Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Friday, December 22, 2017

Nadzmanor familyday 2017

Alhamdulillah..

Familyday tahun 2017 ni buat di Melaka lg. Tp atuk nenek si aisyah nk dh awal2 request dekat mama.aisyah cari homestay ade pool πŸ˜‚ tp disebabkan den mula cari pun dh bulan 10, maka byk yg dh fulled. Yg paling ok jumpa apartment di Bayou Lagoon. Terus collect duit dgn adik beradik utk book 2 apartment yg ade 3 bilik. Hehehe... Cukup satu family satu bilik..

Pagi 11dis lepas sarapan terus gerak ke melaka. Sampai tengahari je terus g mkn asam pedas berdekatan dengan Bayou Lagoon. Harga mkn utk 13 dewasa dan 8 kanak2 RM243.. Tak terperanjat pun sbb mmg byk yg kami amik πŸ˜‚ antara lauk kerang 3 pinggan, asam pedas 3 pinggan, ulam2 2 pinggan, sayur 3 pinggan, ayam goreng 3 ketul, ayam sup 3 ketul. Dan air yg mcm2.. Huhu.. Agak berbaloi sebenarnye sbb sedap. Berbanding dlu ade g asam pedas claypot mahal dlm rm200+ dan ikan asam pedas kecik gile. Cukup utk sorg mkn sbnrnyeπŸ˜’


Aktiviti wajib makan besar di Umbai. Mlm  tu den dan suami pegi awal book meja. Ingatkan ramai, lupa plak hati weekday. Byk.meja kosong.. Tp ade perkara yg buat kami kecewa, masa makanan sampai bilangan udang yg sampai x cukup. Masa pilih udang tu abah siap kire 50 ekor. Sekali yg sampai 43 ekor 😑 bila komen pd staf, punya lambat dtg nk cek so kami mkn dlu. Pertengahan makan.tu baru yg staf incas agaknye dtg nk kire. Ko gile??? Apa nk kami.tggu sampai mknn sejuk baru ko nk kire. Kepala bana betul.. Siap ckp mcmne kami nk percaya kurang ke x. Amboi... Ingat kami.tipu la tu.. Hellooooo udang tu sgt besar ok kalau ko tercicir masa masak. Melainkan mmg itu style peniagaan ko kurangkan apa yg pelanggan dh byr. Bile dh jd.mcmni terus rs semua mknn situ x sedap. Lala die busuk bkn fresh.. Ikan semua rs tawar.. Masa mkn sotong goreng terus terfikir "tah2 dh kurang ekor sotong die goreng ni".. Next year tukar angin ke tempat lain la plk.  No more kedai ikan bakar pameswara di umbai tu. Kedainye satu2 di tepi laut.. Mohon kelaut terus 😏



Lepas.mkn blk hotel terus pengsan. Den sakit kepala dr ptg lg, mngkn sbb byk ajinomotor dlm mknn haha.. Esok pagi bgn2 tido terus g sarapan di cafe hotel. Lepas terus mandi manda lalalaa...


Checkout hotel lepas zohor. Senang dh solat sume. Terus cr tmp mkn. Tp memandangkan dh jam 2.30 masa keluar, terus bgtau abah jom mkn mee besen πŸ˜‚ sampai kedai baru jam 3pm, kedai buka 3.30.. So menunggu jela dlm kete. Famili mula2 x pecaya nnt ramai pelanggan dtg. Nk dekat 3.30 tgk depan kedai.dh penuh.hehehe.. Nasib baik abg eda dh tulis nama dlm list menunggu.huhuhu.. Kami giliran ke 2. Antara teramai la jgk 21 org.hehehe.. Total mkn di mee besen utk 2 talam western, 2 mee besen saiz large, nasi kambing talam dan air pelbagai jenis adalah rm222.. Yg buat mahal air sbnrnye sbb average harga air rm4.. Kalau 21 org nak dekat rm100 πŸ˜…


Lepas makan, kami terus gerak balik jb. Family yg lain meneruskan plan dorg g SALE berdekatan dengan A Farmosa resort.hehe..


Alhamdulillah.. Mg tahun depan impian nk buat familyday di limastiga tercapai hahahahaa.. Tahun depan kene jd ceti yg lg tegas cmni. Cayok2 eda hahaha..


Sunday, November 26, 2017

Membako jiwa airasia niπŸ˜‚

πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Nampak x... Nampak x... 

Hahahahahaha 🀣🀣🀣🀣

Nila kojo adik ipar den. Sejak kami g travel bersama ke jopun, byk dh die share dgn den info travel ke tmp2 den teringin pegi mcm new zealand dan europe.. Baru2 ni die siap bgtau harga promo airasia. Aduyaiii terbakor makcik.. Tahun 2018 tahun 'cuti' bagi kami. Hehehehehe...

Bersabo eda.. Saboo... Nnt hujung tahun 2018 blh usha tiket lg utk travel april 2019 atau ogos 2019 ke autralia. Waktu tu musim luruh or winter.. Ermmmmmmmm 😎😎😎😎

Atleast total cost pegi balik utk 2 dewasa, 1 kanak dan 1 baby RM2800. Cost tu termasuk
🌼flight pegi balik
🌼baggage rm25kg  pegi blk
🌼insurance
🌼meal 2org pegi blk
🌼seat pegi blk

Cost ni lebih kurang je dgn cost pegi jepun ariru. Lebih kurang 3k jg utk 3 org.. 

Ermmmmm... Mcm blh dh ni bc blog2 buat kira2 budget kt australia pula la lepas ni 😁 kejap je ni pejam celik dh hujung tahun depan.hehehehe

Chaiyok2.. 😎😎😎





Wednesday, November 22, 2017

AUSTRALIA ROADTRIP πŸ˜‚

Update: alhamdulillah. Dari berangan akhirnye tertunai impian. Boleh ke link ini untuk menikmati percutian kami SPRING IN PERTH 😍



********************************

Wakakaka.. Pembawakan mungkin. Sejak 2menjak ni asyik teringin nk pegi australia. Apa ko ingat mcm balik kg ko eda australia tu haaaa... πŸ˜‚

Xpela.. Dh ckp verangan kn. Bkn kene byr pun. So apa salahnyeeee hehehe..

Eda rujuk link percutian budget ke australia di Sini.

Rujuka 1

Mcm best je tmpnye. Sbnrnye nk repeat ke korea sbb nk tgk sakura (kat jepun xsempat nk tgk sakura 😭). Tp bile dok baca2 blog mereka yg pegi sane, mcm xde tempat menarik lain je. Sume tmp dh pegi masa tahun 2012. Makanya tukar la ke australia. Kalau australia ade sakura kn best πŸ˜‚ hahahaha...

Anggaran cost kalau pergi 6h 5m

🌼 penginapan rm2000

🌼 makan yg tak budget dlm rm400. Cost termasuk bahan basah dan mkn tmp dibawah:

➡️Chicken Charcoal Express Dianella. Lamb ribs dia memang terbaik.

