Sahabat saya ^_^

Pages

Thursday, December 19, 2013

3rd Anniversary


Alhamdulillah..genab sudah 3 tahun kami berkahwin..sekejap je masa berlalu..rupanya dah hampir 5 tahun mengenali hubby eda. alhamdulillah..


Ya Allah, hambaMu ini bersyukur ke atas segala nikmat yang Engkau telah berikan kepada aku dan suami. Tiada yg selayaknya mendapat pujian melainkan hanya Engkau ya Allah. Berkatilah rumahtangga yang kami bina bersama. Jadikanlah baitulmuslim yg terbina ini tempat terlahirnya umat-umatMu yang soleh dan solehah. Limpahi baitulmuslim kami ini dengan keberkatan dan kasih sayangMu ya Allah. Hiasilah baitulmuslim kami ini dengan cahaya keimanan kepadaMu yang tidak pernah malap. Perkenankanlah ya Allah. Engkau la tuhan yang Maha Berkuasa lagi Maha Pengasihani. Ampuni kami dan jadikan kami dan anak keturunun kami hamba2Mu yang soleh dan solehah.Amiin..


~ Throwback 2013 ~
7 Januari 2013, eda disahkan hamil twins.SubhanaAllah..


24 mac 2013 Menghampiri 5 bln. kali pertaman dan terakhir membeli brg2 adam adib..
1 april 2013.. selepas perjalanan 8jam dari perak ke jb. bleeding dan warded di comlumbia...Alhamdulillah nasib baik hubby blh tmn jagakan. tapi bab2 nak buang air mmg nurse yg uruskan la..sbb doc x bg eda x blh bangun langsung time nih..

3 April 2013. Adam & Adib dilahirkan. Tapi Allah lebih menyayangi mereka. Mereka pergi meninggalkan kami didalam pangkuan eda selepas beberapa minit dilahirkan. Al fatihah..


Seminggu selepas eda bersalin, kami ambil keputusan untuk pindah masuk rumah kami.
13 April 13..Kami memulakan kehidupan baru bersama kenangan silam yg penuh keinsafan dan rindu..

 Jun 2013 Percutian pertama utk tahun 2013 ke cameron highland. Selepas eda habis pantang.

Hari Raya Aidilfitri 2013 pertama kami di perantauan JB.  Alhamdulillah ia byk mengajar eda ttg
erti suka duka diharungi bersama.


12 September 2013. Percutian terakhir utk thn nih ke pulau tioman. Lepas nih eda kene focus pada thesis sbb dh final year.huhuhu..





19 dec 2013 Happy 3rd Anniversary ..sian hubby time ni die cuti. tp eda asyik fikir thesis je. tunda2 akhirnya xde g jenjalan. next year la syg ye..lepas settle thesis ayg.huhu

Menghampiri kelegaan. Moga Allah permudahkan urusan study eda.aamiin..momo nk interfrme tapi malu2 meow.hehe

 ~ THE END ~

Monday, December 9, 2013

Kedondong telah berbuah..!!!! ^_^


Alhamdulillah..rasa dalam minggu lepas pokok kedondong kami dah mula berbunya..cume arini baru berkesempatan nak amik gambar.hehe...

Ada 3 cabang yg tumbuh selepas eda potong batang utama sebelum nih. Tapi yg tumbuh bunga hanya dari satu cabang je.. xpela..die baru nk belajar berbuah..yeay..!!

Kedondong yg dh berbunga

Pokok delima dan kedondong kecik dh merinbun dgn lebatnye.hehe

Pokok x eda yg dipotong cabang2nye dh mula keluar 3 cabang baru

Pokok daun sup dh lebat..daun kesum pun dh lebat sebenarnya tp eda baru petik beberapa ari lalu nk msk laksa srwk

Sunday, December 8, 2013

Bantuan mangsa banjir 2014



Thursday, November 28, 2013

2nd ttc di LPPKN

Bagi nak memudahkan para TTCian utk baca progress setiap cycle, jadi eda wat mcm nih... eda tulis sekali harung sume beserta harga2 yg dapat di LPPKN. Jd kpd yg berhajat nk buat treatment di LPPKN sedikit sbyk dapat tahu berapa anggaran kos yang diperlukan.

9 November 2013, Sabtu
Cik P eda dtg tepat 35 hari kitaran. Hati kecewa krn ia bmakna tak berjaya 1st cycle sblm nih. Mungkin yg time eda preggy dlu sbb dh terenjit fuliova sekali.. tapi yg kali nih xde injit pape. jd bdn dh imun dose rendah kot.wallahualam

11 - 17 November, Isnin-Ahad
Start amik clomid utk 7 ari. Manakala injit Folliova pada 12,14 &16 nov. Dlm ms sm eda amik suppliment multivit,epo & folik asid. Harga folik asid murah je amik byk2 60 biji dapat RM3.00.. Clomid 14 biji RM50.40.. Manakala Folliova 3 set RM152.40... Multivit dan epo eda beli di farmasi dan mmg dh di amalkan mkn sebelum2 nih..

