Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Saturday, August 8, 2009

Kek Biskut MariEDA (^_^)



Hari ni saya cuba membuat kek biskut marie..Tetibe teringat plak zaman kecik2 dulu. Kakak saya suke buat kek ni. Mungkin sebab senang nk dibuat kot. Erm....mudah dan sedap (^_^)

Tapi kali ni kek yang saya cuba buat adlh mengikut citarasa saya sendiri.hehe....Biasalah org bujang kan. Cube cari resepi yang se'simple' y boleh. ~lalalalalalalala...~ (^_^)

Cubela ek. Sekejap je buat. Masa yang diambil lebih kurang 30minit..


Kek Biskut MariEDA (^_^)

Bahan-Bahan:

½ ketul Buttercup
½ tin susu pekat manis
2 senduk nasi Milo
2 sudu besar serbuk koko
1 peket biskut Marie

Cara:


1. Sepeket biskut Marie dipecah-pecahkan menjadi kecil

2. Masukkan ½ butter dan panaskan sehingga cair (dgn api yang perlahan). Padam api..
3. Masukkan Milo,serbuk koko dan susu.Kacau sehingga Milo dan serbuk koko tidak berketul.


4. Masukkan biskut di dalam satu periuk.Gaulkan sehingga sebati dengan campuran milo koko..



5. Pindahkan ke dalam loyang. Dengan menggunakan tangan, penyet campuran sehingga mampat.

5. Tutup loyang dan masukkan ke dalam peti sejuk (biar sejuk skit baru sedap di makan)

6. Siap (^_^)

Sunday, August 2, 2009

Popia Basah Ed (^_^)




Alhamdulillah..
Setelah berpuluh-puluh tahun menjadi kaki popia basah yang extreme, akhirnya saya berjaya juga membuat sendiri. Buatan air tangan sendiri tau. Banyak rujukan yang saya buat.. Kalau boleh nk dapatkan y sebijik mcm kedai kat umah saya ni wat kan..Sedap rasa kueh tu kn MasyaAllah…terlalu nikmat. Ketagih dan kempunan saya dibuatnya sampai nk mkn tiap hari (^_^)

Baiklah. Saya cuba detailkan sedetail mungkin cara pembuatan Popia basah mngikut citarasa saya. Actually inti boleh ikut cita rasa pembaca sendiri.. Saya lebih gemar popia basah berintikan sambal + kacang + carrot + sengkuang shj. Sebab saya fobia dengan tauge.hehe…
Bagi mereka y masih bujang dan tinggal di rumah sewa. Bolehla cube resepi saya. Ringkas dan sedap dimakan..Errmmmm..sedaapp..!!! Cuba lah ye…(^_^)

Bahan untuk inti

 2 biji sengkuang - diricih halus
 3 biji carrot - disagat halus

Cara membuat


1) Hiriskan dan gaul bersama sengkuang dan carrot


Untuk sos

 2 Sudu besar cili kisar
 1 biji bawang kuning
 5 ulas bawang putih
 Kacang tanah yang sudah dikisar (Kuantiti bergantung kepada ke”ekstrem”an thadap kacang)
 3 sudu besar gula
 3 sudu besar kicap manis
 Garam secukupnya

*** Tepung jagung boleh dimasukkan untuk memekatkan sos

Cara membuat



1) Kisar kacang tanah + bawang kuning + bawang putih.
2) Panaskan sedikit minyak dan tumis cili kisar dan kemudian bahan yang sudah dikisar
3) Masukkan kicap + gula + garam + tepung jagung (sikit je tau…)..
4) Biarkan seketika sehingga sos jadi pekat..
5) Siap (^_^)

Bahan untuk kulit

 2 cawan tepung gandum
 3/4 cawan air
 secubit garam
*** 2 sudu makan cuka (ada sesetengah campurkan cuka untuk membuatkan kulit sedikit kental)
*** 1 biji putih telor (boleh pilih samada nk letak telur atau tidak )

Cara-cara

1) Campurkan kesemua bahan untuk membuat kulit dalam mangkok adunan. (Jgn terlalu cair dan pekat..)
2) Gaulkan macam buat cokodok kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
3) Panaskan pan dengan api perlahan (tak perlu minyak)

4) Ambil sejemput dengan sudu besar dan lenserkan ke atas kuali leper dari arah jam
5) Mulakan dari tepi dulu kemudian ke bahagian tengah utk dptkn bentuk bulat y comel (^_^)
6) Biarkan sebentar (Sekejap je utk elak terlalu keras dan tak perlu diterbalikkan
7) Angkat dan letakkan dalam pinggan (Jgn risau kulit popia xkn melekat)
8) Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sos

9) Letak satu sudu besar inti dan lipat macam biasa dan gulung

10) sedia untuk dimakan ..Yummieeeee…… (^_^)


Ha...ini lah ia hasil daripada tangan saya sendiri. Tapi tak kemas sgt kn (^_^)
Takpela..for the first time so boleh diampunkan.
Lain kali boleh buat lagi halus lagi..
Aja2 fighting ed...!!! (^_^)



Ada Apa Pada Keluarga??

