Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Tuesday, May 24, 2011

Antara Cita & CInta



Duhai temanku
Mengapa dipisahkannya
Cita-cita dan cinta
Keimanan itu akan menyatukan ia
Jika kita mencuba

Di mana citamu...Di mana cintamu
Keduanya perlu...Kau binalah kerana Tuhanmu
Agar keduanya berpadu

Cinta yang hakiki...Lahir di hati suci
Demi iman dan Islam
Jangan kau pula pisahkannya
Antara cinta-cita dan cinta

Cinta yang sejati...Bukannya ilusi mimpi
Usaha seiring doa
Kernaa iman dan Islam
Harus kita menunaikannya

Cintailah citamu
Binalah kerana Tuhanmu

Album : Qiblat
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com


Saturday, May 21, 2011

♥ Our Weekend ♥

Assalammualaikum..

Alhamdulillah hari ini akhirnya dapat juga eda memblogging..^_^ Macam ni ghopenye ye kalau de status isteri dan bekerjaya. Masa sentiasa penuh..Alhamdulillah setakat ini eda masih rasa seronok dan bahagia dengan apa yang eda lalui. Harap2 biarlah selamanya..Amin..♥

Jumaat 20Mei2011 adalah hari yang sangat mengujakan eda. Rasa tak sabar nk pulang, macam nak terbang pulang ke rumah je..Nak tahu knape??hehe...Eda dan hubby tersayang dah beli tiket cite yang ditunggu2 iaitu Nur Kasih the Movie !!!!!


Memang superb cite ni.. Bg eda jalan citenye mmg best, walaupun mungkin kali ni teknik pengambaran cite ni tak secantik dalam drama..Ada diserapkan ciri flashback dan cite masa akan datang, yang memang mencabar minda skit. Menuntut kite untuk lebih fokus la pd cite ni.. Best..!! eda suke kalau ada unsur2 ni.. Macam baca novel karya H.M.Tuah Iskandar la plak..hehe..♥♥♥

Selesai tgk movie, kami terus pulang rumah..Oppsss singgah kedai Nasi Ayam Penyet kegemaran kami dlu.. Bungkus sebab eda dan hubby lagi selesa mkn kat rumah..hehe.. Kekerapan membeli menyebabkan bdk kedai tuh msi ckp "akak oder macam biasa ye" ^_^ ♥ hehe..

Sabtu, 21Mei2011... Hari ni hubby tersayang cuti so banyak plan yang dirancang.hehe.. Pagi eda dan hubby masih berehat di rumah.Tidoq puas2..Topup balik tido2 wikdays yang tak cukup tuh..hehe. Selepas zohor kami terus keluar menjalankan operasi yang telah dirancang.. Tapi singgah workshop jap, hubby nk baiki lampu signal kete die..Rupenye selama eda bawa g keje kete hubby ni xde signal..huhu..Nasib baik xde pape berlaku..Thanks syg coz perihatin ♥

Ok seterusnya ke Giant Tampoi...!! Usah perabot rumah di sana. Jauh x??? hehe..Sebab ada promosi sanggup tuh dtg..Usha baru, nanti baru decide nak beli ke x.ngeh2..Seterusnya ke pusat bowling Plaza Angsana..Wah sangat kelakau rasa makcik..Actually ni kali ke2 kami dtg..Saje je main2 bkn power pung..haha..Jom layanzzz gmbau kami dok main bowling..hehe♥

Hubby dgn kegumbiraan dpt jatuhkn sume pin ^_^

Chewah..mcm strike je ni ye..n_n
Ha..senyum lebar eda..bkn pe cube tgk eda circle tuh..
"Strike habis"..hahaha


Kali ni main mmg hancus gile..Asyik masuk longkang.. Xpe eda, cube lain kali ye sampai master ^_^..hehe.. Sebelum balik kami singgah balik Giant Tampoi, konpem nak beli pe yang dah di usha td..Alhamdulillah..

Malam ni, dinner kami utk sekian kalinya adalah aym penyeeeeeeeeettt lagi..Hubby tersayang jadi model lagi..Makan puassss2 kami mlm nih.hehe..

Dah kenyang..Jom layan Cerekarama di TV3. Tapi sekejap je layan tgk coz eda rasa sangat ngntuk..Huhu..
Tidooo dulu..zzZZZzzZzZzzzzz ♥♥



Wednesday, May 18, 2011

Kotak ♥


“Sudah berkahwin nanti, senanglah hati. Tidak perlu runsing-runsing lagi” kata Ali.