18 November, Isnin
TVS untuk scan telur. time nih telur kecik2 baru 12 dan bwh 9mm kiraan ia. mengecewakan..tp msh tak putus asa..doc tambah satu lg injit Folliova..Tambah lagi RM50.80 ^_^ Manakala TVS cas RM20

21 November, Khamis
Repeated TVS. Baru saiz 14 dan 10mm. Dinding rahim 9.. Tp Allah pertemukan eda dgn sorg kakak.die bg tips minum esp shaklee.insyaAllah bantu telur matang dan rahim tebal. Kakak tuh pun same kes dgn eda..die dh 8 tahun kahwin.. Time scan tgk telor, telor die x besar sgt. bwh 10 sume. Bile doc suruh makan soya, tauge (tak suke ok.!!) dan tempe serta sekuturunannya, tu yg die terus teringat kat shaklee.. Alhamdulillah next appoinment die dh blh wat iui.Harga TVS RM20

25 November, Isnin
Repeated TVS. Alhamdulillah hasil dari eda makan ESP Shaklee double doses selama 3 hari, teluor2 eda membesar dgn sgt cpt..saiz dlm 21x25 dan 20x22. Dinding rahim 13!! Time nih doc dh bagi pregnyl untk dienjit pecahkan telur.kira lusa boleh wat iui. Tapiii....eda harini dh demam 4 ari.doc risau dan minta eda g cek drh.. G klinik kerajaan cek punya cek.sekali dengggiii!!! huhuhuhu....called doc minta cancel iui. Harga TVS RM20.. Manakala Pregnyl RM45.40.

27 November, Rabu
Demam denggi dh tiada..tapi still platlet eda drop 120..normal nak melebihi 150.huhu.. Tekad dgn hubby g lppkn cek semula smada telur dh pecah ke belum. sbb dah rancang nk go on iui dis cycle..scan telor subhanaAllah, saiz dah jadi 26x29 dan 25x27. Mmg tunggu masa untuk dipecahkan dh...jd malam tepat 10pm, enjit sendiri pregnyl..IT dan terus tido..zZzZ..jadi harini just bayar TVS RM20.

29 November, Jumaat
Pagi tuh Appoinment LPPKN sepatutnya kol8..tapi eda g lewat sbb IUInya start kol10.hehe..sesuke ati je...bukan ape, pagi tuh eda kene g klinik kerajaan nak cek darah lagi. Alhamdulillah result kali nih platlet eda dh naik jadi 175..minimum platlet nak 150.. Alhamdulillah. syukur sgt2 dh ok dari denggi. Tapi still kene berjaga2 la...nak kene minum byk2 air. Lepas abis cepat2 terkejar ke LPPKN plak. Erm....pengalaman eda buat HSG dan IUI nih, rasanya IUI ni mcm tak sakit sgt kalau banding buat HSG. HSG time suntik ubat/pwarna, waduh2 tercungap2 den tarik nafas nak tahan sakit. takut otot bwh keras nanti tekeluar blk ubat.huhuhu....Tapi IUI ni, x rasa pun time doc buat. Tahu2 dah siap..Alhamdulillah.. Time kene rest berbaring tuh selama 30min, eda terus zZzzZZzzz ^_^.... Harga IUI nih RM350. Eda mintak asid folik sbb stock dh abis.. 60 biji cuma RM3..

19 Disember (Akan datang)
Doc cadangkan lagi 20 hari lepas iui baru buat upt. tapi boleh je buat lepas 10 hari. Allah, berdebar2 eda rasa nak tunggu 10 hari ni..Moga Allah permudahkan dan makbulkan doa dan harapan eda dan suami untuk miliki zuriat. aamiin... Doakan kami ye para TTCian yg lain..

update:
9 Dec (hari ke 9 selepas iui) -BFN
13 Dec - cik P dtg!!! huhuhu...konpius gak sbb eda mkn duphaston maknanya xkn period selagi mkn..huhuhu...tapi yg pasti pagi tuh eda dgn rajinnya dok mengemas rumah siap mop2 satu rumah..hari aebelumnya eda sibuk angkat kotak2 dlm stor kasi kemas sbb nk simpan brg lain..huhu...

Dis month eda akan bercuti dari apa2 treatment..sambil2 habiskan tesis nak submit final dis month.huhu...mcm2 ko nak wat ye eda..golojoh benor ^_^

Wednesday, November 13, 2013

Progress proses mencabangkan kendondong

beza seminggu lepas dan hari ini...

Suke tak..suke tak..suke takkk...!! mesti la suke kan ^_^

Hari ni nampaknye kedondong eda dh berjaya cabang dengan suburnye..Alhamdulillah

Pokok x eda pun dh keluar 2 tunas comel je. ^_^.

OK itu aje nak update.hehehe....gumbira rasa hati dh..

Monday, November 4, 2013

Doa Awal tahun dan Akhir tahun


DOA 1 (Akhir Tahun)



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.


DOA 2 (Awal Tahun)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka

Wednesday, October 30, 2013

Berjaya mencabangkan kedondong..!!