➡️Corica Pastry. Apple strudel sedap! Cream puff dia pun best!

➡️Danish patisserie (ni masa kami pergi tutup sebab buka smpai jam 2pm je).

➡️Kailis Fish & Chips. Ni tempat wajib pergi kalau datang Fremantle.

➡️Coffee milk jenama Dare. Memang sedap. Asyik beli je.

➡️Chicken Gozleme

🌼 aries car rental rm800. Termasuk 1 baby carseat

🌼 minyak kete rm250

🌼 parking kete rm50 (depend pd tmp)

🌼 msk tmp menarik rm200/sorg (depend tmp)

cost atas belum dibahagi kpd beberapa team pegi. Kalau pwgi dgn adik den dan wife die, so part penginapan, mkn, car rental, minyak, carpark blh bahagi 2.. So total dlm rm2500 budget di sana.

Antara tempat menarik.

🍁 Araluen Botanic Garden : 1 jam dari Perth. Cantik pegi musim spring antara hujung ogos - awal september. Hari selasa dpt 50% disc fee admission.


Masjid Perth

Corica Pastry : wajib rasa apple strudel dia! Mmg sedap and famous. 22aud satu set.

Hay street

🍁Rockingham – Penguin Island dan Sea Lion

Boleh mandi air sangat jernih.

Pasir juga halus.

Ada meja-meja disediakan untuk piknik (jadi jika bawa bekal boleh piknik di sini).

Juga dikenali sebagai bird sanctuary – jadi memang banyak tahi burung.

1 jam perjalanan dari City menggunakan kereta.

🍁Fremantlea

Di Fremantle banyak tempat-tempat menarik untuk dilawati seperti: 
Fremantle Prison 
Fremantle Market – menjual art & craft, buah-buahan segar, dan lain-lain 
E-Shed (tempat untuk shopping) – disarankan kedai Megabes atau Aussin harga lebih murah daripada kedai di City.
Hanya buka Jumaat & weekend sahaja. Jika tak sempat boleh berkunjung ke kilangnya di Malaga (berdekatan dengan airport). 
Jangan lupa makan di Fish n chips di Kaili’s (seafood halal). 
Pantai – Di sini ada juga pantai cantik untuk melihat matahari terbenam tetapi tidak sesuai untuk mandi sebab Fremantle ini adalah pelabuhan seperti Port Dickson / Port Klang. 

30 minit perjalanan menggunakan kereta dari City.

🍁Caversham Wildlife

Masjid mirrabooka terletak berdekatan caversham

Tips pergi Caversham Wildlife Park. Pergi time weekdays, dan time pagi sebab binatang baru bangun tido dan lapar. Habis kanggaroo serbu tangan. Kat sini aku menyahut cabaran dari sahabat yang dare aku untuk salam kanggaroo! Sini haiwan jinak-jinak. Takde yang tendang-tendang.

Pukul 9.00 pagi boleh bergambar dgn koala!

Must visit place! Best sangat! Kanggaro ada sangat banyak dan boleh sentuh juga ada koala, wombat dan lain-lain.

Ada farm show.

Ada sesi terhad meet wombat and friends(ada yang boleh pegang ada yang tak).

30 min perjalanan menggunakan kereta dari City.

Satu jalan ke Lancelin.

🍁 Lancelin

Subhanallah, di sinilah aktiviti sandboarding boleh dilakukan.

Pasir yang sangat halus dan pemandangan cantik sangat!

Sewa board di Kedai Lucky 7 depan depan lagi dari petrol hanya $10 untuk 3 jam (based on Google review) tapi kami dah tersewa di station minyak $20 untuk 2/3 jam memandangkan kami datang masa Easter holiday banyak kedai tutup.

Time kami datang matahari sangat terik tetapi windy dan sejuk.

Bawa goggle (swimming) atau spek hitam kerana pasirnya sangat halus dan putih kuning sangat ringan.

Jadi bila angin bertiup boleh jadi seperti ribut angin kecil dan boleh masuk mata.

Jika bawa anak kecil mereka akan mengamuk atau menangis apabila pasir masuk mata.

Perjalanan 2 jam dari City.

🍁 Dalam perjalanan ke Lancelin ada beberapa spot yang menarik, antaranya:



MOORE RIVER SANCTUARY, PERTEMUAN MUARA SUNGAI DAN LAUT 
Yanchep National Park dan Yanchep Beach 
Moore River Sanctuary (Beach) – Pertemuan Sungai & Laut yang sangat cantik. Pantai cantik, tapi ombak sangat kuat. Boleh main di gigi air dan pantai. 
Pinnacle, bentuk muka bumi yang sangat unik. Cantik untuk photography. 

🍁 Harbour Town – Factory Outlet, macam JPO

Baju kanak-kanak Pumpkin Patch di sini sangat berbaloi, saya jumpa seluar kanak-kanak dengan harga $10 kemudian beli barang kedua jatuh 50%. Contoh 2 seluar berharga $10/each, saya membayar hanya $15 berbanding sepatutnya $20.

Tapi kami tak sempat shopping lama, masa kurang dan tak sempat cover semua tempat di Harbour Town.

Terletak di bandar

🍁 Ada lagi tempat menarik yang kami tak Cover seperti Kings Park, Swan Valley, Mandurah dan Albany (di sini banyak sangat tempat-tempat cantik, jauh dari bandar, bagus untuk bermalam).


********* Tambahan************


🌼 Melepak atau Piknik di Kings Park

Permata di tengah kota. Kings Park merupakan salah satu taman di dalam bandar terbesar di dunia. Setiap tahun lebih 6 juta orang berkunjung ke taman yang saiznya lebih besar dari New York’s Central Park ini.

Berada di puncak Kings Park, korang boleh menyaksikan keindahan kota Perth lebih-lebih lagi di waktu malam. Selain itu korang juga boleh melihat keindahan Swan River yang membiru hasil pantulan warna langit. Kalau malas membawa makanan, bolehlah menjamu selera do Botanical CafΓ© & Fraser Restaurant. Pandai-pandailah pilih makanan yang sesuai.

🌼 Jejak kaki ke Rottnest Island

Rottnest Island is INCREDIBLE. Rugi sangat kalau tak jejak kaki kat sini. Boleh ambik feri dari bandar Perth, Hillary’s Boat Harbour atau dari Fremantle. Aku pilih Dari Fremantle perjalanan hanya 25 minit. Kalau dari Perth 90 minit & kalau dari Hillary’s Boat Harbour, 45 minit.

Aku n the gang ambil pakej berbasikal dengan Rottnest Express yang berharga AUD99. Dah sampai Rottnest jangan lupa berselfie dengan Quokka yang jinak-jinak manja. Guna skill yang ada untuk selfie dengan Quokka ini. Untuk tak pening kepala, korang boleh beli pakej kat sini 


🌼 Lihat Keajaiban The Pinnacles Desert



Terletak di Nambung National Park, The Pinnacles Desert mesti dikunjungi. Lebih-lebih lagi kalau sudah memandu sehingga ke Lancelin. Dari pekan Lancelin korang hanya perlu teruskan pemanduan kira-kira sejam lagi .Tapi pastikan korang sampai sebelum jam 5.00 petang okay. Selepas waktu ini, The Pinnacles is close.