“Baju pun tak payah basuh sendiri. Sudah ada washing machine pelbagai guna!” sampuk Amir.

Semua ketawa.

Berderai-derai, meraikan hari-hari akhir bujangnya Ali.

Biar pun semua rakan ketawa, hati Ali ada gelisahnya. Dia tahu, pandangannya terhadap Alia, bakal isterinya itu, jauh lebih mulia daripada gurauan rakan-rakannya. Dia berharap agar perkahwinannya itu nanti akan menjadi mahligai hidup. Bayangannya banyak dibantu oleh drama, novel, dan kisah mulut ke mulut yang didengari selama ini.

Malah sebahagiannya adalah bayangan ciptaannya sendiri.

Perkahwinan itu indah.

KENANGAN LALU

Peristiwa gurau senda Ali bersama rakan-rakannya di kedai mamak itu sudah lama berlalu. Sudah lima tahun Ali dan Alia mendirikan rumahtangga. Mereka juga sudah dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel. Ia benar-benar seperti watak-watak mahligai hidup yang pernah dibayangkannya dahulu. Dua insan sebagai pasangan yang sempurna, sepasang cahaya mata, seorang lelaki seorang perempuan… mereka bahagia.

Sepatutnya.

Tetapi ada sesuatu yang tidak kena. Apabila Ali melepak bersama rakan-rakannya, beliau gembira. Ketawa. Walaupun ketawanya tidak sampai ke lubuk hati, namun cukuplah sesi itu menjadi ‘panadol’ yang melegakan. Akan tetapi, apabila Ali pulang ke rumah, serabutnya datang semula. Melihat Alia, dan merenung keletah anak-anak, ia tidak lagi menyejukkan mata. Ia memanaskan emosi.

Apakah mengahwini Alia merupakan tindakan yang betul?

Jika cinta di luar perkahwinan banyak halangan, mengapa selepas halangan-halangan itu hilang, perkahwinan tidak memberi bahagia?

HAKIKATNYA

Dalam perkahwinan tiada cinta.

Ia seperti sebuah kotak yang kosong.

Cinta hanya ada dalam diri manusia.

Maka manusialah yang mengisi kotak perkahwinan itu dengan cinta.

Apabila manusia mula berhenti mengisi kotak perkahwinan itu dengan cinta, ia kembali menjadi sebuah kotak yang kosong.

Hukum perubahan, antara kebahagian dan kesengsaraan sentiasa Allah letakkan pada firman-Nya:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa-apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [Al-Ra'd 13: 11]

Perkahwinan, medan memberi.

Banyak mengambil kurang memberi, perkahwinan kembali menjadi kotak kosong, sebuah penjara!



ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Tuesday, May 17, 2011

Cukuplah Allah "Majikan" kita..

Lalalala..Hari-hari kerja !!!! Bosan dengan kerja...

Lalalala..Hidup harus kerja..

Lalalala..

Memang mengena lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan Meet Uncle Hussein ini. Kadang-kala kita berasa penat dan bosan dengan pekerjaan yang sedang kita lakukan.

Mahu saja rasanya letak jawatan dan duduk di rumah 'goyang kaki'. Namun, apabila terbayangkan wang ringgit yang amat diperlukan dalam kehidupan, pantas saja digerakkan kaki yang terasa malas dan berat, melangkah ke tempat kerja. Mulut pula mula mengomel, "kalau tak kerja, macam mana la nak hidup..". Inikah makna sebenar kerja pada kita?

Sejak dari kecil lagi, kita diajar membina impian kerjaya oleh ibu dan ayah. Malah, di sekolah juga para guru selalu meniupkan semangat kepada kita agar menjadi seorang yang mempunyai cita-cita. Pertanyaan yang wajib kita dengar saat semakin membesar, "dah besar nanti anak mama nak jadi apa?". Lalu, dari situ kita mula mencipta imaginasi tentang hebatnya untuk menjadi seperti apa apabila dewasa nanti. Tanpa diketahui maksud sebenarnya, lantang saja kita menjawab, "nak jadi doktor!". Kini, tak disangka-sangka cita-cita itu tidak kesampaian walau kita telah melepasi puncak menara gading. Apakan daya, ini rezeki yang Allah tentukan.