Alhamdulillah...kelmarin eda dan hubby perasan pokok kedondong yg dah dipotong atasnya telah berjaya bercabang...yeayyy!!! ^_^ oppss.....eda jgn teruja lagi okey...nak kene tunggu die membesar baru blh teruja gile2..hehehe...ce tengok bawah..baru keluar pucuk2 comel..hopefully die membesar dan jadi batang keras nanti..aamiin...


Betik bawah plak eda tgk dh tinggi sikit lagi..yeye...cepat syg tinggi laju2 tau. x sabar nk tggu die buah..sbb nak tau betik jantan ke betina nih.hehehe...


 Bawah nih rupa baru taman kebun eda...hubby beli lapi longkang sikit aritu nk try ok ke tak rupenye..comel gak bile dh tutup.. Apa lagi, eda angkut la pasu2 sume letak atas penutup longkang tuh. Nak kosongkan kat simen depan, mana tau hubby nak tambah atap sikit kat tepi nih..x payah la nk susah2 fikir camne nak letak pasu2 kn.hehehehe....berangan eda...jgn x berangan ^_^





Monday, October 21, 2013

KOpiah.....Kopiaahh.. ♥ ^_^


PRICE : RM15 (Free postage)






Kebunku yg Comey...weeee~ ^_^


Alhamdulillah..akhirnya terajin sudah eda nak amik gambar anak2 tercinta.hehehe.... sabtu lepas eda dah g beli baja taik kambing. dengan gumbiranya eda baja anak2 tercinta.. tak sabar nak tunggu seminggu dua ni samada dorg makin sihat membesar x ^_^

jom layannnzzz...

Kebun kecilku ~ ^_^


Pokok kertas yg eda cuba bonzaikan.. chaiyok2!!..
 Eda teruja sungguh time hubby kate nk beli pokok kertas atas nih.. sbb eda mmg tgh cari pokok kertas yg jenis menjalar. Boleh la jalar2 ke pagar ke nnt.. Tapi dh bw blk terfikir plak biar bagi die lilit kat kayu mcm asal eda beli..eda trim bulat2 nnt daun die.. hopefully berjaya la ye^_^ hehehehe...

Pokok daun sup dah naik comel..Daun kesum beru nak keluar pucuk2...  

 hhee...pokok sup dan kesum nih eda tetiba terilham nk tanam pas melayari beberapa blog aritu. Bila fikir blk, bile nkpakai sikit je.. tapi nakkene beli seikat besar.. mmg la x mahal pun bape posen je. tapi ati tak sedap plak tiap kali tgk dorg mati layu je dlm peti air.huhuhu....so jom try tanam.nanti nk guna masak just petik je sebatang dua ^_^ Pasni nak tanam daun bawang lak..


Pokok limau kasturi. Daun die baru aje pulih dari dimakan ulat bulu.huhu...

Pokok kertas yg dh lama eda beli..usia dh masuk 3 thn. hehe...

Pokok x
 Pokok atas nih sampai skrg eda x tau nama die.hehehehe... usia pun dh 3 thn. asal beli 3 cabang. sampai sekarang 3 cabang meninggi je die tumbuh. hehe... eda baru je pokok salah satu cabang td.hopefully pasni die bercabang la ek ^_^


Pokok kedondong...
 Pokok kedondong dh berjaya tumbuh skrg. dulu bulan 3 beli tinggi lutut je..skrg dh tinggi dari tong sampah atas. saje je eda letak kat sebelah pokok tuh. nak jadi bahan ukuran. Last week eda picit sikit pucuk atas nak bagi die cabang skit. try & error..hehe

Pokok delima
pokok kedondong


 Pokok delima dan kedondong atas eda dan hubby baru beli. eda letak dlm pasu sbb nak letak luar nanti bile die dh besar skit. Nak letak awal2 mcm takut plak hilang.hehehe...

Poko jambu air


Ha......meriah tak jambu air eda.hehe...Sepatutnya eda kene trim bagi kurang cabang die. tapi mcm mls plak nk potong bile tgk die subur je. ^_^ Kalau trim die tumbuh tinggi ke atas cantik la..kalau x trim nih kompem die rendang gile nnt.adeyy......malas nk potong xsampai ati..heehee


Poko betik

 Ha....ni satu..pokok betik nih dh lama eda tanam. baru je tinggi dlm 15cm. pokok betik yg eda bagi kat mak dh tinggi lutut pun. jeleeesssss eda tgk..!!!mak tanam dlm pasu je kot. mungkin tanam dlm nih ade batu kot bawah die so betik eda x naik sgt. huhuhuhu.....xpe teruskan membaja eda..!! mane tau nnt die tinggi la kn..


pasni eda cadang nak beli la besi yg boleh letak pasu bertingkat2 tuh. boleh susun pasu utk pokok2 yg kecik mcm daun sup, daun bawang, kesum kn...nk google lg pokok ape eda blh tanam.

jom berkebun..!!



Tuesday, October 8, 2013

Hasil berkebun di halaman rumah kami..