Boleh pilih untuk berjalan kaki atau bawa kenderaan untuk mengelilingi kawasan gurun ini. Kalau bawa kenderaan, caj yang dikenakan ialah AUD12 untuk sebuah kereta.

🌼 Makan Lobster di Lobster Shack, Cervantes


Restoran makanan laut popular ini walaupun ada yang kata overrated & overprice, tapi aku anggap ia satu tarikan pelancongan yang mesti kunjungi. Aku pun pada mulanya tidak begitu teruja untuk merasai kelazatan lobster di sini, tetapi setelah menikmatinya, teringat sehingga ke hari ini.

Harganya kalau convert dengan RM memanglah mahal, so jangan convert. Pejam mata jer bayar AUD33 untuk hidangan lobster bersaiz sederhana bersama sepinggan Nasi Goreng Bawang Putih atau dengan kentang goreng. Selain itu boleh juga makan Udang Segar yang dicicah bersama sos tartar. Kalau tak silap, harganya AUD22 untuk one bucket.

🌼 Jelajah Penguin Island


Pulau ini tidak dibuka sepanjang tahun. Jadi kalau korang berada di Perth selepas musim sejuk, bolehlah merancang ke pulau yang terletak di dalam kawasan Shoalwater Islands Marine Park berhampiran Rockingham.

Untuk ke Rockingham, korang kena memandu kira-kira 45 minit. Feri ke pulau ini ada dijadualkan sejam sekali. Tetapi kalau korang mengambil pakej yang lebih adventure, ianya terhad dan perlu buat tempahan awal. Aku buat tempahan di http://sightseeingpassaustralia.com/index.php/search/?q=penguin+island


🌼 Bergambar di Blue Boat House


Sebelum terbang pulang, jangan lupa singgah ke Blue Boat House di Swan River untuk bergambar kenangan-kenangan. Ikon tarikan pelancong ini memang sentiasa dikunjungi, dek kerana itu kenalah bersabar menunggu giliran untuk berposing. Tip – jangan ke sini awal-awal pagi kerana backlight untuk bergambar. Cuba ke sana pada jam 12 tengahari ke atas kerana ketika ini cahaya matahari menyinari rumah bot ini.

************************************************

Contoh tentatif program

Hari 1

Sampai airport petang, beli simkad Optus

Ambil kereta sewa

Check in apartment

Malam lepas solat, pergi beli arang basah untuk memasak

Kemudian singgah Esplanade, Elizabeth Quay & Bell Tower

Hari 2

Margaret Choc Factory

Vineyard (sebelah choc factory)

Cheese factory (yang ni kita orang tak masuk. Hanya berhenti di depan untuk ambil gambar sebab cantik sangat laluan nak ke kilang keju ni)

Caversham Wildlife Park

Megabes Factory Malaga ( ni tempat beli souvenir paling murah di Perth. Orang Malaysia punya. Ada beberapa kedai souvenir Megabes ni di Perth, tapa kat factory ni murah sebab pemilik dia cakap kilang ni dia orang punya dan tak perlu bayar sewa sebab tu murah. Megabes Factory ni dekat je dengan Caversham.

Tempat solat : Masjid Mirrabooka. 10 minit je dari Megabes Factory.

Woolworth (shopping barang untuk masak)

Hari 3

Araluen Botanic Garden : 1 jam dari Perth

Masjid Perth

Corica Pastry : wajib rasa apple strudel dia! Mmg sedap and famous. 22aud satu set.

Hay street

Hari 4

Charcoal Chicken express Dianella (sedap sangat terutama lamb ribs dia. dan murah juga!)

Blue boat house

Universiti Western Australia

Rainbow sea container, Fremantle

Bathers Bay

Kailis Fish Market

Fremantle Esplanade Park

Coles (supermarket best & murah)


Hari 5 (200km+ dari Perth)

The Pinnacles

Hangover bay : dekat je dari Pinnacles

Lancelin Sand Dunes

Lancelin Beach : kami solat kat taman sebelah Lancelin Beach. Tandas dia lengkap ada air dan siap ada shower lagi.

BigW (supermarket jual Corelle murah. Di supermarket lain ada jual juga tapi BigW banyak pilihan)

Hari 6

Check out hotel

Kings Park

Pulangkan kereta sewa dekat airport

Penerbangan balik Malaysia

*********************************************************
Itinerary 6 Hari via motorhome
(5/5/2016 – 10/5/2016)

Hari 1 – Landing Perth, Pick up motorhome, Shopping groceries, bermalam di Pinnacles Holiday Park.

Hari 2 – Pinnacles Dessert, Sandboarding di Lancelin, Fremantles (shopping sourveniers di Eshed Market, Dinner Fish & Chips di Kailis), bermalam di Woodman Discovery Holiday Park.

Hari 3 – Secret Harbour ( Rockingham), Dolphin Quay (Mandurah), Kombaana Bay dan Ocean Drive (Bunburry), Bussleton Jetty (Bussleton), bermalam di Turners Caravan Park, Augusta

Hari 4 – Cape Leeuwin (Augusta), Albany Wind Farm,The Gap and Natural Bridge (Albany), bermalam di Big4 Middleton Beach Holiday Park.

Hari 5 – Bertolak balik ke Perth, Caversham Wildlife Park di sebelah petang, Shopping di Big W Midland, lepaking Elizabeth Quay di sebelah malam. Bermalam di Discovery Holiday Park-Perth.

Hari 6 – Kings Park. Return motorhome pada pukul 12 tghari. Bertolak ke airport sejurus selepas itu. Departing 4.40pm from Perth Airport. Alhamdulillah selamat sampai Malaysia pukul 10 malam. Jangan lupa pre book meal untuk dinner. Nasib baik kami dah book meal, semua kelaparan masa ini

*************************************************


Monday, November 13, 2017

~throwback~ early pregnancy


Gambar scan atas ni adalah gambar pertama kali utk 3 pregnancy eda yg berlainan. Yg 1st arwah twins, 2nd si aisyah dan 3rd skrg ni. 

Sejak semalam sebenarnye eda baru kesempatan tgk betul2 scan yg skrg ni. Mcm nampak ade 4 ketul (2 kecik, 2 besar) makanya terus terajin la eda g tgk blk entry2 pregnancy sblm ni. Nampak ssma kn mcm yg 1st πŸ˜‚ tapi papepun bkn eda mengharap sgt. Cume kalau betul alhamdulillah.. Kene tunggu next week appoinmnt dgn columbia. Waktu tu dh 8 weeks biasanya dh blh nampak blinking hearbeat. 

Papepun eda harap bby sht membesar dgn sht ikut umurnye dl kandungan.