Niat Pemangkin Semangat

Tidak berjaya menjadi seperti apa yang kita impikan sememangnya amat mengecewakan. Namun, mestilah diingat bahawa di mana jua kita diletakkan, di situlah rezeki kita dan tempat kita berusaha. Justeru, walau pekerjaan itu bukanlah bertepatan dengan minat kita sendiri, kita seharusnya mempunyai azam untuk bekerja dengan ikhlas, jujur dan memegang amanah tersebut dengan niat kerana Allah. Bukan sekadar bekerja kerana gaji atau lebih tepat lagi seperti yang selalu disebut, "nak hidup punya pasal..".

Setiap apa yang kita lakukan semuanya bermula dengan niat. Niat itulah yang menjadi titik mula bagaimana kita akan memikul tugas yang digalas. Niat bekerja kerana Allah akan memandu setiap perbuatan kita dalam menghasilkan mutu kerja yang cemerlang dan berkualiti. Seperti mana kita menyebut berulang kali Surah al-An'am ayat 162 di dalam solat,

"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekalian Alam".

Kalimah yang kita ucapkan pada Allah dengan bersungguh-sungguh itu perlulah kita ingati ketika menjalankan pekerjaan duniawi. Kerja harus dianggap sebagai ibadah yang dimulakan dengan niat yang baik berserta istiqamah. Sabda Rasul SAW,

"Bahawa Allah mencintai seseorang yang apabila ia mengerjakan sesuatu kerja, ia laksanakan dengan cemerlang." (Hadis riwayat Abu Ya'la)

Dari kita merungut kemalasan dan mengenang nasib di pagi hari saat bangun tidur, adalah lebih baik jika kita berniat untuk bangun bekerja kerana Allah. Sudah pasti badan terasa lebih kuat, minda terasa lapang dan hati terisi dengan semangat yang positif. Simptom seperti makan 'gaji buta' dan 'curi tulang' pasti dapat dielakkan.

Dalam pandangan Islam, bekerja merupakan suatu tugas yang mulia, yang akan membawa diri seseorang pada posisi terhormat, bernilai, baik di mata Allah SWT maupun di mata kaumnya. Oleh sebab itulah, Islam menegaskan bahwa bekerja merupakan sehuah kewajiban yang setingkat dengan Ibadah. Orang yang bekerja akan mendapat pahala sebagaimana orang beribadah. Lantaran manusia yang mau bekerja dan berusaha keras untuk menghidupi diri sendiri dan keluarganya, akan dengan sendirinya hidup tentram dan damai dalam masyarakat .

Dalam hadits riwayat Bukhari dan Abu Dawud dikisahkan, bahwa pada suatu hari Rasulullah SAW menjumpai seorang sahabat sedang duduk bersimpuh di dalam masjid, ketika semua orang sedang giat bekerja.

Maka Beliaupun bertanya: ”Mengapa engkau berada dalam masjid di luar waktu shalat, wahai Abu Umamah?” Abu Umamah menjawab: ”Saya bersedih lantaran banyak hutang, wahai Rasulullah”. Lantas beliau bersabda: ”Mari Aku tunjukkan kepadamu beberapa kalimat, dan jika engkau membacanya, Allah akan menghapus kesedihanmu dan menjadikan hutangmu terbayar. Bacalah pada waktu pagi dan sore.”

Do’a tersebut, yang artinya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari susah dan sedih, lemah dan malas, takut dan kikir, serta tertekan hutang dan penindasan orang lain”. (HR. Bukhari)

Selang beberapa waktu, ketika Rasulullah bertemu kembali dengan Abu Umamah, ternyata ia sudah menjadi orang yang periang dan tidak nampak lagi bersedih hati, sementara hutangnyapun sudah dilunasinya.

Lunasnya hutang Abu Umamah itu, secara logika tentunya berkat kerja keras yang dilakukan oleh Abu Umamah itu sendiri, lantaran rasa malas, lemah, jengkel dan sedih yang selama ini melingkupi dirinya telah terusir digantikan oleh semangat dan daya juang yang keras untuk bekerja dan berusaha dalam rangka melunasi seluruh hutang-hutangnya. Jadi mustahil harta atau uang pembayar hutang itu datang dengan sendirinya, jika yang bersangkutan tetap berpangkutangan.

