Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Friday, May 10, 2013

Tetamu syurga..

Assalammualaikum dan salam jumaat semua..

Alhamdulillah.. Pagi ni time eda dan hubby dok sarapan, tdgr kat tv berkaitan hari ibu. Ahad ni la kn ahad minggu kedua dalam bln may..Bila cite pasal Hari Ibu nie, konpem2 ati eda akan tersentuh. Hubby pun mcm tau2 je.. terus senyum kat eda dan cakap i love you.. eda tau dia x nk eda terfikir pasal baby la tuh ^_^

Tapi hakikatnya mmg eda teringat kat putera2 kesayangan eda. Emosi eda mudah tergugat bila tgk org hamil or baby2. Kadang2 eda takut juga kalau eda nih terkategori tidah redha dengan pemergian mereka.. Nauzubillah..mintak2 dijauhkan. Eda cume rindukn mereka.. Eda tahu ini hanyalah kesedihan didunia, tetapi Allah nak beri kami kebahagian di akhirat kelak. Moga putera2 kami menjadi saham akhirat kami kelak.aamiin..

"Di samping para malaikat dan Hurul-Aini (bidadari syurga), maka kanak-kanak yang meninggal dunia sebelum baligh juga menyambut kedatangan ibu bapanya di pintu syurga.

Sabda Rasullulah saw yang bermaksud : "Ketika aku mikraj ke langit, tiba-tiba aku mendengar suara kanak-kanak. Aku bertanya : " Wahai Jibril, siapakah mereka itu?" Jibril menjawab : Mereka adalah anak cucu orang Islam yang meninggal dunia sebelum baligh. Mereka itu diasuh oleh Nabi Ibrahim AS sampai orang tuanya datang."

(HR. Abu Daud)
Anak-anak orang Islam yang meninggal dunia pada waktu kecil, di alam Barzakh dia dikumpulkan pada suatu tempat di bawah penjagaan Nabi Ibrahim as. Setelah kiamat tiba, mereka langsung dipindahkan ke dalam syurga. Jadi mereka tidak melalui Mahsyar, hisab, mizan dan sebagainya.
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah."
(HR. Bukhari dan Muslim)

Setelah dipindahkan ke dalam syurga, maka anak-anak kecil ini lupa kepada kehidupan dunia. Mereka lupa kedua ibu bapanya, lupa kepada kampung halamannya dan sebagainya. Tiba-tiba pada suatu hari, ketika mereka sedang bermain-main menikmati kesenangan syurga, maka ada malaikat yang memberitahukannya: "Wahai Wildan, lupakah kamu kepada kedua orang tuamu? Sekarang mereka sudah berada di pintu syurga.
Ketika itulah baru mereka tahu dan ingat kembali kepada ayah bonda mereka yang selama ini mereka lupakan.

Mendengar apa yang dikatakan oleh malaikat itu, dalam keadaan menangis dan membawa air dengan segera mereka berlari menuju ke pintu syurga. Sesampainya di sana, mereka melihat Hurul-Aini sedang tegak berbaris sepanjang jalan dengan memakai pakaian dan perhiasan yang serba indah.
Setelah pintu syurga terbuka, dengan diiringi nyanyian merdu Hurul-Aini, maka orang-orang pun berebut masuk ke dalamnya, dan ketika itulah anak-anak kecil ini sibuk mencari kedua ibu bapanya. Mereka mencari ke sana ke mari, tetapi tidak berjumpa. 

Sambil menangis dan memgang air di tangan maka pergilah mereka kepada malaikat serta bertanya: "Wahai malaikat, mana ayah dan ibu kami?" Menjawab malaikat: Wahai Wildan, sungguh malang nasib kamu, kedua orang tua kamu terjatuh ke dalam neraka." Mendengar ungkapan yang demikian itu, maka anak kecil tadi menangis sejadi-jadinya, menangis menghiba dengan ratapan yang menyayat hati: "Wahai ibuku, wahai ayahku, apakah kesalahanmu? Apakah dosamu sehingga kamu terjatuh ke dalam neraka? Begitulah ratapan mereka.

Berkata Malaikat: "Wahai Wildan jangan menangis, pergilah kamu memohon bantuan kepada Nabi Muhammad SAW." Setelah anak kecil ini mengadu kepada Nabi Muhammad SAW, maka Nabi Muhammad pun mengangkat kedua tangannya berdoa, lalu dikeluarkanlah orang-orang mukmin yang berda dalam neraka itu. Inilah syafaat Nabi Muhammad SAW yang ketiga di akhirat. Petama pada waktu ditimbang antara dosa dan pahala, yang kedua pada waktu meniti Shiratul Mustaqim yang ketiga ketika mengeluarkan orang dari dalam neraka. Maka ketika itu bertemulah antara anak-anak kecil tadi dengan kedua orang tuanya dengan perasaan gembira.

