Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Thursday, November 28, 2013

2nd ttc di LPPKN

Bagi nak memudahkan para TTCian utk baca progress setiap cycle, jadi eda wat mcm nih... eda tulis sekali harung sume beserta harga2 yg dapat di LPPKN. Jd kpd yg berhajat nk buat treatment di LPPKN sedikit sbyk dapat tahu berapa anggaran kos yang diperlukan.

9 November 2013, Sabtu
Cik P eda dtg tepat 35 hari kitaran. Hati kecewa krn ia bmakna tak berjaya 1st cycle sblm nih. Mungkin yg time eda preggy dlu sbb dh terenjit fuliova sekali.. tapi yg kali nih xde injit pape. jd bdn dh imun dose rendah kot.wallahualam

11 - 17 November, Isnin-Ahad
Start amik clomid utk 7 ari. Manakala injit Folliova pada 12,14 &16 nov. Dlm ms sm eda amik suppliment multivit,epo & folik asid. Harga folik asid murah je amik byk2 60 biji dapat RM3.00.. Clomid 14 biji RM50.40.. Manakala Folliova 3 set RM152.40... Multivit dan epo eda beli di farmasi dan mmg dh di amalkan mkn sebelum2 nih..

18 November, Isnin
TVS untuk scan telur. time nih telur kecik2 baru 12 dan bwh 9mm kiraan ia. mengecewakan..tp msh tak putus asa..doc tambah satu lg injit Folliova..Tambah lagi RM50.80 ^_^ Manakala TVS cas RM20

21 November, Khamis
Repeated TVS. Baru saiz 14 dan 10mm. Dinding rahim 9.. Tp Allah pertemukan eda dgn sorg kakak.die bg tips minum esp shaklee.insyaAllah bantu telur matang dan rahim tebal. Kakak tuh pun same kes dgn eda..die dh 8 tahun kahwin.. Time scan tgk telor, telor die x besar sgt. bwh 10 sume. Bile doc suruh makan soya, tauge (tak suke ok.!!) dan tempe serta sekuturunannya, tu yg die terus teringat kat shaklee.. Alhamdulillah next appoinment die dh blh wat iui.Harga TVS RM20

25 November, Isnin
Repeated TVS. Alhamdulillah hasil dari eda makan ESP Shaklee double doses selama 3 hari, teluor2 eda membesar dgn sgt cpt..saiz dlm 21x25 dan 20x22. Dinding rahim 13!! Time nih doc dh bagi pregnyl untk dienjit pecahkan telur.kira lusa boleh wat iui. Tapiii....eda harini dh demam 4 ari.doc risau dan minta eda g cek drh.. G klinik kerajaan cek punya cek.sekali dengggiii!!! huhuhuhu....called doc minta cancel iui. Harga TVS RM20.. Manakala Pregnyl RM45.40.

27 November, Rabu
Demam denggi dh tiada..tapi still platlet eda drop 120..normal nak melebihi 150.huhu.. Tekad dgn hubby g lppkn cek semula smada telur dh pecah ke belum. sbb dah rancang nk go on iui dis cycle..scan telor subhanaAllah, saiz dah jadi 26x29 dan 25x27. Mmg tunggu masa untuk dipecahkan dh...jd malam tepat 10pm, enjit sendiri pregnyl..IT dan terus tido..zZzZ..jadi harini just bayar TVS RM20.

29 November, Jumaat
Pagi tuh Appoinment LPPKN sepatutnya kol8..tapi eda g lewat sbb IUInya start kol10.hehe..sesuke ati je...bukan ape, pagi tuh eda kene g klinik kerajaan nak cek darah lagi. Alhamdulillah result kali nih platlet eda dh naik jadi 175..minimum platlet nak 150.. Alhamdulillah. syukur sgt2 dh ok dari denggi. Tapi still kene berjaga2 la...nak kene minum byk2 air. Lepas abis cepat2 terkejar ke LPPKN plak. Erm....pengalaman eda buat HSG dan IUI nih, rasanya IUI ni mcm tak sakit sgt kalau banding buat HSG. HSG time suntik ubat/pwarna, waduh2 tercungap2 den tarik nafas nak tahan sakit. takut otot bwh keras nanti tekeluar blk ubat.huhuhu....Tapi IUI ni, x rasa pun time doc buat. Tahu2 dah siap..Alhamdulillah.. Time kene rest berbaring tuh selama 30min, eda terus zZzzZZzzz ^_^.... Harga IUI nih RM350. Eda mintak asid folik sbb stock dh abis.. 60 biji cuma RM3..