Cume..... Kalau Allah beri rejeki lg twins, rsnye bertambah2 gembira la kami.hehe.. Dan bertambah kerisauan la jgk 🀣

Update 20disember: checkup columbia week 8 doctor sahkn single. Hehehe.. Doctor siap ckp lg sblm scan "jom tgk mane tau twin lg" haha.. Die pun mcm kami nk tgk twin x. Alhamdulillah heartbeat dh nampak. Walopun scan kali ni mcm ssh skit doc dok godek2 cr posisi nmp jelas baby. Faktor lelemak dh makin menebal kot hahaha

Kiri tu arwah twin. Kanan skrg

Monday, October 30, 2017

Hepi Besday Abi Aisyah πŸ’•


Hepi Besday abi aisyah..
Terima kasih atas segala yg syg berikan kpd kami. Tak terbalas rasanya segala pengorbanan abg. Abg tunaikan segala impian ayg. Mg Allah berkati hidup abg, ditunaikan segala yg abg hajati dan diberi kesihatan yg baik. Aminn..

Eda ty tahun ni nak adiah ape? Hubby jawap teet πŸ˜‚ Alhamdulillah.. Nampaknya Allah dh makbulkan impian abg hehe.. 2 plak tu adiah die dpt tahun ni. X aci betul.. Tahun dpn nk.2 afiah gak . Eh tahun dpn mcm limited pergerakan. Qada la tahun 2019 nk 2 adiah 😍 Hehehehe...

Alhamdulillah..

Saturday, October 28, 2017

Misi menceraikan susu πŸ˜‚

πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚
Gelak dlu sbb rs kelakr plk entry gini pun nk msk blog. Tp penting bg eda sbb nk jd rujukan utk akan dtg. Mane tau nnt dpt anak cukup team bola, senang la nk study blk.hehehe

Kenapa nk wean off si aisyah? Ha... Eda buat atas sebab kesihatan diri eda. Aisyah alhamdulillah tiada masalah nk mkn. Ade masa mkn byk, ade ms die mls mkn πŸ˜‚ susu fm pun sejak die dh 2 tahun, alhamdulillah waktu siang2 die minum botol je. Die nk ngempeng bile nk tido mlm je..

Makanya start 24 okt aritu eda dh start misi wean off. Tp gagal sbb die ngamuk teruk mlm tu sampai kol3 pagi. Mengenangkan en.somi nk bgn siap ke keje kol5, sian plak pd somi. Xpasal2 ngantuk plk.. Jd mama pun mengalah (walopun somi marah sbb bg jg nenen🀣)

25 okt siang tu en.somi tepon suruh letak asam jawa. Eda mula2 xmau.buat sbb takut tercalar emosi anak dara ni. Chewah, padahal mama x kuat nk wean off πŸ˜‚ so try la ptg tu lumur. Aisyah start je nk ngempeng terus eda ckp "eee... Yekk.. Yekk" sambil tunjuk asam.jawa yg dh dilumur. Aisyah termenung tgk, bila die isap terus buat muka.huhu.. Sian.pula tgk muka die termenung.. 😭 tp kuatkan hati. Saje acah2 "nk susu".. Die terus bgn lari hehehe.. Hai la anak mama..mlm tu sblm tido try lg, mmg die jerit xmau πŸ˜‚ tp bile dh ngantuk sgt. Mmg die ngamuk la jg.. Last2.tertido sendiri...

26 okt.. En somi keje mlm.. So siang tu xde pape la bg botol susu. Bile mlm kasi aisyah main puas2 sampai penat. Bile dh lewat mlm die ngantuk, cpt2 tukar pempers kasi susu botol. Alhamdulillah tido dgn jayanya..

27 okt. Pagi2 buta sblm subuh dh nk susu. Redha jela mama bgn.g buat susu. Nnt nk ngempeng plk. Tp bagus jg, blh la.mama.tahajud kejap sblm subuh.
Siang nye mcm biasa minum botol. Bile ptg abinye dh g keje, eda g kedai kejap. Anak dara tertido plk dlm kete. Aduyai... Risau dh mlm kang die xngantuk la gamaknya. Tp rupanya silap.. Mlm tu bila dh msk bilik, tukar pemper, kasi susu, die terus tgk kartun sendiri. Tak lama lepaa tu die lelap. Alhamdulillahhh.. 

Hari ke2 wean off. Terus tertido bile usap2 kepala.sambil tgk kartun.


28 okt. Hari ke 3 wean off. En somi.cuti so siang kami keluar. Jd aisyah agak sibuk la sampai x tido siang 😬 tp bile mlm masa tgh mkn die dh tunjuk simptom ngantuk. Eda baru je nk g buat susu tgk die dh tertido kat karpet ruang dapur.πŸ˜… sian anak mama ni.. Cpt2 angkat msk bilik, susukn dgn botol sambil die lelap. Alhamdulillah.. 3 hari berjaya wean off. Cumenye harini mcm awal die tido, so bersedia la pagi2 buta nnt 🀣

Alhamdulillah.. Mula2 nk wean off eda x berapa yain yg aisyah akan faham bila letak asam jawa sume tu. Tp rupanya silap. Budak2 ni cpt simpan dlm memori rupanya. Sbbnye bile dh 1st time rs masam asam jawa, next time die tgk die sendiri ckp yek..yek.. Walopun die akan termenung tgk nenen, nmp kesian je 😣 xboleh.. Mama kene kuat!!! 

Harap2. Lepas ni aisyah berjaya wean off.. Anak mama dh besar. Nk jd kakak dh.. Opss 🀣🀣🀣🀣

Monday, October 23, 2017

Nikmat berganda 😍

Alhamdulillah...

Segala keperitan kesusahan dilalui Allah balas dengan sejuta kenikmatan. Dalam minggu ni eda dan suami masing2 meraikan kejayaan. Suami mendapat anugerah 10 tahun berkhidmat manakala eda graduate sarjana sains. Akhirnye.. Alhamdulillah..




Dan yg paling bermakna Allah berikan khabar gumbira buat eda dan suami. Dan juga khabar gumbira utk aisyah. Mungkin la kot die gumbira hehehehe

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah

Moga Allah permudahkan urusan kami. Dan semoga redha dan rahmat Allah sentiasa bersama kami. Aminn

Tuesday, October 10, 2017

Mini Bonzai Adenium πŸ’•

Koleksi aden den. 2 je dewasa. 7 lagi masih kanak2 dan bayi πŸ˜‚. Yg 2 pokok kiri kanan pokok kecik tu tgh dlm icu. Kene ambush dgn spidermite 😑

Yeah.. Akhirnye dh beranak pinak dah aden mokcik. Dlu mula2 kahwin, ddk umah sewa ade beli satu aden ni. Tgk mcm comel je bonzai2 renek kt nursery kn. Tp bile den jg, tahun demi tahun tgk same je pokoknye xde pun berbonggol2 πŸ˜… makanya die di anak tirikan haha..