Assalammualaikum ^_^

Camna harini korg sume?? Best x?? Apa hobi korg buat arini???

Hobi eda selain jenjalan, tgk cite korea, makan2, dan crochets adalah menanam pokok.. Tapi eda ni sebenornya xdela reti bebenor nak tanamnya.. Tapi eda cuba belajar la tanam2 ni sikit.. 

Dedulu time ddk umah sewa, eda ade tanam beberapa pokok bunga. Tapi selalunya pokok2 tuh sume tuh tahan dalam 4-5 bulan aje.. pastu meninggal..innalillah..huhu.. Bukan apa, rumah dulu xde pili air kat luar, Jadi xdela eda ni rajin sangat tiap2 ari nk angkut baldi siram.. Dalam seminggu adela dlm 3-4 kali siram. Mungkin sbb tuh sume pokok cepat mati..huhu..


rumah sewa dulu2..Rajin gile time nih..hehe


Tapi Alhamdulillah, bila dah masuk umah sendiri eda requested la kat hubby pasang pili luar. Dan alhamdulillah, tiap ari eda siram pokok tau sekarang.subur2 anak eda kat sini..hehehe

Sebelum kami pindah masuk umah ni, hubby eda dah tanam awal2 pokok kedondong dan pokok jambu air dalam halaman rumah. Boleh la luas sikit tanah dalam halaman rumah ni. Dalam 8x12 ft rasenye... Tapi jambu air kemudiannya terpaksa dipindah luar pagar sebab tempat pokok tuh hubby eda tanam uri putera2 tercinta kami.. Saje eda suruh tanam kat umah sendiri, rasa dekat dgn mereka..^_^ Luar rumah kami tanah die pun boleh la luas dalam 8x5 ft rasanya...



Sebelum pindah masuk umah..tanam dalam halaman sbb takut anjing kucil..huhu
Lepas kami pindah umah, hubby eda tukar rumput dari jenis cow grass ke Philippine grass. Nak tukar ke Japanese grass or pearl grass x jumpa plak kt area kangkar pulai ni..kalau rumput Japanese nih kurang sikit nk trim2 sbb die tumbuh lambat.. pearl plak memang tak tumbuh tinggi...dua senang nak jaga cuma perlu siram la tiap ari dan merumpai la sbb rumput liar senang nk dominasi tempat dorg sbb dorg slow sikit kn nk berkembang.. 


Rumput yg kami tanam Philippine pun ok gak. Kelebihan rumput nih, die kurang nk merumpai2...Tapi kene rajin nk trim la dalam sebulan sekali. Sebab kalau biar lama2 panjang, bahagian bawah rumput kadi kuning. Bile time potong, dh nampak macam rumput mati plak...Tapi dalam seminggu due lepas tuh, die ok blk. Janji kene ade chy matahari je..


Lepas pindah, rumput lembu ditukar kpd rumput filipina..
pokok jambu dh tranfer luar pagar.


setelah lbh kurang 3bln tnm, jd gebu plk dorg nih...


Potong time nk ry aidilfitri aritu..tula kesannye...


Nampak x de petak kat tanah ygxde rumput carpet tuh...tu kwsn eda tanam betik. eda bawa benih poko betik yg disemai time kat umah sewa dulu2... Benih pokok betik nih eda amik dari jiran umah parent eda kat senawang. Jauh tuh import.!! hehe.... Pokoknye jenis renek2 tinggi eda dan buahnya panjang2 lebat kat batang.. Tapi masalahnya dh hampir 6 bulan kami tanam, ketinggian die skrg baru dlm 15cm..hoho....macam terbantut benor plak..mngkin kene cari baja taik kambing/ayam byk2 pasni. Sebab aritu eda ade bubuh kejap dan nampak batangnya makin tinggi dan besar.. ok,misi seterusnya lepas nih membesarkan pokok betik plak..hehehehe....

.
Betik nih eda bawa balik bagi mak..sbb mak punya dh mati.hehe....time nih baru 2 bln usia..

Aritu eda saje2 google cari pokok pe yg berbaloi2 taman kt umah.. Sebenarnya eda mls nk tanam pokok bunga dh.. Nak juga taman dan dapat hasil dari tanam tuh...Setakat nih pokok cili, limau kasturi adela.. Mungkin boleh tanam pokok kesum ke..sedap gak dapat wat laksa or asam pedas kegemaran hubby eda.. erm.....nk google2 dulu tgk.

ok..nnt akan update if ade yg berbuah..mngkin dlm 5 bln akan dtg kot..hehehhe....

Sunday, October 6, 2013

Dayus...??


Assalammualaikum, salam pagi ahad yg indah semua ^_^

Eda rasa, sume manusia sejagat dapat rasa kot sejak kebelakangan nih perkataan dayus macam dh jadi glamor plak kn.. Gara2 video yg sangat hot. hehe...

Dan yang paling eda rasa kelakar, gara2 individu tersebut, habis team yg diwakili individu itu mendapat tempias cemuhan dan hinaan. Tak pela, lain manusia lain pendidikan dia ye x.. Ada yang bijak menghukum mengikut iman, ada yang ikut nafsu, dan tak kurang yg ikut ikutan..

