Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Thursday, January 19, 2017

Persiapan Umrah 2016

Assalammualaikum..

Dalam keterujaan membuat persediaan, tetap di dlm hati rs risau andai impian tidak berkesampaian. Nyawa di badan ini, belum tentu milik kita esok lusa. 

Persediaan kami utk menunaikan umrah pd jan 2017:

1. Pemilihan pakej dan tempahan.

Alhamdulillah, urusan menempah tiket sudah selesai. Kesian pd en.somi, pening dgn tmp keje yg x abis2 keje menimbun. Nak kene pilih dan cari pula tarikh dan agen yg sesuai. Alhamdulillah. Mg pilihan yg dibuat terbaik bagi kami.amiinn...

Pakej yg dicari adalah umrah direct. memandangkan mil dan fil tidak berapa sihat. Jd xnak transit. inshaAllah, pakej bertarikh 20-31 januari 2017 dipilih. Pakej under Andalusia. Sebelum ni kami pergi dgn Mubarak, ok agensi tuh. Tp nk cuba plak agen travel lain

2. Persediaan diri anak kecil

Memandangkan kali ini pergi dgn aisyah, jd persediaan dia jg amat pentinG. Aisyah umur setahun 5 bln bila januari 2017 nnt. Disember 2016 dia dh completed 2 kali vaksin pneumococcal, so agen kata xperlu la amik vaksin utk ke umrah. 

3. Persedian diri mak bapak budak 😁

Persediaan kami dr segi dlmn, mngkn masing2 ada cr tersendiri. Perbanyakkan solat sunat taubat, tahajud, hajad. Yela, belum tentu rezeki mnjd tetamu Allah itu betul milik kita selagi kaki belum jejak di sana. Mohon mg2 Allah terima taubat kita, dan permudahkan urusan sebelum, semasa dan selepas menunaikan umrah. InshaAllah amiin..

Persediaan dr segi stamina, kene byk berjalan at least 3km. Hutan Bandar JB jd lokasi kami beriadah sebulan dua sblm berangkat.hehe.. Kene double stamina, almaklum nnt bw anak dara solehah ni. 

4. Persediaan pakaian

Suami ckp nnt beli je jubah kat madinah. Senang dan murah. Masalahnya eda ni jenis ssh nk cari saiz. Kang amik yg besar, terlebih labuh plk. jenuh nk menjahit sana. Jd eda plan, bw jela 5 helai jubah yg kain jenis satin. Cepat kering dan mudah basuh hehe.. unrah dulu eda bw jenis lycra, ssh skit nk keringkan dlm bilik. Selebihnya bw baju tshirt dan kain utk tidu 3 pasang.  
Telekung 2 pasang je sbb eda bw tudung jenis labuh. Tudung tu buat solat pun boleh. Selesa dan senang bentuk kt muka. Sbb ade awning 😍

Suami plak, kain ihram 2 pasang. Jubah mngkn 3 helai, baju punjab 2 helai, kain pelekat dan tshirt tido. 

Anak?? Erm... rasa kene byk bw extra sbb takut tereksiden. Tp mohon doa byk2 mg nnt anak hanya berak bila di hotel je. time ziarah or umrah die just kucil2 je. Amiin...

5. Persediaan ubat2an

Alhamdulillah, vaksin utk ke umrah sudah kami selesaikan 19nov lepaS. Balik manjung tlg mil fil selesaikan passport gambar visa dan injection. So kami tumpang skali. Aisyah x amik sbb die sudah amik yg vaksin pneumococcal.

Disebabkan ubat kat sana mahal (almaklum nilai duit kita dh merundum) so ubat2an digalakkan bw siap. kene asing dlm ziplock plastic senang nk cari dan susun kn. 

Jadi ubat utk dewasa dan kanak2:
-paracetamol activefast
-soluble
-strepsile
-antibiotik (kne g klinik minta)
-ubat batuk
-eyemoist (hubby slalu sakit mata)
- termometer
-ubat cair kahak bby
-ubat lembut taik bby
-ubat gigitan serangga πŸ˜‚
-lip balm (utk mulut kering)
-losyen utk tumit kaki

6. Persediaan peralatan aisyah

Memandangkan aisyah ni bkn ade sgt permainan khusus die suke main mcm puzzle or lego, jd eda bw buku dan tab je...
- Busybook die eda dh start buat disember 2016. Semangat buat sbb nk bagi die main nnt
-softbook2 yg lain dh beli sbg tambahan.
-mainan pun mngkn yg patung haiwan kecik2 yg die suke pegang jela πŸ˜‚

Stroller jenis buggy dh siap beli kt lazada. murah je rm89 harganya. Siap pos rm96.50. senang jenis ni just lipat kecik nnt naik kapal terbang, harap2 dpt la msk kabin huhuhu.. 

Harness dh beli gak. Tp tali die pjg smeter je. so skrg biasa pakaikan time eda solat. risau takut die terjatuh je sbb terikat dgn eda.huhu..