Asal pokok pertama. Dlm pasu kecik selama 7 tahun πŸ˜…


Kini sudah usia die 7 tahun baru mama die belajar penjagaan aden ni. Salah lupakan anggapan den. Yg bonggol2 tu ngopenye akar pokok tu πŸ˜‚ nk dpt bonggol tu harus la di gali pokoknya hehehehe.. Eda.. Eda... Ni la yg abah selalu ck0 "jgn nyaya pokok, xreti jg jgn jg" heeheehee.. Tp den jg tau pokok ni. Letak baja bunga selalu. Cumenye kecantikan die tidak reti dihargai shj 🀣

En.somi pun turun 'lantai' bertungkus lumus tukar kasut anak2 πŸ˜‚

Selepas 7 tahun. Sado x akarnye 😍

Jd sejak rs semangat berkobar2 nk jg betul2 aden ni, semangat membeli pun sama jg bkobar2. Pantang tgk online ade jual yg bunga2 cantik terus rembat πŸ˜‚ lagi2 dh join group fb peminat adenium, mmg teracun la tiap ari tgk bunga2 aden hehe..

Mula2 tambah 2pokok, lepaa tu 2 pokok lg, lepastu 2 pokok... Bla..bla..bla..hehehe

Kini ruang dlm rumah dh btukar berkonsepkan adenium. Ade 9 jenis adenium den kumpul srtakat ni 😎 sume bunga berlainan. 2 lagi biji benih, xrau bile nk semai. Tunggu blk dr konvo next week la. Lepas tu kene kuarantin dlm umah (inshaAllah kakau berjaya ) 

 Benih yg ade. Xtau bile nk semai..suke bunga die mcm orkid 

Tp yg paling spesel adenium arabicum. Jenis org jepun/cina suka bonzaikan. Banyaaaakkk batang die. Harga? Yg besar skt mcm sama saiz eda beli adenium lain tu dh harga beratus2.. So eda mampu beli anak die je. Saiz besar botol redbull.. Itu pun dh harga rm30 sepokok πŸ˜…

Adenium arabicum 😍

Antara byk2 pokok. Hy 3 pokok ni je berjaya bunga mekar. Yg lain asyik gugur je kantung bunga. Ade yg x sht asyik kene ambush dgn spidermite. Aduyaiiii 😭

Ni je berjaya berbunga

4pokok ni masih belum berjaya keluar bunga huhu

Ok.. Next akan ditambah sikit kot koleksi aden den ni. Sbb.ade beberapa spesies yg rare dan cun. Tp sbb asyik soppin je den tiap bulan, takut plk en.somi marah hahahhaha... Sori syg. Next year ayg beli tau 🀣🀣🀣🀣

Friday, October 6, 2017

Resepi denderam @ telinga ke**** πŸ˜…

"Usaha tangga kejayaan"

Pepatah yg sgt tepat haha.. Feberet punya pasal, sanggup den belajar buat kuih ni. Asal kuih ni konpem la kuih tradisional indian. Cume di olah resepinye supaya tekak org melayu blh layan. Xpelu nk #doneclaim sane sini sbb sume org dh sedia maklum πŸ˜‚

Resepi mudah aje.. Cume nk hasilkan tu mmg kne praktis betul. Eda buat doh sekali je, sbb byk kot sukatan dlm resepi. Tu pun dh dijadikan half sukatan πŸ˜‚  dgn half sukatan tu, eda dpt buat 3x pusingan kuih denderam ni. 

Berikut resepi eda selepas bahan ditambah:
🌼 500g tepung beras cap teratai + halfcup 
🌼 500g  gula merah (yg timbang berketul2 skit tu tau. Bkn yg mcm gula tu)
🌼1cawan air (250ml)

cara2:
1. Masak gula merah dgn air sehingga larut. Tapis dan sejukkan.
2. Masukkan air gula sikit2 ke dalam tepung beras. Uli dgn tangan sbb doh ni likat mcm doh buat karipap tu..
3. Perap at least 4 jam. Lagi lama lagi sedap. X rosak doh tu. Doh eda ikutkan waktu mula2 buat dh 24h kot 🀣
4. Canai nipis dlm setengah cm. Tangan dan bekas boleh sapu minyak kalau xnk melekat2.
5. Panaskan betul2 minyak masak. Minyak byk biarla byk supaya denderam ni tenggelam dan senang timbul kalai dh masak. Masak sekejap je. Dh timbul, terbalik2 byk kali dan angkat. Hati2 dgn panas minyak, takut hangus hehehehhe

Kali pertama buat, adat la x menjadi hahahaha.. Kuihnye lerai berkecai. Hati dh risau, ape la nasib baki doh tu. Untungnye eda ade group wasap geng hantu denderam 🀣 mmg dpt dr situ pun resepi. Mcm mne ter'add'?? Haaa.. Sbb eda ade tgk dlm fb resepi denderam ni. Ramai komen ckp xjd, alkisah ade kakak ni komen situ 'pm' die.kalau nk resepi.. Jd den pun terus pm, dan termasuklah nama den dlm group tu hahhahahaa... Gigih ko eda..

Cubaan pertama.  X jadi dan rs manis sgt2

Ok berbalik pd doh td. Selesai berkecai cubaan pertama, terus wasap kak tu. Kakak tu kate mngkn terlebih gula merah. So tambah lg half cup tepung beras. Dengan half cup air. Lepas tambah bahan2, perap 4 jam semula..tp baru 2 jam terus nk cuba. Biasa la eda kn, mesti nk derhaka resepi skit.. 🀣 alamdulillah menjadi skit. Bentuk tu mmg ke laut la sbb anak dara ni sibuk suruh dukung nk tgk apa mama die dok gentel depan dapur πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Perap 4 h at least lps tambah bhn..
Kes x nyabor nk tggu 4 jam. Baru 2j terus goreng skit. Minum ptg katakan πŸ˜‚

Malam tu lepas makan dan relax, sambung masak baki dh. Dh 9 jam perap, harusla lagi sedap kakak tu kata. Alhamdulillah.. Makin elok bentuk denderam den. Tantik x utk org newbie mcm ni 😍😍

Ok. Rajin skit buat cun2.. Dh relax lepas dinner. Ank dara pun ralit tgk kartun eh hehe

Alhamdulillah.. Menjadi dgn molek skali 😍

Lepaa ni blh la buat doh pusingan kedua. Kire uyk sukatan eda buat atas ni dpt dlm 50biji denderam. Byk kn.. Hehe..Nk buat utk bg mak blk senawang next week.. Heheheh x zabarnyeeewww 😎😎😎😎

Tuesday, September 26, 2017

TTC 2017. Startok!!! (Read: japanese style πŸ˜‚)

Alhamdulillah.. 

Lepas balik dr bermusafir di negara matahati terbit, kami mula melangkah satu kaki ke arah ttc. Kene tekad mulakan, kalau xmula mmg sampai bile2 la aisyah x dpt adik nnt πŸ˜‚

Sebelum bercuti tu eda ape call LPPKN utk sahkan samada eda masih boleh buat treatment di LPPKN atau tidak. Alhamdulillah, masih boleh. Jd lega skit kepala kami, sbb nk simpan budget utk treatment dan cerclage if berjaya pregnant nnt. Haaa kau, jauh x kami punya perancangan budget famili. Hehe.. 