Firman Allah SWT yang maksudnya : "Pada hari itu mereka berjumpa dengan perasaan gembira. " (Ad-Dahr: 11)

#Adam & Adib..mama ayah miss u both so much#

Thursday, May 2, 2013

Khamis itu......rindu dan sedih...


Segembira dan sebahagia manapun yg eda lalui saban hari, 
masih belum dapat menandingi rs sedih dan rindu ini 
bila tibanyanya hari khamis pada putera2 tercinta,
Kerana pasti eda akan mengingati kembali saat2
lahirnya dan perginya putera2 tercinta kami
Muhammad Adam & Muhammad Adib.
Mama sangat sangat merindui adam & adib.


Jika yg TERBAIK itu yg sering dipohon dlm doa, 
jadi BERSANGKA BAIKLAH dgn takdir dari Allah.
Percayalah, Allah sedang memberimu sesuatu yg LEBIH BAIK dari itu ~ ♥

Wednesday, May 1, 2013

Hadiah Hari Buruh..hehe ^_^


Alhamdulillah... sukenye..hubby eda telah berjaya membeli hs nih utk isteri tercinta. Walopun dah ade terlatest samsung S4, tapi eda tetap minat S3 nih.. Sebab den dah lame ngidam S3 sebenarnye. Nk Note 2, kalah plak hubby kn.. Die pakai Note je..hehehehe.... 

Semalam, pas hubby balik dari trainning, kami terus keluar. Nak S3 punya pasal, disebabkan stock dh habis kami sanggup g cari sampai 3 digi centre kat JB ni.hehe... Bersemangat x? Alhamdulillh..akhirnya tercapai hasrat eda nk pakai S3. Tapi yg kelakar tuh, time nk beli hs ni tetibe hubby ajak g kedai emas dulu.. Dok tgk barangan kemas plk... Adekah sejarah akan berulang?? ^_^

Tetibe eda teringat, lastyear pun time besday eda bersemangat eda ckp nk Note lah. Dah sampai besday eda, hubby g beli rantai leher.Haha... Hubby cakap bazir je beli hs..Barang kemas blh simpan untuk pelaburan masa depan..Dah kate wanitakn, eda konpem2 suke dapat barang kemas..Harga pun lagi mahal dari Note..kekekekeke..!! Tapi yg xpuas ati tuh, beberapa ari lepas tuh, hubby beli Note untuk die..!!!! waaaa den dah kene perangkap..haha..Tapi xpela, bak kate hubby la mmg bazir pun beli hs tuh sbb eda xkeja kn.. ^_^

Sebenarnye eda dah terima hadiah mesin jahit utk besday tahun nih.. Eda pun sbnrnye konpius hubby nak beli hs. Mungkin sbb hubby sian tgk bini eh, kempunan tgk hs idaman kot.hehe.. Xpela, eda anggap dapat 2 x adiah besday la..Alhamdulillah... ^_^ Mesih tuh pun dh selamat guna jahit langsir dapur aritu.. Jahit lurus je ^_^ (kalau mak tau dok jahit dalam pantang nih mau ke rembat ngn rotan nih..hehehe0

Oh ye, sebelum tuh, hubby sempat g usha dan semestinya terus beli track runner machine die. Awal tahun aritu ade jual murah kat Jusco tapi disebabkan fikir nak pindah umah kang, susah plak nk fikir angkut2 nih.. Alhamdulillah dah tercapai hasrat die.. Kire adiah untuk diri hubby sendiri la tuh sempena ari buruh nih.hehe..Dah tanya En.Google, nasib baik harga sama. Lepas ayg abis pantang blh la join abg ek..Jom kite kurus...^_^

Inilah dia sport track hubby..


Dapat kuning and black as free gift sbb buat full payment.Blh la urut2 tapak kaki den nih ^^


Selesai sudah. Lepas nih kene jimat2 la sikit. Habis byk dlm masa sehari..Sian syg ayg.. Brang dapur dah beli byk2..cukup kot utk sebulan.kekeke..... I love u so muchhhh abg.. mekasih sbb selalu penuhi kehendak ayg tanpa jemu.. You r da BESTTTT husband in dis semester.. chewah....muahh..muahhh...muahhh...