7. Persediaan makanan

Erm....makanan ni, mngkn biskut2 utk aisyah jela kot. utk dlm kapal terbang. Kalau klu masjid blh bw kurma. Tp pape pun, rs mmg nk bw biskut2 dan sikit coklat feberet die. Time tantrum die dtg, blh kasi mkn kejap 😁

Thursday, January 5, 2017

Perjalanan TTC (trying to conceive) eda - Ulangkaji

Assalammualaikum.. 

Over tak tajuk entry eda. Siap ULANGKAJI lagi situ hehe.. mmg tujuan utama eda tulis blk ni utk ulangkaji la ni. Sbb rasanya lepas ni boleh dah berusaha nak bg aisyah adik.huhu.. mg Allah permudahkan.

Ok eda nk ringkaskan perjalanan ttc eda dari 1st pregnancy wif our putera syurga Muhammad Adam dan Muhammad Adib hingga 2nd pregnancy wif our permata hati puteri solehah intan payung Aisyah Jazilah 😁

Kedua2 pregnancy ni eda buat treatment under LPPKN NUSAJAYA JB. Sbb apa di LPPKN? Sbb Eda penah nak buat under gomen, tp mkn masa appoinment die. eda jg penah pegi under swasta. Tp treatment die memerlukan masa setahun uk persediaan shj meaning btlkan hormon, kuruskan badan dan sbg πŸ˜‚ 1st appoinmnt shj ckp2 dgn Dr pakar dh rm800+ termasuk ubat utk tujuan di atas. menggeletar lutut tgk bil. Ckp dekat hubby "xpela syg, kita try tempat lain" Jd Cancel nk amik ubat. Just byr khidmat Dr pakar dan scan peyut rm100+ 😱

Beberapa bulan lepas tuh, kalau x salah eda bulan mei, eda terbaca dlm website RATU group wanita2 ttC. Dr situ dapat tau berkaitan lppkn. Alhamdulillah.. 

1st pregnancy

Eda x sure bulan berapa eda start buat treatment di LPPKN. Tp Yg pasti mmg tahun 2012. Dh beberapa kali treatment (2@3) sblm berjaya pregnnt, tp semuanya hanya makan ubat shj. Jd eda pendekkan cite terus ke treatment yg berjaya shj ye. 

masa bulan oktober period datang pada hari pertama, Eda call bahagian LPPKN utk mengetahui lebih lanjut apa yg perlu dilakukan. Jadi nurse yg incas bahagian kesuburan ni minta eda datang ke klinik lppkn utk ambil borang ujian HSG (hysterosalpingogram). 

Ujian HSG ini seperti xray di bahagian rahim. Sebelum xray, sejenis cecair dye akan dimasukan ke rahim. Jadi bila xray, bahagian yg cecair dye ini akan bewarna cerah. Bahagian yg tidak bewarna cerah menandakan ada masalah sbb dye x dpt nk lalui. kebiasaannya di tiub fallopio. 

(Tips penting, eda google dan dapati dye HSG ni sgt membantu bg yg sedang ttc. membantu menyuburkan rahim dan memudahkan embryo melekat di rahim. Wallahualam)

Jadi ujian HSG dijadualkan pada hari ke10 period. Kenapa hari ke 10?? Sebab waktu tu dinding rahim kita sudah nipis dan period bg kebanyakan wanita sudah berhenti. Jika belum berhenti, kene inform bahagian hosp la. LPPKN tak jalankan ujian HSG ni ye. Hanya hosp besar shj yg buat. Jadi LPPKN di Nusajaya JB ni hanya ade 2 panel hosp besar, salah satu Hosp Columbia. Harga Ujian HSG, jika ada borang dr LPPKN dpt harga separuh RM180 kalau tak salah eda. Jika sendirian RM380+.

Alhamdulillah result ok ujian hsg. Jd bulan oktober tiada apa2 ubat makan utk ttc.

Bulan hadapannya (nov), mcm biasa bila period pertama dtg terus call lppkn dan pergi ke klinkk LPPKN. Dr sudah terangkan masa mula2 treatment dlu masalah apa yg eda hadapi, which is hormon x stabil jd period x menentu. Ye, mmg sejak kahwin period eda jd tunggang langgar. Zmn anak dara teratur sopan je die dtg πŸ˜‚ entah, mngkn faktor persekitaran dan berat bdn naik. Hepi kn, normal la 😁😁😁.. selebihnya semua ok. Ujian HSG pun normal. Alhamdulillah..

Jd utk Nov ni Dr naikkan dose ubat eda sbb sblm ni treatment tak berjaya. jd kali ni Clomid dan tambahan adalah Injection. Injection ni kalau berani blh buat sendiri, tak berani blh g klinik buatkan. Eda cucuk je sendiri kt perut sbb x rasa sakit pun huhu.. harga Clomid rm50+ dan injection rm150+. Details hari bile mkn clomid dan bile nak injek tu boleh refer entry eda sini.