1st treatment 

3 ogos 2017
-cik P datang tanpa di duga. Dtg dgn byk plk tu time kami di jepun. Mngkn sbb byk jalan kat sane, tu yg dtg byk tu huhu.. Alhamdulillah, xpelu nk g klinik amik ubat turun darah πŸ˜…

11 ogos 2017
- hari ke 4 period eda call LPPKN utk konpemkan betul ke masih boleh buat treatment di sana. Alhamdulillah. Masih boleb memandangkan aisyah dh umur 2 tahun. So appoinmnt dibuat pada period ke 8 (11/8) utk HSG. Ekceli eda yg request hsg sbb ikut history yg dlu, buat treatment byk kali masih tak berjaya. Lepas HSG, baru berjaya lekat arwah adam adib dan juga anak dara solehah ni Aisyah 😊

So bulan 8 ni, just buat HSG shj. Apa tuh HSG? Secara kasar ia adalah xray dibahagian rahim kita. Cecair pewarna akan dimasukkan ke rahim, dan di xray utk lihat samada pewarna tersebut sampai ke hujung iaitu di bahagian ovari atau tidak. Kalau xray menunjukkan pewarna tersekat dimana2 laluan sebelum sampai ovari, maknanya ade blockage/halangan la tu. Kalau ikut pembacaan eda dlm internet, pewarna ni boleh jadi salah satu penyubur rahim. Selain daripada ia akan flush abis semua sampah2 dlm tiub kite masa disembur, ia juga membantu proses perlekatan embrio. Wallahualam.. 

Treatment seterusnya akan disambung bulan Sept. 

To be continued 😎

2nd Treatment

24 September 2017
Cik P dah menonjolkan diri. Punya la lambat die nk dtg. Nebes makcik takut lari jadual πŸ˜‚

Jadi treatment yg akan dibuat:
- Clomid CD3-CD7
- Injection CD4, CD6, CD8, CD10
- CD15 buat tvs utk tgk perkembangan telur. Nampaknya bdn den ni mmg jenis keluar telu satu je walopun dh bg ubat hormon πŸ˜‚ agak besar saiz telur doc ckp dlm ukuran 25. Tebal rahim eda pun dlm 11. Kire cun dh doctr kate 😍 alhamdulillah.. Eda masih amalkan petua ade kakak dlu eda jumpa time buat treatment. Die ckp mkn esp shaklee inshaAllah telur jd besar cantik, dinding rahim pun cantik terbentuk. Eda mula amalkan masa pregnant arwah adam dan adib.. Lepas tu aisyah, dan skrg. Betul2 membantu..

Doakan moga dipermudahkan usaha kami kali ni. Aminn..

CD30 jatuh hari eda convo. Cuak kejap sbb time2 genting kene travel ke KL pulek πŸ˜₯

Update: 23 Oktober 2017. Day 30 Alhamdulillah upt test positif. Aisyah akan jd kakak nnt. Yeay 😍 Alhamdulillah..

Memandangkan appoinment dgn hosp columbia 6 nov nnt, so terkumpul la upt test ni πŸ˜‚ en.somi la asyik suruh test. Hehe.. Risau kot sbb skrg dlm fasa wean off aisyah. Bile mlm2 anak dara ni tanpa sedar ngempeng 🀣 huhuhu

Atas skali 1st time test CD 30
Tengah2 test masa CD31
Bawah skali CD34

Monday, September 11, 2017

New Zealand Roadtrip - suatu angan2 part 2

Aik ade part 2 plak πŸ˜‚

Seronok plak bile tertulis entry yg part 1 -Europe Roadtrip. Berangan kan, mmg la best.hehehehe...

Sume ni terjadi sbb AA tgh buat sale. Makanya habis blog2 travel den terokai haha..

Antara destinasi pilihan ramai selain europe adalah New Zealand. Perghh terbayang dah The Lord of The Ring 😍.

Ok bawah ni antara link yg eda rs bagus utk rujukan eda kemudian hari.

Link ini paling details kire bagus bg eda

Harga flight return KUL -Aukland-KUL RM1066 termasuk seat tanpa baggage. Total siap bercaravan ,fuel, makanan, campsite utk sorg RM3396

*anggaran seorg, jd budget mesti lg rendah due to fuel, caravan rent, campsite yg hanya dikongsi bersama
*akan diupdate sikit2 masa demi masa

Blog 2

Byk cerita psl tmp2 murah utk pegi.
NZ trip map 2
ROUTE SAYA: AUCKLAND – MATA MATA (HOBBITON MOVIE SET) – ROTORUA – TE PUKE – TAUPO – WELLINGTON – CHRISTCHURCH – TEKAPO – MT COOK – OMARAMA – WANAKA – QUEENSTOWN – TE ANAU – MILFORD SOUND – DUNEDIN – OAMARU – TIMARU – CHRISTCHURCH – AUCKLAND.

Tips penting Nov hingga mac musim panas. Jd ramai org, semua hotel mahal2. Travel mac -ogos musim sejuk atau musim luruh. Kurang pelancong

Blog 3

RM3,500/pax
(sila tengok budget guidlines di bawah). Flight ticket, kereta sewa, minyak kereta, groceries, hostel, motel, hotel, entrance fee, parking.
Budget guidelines per person:
1. Visa/ETA Aussie – RM20
2. Mega Taxi – airport transfer to Tune Hotel Melbourne return (MELBOURNE)
– RM26
3. Flight ticket : AAX KL-Melbourne-KL (Seat, luggage 20kg share, insurance)
Luggage yang share tu untuk makanan dari Malaysia, tak masuk yang sendirian berhad – RM950.60
4. Flight ticket : Jetstar Melbourne-Christchurch-Melbourne (Luggage, insurance) – RM619.55
5. Hotel/Motel/Holiday Park (Melbourne & South Island) – 13 malam
RM942.37
6. Kereta sewa (1.8ltr Nissan Sylphy 4dr sedan or similar) – RM225.10
7. Minyak kereta dan parking – RM225.00
8. Groceries shopping – RM200
9. Milford Sound cruise ticket – RM173.27
10. Gondola Skyline Queenstown + 2 Luge ride – RM129.95
TOTAL : RM3511.84
Jumlah Keseluruhan termasuk Tiket Penerbangan : RM3973.15
) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 
2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 
3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage)
Nisan Tiida (Sedan ) : RM63/hari x 10 hari = RM630/2 orang = RM315

Simcard Vodaphone : RM150/2 orang = RM75* (200 minutes free call + 3Gb data plan)

Auckland, beli At Hop Card. Macam kad Tough & Go. Satu card RM30 lepas tu top up RM30
Hop Top Up : RM18
Top Up Ad Hop : RM12

Groceries : RM36 (Untuk 4 hari di Auckland)

Shopping Groceries di Countdown : RM30/hari x 10 hari = RM300 (di South Island sahaja) 