Jadi eda rasa macam nak kongsilah sikit berkaitan istilah dayus nih.. Kebanyakkan org2 kita beranggapan suami itu dayus bila dia tidak melarang isteri membuat sesuatu kejahatan. Seperti yg ade dalam filem2 melayu, isteri yg curang atau hubungan sulit di luar, isteri yg dehaka pada ibubapa/suami bagai... Tapi hanya setakat tuh aje...

Sebenarnya pengertian dayus tuh saaanngggaaatttt la LUUAAASSS....rasanya kalau kite tengok sekeliling kita, konpem sume gigit jari. Sebab rupanya raaaammmaaaiiiii lelaki dayus disekeliling kite..mungkin juga kita yg golongan wanita nih boleh menyebabkan ayah or suami kite tergolong dlm golongan dayus..nauzubillah.... ..berjaga-jaga.......ini bkn cobaan..ini benar2 belaka... ^_^



Nak tahu lebih lanjut baca artikel di bawah ye..Eda ambil dari laman web ustaz zaharudin dan JAIS sendiri..Selamat membaca dan beramal..

***********************

Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita. Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidak memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat berkaitan dengannya.

Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka.

Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.

Nabi SAW bersabda :-

ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي

Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :

ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .

Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )

Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

ERTI DAYUS




Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-

1) Sabda Nabi : -

وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)

Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus

Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-

هو الذي لا يغار على أهله

Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)

Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )

Berkata pula An-Nuhas :

قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم

Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :

فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره

Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya" ( Faidhul Qadir, 3/327 )

Imam Az-Zahabi pula berkata :-

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )

Imam Ibn Qayyim pula berkata :-

قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة

Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.

Dayus adalah dosa besar

Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :

لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)

Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )

Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.

Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :

والقواد عند العامة السمسار في الزنى

Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )

Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-

الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة

Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )

Cemburu Dituntut Islam & Jangan Marah

Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.

Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.

Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.

Nabi SAW bersabda :

من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة

Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )

Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.

"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"

Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.

Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi

قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.

Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.


*************************

"LELAKI DAYUS"

'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa taubat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.

Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka.

Awas..!!

Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah....

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan seumpamanya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di sekelilingku"

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman, jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini. Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT. Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka. Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :


Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" (Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)


Disediakan Oleh,
Nurizzati Bt Mohd Alip,
Unit Penerbitan Bahagian Dakwah.



Wednesday, October 2, 2013

Itu TANGGUNGJAWAP SUAMI..


Assalamualaikum..

Alhamdulillah petang2 gini dok layan momo sambil baca news dalam internet. Macam2 eda baca antaranya berkaitan Mr Bean converted to Islam?? Tapi eda malas nak ulas lebih lanjut sebab masih tiada kenyataan rasmi dari beliau sendirri. Jika benar, Alhamdulillah. Jika tidak, moga beliau mendapat hidayah dari Allah.aamiinn...

Berkaitan title di atas, apa yg eda cakapkn itu  tenggungjawap suami ye?? hehe... eda terbaca di sini berkaitan seorang suami yang sanggup menulis surat kepada pengarah hospital semata-mata untuk menunaikan tanggungjawap si suami dalam proses menyambut kelahiran bayi.

Actually perkara berkaitan doc lelaki yg incas dlm proses isteri bersalin adalah bergantung juga pada keadaan. Eda ada baca sesetengah pendapat ulamak yg mengatakan jika dalam keadaan darurat atau kurang kemampuan, jadi diharuskan doc lelaki yg menyambut bayi. Ia dengan anggapan jika ditunda boleh mendatangkan kemudaratan kepada nyawa ibu dan anak.

Jadi di bawah eda ade artikel yg menarik untuk di baca. Sangat respect pada suami yang menulis surat kepada pengarah hospital, melarang sebarang doc lelaki ketika isterinya bersalin. Allah... Kalau boleh dipraktiskan, mana tau kemudian2 nanti boleh la eda dan hubby buatkn.. Yela, kami pilih swasta dulu sbb nak cari doc perempuan. Memang hosp gomen ade doc pompuan, tapi kita tidak boleh memilih doc yg incas dlm proses kelahiran..lagi pun dalam masa sama byk pelatih2 doc lelaki.huhu...

