year 2018 πŸŽŠπŸŽ‰πŸŽˆπŸŽ†πŸŽ‡

Checkup columbia.alhamdulillah baby membesar dgn sempurna. Baby siap tendang2 tapi xla aktif sgt doctor ckp.. Aisyah siap teruja tgk adik die melompat2 dlm perut πŸ˜‚ tanya doktor blh tau jantina dh ke? Doktor ckp awal lg. Hehehe.. Tggu lg 2 weeks. Pintu rahim tutup rapat dan panjang serviks pun masih 3cm+. Alhamdulillah..



Lepas ni kne try bedrest kt umah. Nk kene train aisyah dh skrg ni. Satu je peel anak dara ni skrg, suke main air dlm bilik air. Jd lepas mandi ofkos mama die kene menunduk nk cebuk mandi die. Itu yg merisaukan. Aduh cpt la cr kerusi tinggi. Nk jdkan tmp aisyah berdiri mandikan die. Tinggi sikit..

Cadangnye kerusi ni nk beli 2, lapik papan atas die so aisyah blh berdiri atas tu utk mandi atau cebok die πŸ˜‚


Week 15

Minggu ni rasa mcm xlalu mkn sgt. Ke malas nk mkn πŸ˜‚ lapar tu mmg lapar, tp selera mcm xde huhu.. Tp itu xpe lagi.. Momen paling menakutkan dh berlaku πŸ˜‚ mlm rabu terasa pinggang sengal2.. Esok pagi lepas kucil basuh2 nampak.selaput darah. Tp mcm x sure sbb x sempat nk kutip. Siangnye esok ok lg. Bile msk mlm ade lg selaput darah. Dh xblh tido sbb risau dgn rs sengal lg. Pagi khamis ajak suami g columbia checkup dan hasil scan mmg di luar pintu serviks dh buka 0.5cm. Panjang serviks 2.9.. Tp sbb dh terbuka dan ade selaput2 darah, maka kami putuskan buat cerclage.

 Dlm kerisauan tu sempat lg ty doc jantina baby πŸ˜‚bdoc senyum je, nak belek2 terus ckp "kemungkinan boboy" tp x sure sbb kecik lg.hehe.. Akhirnye betul dgn apa yg eda dan suami sangkakan. Memandangkan simptom2 kulit kusam naik jerawat pasir, kami dh agak msti boboy sbb sama dgn simtom ms pregnnt twins adam adib 😁 pape pun kami terima dgn hati penuh kesyukuran. Janji baby besar sht selamat. Aminn

Inilah selaput darah tu. Dh mcm mukus plug pun ade. Mukus plug ni biasa tanda2 nk bsalin kalau dh cukup 9bln hamil.

Alhamdulillah jumaat 12 januari 2018, tepat jam 12 tgh ari pasang cerclage. Kali ni doc xpasang tiub kencing. Jd mcm agak risau terkucil atas katil time bius x hilang lagi 🀣 bile biud sh hilang, terasa sakit di bawah perut. Sakit sgt2.. Tp sbnrnye konpius, sakit bile tahan kucil pun mcmtu jgk hahaha.. Bile.doc dh round ke katil terus tanya blh ke bgn g kucil.hehe.. Alhamdulillah, sakit tu nk.kucil rupanya. Aduyaiii.. Ingtkan sakit sbb lepas pasang cerclage, sbb ms aisyah xde sakit pun.

Scan yg menunjukkan ade bukaan sedikit.diluar pintu rahim

Alhamdulillah.. Cume masa aisyah selepas cerclage xde spoting darah pun. Kali ni tiap kali kucil tgk pad ade calit darah fresh.huhu.. Risau jgk.. Mngkn sbb doc ckp ms nk jahit cerclage bukaan rahim dh 1cm. Allah.. Msti sbb den berkemas mlm td. Yela sbb dh tau lepas jahit xle buat keje, baik la den kemas siap2 umah sblm jahit πŸ˜… eda.. Eda..

Mg Allah permudahkan urusan kehamilan eda kali ni. Mg eda berjaya melaluinya bersama.bayi di dlm rahim ni dlm keadaan sht selamat sehingga 9 bln kehamilan dan selamat melahirkan anak ini. Ya Allah hambaMu sudah berusaha.yg terbaik, selebihnye hamba hy mampu berdoa dan bertawakal kpdMu yg rahman ya rahim.. Bantulah hambaMu ini. Kasihanilah kami yg tiada daya upaya ini ya Allah. Aminnn..