Penginapan X base Travel Auckland : RM45/malam x 5 malam = RM225
(Hostel Backpackers yang cukup selesa untuk tidur cumanya wifi tak xde. Kalau nak wifi kena  caj berasingan)

aktiviti dan tempat menarik:
1. Kawarau Bridge untuk tengok orang main Bungy Jumping and Zip Ride. Bungy Jump, sekali terjun RM585. Untuk Zip Ride pulak RM150 seorang. 
2. Gondola untuk main Luge. Pakej Luge ni dah book dari Malaysia so dapat best deal untuk Gondola + 4 x Luge RM147. Kalau book kat sana 1 Luge je dah RM36. Gondola sahaja RM99
3. Coronet Peak untuk tengok orang main ski. Ade banyak tempat untuk Ski kat Wilayah Otago tapi paling dekat dengan Queenstown ialah The Coronet Peak. Boleh tengok free
4. Lake Hayes dan Kevin Height. 
5. pakej ski sehari di Cadrona. Cadrona ni jauh sikit dari The Coronet Peak tapi dengar-dengar sini macam paling best kat Wilayah Otago. Kitorang amik Beginner Package iaitu ade 2 kali kelas pagi dan petang. Skii Beginner Package : RM450 + (Goggle + helmet Rental) kalau summer xdela aktiviti ni
6. Mildfort Sound tapi perjalan lebih kurang 300km dr queenstown
7. Bertolak ke Mount Cook. 2 kali stop iaitu ambil gambar iaitu di Lindi’s Pass dan Lake Pukaki. Sampai di Mount Cook terus ke Hooker Valley bermalam. 

YHA Hostel Mount Cook : RM114
Minyak Kereta : RM141/2 orang : RM70.50

8. Singgah Tasman Valley jap then terus gerak ke Lake Tekapo. Singgah berenti amik gambar along the way to Lake Pukaki.
9. Bermalam di Tailor Made Backpackers Hostel. Malam di Lake Tekapo kitorang ke tasik untuk Stargazing

Tailor Made Backpackers Hostel : RM102

9. Menghala ke Arthur’s Pass stop kejap kat Castle Hill. Tempat yang aku nak sangat pergi. Puas hati dapat pergi. Kalau sesape lalu route ke Arthur’s Pass boleh la Singgah Castle Hill. Bermalam.

Mountain House : RM93
Minyak Kereta : RM150/2 orang = RM75

10. ke Devil’s Punchbowl Waterfall. Track nak ke air terjun ni kena mendaki sikit tapi view dalam hutan tu memang lawa. Macam mossy forest Gunung Irau.gerak ke Christchurch.Check in di Kiwi House 

11. pusing Bandar Christchurch. Pergi Canterbury Museum dan Christchurch Botanic Garden dan kawasan sekitar. Jauh jugak menapak tapi puas.

Fly dari Christchurch ke Auckland.

12. Jalan kaki ke Mount Eden, Auckland National Museum dan a few tempat-tempat menarik di sekitar badar Auckland. Petang ke Harbour utk lihat sunset

Minyak kereta : RM193.50/2 orang = RM96.75

13. Dress mart Outlet di Onehunga. Dress Mart ni macam JPO atau Mitsui Oulet. Barang branded kat sini murah giler. Pastu singgah Park & Save beli chocolate as souvenirs.

14. Pusing-pusing Bandar Auckland. Lepak kat satu square sambil bagi makan merpati ngan seagulls makan dan masuk art museum kat Queen St.

makan2:. 
1. Dinner Kebab Pita Pit : RM38.40
2. Nasi lemak auklang rm40
3. Rice Kebab : RM15*
4. Chicken + Chips : RM22.5*

Utk bermotorhome dgn ank kecik 😍


Utk motorhome di north dan south dgn ank kecik

TEMPAT MENATIK DI NEW ZEALAND!!

1. Hobbiton
2. Waitomo Gloworm Caves
3. Huka Falls
4. Whakarewarewa Maori Village
5. Agrodome Farm
6. Wai O Thapu Thermal
7.Skyline Gondola & Luge Rotorua/ Queenstown
8. Putaruru Blue Spring
9. Waipu Caves
10. Hamurana Springs
11. Redwood Forest
12. Hamilton Gardens
13. Rotorua Government Gardens
14. Whakapapa Skifield 
15. West Haven Marina
16. Cornwall Park/ One Tree Hill
17. Lake Taupo & Lake Rotorua
18. Lake Pukaki
19. High Country Salmon
20. Baldwin Street
21. Dunedin
22. Twizel 
23. Muriwai Beach
24. Taumata Hill
25. Tane Mahuta
26. Glenorchy
27. Moerarki Boulders
28. Mount Cook
29. Milford Sound
30. Franz Josef Glacier

" 15 Tips Ini Sebelum Travel Ke New Zealand!"

Penting tau! Korang bacalah.... X Paham tanya je.

1. FAKTA NEW ZEALAND

- Negara kiwi ini sama besar je saiz datarannya dengan negara Great Britain dan Jepun. 

- Ibu negara NZ ialah Wellington. Korang jangan tertukar dengan Auckland pulak.

- Populasi penduduk di NZ ialah kira-kira 4.5 juta. Kambing biri-biri pun lebih banyak dari manusia di sana.

- Bahasa Inggeris dan Te Reo Maori adalah bahasa rasmi.

- Tiada haiwan berbahaya dan ular! Awesome..

- Tiada vaksinasi diperlukan.

- Bekalan elektrik runs dalam 230/240 voltan.

2. SEBELUM MASUK NEW ZEALAND

Pelancong Malaysia tak perlu mohon visa nak ke sana. Sebab passport kita sangatlah berkuasa sehingga boleh masuk 164 negara tanpa visa. Best! Tapi kena ingat, kena stay kurang dari 3 bulan. 

Untuk maklumat imegresen rujuk ke sini: http://immigration.govt.nz/.

Setiap makanan yang korang bawa macam sardin ke, meggi ke, sambal ikan bilis ke kena declare nanti sampai sana. Nak senang print gambar-gambar makanan tu dalam satu kertas bersama ingredients sekali dan tunjuk je kat imigresen. 

Insyallah mudah diorang lepas. Tips ini ayah saudara saya yang bagi.

3. PERBEZAAN MASA

NZ Lebih 4-5 jam dari Malaysia. Contoh Malaysia pukul 8 pagi, NZ pukul 12-1 petang. Faham?

4. JENIS MUSIM DAN PAKAIAN

Musim Panas ( Dis- Feb) (14-28 celsius)
-Korang leh bawak pakaian sama je macam duk kat Malaysia

Musim Luruh ( Mac- Mei) (10-24 celsius)
- Boleh pakai baju jumper dan seluar panjang

Musim Sejuk ( Jun- Ogos ) ( 9-20 celsius)
- Bawa pakaian sejuk

Musim Bunga ( Sep- Nov) ( 12-22 celsius)
- Bawa pakaian macam musim panas cuma bawa jaket skit takut sejuk.