ok la jom kita baca di bawah

**********************************


TERDAPAT sepucuk surat yang dikatakan dihantar kepada Pengarah Hospital Taiping, Dr Mohd Yassim Abd Rahman kini berlegar di media sosial.
Surat bertarikh 30 Ogos ini dipercayai ditulis seorang suami bagi memaklumkan bahawa dia tidak mahu sebarang penglibatan doktor lelaki ketika proses melahirkan anak oleh isterinya.
Si suami turut menegaskan, sekiranya berlaku sebarang komplikasi yang memerlukan kepakaran doktor lelaki sekali pun, perbincangan dan keizinannya harus diperoleh terlebih dahulu.
Dari satu sudut, si suami ini sangat bagus kerana dia pasti seorang Islam yang mahu menjaga batas aurat isteri.
Sementara dari satu sisi lain, ia mengundang persoalan sama ada doktor wanita yang bertauliah menangani proses kelahiran di Malaysia sudah benar-benar cukup sekiranya setiap ibu bapa mahukan doktor wanita sahaja yang menyambut kelahiran anak mereka.
Biasanya, hospital swasta menawarkan kelebihan boleh memilih doktor yang dikehendaki untuk menyambut kelahiran bayi.
Justeru, mungkin ini sebabnya pengirim surat yang menggunakan nama Mohd Yazif Jamaludin menulis surat kepada pengarah hospital kerajaan tempat anaknya bakal dilahirkan.
Apa pun, didoakan Yazif dan isteri selamat menimang cahaya mata tanpa masalah dan permintaannya dipenuhi pihak hospital.
surat-dr-brsalin
********************

Allah...sangat respect pd suami begini. At least die dah sedaya upaya menulis surat kpd pihak tertentu.

Alhamdulillah.. en.hubby eda dah menjalankan tanggungjawap die ketika eda bersalin dulu. Kalau imbas balik memori mula2 kami dlm misi mencari OB, dah bermacam2 OB eda jumpa...

Yg pertama dulu di klinik Per**** Specialist. Eda terbaca dan bila tanya pendapat klinik di rumah eda, OB di sana mmg antara yang terbaik di johor. Tetapinya OB tuh lelaki..huhu... Itu kali pertama dan terakhir eda g. Memang hubby eda berat ati la nak suruh eda cek situ..

Kedua, kami pergi ke Hospital P**** P*****. Alhamdulillah doc perempuan....tetapi bila eda nak wat treatment, doc nak eda mkn pil perancang dalam masa setahun untuk stabilkn period dulu.. Allah..!! Eda tak pernah pregnant, jadi eda takut gak nk makan ubat perancang.. Takut nnt ganggu sistem horman bdn.. Itu yg eda baca dri artikel2 pakar luar negara la... Lagi pun harga di sana. Rasa macam tak berbaloi dengan masa doc luangkan time rawat eda. Just scan bawah sekejap je, eda x sempat nak tengok mane cis dlm ovary eda, pastu die ckp ok konpem pcos..huhu.... Untuk 1st appoinment dh cecah 800inggit...ni setahun..terus ati rasa x sedap nak teruskan treatment sane....

Jadi kami cari OB lain dan jumpa LPPKN. LPPKN half gomen half private. Dan yg pasti OB die perempuan..dan kalau bukan perempuan pun boley pilih nak doc perempuan!! Alhamdulillah....harga pun walopun mahal dari hosp gomen, Tapi agak murah la sikit dari hosp swasta... contoh dulu eda turun darah spjg pregnant, so kene makan duphaston tiap ari...Harga duphaston eda beli di LPPKN RM2.50 sebiji..di Columbia RM3..jadi ofkos eda beli di LPPKN walopun bape sen je murah, sbb bile didarab dapat la less RM15 sbln..

Bila dah pregnant dlm 5weeks eda dapat tahu columbia baru ade OB perempuan. Baru 3 bulan transfer dr HSI. Alhamdulillah..Eda dapat tgk, masa mula2 kami g wat followup di columbia, jarang de pesakit under doc ini. Even time eda bersalin, kakak sebelah cakap untunglah sbb die dtg2 cekup mula2 xde OB perempuan. Tapi sekarang ramai pesakit aspclly yg muslim wat followup under OB nih.. Alhamdulillah...Dan setakat selama 4 bulan eda checkup di sini, xpernah kene bayar lebih dari RM200. If scan dan servis doc shj baru RM70. kalau ade ubat baru seratus lebih..

Jadi lepas nih if preggy lagi, mungkin eda nak hubby pertimbangkan bersalin di gomen plak la...yela, eda rs semua tahu kn kelebihan bersalin di gomen hospital. Selain kita rs secured sbb doc di sini pasti akan buat shj rawatan yg diperlukan. Berbanding di swasta, kadang2 mereka perlu menjg nama dan prestasi hospital dlm kes2 tertentu...ermm....itu pendapat eda la ye..Peace no war ^_^

Vaksin Kucing : Faedah dan Risiko


Apakah sistem imun? Mengapa ia penting?

Sistem imun memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan kucing anda. Salah satu fungsi yang paling penting dalam sistem ini sangat kompleks sel-sel khusus dan molekul adalah untuk melindungi kucing dari penyakit dan jangkitan yang disebabkan oleh penceroboh asing - virus, bakteria, dan pelbagai mikrob lain dan parasit akan menyerang badan dan menyebabkan penyakit.

Apakah kebaikan vaksin?

Vaksin diberikan untuk menyediakan sistem imun badan terhadap pencerobohan oleh organisma tertentu yang menyebabkan penyakit. Vaksin mengandungi antigen yang sistem imun "melihat" seperti organisma tetapi tidak , ideal, menyebabkan penyakit. Apabila vaksin diperkenalkan oleh suntikan atau beberapa cara lain , sistem imun bertindak balas dengan pemasangan sambutan perlindungan. Apabila kucing itu kemudiannya terdedah kepada organisma, sistem imun adalah disediakan dan sama ada menghalang jangkitan atau mengurangkan kesan penyakit.