Lepas habis makan ubat dan injection, hari ke 15 Dr akan scan tgk perkembangan ovum (telur). Jika ade yg saiz besar2 Dr akan berikan ubat injection utk pecahkan ovum kita. Jd proses ovulasi terjadilah kiranya. Waktu subur!!! Tp dlm kes eda waktu ni, hanya ade 1 telur shj besar 😭 jd Dr ckp die x bg la injection tu, biar telur tu lalui proses ovulasi sendiri. Kalau telur besar2 byk mcm dlm 3-4 biji, baru Dr bagi injection, sbb die nk telur besar2 tu pecah semuanya. Kalau ikut proses semulajadi, hy satu je yg pecah. Jd kebarangkalian utk berjaya tinggi. Sedih sgt waktu tuh.huhu.. Jadi kiranya proses IUI yg sepatutnya dijalankan lusa pun x dpt buat.

Proses iui blh tgk google ye. Die x sama dgn ivf.. tp tujuan sama la utk persenyawaan. Cuma iui ni murah lg dr ivf.. iui di lppkn kos RM300+

Tp Dr dh pesan awal2 jgn putus asa. Ada satu telur masih ada harapan. Byk2 berdoa, solat sunat mlm2 mohon pd Allah. Bukankah Dia yg menentukan semuanya?? Jd kita salurkan rasa kebergantungan sepenuhnya kpdNya.

Alhamdulillah. di saat kecewa telur hanya satu, iui tak dapat buat... jika Allah kata Kun.. maka terjadilah ia.. 

Dan dari satu telur tu, mula2 scan nampak satu kantung. Bile dh minggu ke 8 nampak 2 kantung baby. SubhanaAllah.. kekuasaan Allah, tiada siapa dapat menidakkan..

Nikmat yg Allah pinjamkan kpd kami rasai selama 5bln. SubhanaAllah.. pengalaman manis yg penuh air mata.

2nd Pregnancy

6 bulan lepas keguguran (dlm perubatan kalau bersalin week 20 dan ke bawah dipanggil gugur. Walopun putera2 syurga kami lahir dlm keadaan menangis dan bernafas) kami buat keputusan utk buat treatment. Treatment kali kami buat mula2 di Hosp Columbia, kemudian insaf terus ke LPPKN blk.hehe.

Jadi lepaa satu treatment..ke treatment satu lagi.. dan satu lagi.. dan lagii... hingga keaeluruhan treatment yg gagal berjumlah 7!!! Ye.. kami tanpa putus asa terus..dan terus buat Treatment. Bila Dr LPKKN ckp bln dpn stop berehat kejap, rasa mcm sedih sgt.huhuhu.. tp kne redha, yela kesian badan bekerja keras. Berat pun makin bertambah sbb mkn ubat hormon πŸ˜‚..

Lepas dh lalui fasa kegagalan byk kali, eda pun tanya pd Dr LPPKN boleh x nk buat Ujian HSG balik semula. Mcm eda bgtau atas, info penting dye hsg ni membantu utk mengandung!!!!  Dr LPPKN pun mcm x pecaya eda nk buat lg. Sbb satu ia mahal, dua sbb ujian itu Bg sesetgh wanita rasa sakit bile dye di masukkan. Bayangkan rahim kita kecik, tiub fallopio lagi la kn.. tetibe dye dimasukkan dgn kelajuan tinggi sbb nk make sure dye lalui hingga hujung tiub fallopio. Mcm senggugut kuat la rasanya sakit tuh. Eda?? Tahan jela nk anak kn 😁

Jd bln oktober HSG (result alhamdulillah ok), november 1st period terus amik ubat clomid dan injection. Hari ke 12 period aepatutnya Dr cek telur2 nak tau perkembangan tp Dr ade kursus 😭😭Hari ke 15 Dr available, scan tgk semua telur dh kecut. Meaning proses ovulasi dh berlaku 😭😭😭😭😭😭😭 (emoticon cry byk2 menandakan hati hancur waktu tu huhuhu) IUI pun tak dijalankan la sbb dh ovulasi kn. Lagi skali positifkan diri, doa byk2 jgn putus asa. Alhamdulillah.. result positif.

******* THE END ********

Point eda kene ingat lepas ni:
1. Buat ujian HSG. walopun treatment tiap bulan sama je, tetap negatif. tp bile selepaa buat hsg, konpem positif. Menunjukkan ade kesan dr hsg. Ade org ckp bile dye lalui tiub fallopio, die flush habis kekotoran yg ada dlm tiub tuh. Jadi mudah la si jejaka gagah berenang2. Wallahualam 😁
2. Bdn eda memerlukan clomid max dosage dan incetion utk hasilkan buah2 ranum yg banyak. Kalau dose biasa, hy satu je. Meaning x beri kesan.
3. IuI tidak perlu. Menunjukan tiasa masalah utk si jejaka gagah berenang2 mencari si jelita montel πŸ˜‚

**semua ini hy perancangan sahaja. Badan kita pasti berinteraksi dgn cara berlainan pd waktu berlainan. Faktor umur dan hormon. Mudah2an ttc akan dtg dipermudahkan Allah **