Pengalaman eda bercerclage utk kali ke dua blh click di sini

Week 16

Minggu ni mak abah akan dtg. Rumah macam tongkang pecah πŸ˜‚ makanya upahla bibik ngemas umah. Mmg dh plan nnt kalau dh cerclage nk panggil 2weeks skali dtg ngemas umah. Ni alang2 nk kemas, blh la tgk berbaloi x byr upah ngemas umah yg kecik molek ni 🀣 alhamdulillah.. Abis sume habuk bertebangan dorg kerjakan. Tiap inci perabot di lapnye (dh berkurun den xlap πŸ˜‚) Siap jemur karpet den yg berat mcm gajah tu huhuhuhu.. Alhamdulillah..


Minggu ni on off sakit perut. Mngkn byk jln dan duduk. Kdg2 ade selaput darah, tp bile rest ok blk. Aduyai.. Risau jgk ni. Mg Allah kuatkan pintu rahim ku ini, supaya dpt menampung anak yg di rahimku ini genab 9bulan tanpa pape masalah. Aminn..

Week 17

Checkup di hsa, alhamdulillah baby aktif dan membesar dgn sht. Berat dlm lingkungan 200g+ kata org yg scan tu. Bkn Doktor rsnye sbb mereka pakai uniform. Mcm juruteknik yg specialist dlm scan kot wallahualam. Balik dr hsa terus sakit pinggang sbb dari jam 7 sampai jam10 blk umah. Huhuhu.. Pendarahan dh berhenti sejak mak abah ade kt umah ni. Yela mngkn dpt baring lama skit. Kdg2 g jgk tlg mak masak kt dapur. Bile rs berat skit kt bawah terus baring.  Tp mak abah dtg seminggu je. Sbb dari cara maka abah cite, mcm dorg risau cucu2 kt ttj yg sekolah. Lg risau bapak cucu x g keje plak bile dorg xde πŸ˜₯ sedey hati ni, tp xpela.. Mmg dh blh tau akan terjadi. Jd lepas ni kami akan kembali berdikari dan belajar cr2 nk atasi situasi baru ni. Moga Allah berikan kesihatan yg baik dan kuat pd eda utk lalui kehamilan kali ni hingga berjaya lalui 9 bln. Aminnnn

Week 18

Hari ke2 lepas mak abah blk..Checkup kk tmn u, 30min shj dh setel 😍 sbb sampai 7.30am, jd antara org terawal la kat bahagian ibu anak. Heaven... Doc just cek biasa shj, ty ade problem pape. Scan tunjuk jantung baby. Kali ni baby kurang aktif, patut la mama mcm dh lama x rs tendangan lembut bby. Tunggu lg 2 weeks utk start blh kire tendangan bby. Hb ok 11.3.. Bp pun ok. Alhamdulillah.. Ptg tu lepas suami pegi keje, terus trim pokok yg dh merimbun πŸ˜…bagi vitamin skit sbb dh lebih 2weeks terabai. Sume ni buat slow2 sambil berdiri. Nk sapu pun slow2 je.huhuhu..

Mula terasa mengah bila mengaji. Tercungap2 xdpt nk bc sampai habis ayat. Nk bc sambil baring, xyakin plk cadar tilam ni sbb si aisyah kdg2 mlm.tido sampai pempers penuh huhu.. Jd mampu bc 2-4 mukasurat jela alquran tiap kali lepas solat. Nk bc byk mcm biasa, takut plak cungap2 terpengsan plak πŸ˜‚

Checkup columbia alhamdulillah pintu rahim tutup. Dan berat baby 230g 😍 konpem boboy hehehe.. Alhamdulillah.. Agak risau jgk sbb 2hari sblm tu kami g shopping tesco. Keluar 3jam je beli brg2 umah dh abis. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Lepas ni rest blk ye eda. Jgn nk memandai

Nampak bibird 😍


Week 19

Hari pertama masuk week 19, tetibe mengidam nk mkn kefci tp suami keja, maka den gagah jugak pegi drive thru kt tmn u. Jauh tu πŸ˜‚ otw blk tgk anak dara sebelah dh lelap. Aduh parah mcmne nk dukung msk umah.huhu.. Sampai umah, slow2 kejut die bgn.merengek2 skit pastu blh jln sndri msk umah. Terus terjelupuk tido tertonggeng kt ruang tamu πŸ˜‚ aisyah.. aisyah.. Alhamdullah mama terus baring2 dlu, kasi relax otot perut. Lepas tu baru membaham kefci. Bismillah dlu tau 😊..

Checkup lambat lg 2 weeks. Makanya kene jg diri betul2.. Nk mendobi dan mengemas umah kene selang hari. Bkn xblh buat, ikut rs bdn mmg blh je buat. Tp kita xtau dlm tu apa jd. Jd eda lebih suke amik pendekatan berjaga2. Keje buat badan pun ok suami anak pun tak risau. Tak perlu nk tunjuk sgt bdn kita ni kuat bagai walopun dh jahit.huhuhu.. Peringatan diri sendiri..