Dalam Firman Allah SWT, yang artinya: “Dialah Dzat yang telah menjadikan bumi itu mudah bagimu, maka berjalanlah di segala penjurunva dan makanlah sebagian rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan.” (Q.S AI-MuIk (67):15)

“Dan Kami jadikan padanva kebun-kebun korma dan anggur, dan Kami pancarkan padanya beberapa mata air, supava mereka dapat makan dari buahnva, dan dari apa yang diusahakan oleh tangan mereka. Maka mengapakah mereka tidak bersyukur?” (Q.S Yaasin(36): 34-35)

Ayat di atas menunjukkan bahawa setiap Muslim sesungguhnya dituntut untuk bekerja keras, dan disarankan untuk menjelajahi bumi Allah yang maha luas ini, dalam usaha memenuhi kebutuhan hidupnya, mencari rejeki, menambah pengalaman dan ilmu pengetahuan agar dapat rnencapai kemuliaan hidup baik di dunia maupun di akhirat kelak.

Adapun mengenai keutamaan bekerja dan keutamaan orang yang giat bekerja keras dijelaskan juga dalam beberapa hadits, yakni sebagai berikut:

”Siapa saja pada malam hari bersusah payah dalam mencari rejeki yang halal, malam itu ia diampuni”. (HR. Ibnu Asakir dari Anas)

”Siapa saja pada sore hari bersusah payah dalam bekerja, maka sore itu ia diampuni”. (HR. Thabrani dan lbnu Abbas)

”Tidak ada yang lebih baik bagi seseorang yang makan sesuatu makanan, selain makanan dari hasil usahanya. Dan sesungguhnya Nabiyullah Daud as, selalu
makan dan hasil usahanya”. (HR. Bukhari)

”Sesungguhnya di antara dosa-dosa itu, ada yang tidak dapat terhapus dengan puasa dan shalat”. Maka para sahabat pun bertanya: “Apakah yang dapat menghapusnya, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab: ”Bersusah payah dalam mencari nafkah.” (HR. Bukhari)

”Apabila kamu selesai shalat fajar (shubuh), maka janganlah kamu tidur meninggalkan rejekimu”. (HR. Thabrani)

”Berpagi-pagilah dalam mencari rejeki dan kebutuhan, karena pagi hari itu penuh dengan berkah dan keherhasilan.” (HR. Thabrani dan Barra’)

“Sesungguhnya Allah Ta‘ala suka melihat hamba-Nya bersusah payah dalam mencari rejeki yang halal”. (HR. Dailami)

“Sesungguhnya seseorang di antara kamu yang berpagi-pagi dalam mencari rejeki, memikul kayu kemudian bersedekah sebagian darinya dan mencukupkan diri dari (meminta-minta) kepada orang lain, adalah lebih baik ketimbang meminta-minta kepada seseorang, yang mungkin diberi atau ditolak.” (HR. Bukhari dan Muslim)

“Sebaik-baik nafkah adalah nafkah pekerja yang halal.” (HR. Ahmad)

“Sesungguhnya Allah SWT sangat menyukai hamba-Nya yang Mukmin dan berusaha”. (HR. Thabrani dan Baihaqi dari lbnu ‘Umar)

”Barangsiapa yang bekerja keras mencari nafkah untuk keluarganya, maka sama dengan pejuang dijaIan Allah ‘Azza Wa Jalla”. (HR. Ahmad)

Bekerja Adalah Sabilillah

Dalam suatu riwayat dinyatakan bahwa; pada suatu hari, ketika Rasulullah SAW sedang berjalan bersama dengan para sahahat, tiba-tiha mereka menyaksikan seorang pemuda yang nampak gagah perkasa sedang bekerja keras membelah kayu bakar. Dan para sahahat pun berkomentar: “Celakalah pemuda itu. Mengapa keperkasaannya itu tidak digunakan untuk Sabilillah (jalan Allah)?” Lantas, Rasulullah SAW bersabda “Janganlah kalian berkata demikian. Sesungguhnya bila ia bekerja untuk menghindarkan diri dari meminta-minta (mengemis), maka ia berarti dalam Sabilillah. Dan jika ia bekerja untuk mencari nafkah serta mencukupi kedua orang tuanya atau keluarganya yang lemah, maka iapun dalam Sabilillah. Namun jika ia bekerja hanya untuk bermnegah-megahan serta hanya untuk memperkaya dirinya, maka ia dalam Sabilisy syaithan (jalan setan)”.

Dengan menyimak riwayat hadist tersebut di atas, maka kita dapat mengambil kesimpulan bahwa baik atau buruknya serta halal atau haramnya suatu pekerjaan, ternyata ditentukan dari niatnya. Jika kita bekerja dengan maksud untuk menghindarkan diri dari pengangguran misalnya, maka pekerjaan itu baik dan halal. Namun jika tujuan kita bekerja hanya untuk mencari harta serta memperkaya diri sendiri, maka pekerjaan yang kita lakukan itu merupakan pekerjaan hina dan haram, sehingga wajib dijauhi.

Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya Allah cinta kepada hamba-Nya yang mempunyai hutang usaha, dan siapa saja yang bersusah payah serta bekerja keras mencari nafkah untuk keluarganya, lantaran mereka seperti Fi Sabilillah (pejuang dijalan Allah) ‘Azza Wa Jalla”. (HR. Ahmad).


(Sumber: Al ’Amal Fil Islam karya Izzuddin Khatib At Tamimi (terj.) Bisnis Islam, alih bahasa H. Azwier Butun, Penerbit PT Fikahati Aneska Jakarta)

Puding Triffle♥


Oh ye...

Bebenornye smbil buat dadih eda buat puding triffle juga..Sebab dua2 ringkas dan cepat nk buat.. >_< ♥ Resepinye mcm resepi eda post sblm nih..

Spesel utk hubby tersayang ♥


Monday, May 16, 2011

Dadih Jagung♥Strawberi

Salam kepada penggemar Dadih ^_^



Terliur x tgk dadih ni..hehe...Sempena sok kite akan cuti umum, ditambah pula malam ni eda sendirian U_U, so eda plan nak abiskan masa di dapur.. Nak try buat dadih.haha...Surprise utk hubby eda sok pagi..♥♥♥..Senang je nk buat, bkn susah pun..Pencuci mulut y paling sonang nk buat lah kirenye..

Bahan-bahan:

  1. Serbuk dadih (perisa terpulang pd korg)
  2. Satu tin susu cair
  3. Dua sudu gula
  4. Satu cawan air

Cara-cara:

  1. Didihkan air bersama susu cair dan gula. Tutup api.
  2. Masukkan secawan serbuk dadih ke dalam acuan tadi dan gaul hingga sebati.

  3. Kemudian boleh masukkan ke dalam bekas yang kecil2 dan disejukkan.

  4. Boleh gubah ikut kreativiti masing2. Eda taruk buah sikit pastu sedikit jeli..Biar nmp menarik skit >_<Dadih ni memang sedap klau di makan ketika musim panas skrg ni..huhu..Eda mmg gemar abih la ngn dadih.. Blh jadi antu bile nmp dadih..hehe..Selamat Mencuba ye ^_^ ♥

Selamat Hari Guru ♥


Cikgu, guru itulah panggilan yang diberikan kepadamu
Kau mendidik anak bangsamu dengan ketulusan hatimu
Kau berdedikasi untuk mengajarkan yang terbaik
Untuk melahirkan anak didik yang boleh berjaya suatu hari nanti

Guru, kau seorang insan yang teristimewa
Baktimu kalahkan bak gunung Everest
Jasamu tidak ternilai harganya
Kau bak sebatang lilin yang sering menyinari kegelapan muridmu

Guru, betapa kau dihormati oleh segala lapisan masyarakat
Tugasmu begitu mencabar dan jiwamu begitu kental
Setiap hari kau akan berdepan dengan pelbagai cubaan
Namun rintangan yang mendatang kau dapat menangkisnya

Guru, kau seorang yang tegas dan berwibawa
Ketabahanmu membuat kau sentiasa redha
Kau berkaliber dan berhati mulia
Kau sering dijadikan cermin oleh anak didikmu

Guru, kau seorang yang bersemangat waja
Kesabaranmu membuat kau betah untuk meneruskan perjuanganmu
Demi membela anak bangsamu untuk maju ke hadapan
Kau sememangnya seseorang yang patut dihargai

Semoga Hari Guru ini akan membuat kau bahagia dan gembira
Doaku agar kau sekalian diberi rahmat dan hidayah dari Illahi
Dengan melaksanakan tugasmu sebagai seorang guru
Teruskanlah perjuanganmu, wahai insan yang bergelar GURU...

♥ SELAMAT HARI GURU ♥

Saturday, May 14, 2011

Our Dinner ♥


Assalamualaikum ♥

OK Alhamdulillah selesai tugas utk harini..Sebelum masuk tido, tergerak plak ati eda nk coret2 skit diari utk harini.. Mcm biasa tiada spesel utk arini..Sebab bagi eda tiap ari itu adalah spesel dlm idup eda.. Selagi dapat berada di sisi hubby tercinta ♥ Chewahh....!! ^_^


Ha comel x gelagat hubby eda tgh menikmati dinner kami ^_^ Mcm g tgk movie, kami kat umah pun blh tgk movie siap sambil mkn spageti lagi tuh..hehe.. Disebabkan eda mls nk pakai tudung, so hubby la jadi mangsa jd model eda.hehe.. mekasih syg..♥

Ok kite tido dulu..

