Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Wednesday, April 15, 2015

Streptococcus kumpulan B (GBS)


Actually eda nak cite pasal GBS ni. Bagus utk pengetahuan ibu2 yg sedang hamil. Di Malaysia ujian GBS ni hanya dilakukan bila ade beberapa masalah yg berlaku pd ibu hamil.. jadi x semua org akan tahu samada die GBS carrier atau tidak.. 

Ok jom baca maklumat dibawah ni ye.. actually eda pun dlm kategori gbs carrier. Jd post ni dijadikan panduan eda blk bile keadaan memerlukan.hehehe..

********★★★*********

Ibu Sebar Bakteria, Virus kepada Bayi

Bakteria dan virus boleh disebarkan ibu kepada bayi ketika melahirkannya dan pada minggu pertama kehidupannya. Walaupun banyak daripadanya tidak mengancam kesihatan bayi, ada sesetengahnya boleh menyebabkan masalah serius termasuk membabitkan kematian.

Ketika di dalam kandungan, bayi membesar dalam persekitaran yang ‘distenil’, tetapi sebaik saja membran ketuban merekah, mikrob masuk ke dalam persekitaran itu. Ia kemudian mendedahkan bayi kepada bakteria dan virus buat pertama kalinya.

Sebaik saja bayi meluncur keluar daripada rahim menerusi pangkal lahir dan masuk ke saluran peranakan, bayi bersalut dengan organisma yang berada di vagina atau kulit ibu. Ini termasuk bakteria yang menyebabkan penyakit kelamin.

Cecair tubuh termasuk darah yang melindungi bayi mendedahkan mereka kepada jangkitan seperti HIV atau hepatitis B dan C.

Laluan usus bayi akan ‘dijajah’ sebaik saja kelahiran. Dalam beberapa hari, bakteria seperti E-coli, enterococcus dan bifidobacterium muncul pada najisnya. Keadaan ini penting kerana ia membantu menstimulasi perkembangan sistem imun bayi.

Bakteria ini datang daripada ibu atau tempat lain dalam persekitaran seperti wad bersalin. Bayi yang lahir menerusi pembedahan tidak melalui saluran peranakan justeru dia lambat terdedah kepada bakteria sebegini.

Sentuhan kulit ke kulit antara ibu dan bayi, ketika menyusu atau sewaktu ibu memegang bayi juga menyebabkan banyak bakteria dipindahkan kepada bayi. Sekitar 30 peratus bayi yang baru lahir terdedah kepada bakteria staphylococcus pada minggu pertama kelahirannya, tetapi bakteria pada kulit tidak mengancam kesihatan.

Bagaimanapun, kadang kala bayi terdedah kepada bakteria yang bahaya seperti MRSA (methicillin resistant staphylococcus aureus) atau streptococcus kumpulan B (GBS).

Seorang daripada empat wanita membawa bakteria ini dalam vaginanya walaupun tiada simptom. Kadangkala dia tidak tahu kewujudan bakteria itu. Bayi terdedah kepada bakteria berkenaan ketika sakit hendak bersalin atau ketika dilahirkan. Di United Kingdom, GBS adalah jangkitan mengancam nyawa yang paling biasa di kalangan bayi yang baru lahir.

Faktor yang menyebabkan GBS dipindahkan:
Kelahiran pra matang (sebelum 37 minggu).
Air ketuban pecah 18 atau 24 jam sebelum bersalin.
Demam hingga 38 darjah celsius.
GBS dikesan dalam air kencing ibu ketika hamil.
Anak sebelumnya berhadapan dengan jangkitan GBS.

Walaupun kebanyakan bayi yang terdedah dengan GBS tidak berhadapan dengan sebarang masalah, setiap tahun sekitan 700 bayi diserang pneumonia dan meningitis disebabkan jangkitan itu. Satu daripada 10 bayi dilaporkan meninggal dunia.

GBS sukar dibasmi tetapi jika seseorang wanita itu dikenal pasti memiliki risiko tinggi memindahkan jangkitan kepada bayinya, dia sepatutnya diberikan antibiotik sebaik saja proses melahirkan bermula.Selalunya ia cukup untuk mencegah jangkitan daripada ibu kepada bayi.

Virus Herpes simplex

Virus ini boleh menyebabkan penyakit kelamin. Jika menjangkiti bayi, ia boleh membawa kepada komplikasi seperti cerebral palsy dan buta. Laluan paling mendedahkan bayi dengan virus ini adalah saluran peranakan tetapi jangkitan boleh juga tenjadi di dalam rahim atau selepas dilahirkan.

HIV

HIV boleh dipindahkan daripada ibu kepada bayi ketika hamil, sakit bersalin atau ketika menyusukan bayi. Jika ubat antiviral tidak diberi, bayi yang dilahirkan wanita positif HIV berisiko untuk dijangkiti hingga 30 peratus. Bayi akan dijangkiti ketika ibu hamil atau ketika melahirkan.