Penghujung week 19, tetibe dijangkiti batuk2.. Allah.. Antara sakit yg paling nak dijauhi sbb takut tempat dijahit. Mlm pertama batuk2 teruk sgt sbb tekak perit dan gatal sgt. Kdg2 tgh tido tetibe terbatuk. Hanya Allah shj yg tau sakitnye bile dok batuk2 x henti. Subuh tu nk cuci2 sblm wuduk terbau bau darah. Allah.. Allah.. Nampak ade beberapa selaput darah. Pakai pad dan solat mengaji. Dlm kol7 lebih tengah rest depan tv, terasa nak cek sekali nampak sebaris fresh blood. Hati dh berdebar2..

Freshblood lg byk dr lepas jahit aritu 😭
Terus msg en.somi suruh standby blk pagi tu sbb die keje shif mlm smlm. Hati xmau ke hosp sbb takut kene tahan. Fikir anak dara ni nnt kalau mama msk ward, cukup2 la masa lepas pasang cerclage dlu. Alhamdulillah.. By tgh ari nk zohor tgk dh skit kuantiti die.. Tiap kali nk solat cek tgk makin sikit hati terasa lega.. Seharian minum air lemon madu suam πŸ˜‚ takut punya pasal.  Alhamdulillah mlm ke2 dh kurang batuk. Tekak pun dh x gatal.. Alhamdulillah, lemon madu mmg feberet eda bile batuk or selesema. Cpt baik dgn izin Allah.

Week 20

Alhamduillah.. Halfway sudah.. Tinggal lagi 16 weeks sblm cerclage dibuka maknanya lg 114hari lg 😍

Awal ninggu ni kami terjebak dgn susu tiruan 😭 last week beli susu dutchlady 2-4yp perisa coklat dgn harga promo. Beli la 4 pek. Dipendek cite anak demam tiap kali lepas minum susu. Kire jd on off.. Bile dpt tau psl kod101 kod 102 terus kami buang yg kod102, ganti yg kod102. Mlm tu tido saje xnk bg ubat nk tgk die demam blk x. Alhamdulillah x demam. Esok seharian x demam. Allah.. Ngeri gak la eda ni asyik bgn ddk dr baring sbb anak asyik terjaga merengek.  Aduyai anak..

minggu ni eda try masak2 di rumah sorg.. 1st trial masak laksam hehe. Alhamdulillah ok menjadi suami ckp. Cume bg eda mcm kurang masam dan rs lada hitam tu hehe.. Laksamnye nasib baik menjadi. Hehehehhe.. Alhamdulillah

2nd trial masak ayam kenny rogersss. Ha dh lama ngidam nk mkn sbnrnye. Puas la ajak somi g jusco tiap kali ade appoinmnt columbia. Tp still xsempat nk singgah.

Kenny rogers homemade 😍
Dugaan dihujung minggu ke 20. Eda tetibe alami cirit birit. Mlm tu just buat nasi goreng kosong  shj. Tp nasi tu kot dh seharian punya nasi. Eda panaskan sehatian so xde plk lendir2 kt nasi tu masa masak huhuhu.. Org cina sambut CNY, eda sambut ke tandas sampai 5x pagi tu. Mmg cair habis la najis, mcm air je keluar.huhu.. Ujian, mg bby ok2 je dkm perut ye. Sian bby mama 😣

Week 21

Alhamdulillah.. Minggu ni dh ok dr cirit birit. Appoinmnt di scog hsajb kol11 pagi, jd giliran konpem lepas lunch hour πŸ˜‚ doc amik sampel utk buat ujian gbs. Aduh xpernah pun rs sesakit mcmni lepas doc swab. Disebabkan ade ho pompuan time tu, die ckp "meh sini sy nk tunjuk cerclage tu mcne".. Den dlm hati, abisla rabak mcmni. Mmg sakit mo tu tonyoh2 sbb ho tu mcm x nampak. Den rs nk aje tonyoh muke ho tu kt bawah kasi cpt nampak πŸ˜‚ perit sakit sgt. Padahal nk tgk benang tu je. Allah.. Lepas tu doc nk scan lg. Sblm tu juruteknik yg scan. Doc ckp nk konpemkan pintu rahim ok x. Alhamdulillah pjg servik 2.8cm. Keluar bilik, nmp bdk comel "eh mcm kenal je?" Anak sendiri ghopenye. Suami ckp lama sgt so die dtg la .. Haha mcmne x lama.. Scan 2x, swab lg, consult lg. Ok la tu.. Details skit doc cek. Cume part nk tgk benang tu je yg sakit jiwa makcik.huhuhuhu

Week 22

Minggu ni berlalu mcm biasa. Cume bile hujung week 22 agak sibuk ngemas umah sbb sil nk dtg. Dh suruh pun bibik dtg kemas. Mknn pun dh tempah roti jala..hehe.. Cume saki baki nk basuh cadar dan kemas skit bilik tgh je sbb byk kotak baju. Sblm pregnnt aritu eda ingt nk kemas stor. Jd dh asing baju2 xpakai. Sekali pregnnt so kite hold dlu la πŸ˜‚ bby baik2 tau dlm peyut mama.. Besar dgn baik, main dgn elok dan mkn byk2 tau.. Kite ade lg 14 weeks sblm jahit dibuka. InshaAllah..