Selamat malam semua..
Jgn lupe wuduk dan doa ye..
Gud nite and sweet dream ♥♥♥
Semoga kita dapat berjumpa di esok hari..
Sayang korg..muahh...♥

Puding Triffle A♥J

Salam

Hari sabtu wiken ke-2 eda akhirnya menjelma..hehe.. Xde rancangan hari ni coz hubby tercinta berkerja Harini eda menghabiskan masa mengadap laptop, mengemaskini serabutan laptop.. Sian Baby eda ni

Delete..delete..delete punye delete... Terjumpa satu gmbr lama nih.. Time anak dara dulu eda pnh buat puding ni. Amik gmbr punya nk rak tapi xsempat kot nk masukkan dalam blog.hehe.. Xpela..so arini eda cuba tulis balik resepi puding ni untuk tatapan blog eda..^_^

shhhhh...sian hubby eda. Die baru blk keje terus ngadap laptop ni.. Eda tgh msk utk dinner kami time tuh. Sekali die terus melompat ke peti ais, ingatkan eda buat puding ni arini..huhu.. Hampa ye sayang..?? Maaf ye.. InsyaAllah sok ayg buat spesel utk syg ♥ ^_^

Ok..Beriku resepi puding Triffle EdaJoe..hehe

Bahan-bahan:
  1. Satu tin susu cair
  2. Satu mangkuk air (utk kastard)
  3. kek gulung. (terpulang perisa apa)
  4. Satu tin mixed fruit. (asingkan air dan isi)
  5. Satu paket jelly cristal NONA
  6. Satu mangkuk air panas
Cara-cara:
  1. Panaskan dengan api yang perlahan susu cair dan gula.
  2. Bancuh tepung kastard dengan air sejuk. Campurkan ke dalam susu cair yang sedang dididihkan tadi. Masak hingga betul2 pekat dan tutup api

  3. Kek gulung dipotong mengikut ketebalan yang korg nak. Seterusnya disusun di dalam bekas. Basahkan permukaan kek tersebut dengan air dari mixed fruit
  4. Campuran kastard yang telah pekat diuang ke atas kek sehingga menutupi kek tersebut.
  5. Kamudian taburkan mixed fruit ke atas nya. Biarkan sejuk.
  6. Sementara itu, jeli di dilarutkan dengan air panas hingga sebati
  7. Akhir sekali, uang jeli tersebut ke atas kastard dan dibiarkan sejuk
  8. Ha...dah boleh di makan ^_^
Dulu2 eda penah buat campur yogurt di atas kastard sebelum letak jelly. Tapi de sesetengah org x suke sbb masam rasanye..hehe..

Selamat mencuba ye...^_^

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu, My omma ♥



Orang kata aku lahir dari perut mak....
(bukan orang kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku....mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang....mak

Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak

Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan....mak
Bila sedih, aku mesti telefon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu....mak

Bila bengang, aku suka luah pada....mak
Bila takut, aku selalu panggil...."mmaaakkkk!"
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau....mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni....mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak

Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku....mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....mak

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak

Bila sambut valentine....aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu....aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”



Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... Bolehkah kau kirim wang untuk mak? Mak bukan nak banyak... Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya.....

Tapi kalau mak sudah tiada.....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya....

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya. Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Saturday, May 7, 2011

Kenanganku ♥♥♥


Assalammualaikum...

Rasa mc dah lama eda xbuka blog..padahal baru 3hari..hehe..Alhamdulillah eda dah lapor diri di HSA bahagian CRC last thursday..Nak tau tak hari pertama eda kerja dan masuk lewat 15min..huhu...Gara2 jln jammed kat JB ni..Sabau jela..So hari kedua eda gerak awal skit 6.30am..tapi sampai jam 715am..sabau lagi gamaknye..huhu....

Setakat ni eda x start lagi pape projek penyelidikan. Mungkin sebab next week de workshop, so busy prepared pape yang xbuat lagi. Plus de akreditasi plak.."Meriah" plak sume staf dari pelbagai jabatan berlari ke sana sini sediakan pape y patut. Eda pun nak x nak, faham xfhm, kene gak la buat pape y patut. Ibarat tercampak ke planet pluto, mmg eda xfhm btl keje admin ni..huhu..hamba mmg org pure sains..Pengalaman pertama..