Assalammualaikum.

Sejak akhir-akhir ni kita dapat lihat banyak perkara2 yang pelik dan menakutkan berlaku terutama dalam aspek keluarga. Suami isteri bercerai, anak melarikan diri dari rumah, pencabulan, merogol, anak membunuh emak dan sebagainya..Persoalan yang sering saya fikikan ketika ini adalah bagaimana perkara sebegini boleh berlaku.
Adakah zaman yang semakin maju ini telah mengikis semangat kekeluargaan..?
Ke mana perginya rasa kebahagiaan bekerluarga?

Bahagia……
Apakah itu bahagia??

Ibnu Khaldun berpendapat:
Bahagia itu ialah tunduk dan patuh mangikut garis-garis yang ditentukan oleh Allah S.W.T dan Perikemanusiaan.

Imam Al-Ghazali pernah berkata:
Bahagia - tiap-tiap sesuatu ialah apabila kita merasai nikmat kesenangan dan kelazatan.

Kedua-dua pendapat ini mempunyai maksud yang sama iaitu setiap manusia mestilah hidup di dalam kesempurnaan dan kebahagiaan di dunia iaitu mempunyai segala keperluan, harta dan kesihatan. Manusia juga mesti hidup dalam kesempurnaan dan kebahagiaan di akhirat iaitu mempunyai keimanan dan ketakwaan terhadap segala perintah Allah dan Rasulnya.

Islam telah mengambil perhatian yang sangat istimewa terhadap rumahtangga, kebahagiaan, kebajikan dan keselamatannya, kerana rumahtangga yang aman dan sihat, teratur dan berdisiplin menjadi anak kunci atau dengan kata lain menjadi batu asas bagi kemajuan dan pembangunan sesuatu bangsa dan negara.Sebaliknya, rumahtangga yang kucar-kacir dan porak-peranda akan mengakibatkan malapetaka dan keruntuhan masyarakat.

Maksudnya: "dan orang-orang yang berdoa dengan berkata: wahai tuhan kami, kurniakan kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penenang hati kami dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa"

Al-Quran banyak membicarakan tentang cara membentuk dan mengatur keluarga muslim ke arah mencapai kebahagiaan. Ini membuktikan pentingnya kebahagiaan hidup seorang kerana kebahagiaan hidup peribadi adalah menjadi tunjang kepada kebahagiaan hidup berkeluarga. Seterusnya kebahagiaan hidup berkeluarga adalah menjadi pokok bagi kebahagiaan dan kesejahteraan hidup masyarakat dan negara.

Oleh kerana masyarakat itu dibina daripada sesebuah keluarga, sudah pasti nilai-nilai yang baik dan murni tidak kelihatan selagi nilai-nilai itu belum diamalkan oleh setiap orang dalam keluarga berkenaan. Islam telah menentukan hak-hak dan kewajipan seseorang terhadap dirinya juga masyarakat. Kewajipan terhadap diri sendiri ialah bertanggungjawab mengawal dan mendidik dirinya, akalnya, harta benda, nyawa dan kehormatannya(maruah). Setelah itu ia dijadikan asas keutuhan rumahtangga yang terletak kepada perhubungan baik suami -isteri. Perhubungan baik itu mestilah berdasarkan atas dasar muhibbah kasih sayang dan belas kasihan diantara keduanya.

Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 21:
Maksudnya: "Setengah daripada tanda kekuasaan allah bahawa ia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu isteri-isteri supaya kamu bermesra dengannya dan dijadikan pula perhubungan diantara kamu atas dasar kasih sayang dan belas kasihan"

Islam menghendaki hubungan suami isteri ialah perhubungan yang erat, perhubungan yang melengkapi rohani dan jasmani yang teguh. Oleh itu, segala jalan yang boleh merenggangkan ikatan yang suci bagi kedua suami-isteri itu hendaklah dicegah dan dihindarkan dengan segala daya usaha.

Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: "
Sesungguhnya perkara halal yang tidak digemari Allah ialah penceraian."

Setelah ikatan diperkukuhkan dan jalan perselisihan dicegah, Islam mengadakan garis panduan mewajibkan kedua ibu bapa memelihara anak-anak mereka dengan baik dan memberikan didikan yang sempurna. sebaik-baik didikan ialah apa yang digambarkan oleh al-Quran dalam surah Lukman, di mana Allah S.W.T memuji dan menceritakan didikan yang diberi oleh Lukman kepada anaknya dengan

Firmannya: ayat 13 yang bermaksud "
Dan ingatlah ketika Lukman menasihati anaknya dengan berkata: wahai anakku, janganlah kamu syirik kepada Allah kerana syirik itu satu kezaliman yang besar"

Seterusnya banyak lagi ajaran dan didikan yang disampaikan oleh Lukman yang meliputi bidang aqidah, ibadat, kemasyarakatan dan sebagainya, Antaranya:

1. Mendirikan ibadat solat.
2. menyeru manusia berbuat kebajikan dan melarang membuat kemungkaran.
3. Bersabar ketika berhadapan dengan ujian hidup.
4. Mengimani setiap yang baik pasti ada balasannya, begitu juga sebaliknya.
5. Tidak berlaku sombong terhadap orang lain.
6. Sentiasa merendah diri.
7. Hidup secara sederhana.
8. jangan meninggikan suara kepada orang lain.

