Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Tuesday, January 29, 2013

Apa itu kembar ??


Hari ini, eda terasa macam nak coret2 sikit2 info berkaitan kembar satu uri ni. Almaklumlah, dah 2 doc kate eda pregnant twin dgn satu uri. Kiranya kehamilan monozigot. Jadi eda kene banyak2 baca info berkaitan hal ni. Boleh simpan untuk bacaan sendiri atau rujukan kawan2 yg lain. Mane tau nanti senasib dgn eda kn.. ^_^ 

Menurut wikipedia, kembar adalah salah satu daripada dua keturunan yang dihasilkan dalam kehamilan yang sama. Twins sama ada boleh menjadi monozygotic ("sama"), yang bermaksud bahawa mereka berasal dari satu zigot yang membahagi dan membentuk dua embrio, atau dizygotic ("persaudaraan") yang bermaksud berasal dari dua telur berasingan yang disenyawakan oleh dua sperma berasingan.

Fraternal atau dizygotic (DZ) kembar (juga dirujuk sebagai "kembar tidak seiras", "dissimilar twins", "biovular twins" dan, dalam kes-kes perempuan, kembar sororal) biasanya berlaku apabila dua telur tersenyawa diimplan di dalam dinding uterus pada masa yang sama. Apabila 2 telur disenyawakan oleh dua sperma sel-sel yang berbeza, hasil kembar persaudaraan. Dua telur atau ova, menjadi dua zygotes, maka terma dizygotic dan biovular. Kembar Dizygotic, seperti mana-mana adik-beradik yang lain, mempunyai peluang yang sangat kecil mempunyai profil kromosom yang sama.

Monozygotic (MZ) atau kembar seiras pula berlaku apabila telur tunggal disenyawakan untuk membentuk satu zigot (oleh itu, "monozygotic") yang kemudiannya membahagikan kepada dua embrio yang berasingan.


Perbandingan perkembangan zigot di kembar monozygotic dan dizygotic. Dalam rahim, majoriti kembar monozygotic (60-70%) berkongsi plasenta yang sama tetapi mempunyai kantung amnion berasingan. Dalam 18-30% kembar monozygotic janin masing-masing mempunyai plasenta berasingan dan kantung amnion yang berasingan. Sebilangan kecil (1-2%) kembar monozygotic berkongsi plasenta yang sama dan kantung amnion. Manakala kembar tak seiras masing-masing mempunyai plasenta mereka sendiri dan kantung amnion sendiri.

Kembar Monochorionic monozygotic (seiras) kembar yang berkongsi plasenta yang sama. Jika plasenta dikongsi oleh lebih daripada dua kembar, ini adalah gandaan monochorionic. Kembar Monochorionic berlaku dalam 0.3% daripada semua kehamilan. 75% daripada kehamilan kembar monozygotic monochorionic (berkongsi satu uri); Baki 25% adalah diamniotic dichorionic ( 2 kantung dan 2 uri). Jika plasenta membahagi, ini berlaku selepas hari ketiga selepas persenyawaan.

Kembar Monochorionic umumnya mempunyai dua kantung amnion (dipanggil Monochorionic-Diamniotic "Modi"), tetapi kadang-kadang, dalam kes kembar monoamniotic (Monochorionic-Monoamniotic "MoMo"), mereka juga berkongsi kantung amnion yang sama. Kembar Monoamniotic berlaku apabila perpecahan (cleavage) berlaku selepas hari kesembilan selepas persenyawaan. Kembar Monoamniotic sentiasa monozygotic (kembar seiras). Kembar Monochorionic-Diamniotic adalah hampir sentiasa monozygotic, dengan beberapa pengecualian mana blastocysts telah bersatu


Pelbagai jenis chorionicity dan amniosity (bagaimana kantung bayi kelihatan) di monozygotic (satu telur / sama) hasil daripada telur disenyawakan dan membahagi. Walau bagaimanapun, imej adalah tidak betul mengenai isu berikut: Twins Diamniotic Monochorionic mempunyai dua amnions, satu chorion dan 1 plasenta. Gambar menunjukkan 2 placentas dan ini adalah salah.