Bile sebut psl workshop, teringat time degree dulu2. Time program mmg best...!! Byk bende blh blajar..Dari hal remeh temeh mcm prepare bahan2 program, hingga hal2 besau mcm komunikasi ngn pelbagai kementerian or individu2 penting utk minta sponsor program or kelulusan pape ke.. Even memenatkan, but at the end eda dan kwn2 akn rasa kemanisan memori tuh..Sbb tuh klu tgk gmbr2 dulu msti menitis air mata sbb rindu.. Tapi gmbr dlm hard disk dah rosak..huhu..yang dapat tgk kat friendster jela..dedulu kn famos friendster nih..huhu..

Eda rindu sgt "kesibukan" zmn study..Rindu pada persatuan yang eda dah masuk selama 5thn. Dari 1st year hingga klua UM..Moga ikatan ukhwah antara kami akan sentiasa utuh. Amin..

♥ Jom layan gambar zaman "kegemilangan kami"

Bermula kami sebagai powerpuff gurl PMPUM
oni ona oda..penggerak persatuan y utama♥

Kemudian kami bertukar mjadi powerpuff family
onus dan oma join jd org kuat pmpum

Aktiviti tahunan, gerai konvo time senior2 graduasi♥
so eda de kerja tahunan pembantu chef gerai ^_^

Antara kenangan suai knl senoir junior yang dibuat

Kenangan salah satu program advanture kami
Berakit paling best time ni..!!
Miss u all♥♥♥

Wednesday, May 4, 2011

Isteri y Solehah di hati Suami♥

Isteri Cerdik Yang Solehah
Penyejuk Mata Penawar Hati Penajam Fikiran
Di Rumah Dia Isteri Di Jalanan Kawan
Di Waktu Kita Buntu Dia Penunjuk Jalan

Pandangan Kita Diperteguhkan
Menjadikan Kita Tetap Pendirian
Ilmu Yang Diberi Dapat Disimpan
Kita Lupa Dia Mengingatkan

Isteri Cerdik Yang Solehah
Penyejuk Mata Penawar Hati Penajam Fikiran
Di Rumah Dia Isteri Di Jalanan Kawan
Di Waktu Kita Buntu Dia Penunjuk Jalan

Nasihat Kita Dijadikan Pakaian
Silap Kita Dia Betulkan
Penghibur Di Waktu Kesunyian
Terasa Damai Bila Bersamanya

Dia Umpama Tongkat Si Buta
Bila Tiada Suatu Kehilangan
Dia Ibarat Simpanan Ilmu
Semoga Kekal Untuk Diwariskan...

Assalammualaikum

Apa khabar pembaca semua aspecially wife2 yang tidak penah jemu dalam mencari kebahagiaan bersama family tercinta? Adakah harini de sedikit improvement dlm memperbaiki diri menjadi isteri dan penamping hubby y solehah?? InsyaAllah mudah-mudahan kita sama2 dpt perbaiki sikit demi sikit ye..♥ ^_^

Pagi tadi eda dok dgr lagu nasyid. Rasa dah lama xbuke music dilaptop..Almaklum dekat tenet pun dh boleh dgr kn mcm kat blog eda ni.. Buke tiap ari lagu sama pun xpe asalkan suke..hehe..

Sambil2 mendengar lagu eda membaca artikel di intenet. Lagu di atas ni mmg kegemaran eda time anak2 dara dulu..hehe..Eda terbaca dua cerita yang sangat menarik berkaitan isteri yang solehah..Jom kite layan cerita ni nak. Boleh dijadikan peringatan untuk diri eda jg.. ♥

Di dalam sejarah Nabi Ibrahim sewaktu baginda menziarahi menantunya. Pada waktu itu, puteranya, Nabi Ismail tiada di rumah sedangkan isterinya belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.