5. MATA WANG NEW ZEALAND

Di New Zealand, korang jangan risau sebab berlambak mesin ATM di sini. Pastikan korang minta bank aktifkan dulu pengeluaran antarabangsa. Ketika artikel ini ditulis, 1 NZD bersamaan dengan RM3.11. Tipping x dipraktikkan di NZ so jangan bagi tipping.

6. NAK SHOPPING DI NEW ZEALAND?

Di New Zealand, yang paling penting korang boleh beli daging biri-biri dan susu di sana. Sedap woo.. Selain itu, cenderahati seperti batu jed, mutiara, barang kraf tangan, bulu biri-biri banyak dijual. Tapi korang kena ingat, di sana GST 15% tuu. 

Dan memeritkan lagi, pelancong tak boleh claim balik cukai GST ini.. huhu

7. BUAH APA NAK MAKAN IKUT MUSIM?

Haa, tips ini mesti korang nak tahu kan? Disebabkan aku suka makan buah raspberi dan peach sebab tulah aku memilih datang ke NZ pada musim panas.

MUSIM PANAS

- aprikot
- Ceri
- tembikai
- Boysenberries (anak beranak buah beri)
- Feijoas (macam jambu batu)
- nectarines
- peach
- plum
- raspberi
- strawberi

MUSIM BUNGA

- epal
- cheri

MUSIM LURUH
- epal
- avocado
- anggur
- buah lai
- Pisang khaki
- Kiwi
- Oren

MUSIM SEJUK

- lemon
- oren
- kiwi

Mana satu buah favourite korang? Haa.. rancanglah nak pergi musim mana..

8. APA YANG NAK BUAT DI NZ?
- Hiking
- Berbasikal
- Tarikan kawasan Geothermal
- Kawasan pemuliharaan hidupan liar
- Tarikan budaya
- Melihat ikan dolfin
- Kawasan Pertanian.

Kalau korang nak merancang aktiviti di sana, boleh rujuk di: http://new.grabone.co.nz/auckland-experience dan https://www.bookme.co.nz/

Korang boleh study dan google sendiri tempat menarik di sana. Study dan rancang ikut bajet!

Tapi korang nak tahu x, aku boleh dapatkan SEMUA ENTRY FEES tempat menarik di New Zealand dengan harga paling murah dari kau beli online!

WOI, kau buat camne.. Haa! Aku dapat harga entry fees guna salah seorang resident New Zealand. Nak jimat, boleh tempah dengan aku! Tolong-tolong lah kiranya :)

9. MEMANDU DI NEW ZEALAND

Haa, sebenarnya untuk korang lebih menikmati pemandangan indah di NZ, aku sarankan sewa kereta. Bukan apa, lagi senang korang nak explore negara cantik ini. 

Boleh juga nak naik train atau bas. Depends koranglah, tapi kalau aku, aku nak drive sendiri. Sini tak dok tol macam Malaysia tu! Minyak petrol pun harga berubah mengikut tempat.

Untuk proses sewa kereta,motorhome, campervan aku sarankan korang tempah dengan brader nie. Dia memang orang Malaysia dan bekerja di sana. Peramah, baik hati dan harga tempahan pun sangat REASONABLE. Nama dia Encik Suhaimi. 

Kalau korang sampai sana dan tiba-tiba nak makan Nasi lemak ke, nasi kerabu ke, boleh request terus dengan dia. Tapi bayarlah skit. Kesian kat dia.

Kalau x tahu nak cari dia macam mana, PM aku.. ak bagitau lahh.

Ni haa tips memandu di NZ:

1. Pastikan anda memandu di sebelah kiri jalan.

2. Pandu secara perlahan apabila berdekatan dengan penunggang basikal. Remark laluan berbasikal.

3. Jangan guna phone semasa memandu kalau tak nak kena saman!

4. Pastikan patuh kepada had laju yang dipaparkan. Kalau 100KM, kurang 100km, kalau 50 km, kurang 50 km, kecuali anda banyak duit nak bayar saman, silalah bawak laju.

5. Baby perlu sentiasa berada dalam car seat.

6. Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan

7. Pastikan peka dengan satu laluan jambatan. Peka dengan perkataan GIVE WAY

8. Peka dengan laluan kereta api. Berhenti apabila perlu

9. Jika ternampak banyak haiwan di atas jalan, sila ikut arahan penggembala. Jangan main hon je macam di Malaysia.

10. Pastikan sebelum anda memandu, anda ada lesen memandu baharu yang ada translation english tu.

10. NAK PETA BESAR NEW ZEALAND?

Untuk pengetahuan korang, kerajaan New Zealand sangat mengalu-alukan kedatangan pelancong ke negara mereka. 

So kalau korang nak peta besar gedabak NZ, korang isi je borang di sini: http://www.newzealand.com/int/utilities/request-a-map/ . 

Saya sendiri dapat selepas 2 minggu. Oklah tu.. so korang dah ada hint-hint skit dah cara nak travel bila dapat peta tu.

11. TIKET FLIGHT PALING MURAH?

Semestinya Air Asialah paling murah. Saya ambil tiket air asia siap makan, baggage, insurans dalam RM1940 je sorang. Oklah kan? Kalau korang survei jetstar pun murah jugak.

12. NAK CARI MASJID, RESTORAN/BRG MENTAH HALAL?

Tips ini mesti korang tahu kan? Korang cuba rujuk ZABIHAH Apps atau boleh berhubung dengan Jabatan agama islam di sana. Nak jimat lagi, masak sendiri. Bawa periuk nasi je. 

Sini banyak supermarket HALAL. Boleh terus beli barang mentah sana. Cari jenama TEGEL, TURKS, BRINKS, ANDREW CORBETT. HALAL lahh. 

Oh ye Restoran Nandos di Rotorua HALAL ye!

Nak shopping barang mentah boleh pergi supermarket Pak N Save atau Fresh Choice.

13. TEMPAT PENGINAPAN?

Kalau korang nak jimat boleh cuba coachsurfing atau mana-mana laman web tempahan penginapan spt booking.com, dll. Nie korang pun tau.. tapi aku pun tau tempat yang boleh dapat murah dan selesa sangat!

14. PELAN INTERNET DI NZ?

Untuk menggunakan internet di sana, ada 3 syarikat yang saya cadangkan iaitu SPARKS, WOOSH dan VODAFONE. Boleh dapat di airport sana.

15. TAWAKAL, DOA DAN JANGAN LUPA JAGA SOLAT!

Jalan-jalan jugak, solat jangan tinggal bro. Solat itu tiang agama. Yang membezakan kita dengan orang kafir ialah solat dan keesaan kita kepada ALLAH dan Nabi Muhammad SAW.

Korang bacalah skit macam mana nak solat atas kapal terbang, doa naik kenderaan, doa mohon dilindungi oleh ALLAH.

Insyallah, kalau solat kita jaga, ALLAH pun akan sudi jaga kita. Setiap perkara yang kita buat hatta politik, cara hidup, tindak tanduk mestilah sebagai seorang umat islam SEJATI yang berpandukan AL-Quran dan Hadis.

 "TERIMA KASIH CIKGU LOH" dari group ROAD TO NEW ZEALAND