Adakah kucing saya perlukan setiap vaksin ?

Tidak. Pilihan yang vaksin kucing anda perlu terima adalah bergantung kepada beberapa faktor termasuk:

*Risiko kucing anda pendedahan kepada organisma penyebab penyakit (sebahagian bergantung kepada kesihatan kucing lain yang anda terdedah , dan persekitaran di mana kehidupan kucing anda)
*Akibat jangkitan
*Risiko kucing yang dijangkiti menimbulkan kepada kesihatan manusia (contohnya, penyakit anjing gila)
*Keupayaan perlindungan vaksin
*Kekerapan atau keterukan reaksi vaksin menghasilkan
*Umur dan status kesihatan kucing anda
*Reaksi vaksin kucing anda mungkin telah mengalami pada masa lalu

Doktor haiwan anda akan membantu membimbing anda dalam membuat keputusan yang vaksin yang sesuai untuk kucing anda. 

Vaksin yang berikut kini boleh didapati :

Vaksin kucing Virus Panleukopenia : panleukopenia kucing (juga dipanggil mengganggu kesihatan kucing ) adalah penyakit yang sangat mudah berjangkit dan boleh membawa maut pada kucing. Virus panleukopenia kucing adalah sangat tahan lasak , mampu untuk terus hidup ekstrim suhu dan kelembapan untuk beberapa bulan, dan tahan kuman yang ada. Sehingga beberapa tahun kebelakangan ini, panleukopenia adalah penyakit berjangkit yang paling serius untuk kucing, mengancam kehidupan beribu-ribu setiap tahun. Terima kasih kepada vaksin yang amat berkesan yang ada sekarang, panleukopenia kini dianggap sebagai satu penyakit yang jarang berlaku. Walau bagaimanapun, kerana sifat yang serius  dan kehadiran berterusan virus dalam alam sekitar, vaksin adalah sangat disyorkan untuk semua kucing.

Vaksin kucing virus Calicivirus / herpesvirus: calicivirus kucing dan kucing herpes virus jenis bertanggungjawab untuk 80-90% daripada berjangkit kucing atas penyakit saluran pernafasan. Kebanyakan kucing terdedah kepada salah satu atau kedua-dua virus ini pada suatu masa dalam hidup mereka. Setelah dijangkiti, banyak kucing tidak pernah benar-benar sihat daripada virus. "Pembawa " kucing ini sama ada menumpang secara berterusan atau berselangan untuk jangka masa yang lama - mungkin untuk sepanjang kehidupan - dan bertindak sebagai sumber utama jangkitan kepada kucing lain. Vaksin yang sedia ada akan mengurangkan kesan jangkitan pernafasan , walaupun tidak akan menghalang penyakit dalam semua keadaan. Vaksinasi amat disyorkan untuk semua kucing.

Vaksin Virus Rabies : Rabies adalah satu ancaman yang makin meningkat kepada kucing. Pada masa ini , bilangan kes-kes rabies kucing di Amerika Syarikat jauh melebihi bahawa semua haiwan domestik lain. Rabies di kucing juga satu kebimbangan utama kepada kesihatan awam. Kerana rutin maut hasil daripada jangkitan pada kucing, dan potensi untuk pendedahan kepada manusia , vaksin rabies adalah sangat disyorkan untuk semua kucing , ia dikehendaki oleh undang-undang di kebanyakan kawasan di negara ini.

Leukemia kucing Virus vaksin : virus leukemia kucing ( FeLV ) adalah pembunuh virus utama kucing. Virus ini merebak dari kucing ke kucing melalui luka gigitan, melalui hubungan kasual dengan kucing yang dijangkiti, dan dari kucing ibu kepada anak-anak beliau. Yang paling risiko jangkitan kucing luar, kucing dalaman / luaran , dan kucing terdedah kepada individu tersebut. Kucing yang tinggal di rumah dengan kucing dijangkiti FeLV atau dengan kucing status jangkitan yang tidak diketahui juga berisiko. Kucing Dalaman sahaja dengan tidak terdedah kepada kucing yang berpotensi dijangkiti virus adalah sangat tidak mungkin untuk menjadi dijangkiti. FeLV vaksin yang disyorkan untuk semua kucing pada risiko pendedahan kepada virus ini.

Chlamydia, kucing berjangkit peritonitis , dan Kurap Vaksin : Vaksin boleh didapati bagi setiap organisma penyebab penyakit , tetapi penggunaan mereka tidak digalakkan rutin untuk semua kucing. Doktor haiwan anda akan membantu membimbing anda dalam membuat keputusan sama ada kucing anda akan menerima mana-mana vaksin ini.

Mengapa anak-anak kucing memerlukan satu siri vaksin ?