Di sini terjawap sudah persoalan yang telah saya katakan sebelum ini bahawa segala persengketaan yang berlaku di dalam keluarga adalah berpunca dari rasa tidak kebahagiaan. Bagaimana ingin memupuk rasa bahagia adalah dengan memberi didikan agama sejak dari kecil. Dan sudah pastinya ibu bapa itu sendiri harus mencari dan mencari bagaimana untuk memupuk iman di dalam diri mereka terlebih dahulu. Pendidikan Islam adalah penting dalam menanam sifat-sifat mulia ke dalam jiwa anak-anak supaya mereka benar-benar dapat memperhambakan diri(beribadat) kepada Allah S.W.T dengan penuh takwa tanps mengira tempat dan masa.

Oleh itu, marilah kita mengorak langkah kembali mempelajari dan menghayati sepenuhnya ajaran dan nilai-nilai Islam demi kebahagiaan keluarga dan generasi kita masa akan datang.




Copy from Hanan.com & Edit by Ed (^_^)

Saturday, August 1, 2009

KUIH MELAKA @ KELEPONG

Kuih tradisional yang kerap saya buat bila hujung minggu. Ini lah dia KUIH MELAKA. Atau panggilan lain bagi mak abah saya adalah KUIH KELEPONG. Kuih ni bagi saya antara kuih yang paling senang dan ringkas nk sediakan..Sekejap je..Percayalah….. (^_^)

Saya mula belajar buat kuih ni waktu tahun pertama ijazah sarjana muda saya. Waktu tu mak saya masih mengajar di sekolah menengah waktu petang. Abah saya baru pencen tahun tu. So baaanyyyaaaakkk masa saya time cuti sem di dapur bersama abah. Especially diwaktu petang….OooOooyeeehhhh…!!!

Famili saya sentiasa amalkan minum petang bersama. So lewat mcm mana pun mak saya sampai umah, lewat mcm tula la kami start minum petang. Kdg2 smpi kol7 baru minum..Bak kata org lama2 bersatu kita teguh..!! hehe…Tapi ok jg lewat. Sempat la saya nk buat sbb petang biasa de rancangan tv. Masa 30minit cukup utk siapkan utk dimakan 7 org..erm……

Ok. Disini saya letakkan resepi cara membuat kuih melaka. So simple… Bergantung pd org y mmbuat tu..Tp saya wat y ringkas je janji sedap di mkn.. Selamat mencuba (^_^)


Bahan Inti
• Seketul gula melaka yang dipotong kiub kecil 0.5cmx0.5cm (Lagi besar saiz gula melaka lagi sedap)

Bahan Doh
• Setengah dari beg tepung pulut
• 5-6 Daun pandan yang dikisar (air ditapis sebelum digunakan)
• Air kapur
• Garam secukup rasa

*** Untuk air kapur hanya masukkan sedikit air dalam bekas kapur, goncang sikit dan tuang kembali. Tak perlu larutkan
*** Air kapur penting untuk elakkan doh yang sedang direbus lembik & bocor
*** Saya tak galakkan penggunaan pewarna dan perasa tiruan.Tak elok utk kesihatn (^_^)

Bahan saduran

• Sebiji kelapa parut yang muda (yang putih bersih punya)
• Sedikit garam

*** Kalau pakai kelapa muda lembut sikit.Kalau kelapa yang biasa utk masakan biasanya kesing dan mudah tersedak bila mkn nnt

Cara membuatnya:

1. Sediakan inti gula melaka + pinggan berisi kelapa parut yang telah dicampur sedikit garam
2. Sediakan doh
a) Campurkan air pandan + tepung pulut + air kapur + garam (sedikit shj)
b) Gaul rata dan kalau perlu tambah sedikit air untuk mendapat doh yang kental
3. Masak air anggaran 1/2 periuk + sedikit garam
4. Doh digentel menjadi bulat + dileperkan menjadi bentuk bulatan.
5. Letakkan kiub gula melaka di tengah dan gentel doh menjadi bulat semula
6. Bebola yang telah siap digentel terus dimasukkan ke dalam periuk berisi air didihan dan biar sehingg masak (dapat diperhatikan bebola akan timbul dipermukaan air apabila telah masak)
7. Cedok bebola dan tuskan sebelum diletakkan di atas pinggan berisi kelapa parut td.

8. Golekkan utk biarkan ia tersadur dan siap utk dimakan (^_^)


Ha..ini dia kueh kelepong atau Melaka

p/s: bukan picture sendiri ni.copy dari website lain..tak sempat da....

saya edit kemudian hari ok (^_^)