Komplikasi

Di samping berkongsi plasenta, kembar monochorionic juga mempunyai sistem peredaran darah yang bergabung dalam anastomoses peredaran rawak dan tidak menentu. Ini boleh menyebabkan bekalan darah yang tidak seimbang, menyebabkan berlaku sindrom pemindahan kembar ke kembar (TTTS) dalam 20% kehamilan Modi. Ini adalah komplikasi utama kembar monochorionic.

80% kehamilan Modi tanpa TTTS masih mempunyai kadar tinggi perselisihan berat lahir, sekatan pertumbuhan janin, pra-matang dan akan mengalami cesarean. Salah satu kembar juga mungkin gagal untuk membentuk hati yang betul dan menjadi bergantung kepada aktiviti mengepam jantung kembar yang lain, mengakibatkan berlaku keterbalikan perfusi arteri kembar. Jika salah satu kembar mati ketika di dalam utero, darah berkumpul dalam badan kembar yg lain, menyebabkan exsanguination pada kembar yang hidup.

Dalam kes kembar monochorionic-monoamniotic risiko komplikasi adalah jauh lebih tinggi Walau bagaimanapun, kematian perinatal kembar monochorionic adalah agak rendah.
Kembar  Monochorionic Diamniotic
( satu uri dua kantung)
Kembar  Monochorionic Diamniotic
( satu uri dua kantung)

kembar Dichorionic diamniotic
(dua uri dua kantung)

kembar Monohorionic mononiotic
(satu uri satu kantung)




Thursday, January 24, 2013

Law Kaana Bainana Ya Rasulullah SAW




يا ربي قد غفلنا وكلنا طمع

في عفو وفي كرم وفي اعتاق
وجنة مع سيد البشر
ندعوك... ندعوك ربي من الأعماق


لو كان بيننا الحبيب # لدنا القاصي والقريب 
من طيبة قبل المغيب # طالباً قرب الحبيب


بقربه النفس تطيب # وتدعوا الله فيجيب
أنوار طه لا تغيب # بلغنا لقاه يا مجيب


هداك الكون الرحيب # رحمة الهادي القريب
حديثك النهر العذيب # جوارك الغصن الرطيب
فدتك روحي يا حبيب # محمد مكرم الغريب
بقربك الروح تطيب # يا رحمة للعالمين


يا حبيبي يا محمد # يا طبيبي يا ممجد
أنت ذوالفضل المؤيد # جل من صلى عليك


Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,

Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.


Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...


Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.


Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....


Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Week 10 ~ ♥


الحمد لله‎.. Semalam eda dah g check up di Klinik kesihatan Skudai. Selang 2 weeks check up nye.. Selang2 ngn klinik kesihatan dgn hosp columbia.. Berdebar2 hati rasa pagi tuh nak g dating ngn ci comel2 mama ni..hehe..Risau sebenarnya nak tahu perkembangan mereka. Sebab kebelakangan ni eda kureng makan, xlalu mkn loyarr.... u_u'.. Tapi الحمد لله‎.. setakat ni eda masih tak muntah2 balik makanan eda makan la ... 

Macam biasa ramai manusia sejagat la bila kita ckp psl kk.. Cuma nasib baik utk ibu hamil ini tak perlu amik no giliran.. Just g bahagian ibu hamil dan bagi buku.. Ramai ibu hamil tapi الحمد لله‎.. sekejap juga nak tunggu cek air kucil dan jumpa nurse utk cek bp dan berat badan.. Bila cite bab air kucil, mcm biasa la..Pagi2 nie baru lepas mandi konpem dah buang segala air besau & kecilnya..huhu...sikit sangat air kucil eda..hehe... nasib baik nurse kate lepas utk test bersih ke dak air kucil eda..الحمد لله‎..lege den..... ^_^

Tapi yg buat lamanya menunggu time nak amik darah test VDRL dan apa tah..thalasemia kot.hehe..yela..kene tunggu bersama2 pesakit lain.. Kesian juga bila tgk ramai pakcik makcik2 yg dah berusia dok tunggu giliran.. Penuh tempat duduk yg secotet jumlahnya tuh..hehe... Nasib baik eda ni xle duduk lama2, cepat lenguh pinggang...So berdiri le gamaknya... Lepas sejam lebih baru sampai giliran..الحمد لله‎.. settled..!! 