Kittens menerima antibodi daripada kolostrum (susu pertama ibu menghasilkan ) yang dimakan pada waktu awal selepas kelahiran. Antibodi ibu membantu melindungi daripada penyakit berjangkit sehingga sistem imun kucing sendiri adalah lebih matang.

Malangnya, antibodi ibu juga mengganggu keupayaan vaksin untuk merangsang sistem imun kucing itu. Untuk mengatasi masalah ini , doktor haiwan sering memantau siri vaksin, biasanya bermula apabila anak kucing adalah sekitar enam hingga lapan minggu usia , dan kemudian mengulangi suntikan di tiga atau empat minggu sehingga selang antibodi ibu telah berkurangan , biasanya pada kira-kira dua belas minggu usia . Dalam beberapa kes (contohnya , vaksin rabies ) vaksin awal tidak diberikan sehingga antibodi ibu telah hilang.

Adakah kucing dewasa saya perlu disuntik setiap tahun?

Jawapannya bergantung kepada vaksin. Vaksin rabies kucing memberi perlindungan selama lebih daripada satu tahun , jadi suntikan dengan vaksin triennially diluluskan rabies setiap tiga tahun ( selepas siri awal selesai, dan apabila selaras dengan keperluan vaksin rabies tempatan) adalah mencukupi. Penyelidikan terkini telah menyediakan bukti nyata yang menunjukkan bahawa panleukopenia / rhinotracheitis / calicivirus vaksin memberi perlindungan yang mencukupi untuk beberapa tahun, jadi sebagai tindak balas , ramai doktor haiwan kini mencadangkan bahawa vaksin ini akan " boosted " di tiga selang tahun juga. Malangnya, setakat ini kurang diketahui tentang tempoh perlindungan yang disediakan oleh vaksin lain. Sehingga maklumat yang diketahui , vaksinasi tahunan dengan produk-produk adalah memerlukan tindakan yang munasabah .

Adakah vaksin berbahaya?

Biasanya tidak . Malangnya,  vaksin bebas risiko dan sempurna tidak wujud. Tanpa ragu-ragu , vaksin telah menyelamatkan nyawa banyak kucing , dan mereka terus menjadi senjata penting dalam peperangan menentang penyakit berjangkit kucing. Tetapi seperti mana-mana prosedur perubatan , terdapat kemungkinan kecil bahawa tindak balas boleh terhasil akibat vaksinasi. Dalam kebanyakan kes, risiko yang dikaitkan dengan vaksin adalah lebih kecil daripada risiko penyakit jika vaksin tidak diberikan . Tetapi untuk mengurangkan risiko , sebelum kucing anda suntikan , sila maklumkan kepada doktor haiwan anda apa-apa masalah kucing anda alami atau mana-mana ubat kucing anda terima.

Berikut adalah senarai ringkas tindak balas yang mungkin berlaku selepas suntikan. Jika kucing anda mempunyai apa-apa reaksi pada masa lalu akibat suntikan , pastikan untuk memberitahu doktor haiwan anda sebelum kucing anda suntikan lagi.

TINDAKBALAS-TINDAKBALAS MILD :

Tindak balas berikut adalah perkara biasa , biasanya bermula dalam beberapa jam untuk beberapa hari selepas suntikan , dan terakhir tidak lebih daripada beberapa hari:

ketidakselesaan di tapak di mana vaksin telah diberikan
*demam ringan
*selera makan berkurangan dan aktiviti
*bersin pada kira-kira empat hingga tujuh hari selepas pentadbiran vaksin intranasal
*Bengkak bukan menyakitkan di bawah kulit di tapak di mana vaksin itu diberikan. Bengkak selalunya hilang selepas beberapa minggu , tetapi jika anda mendapati apa-apa bengkak , anda perlu menghubungi doktor haiwan anda.

TINDAKBALAS-TINDAKBALAS serius :

Reaksi-reaksi ini berlaku sangat jarang :

*reaksi alahan yang serius dan berpotensi mengancam nyawa dalam tempoh beberapa minit hingga satu jam selepas suntikan
*sejenis ketumbuhan dipanggil sarcoma di tapak vaksin beberapa minggu, bulan, atau lebih lama lagi vaksin berikut

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya fikir kucing saya mengalami masalah akibat vaksin ?

Dengan segala cara , berunding dengan doktor haiwan anda. Walaupun penyakit berkaitan vaksin sesuatu yang luar biasa , ia boleh menjadi serius. Doktor haiwan anda adalah individu yang paling layak untuk menasihati anda jika satu peristiwa yang tidak diingini tidak berlaku.

Untuk vaksin atau tidak vaksin ?

Keputusan untuk vaksin kucing anda perlu berdasarkan pemahaman yang mendalam tentang faedah - dan risiko - prosedur. Atas sebab ini, ia adalah amat penting bahawa anda membincangkan prosedur dengan doktor haiwan anda. Beliau akan lebih bersedia untuk menjawab apa-apa soalan yang anda mungkin ada, dan akan membantu anda membuat pilihan yang tepat untuk vaksin kucing anda.

**********************
maklumat dari sini