Jangkitan daripada ibu kepada anak boleh dibendung dengan penggunaan ubat tertentu, melahirkan bayi dengan pembedahan dan memberi anak susu formula.

Hepatitis B

Wanita yang membawa virus hepatitis B berisiko menjangkitkan anak mereka dengan virus ini ketika melahirkannya. Selain itu, ia juga boleh berjangkit melalui sentuhan dengan darah atau cecair tubuh yang lain.

Thursday, April 2, 2015

Pokok bunga ros jepun

Ha.. eda nk update psl bunga ros jepun yg eda dh beli online dan tanam pd penghujung januari aritu. Alhamdulillah, dh mekar subur benor plk skrg ni. sampai x sempat nk trim bagai. Nanti2 la.. skrg dh free dr thesis. Cume nk siapkan order crochet skit. Pastu baru nk fokus pd pokok cenonet ni ^_^

pasu 1..Bukan bunga yg eda nk. Die kate free.. ermm

Walopun nmp comel tp ttp bkn bunga yg eda nak... errrrrmmm

ok. Ni bunga yg eda nak. Pasu ke 2, bunga kuning dan oren?? Bile ms order warna oren ni.haha

Pasu ke 3 ade warna pink/putih shj

pasu ke 4. Bunga merah. Yg kuning tuh sesat.

Sepatutnya eda kene dpt 6 jenis warna. Eda pilih 1,2,3,5,7,8. 

Actually aritu eda time beli eda minta yg jenis ros. Tak sangka plk die g campur2 jenis lain. Katenye free. Padahal eda dpt 12 bungkus je gak. Mmg harga rm20 utk 12 bungkus. Tah mane plk yg free pun makcik xfaham. Halal kan jela kalau btl free. Kalau die tipu, faham2 jela ye duit yg buat mkn anak bini tu ye ^_^…

Yg lg lawak tu, die kate tiap 2 bungkusan  mewakili 1 warna. dh la barang tu xde bunga so xtau warna apa tiap bungkusan tuh. So eda amik la satu batang tiap bungkusan dan tanam satu pasu. Konon nanti jd la warna warni kn. Tapiiiii, sampai la ni eda tgk satu pasu keluar 2 warna ja.hahahhaha... sah kot aku kene tipu.

Eda beli yg bentuk ros warna no 1(pink), 2 (pink/putih), 3,(putih), 5(peach), 7(kuning) ,8(merah). Yg ade setakat ni merah, kuning, pink/putih dan tetiba oren.hahahha.. xpe ed. Tggu lg sebulan mane tau yg lain tbantut kot. Saboooooorr..

Wednesday, April 1, 2015

Alhamdulillah..Finally done!!


Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

1 April 2015, tatkala org ramai sedang kecoh berkaitan GST. Eda plk melepaskan nafas kelegaan setelah 5tahun berperang dalam study.

Harini eda dah selamat pos finL thesis kpd junior di KL. Memandangkan diri ini masih dibwh pantauan Dr, jd xle la nk travel. Alhamdulillah, moga Allah balas jasa baik junior eda dan jg kwn2 yg byk membantu eda sepanjang terpaksa ber'PJJ' study ni.hehe..

Moga2 thesis eda ni selamat sampai ke penyelia eda dan seterusnye sempat submit ke Dekan fakulti sebelum 13April2015. Huhu.. nebes makcik..

*****

Oo nk cite psl GST. Semalam eda g print thesis, boleh plk kedai tuh ckp esok (1april) dah ade cas gst ye. Amboi.... 5 jam eda berkampung di kedai tuh. Sbb nk print, pastu cek susunan, dan terus binding. Disebabkan eda mls nk kene cas gst (60sen je pn), so eda byr abis aritu gak.hahaha...

Org lain mungkin fikir sikit je. Aish.. sikit2 jimat blh jd bukit tau. ^_^ Bayangkan nak print sahaja dah hampir 2 ratus. Nak binding dah seratus lebih. Selebihnye minyak lagi, nk pos lagi. Byk guna duit hubby eda tau.hehehe.. jd eda bjimat2 cermat ye..

Update: Akhirnya 13/4/15 thesis eda baru selamat disubmit, atas bantuan junior eda.huhu.. Ade masalah dengan tajuk, eda terlebih rajin letak nama penuh pokok, jd kene ubah. Allahurobbi.. kebetulan 5april eda kene buat emegency cerclage, petang tuh gak dpt call dr junior bgtau masalah ni. Nasib baik die dpt tlg g betulkan kat kedai area UM. Alhamdulillah.. tepat hantar pd duedate 13!4!15. Hanya Allah shj yg dpt bls jasa junior ed, hairol azri atas bantuan yg fiberikan..

Belanja gambar supervisor eda sambil pegang thesis yg dh fibetulkan ^_^. Comel je..hehe