Nabi Ibrahim
: Siapakah kamu?
Menantu : Aku isteri Ismail.
Nabi Ibrahim : Di manakah suamimu, Ismail?
Menantu : Dia pergi berburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimanakah keadaan hidupmu sekeluarga?
Menantu : Oh, kami semua dalam kesempitan dan (mengeluh) tidak pernah senang dan lapang.
Nabi Ibrahim : Baiklah! Jika suamimu balik, sampaikan salamku padanya. Katakan padanya, tukar
tiang pintu rumahnya (sebagai kiasan supaya menceraikan isterinya).
Menantu : Ya, baiklah.
Setelah Nabi Ismail pulang daripada berburu, isterinya terus menceritakan tentang orang tua yang telah singgah di rumah mereka.
Nabi Ismail : Adakah apa-apa yang ditanya oleh orang tua itu?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku ceritakan kita ini orang yang susah. Hidup kita ini selalu dalam kesempitan, tidak pernah senang.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ya ada. Dia berpesan supaya aku menyampaikan salam kepadamu serta meminta kamu menukarkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Sebenarnya dia itu ayahku. Dia menyuruh kita berpisah. Sekarang kembalilah kau kepada keluargamu.
Ismail pun menceraikan isterinya yang suka merungut, tidak bertimbang rasa serta tidak bersyukur kepada takdir Allah SWT. Sanggup pula mendedahkan rahsia rumah tangga kepada orang luar.
Tidak lama selepas itu, Nabi Ismail berkahwin lagi. Setelah sekian lama, Nabi Ibrahim datang lagi ke Makkah dengan tujuan menziarahi anak dan menantunya. Berlakulah lagi pertemuan antara mertua dan menantu yang saling tidak mengenali.
Nabi Ibrahim : Dimana suamimu? Menantu : Dia tiada dirumah. Dia sedang memburu.
Nabi Ibrahim : Bagaimana keadaan hidupmu sekeluarga? Mudah-mudahan dalam kesenangan?
Menantu : Syukurlah kepada tuhan, kami semua dalam keadaan sejahtera, tiada apa yang kurang.
Nabi Ibrahim : Baguslah kalau begitu.
Menantu : Silalah duduk sebentar. Boleh saya hidangkan sedikit makanan.
Nabi Ibrahim : Apa pula yang ingin kamu hidangkan?
Menantu : Ada sedikit daging, tunggulah saya sediakan minuman dahulu.
Nabi Ibrahim : (Berdoa) Ya Allah! Ya Tuhanku! Berkatilah mereka dalam makan minum mereka. (Berdasarkan peristiwa ini, Rasulullah beranggapan keadaan mewah negeri Makkah adalah
berkat doa Nabi Ibrahim).
Nabi Ibrahim : Baiklah, nanti apabila suamimu pulang, sampai- kan salamku kepadanya. Suruhlah dia menetapkan tiang pintu rumahnya sebagai kiasan untuk mengekalkan isteri Nabi Ismail).

Apabila Nabi Ismail pulang daripada berburu, seperti biasa dia bertanya sekiranya sesiapa datang datang mencarinya.
Nabi Ismail : Ada sesiapa datang semasa aku tiada di rumah?
Isteri : Ya, ada. Seorang tua yang baik rupanya dan perwatakannyasepertimu.
Nabi Ismail : Apa katanya?
Isteri : Dia bertanya tentang keadaan hidup kita.
Nabi Ismail : Apa jawapanmu?
Isteri : Aku nyatakan kepadanya hidup kita dalam keadaan baik, tiada apapun yang kurang. Aku ajak juga dia makan dan minum.
Nabi Ismail : Adakah dia berpesan apa-apa?
Isteri : Ada, dia berkirim salam buatmu dan menyuruh kamu mengekalkan tiang pintu rumahmu.
Nabi Ismail : Oh, begitu. Sebenarnya dialah ayahku. Tiang pintu yang dimaksudkannya itu ialah dirimu yang dimintanya untuk aku kekalkan.
Isteri : Alhamdulillah, syukur.
Berpandukan sejarah tersebut, bolehlah kita tegaskan kepada diri sendiri bahawa isteri solehah itu sepatutnya ‘sabar di hati dan syukur pada wajah’. Daripada sini akan terpancar ketenangan setiap kali suami berhadapan dengan isteri solehah. Isteri solehah tidak cerewet dan tidak mudah merungut. Isteri solehah hendaklah sentiasa bersyukur dalam keadaan senang mahupun susah supaya Allah tambahkan lagi rahmat-Nya seperti firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambahkan nikmat-Ku kepadamu. Dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7)
Untuk menambahkan kegigihan kita berusaha menjadi isteri solehah, ingatlah hadith Rasulullah yang bermaksud:
“Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi sangat sedikit sekali golongan kamu yang dapat melakukan demikian.”
(Riwayat Al-Bazzar dan Ath-Thabrani)
Penulis HALUANTarbawi.com

Seterusnya ini adalah pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya yang hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita bagi suami mu, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:
1. Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.
2. Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.


Penulis ialah doktor perubatan persendirian dan AJK JIM Pusat serta boleh dihubungi melalui wanitajim0@yahoo.com