Seterusnya jumpa mo cek baby..yeay..!! tu yg ditunggu2.. Lepas masuk doc terus suh baring dan scan. Doc terus bersemangat ckp twin ni..hehe..الحمد لله‎.. si comel2 mama sihat2 belaka.. Dah besau mereka ye dlm perut mama... Twin 1 saiz 35mm dan twin 2 37mm.. الحمد لله‎.. Doc di kk pun konpemkan satu uri.. OK.. dah 2 doc ckp satu uri..kira mcm konpem kot ni.huhu...



Lepas scan, mcm biasa doc terang2 sikit psl penjagaan mknn.. الحمد لله‎..  sume normal. Seterusnya g cek gigi..hahaha...Last cek gigi darjah 5 kot.. Tapi nasib baik doc gigi cakap ok bagus.. Gigi sihat... ^_^ Baru je baring, xsempat panas buntut den..hehehe..

الحمد لله‎.. Selesai sudah check up kali ni. Hati gumbira sbb dpt jumpa sicomel2 mama arini.. Jeles ayah sbb xdapat tgk live baby..tgk gambar je..Itu pun ayah sibuk dok tanya mane baby2 ni..xnampak baby la...gambar pudar la...hehe...nak wat camne ayah, scan di kk, tak sama cam kat hosp.huhu... >_<


AJ's Cocoon / Bedung


Coming Soon ^_^

The making of Cocoon / Bedung...




Sunday, January 20, 2013

Panduan bagi kawan2 yg sedang TTC


Hari ni, tetiba eda rasa terlintas di hati untuk coretkan sedikit pengalaman hidup eda dan hubby sepanjang kami cuba TTC (Trying to conceive). Mungkin sebab hati ini tersentuh apabila melihat & mendengar beberapa kenalan eda yg sedang cuba concieve tak kira baru beberapa bulan mahupun dan bertahun2. Mungkin sebab eda juga melalui semua ini, jd tiap kali dgr psl ni serasa satu perasaan sedih dan pedih jauh dari sudut ati ni...

Banyak cara kami telah cuba. Masa tahun pertama kahwin, belum terfikir secara serius hal ni. Buat pengetahuan kawan2, hormon eda ni lepas kahwn terus lari. Time anak dara, period dtg on time. Xde masalah senggugut or keputihan. Tapi after kahwin, terus x datang2. Byk tempat eda g cek, klinik hospital gomen dan private. Akhir result, eda diberitahu hormon tak stabil.. Atau nama dlm bidang perubatan ialah PCOS.

Pada awal bulan 3 thn lepas (2012), lepas balik dari umrah, eda terus resigned keje di hospital gomen...الحمد لله‎.. Diberi kekuatan dari Allah untuk membuat keputusan itu. Demi studi eda yg dh tertangguh setahun dan yg paling utama, demi kegembiraan dan keselesaan family ini .. Jadi bermula kerjaya surirumahtangga eda.hehe..


Bila dah jadi fulltime surirumah, haruslah byk masa kn terluang. Selalu tiap pagi eda akan served intenet cari maklumat perubatan berkaitan hal eda.. .الحمد لله‎.. Pada jun 2012, eda berjumpa dgn forum Ratu hati. Syukur pada Allah. Banyak ilmu dan pengalaman dari mereka2 yg sedang TTC di situ. Dari situ juga eda baru tahu berkenaan LPPKN.. eda cuba untuk membaca posted2 yg berjumlah beratus2 berkaitan LPPKN di dlm forum tersebut. Dan dari pemerhatian eda, mcm nampak hampir 80% mereka yg buat treatment under LPPKN concieved..!!!! إن شاء الله  Semestinya atas ketentuan dari Allah...