Week 23

Alhamdulillah. Awal minggu ni dh mula rs baby tendang2 dgn jelas. Walopun mama kdg2 ingat nk kire, kdg2 lupe dh lewat ptg baru kira πŸ˜‚ sbb dh lupe kne kire start jam bape eh? Lambat sgt g kk, asyik g hosp jumpa pakar je. Slalu nurse kk yg rajin cek jadual dan bg nasihat. Hehe..

Checkup columbia alhamdulillah baby membesar dgn baik. Berat dh 548g. Caiyok2 baby besar cpt ye.. Air ketuban dan pintu rahim alhamdulillah ok.

Mama x sabar nk tggu week 26, doc ckp blh buat 3d dh 😍

Penghujung week 23 tetibe diserang batuk selesema. Semuanya gara2 masuk tandas awam, tetibe ade makcik ni bersin kuat kt muke den. Aduyai redha jela. Ptg tu terus batuk2 dan demam. Demam jenis menggigil pula tu. Esok tu anak dara pula jangkit demam. Sian aisyah.. Bertabah ye syg.. Abi dh la xdpt cuti, jd marilah kita sama2 mengular atas katil melayan demam masing2. Mkn roti lapik perut sbb xde selera. Nnt nk mkn ubat pula huhu πŸ˜‚

Week 24

Alhamdulillah. Kami 2beranak dh kebah demam. Mama je masih batuk. Tp dtg pula sakit pinggul teruk sgt. Sampai nk bongkok pun sakit. Air kencing pun pekat je padahal dh minum air byk. Ini mmg merisaukan 😭 cpt la masuk week 25, nk g hsa cek. Takut sbnrnye kalau2 ade kaitan dgn buah pinggang.. Minta dijauhkan..

Week 25

Checkup hsa alhamdulillah baby dh 750+gram. Sepatutnya jd last followup dgn hsa, sbb pakar suruh refer columbia dan kk desa je memandangkan tiada pape masalah setakat ni. Tp sbb x amik dexa lg, so kene jumpa jgk la next 5 weeks lg hehehe.. Sbnrnye den lg suke xpelu g hsa dh sbb ramai sgt org huhu.. Lepas discuss dgn doc, rasanya eda akan blk kg awal sblm 36 weeks. Sbb nnt nk.kene berurusan dgn kk desa kt senawang dlu baru blh refer bersalin hosp seremban. Betui jgkπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜… waduh... Makin dlm dilema ni, sbb ms ramadhan la kirenye blk kg. Sian hubby pose sensorg huhuhu



Week 26

Hepi besday to meee 😍

Hehee.. Dh tua dh makcik.umo masuk 33 tahun. Makin nk menghampiri penghujung trimester 2 ni makin terik rs peyut, mudah sakit kepala. Kdg2 tgh mlm tetibe rs perut mengeras skit. Faktor umo mngkn, dh xde kudrat sgt huhu..

23 mac aritu g expo baby di tebrau. Xtau nk beli gape, so rembat jela apa yg berkenan 6 pasang baju dan satu pek lampin corak. Ekceli dlm hati cr jumpsuit or sleepsuit yg murah2. Tp xde... Ada brand fifi je yg bkenan kain die. So amikla 2 pasang sbb die ade 2 warna je haha..blh laa dr xde. Ok jom punggah baju2 newborn aisyah, nk basuh bulan depan. Sbb plan nk blk kg 34 weekss.

Total baju baru yg dh beli 1 pasang. Ok insaf eda. Baju aisyah dlu byk ok πŸ˜‚

Baby mnggu ni aktif bila awal pagi. Bersenaman gamaknye ye syg πŸ˜‚ tp sbb mama lepas subuh dlm kol9 mula tinton blk, so die pun ikut skali. Hehe.. Bile kol3 sambung aktif blk. Jd biasanya kiraan kick.baby tu mama anggaran jela bile dh start kol3 tu hehe..

Mg Allah permudahkan semua urusan kehamilan eda kali ni. Mg anak yg berada di dlm rahim ni membesar dgn baik dan dapat mencapai sekurang2nye 37 weeks.. Aminnn..

*************End of 2nd trimester ****************