19 Disember (Akan datang)
Doc cadangkan lagi 20 hari lepas iui baru buat upt. tapi boleh je buat lepas 10 hari. Allah, berdebar2 eda rasa nak tunggu 10 hari ni..Moga Allah permudahkan dan makbulkan doa dan harapan eda dan suami untuk miliki zuriat. aamiin... Doakan kami ye para TTCian yg lain..

update:
9 Dec (hari ke 9 selepas iui) -BFN
13 Dec - cik P dtg!!! huhuhu...konpius gak sbb eda mkn duphaston maknanya xkn period selagi mkn..huhuhu...tapi yg pasti pagi tuh eda dgn rajinnya dok mengemas rumah siap mop2 satu rumah..hari aebelumnya eda sibuk angkat kotak2 dlm stor kasi kemas sbb nk simpan brg lain..huhu...

Dis month eda akan bercuti dari apa2 treatment..sambil2 habiskan tesis nak submit final dis month.huhu...mcm2 ko nak wat ye eda..golojoh benor ^_^

Wednesday, November 13, 2013

Progress proses mencabangkan kendondong

beza seminggu lepas dan hari ini...

Suke tak..suke tak..suke takkk...!! mesti la suke kan ^_^

Hari ni nampaknye kedondong eda dh berjaya cabang dengan suburnye..Alhamdulillah

Pokok x eda pun dh keluar 2 tunas comel je. ^_^.

OK itu aje nak update.hehehe....gumbira rasa hati dh..

Monday, November 4, 2013

Doa Awal tahun dan Akhir tahun


DOA 1 (Akhir Tahun)



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِيْ هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَم نَتُبْ مِنْهُ وَلمَ تَرضَهُ وَلمَ تَنْسَهُ وَحَلُمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَيْتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جُرْأَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا ، وَمَا عَمِلْنَا فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابُ فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيْمُ يَا ذَاالْجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ أَنْ تَتَقَبَّلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعُ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيْمٌ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi amat penyayang, segala puji-pujian itu tertentu bagi Allah seru sekalian alam, selawat dan salam ke atas penghulu sekalian Rasul dan atas keluarganya dan sahabatnya sekalian. Ya Allah! Apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau tegahkan kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut ke atas kami walaupun Engkau berkuasa atas menyiksakan kami, malah Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat ke atas Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah bagi kami dan apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala ke atasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan yang mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima daripada kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami daripada Engkau wahai Tuhan yang mulia. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka.


DOA 2 (Awal Tahun)


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالمَيِن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَىأَشْرَفِ الأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ .اللَّهُمَّ أَنْتَ اْلأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ اْلأَوَّلُ وَعَلَى فَضْلِكَ اْلعَظِيْمِ وُجُوْدِكَ الْمُعَوِّلِ. وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلَ عَلَيْنَا . نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الْشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَاءِهِ وَجُنُوْدِهِ وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ اْلأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالإِشْتِغَالِ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى .اللَّهُمَّ يَا مُحَوِّلَ اْلأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا إِلَى أَحْسَنِ الأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ . رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِيْ الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Maksudnya : Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, segala puji-pujian bagi Allah pentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas semulia-mulia nabi dan Rasul iaitu penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. dan di atas keluarganya dan para sahabatnya sekalian. Ya Allah! Engkaulah yang kekali qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi. Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat dan peliharalah kami akan azab api neraka