Kawan2 suma mesti dah tahu LPPKN ini gomen. Tapi sebenarnya treatment yg buat under ia adalah swasta.    Ada harga2 tertentu untuk setiap perjumpaan dan test. Tapi semestinya tidak semahal hosp swasta la... ^_^ Sebulan lepas eda dapat tahu berkaitan treatment di LPPKN, eda terus call mereka untuk wat appoinment. Appoinment akan ditetapkan ikut period kita dtg. Hari pertama datang period terus call utk wat appoinment .. Duration treatment hanya 2 cycle period shj.. Tapi bergantung juga pd badan seseorg tuh.. Kalau dia ikut procedure betul2 dan tiada masalah lain..  إن شاء الله .. Full procedure spt di bawah la..eda listkan senang sikit nk baca ^_^ :

  1. 1st day Period 1 (cd1) ; call LPPKN untuk appointment pada cd 4.
  2. cd4; amik darah untuk cek hormon wanita kita..
  3. cd 10; kene buat test HSG. X-tray untuk cek tiub fallopio kita tersumbat ke dak.. Baguih test ni, blh detect tiub kita normal or dak...
  4. cd 23; amik darah untuk hormon lagi. ini utk detect samada badan kita dapat hasilkan telur ke x time cd 14-cd20 tuh...kalau telur keluar, kompem hormon kita akan tinggi...eda punya mmg low sgt2 u_u..
  5. Next appoinment jumpa doc, akan diberi penerangan treatment. Jika tiada masalah time test HSG, kebiasaan semua pesakit akan lalui IUI. Bukan IVF ye..!! IUI ini anda blh ty mr.google.pjg nk cite nnt...hehe..
  6. 1st day Preiod 2 (cd1); call LPPKN untuk next appoinment..Amik ubat clomid dan HCG.. Dua2 ubat  ni diambil pada hari berlainan seawal cd3.
  7. cd 14-16, IUI..!!
  8. Berehat di rumah ^_^

.الحمد لله‎.. Itu sahaja procedure di LPPKN. Kalau kawan2 nk tahu, sebelum itu eda juga pernah buat treatment di Hosp pakar puteri dan klinik swasta perdana utk fertility. Dan dua2 tempat ni treatment dia ambil masa setahun. Dan yg buat eda tidak setuju, mungkin kerana di dua2 tmp mahu eda makan pil pencegah kehamilan untuk 1thn untuk stabilkan hormon.. Belum lagi lepas setahun, test2 utk hamil pula..bape lama pula nk kene lalui... .الحمد لله‎.. eda juga bersyukur sbb kakak eda juga mengalami masalah seperti eda. Lambat mendapat baby. Jadi eda cuba compared treatment kat 2 tempat dgn treatment kakak eda lalui. Kakak eda buat treatment di salah sebuah klinik di Seremban. Hanya mkn clomid shj dan kakak eda hamil .الحمد لله‎.....

Dan .الحمد لله‎..Julai 2012 eda start  1st appoinment LPPKN, stop sekejap sbb bulan puasa dan perayaan ogos tuh.. September eda baru blh buat HSG, October skip sbb ada kenduri kene travel sana sini.. November makan clomid dan HCG..Tapi eda tak sempat nk buat IUI time cd14-cd16 tuh sbb de perayaan apa tah bulan nov tuh, jadi doc suh kami buat manual.. Kene berusahalah lebih sikit bila cd12,14,16,18,20... December double line, positive..!! .الحمد لله‎.....

Kalau dari segi harga di LPPKN tidak semahal di hosp swasta. Harga ikut test2 yg kita buat la berperingkat2 macam dalam list atas.. Bukan byr sekali harung tau.. Jadi blh la dalam sebulan RM200 lebih kurang kot. Tapi bila ada ubat, harga tuh mahal sikit la... Tapi xlebih dari RM500... 

Jadi kawan2 eda harap coretan eda yg berjela2 ni dapat membantu kwn2 sikit sbyk dlm hal ini. Jgn risau, kita tak keseorangan ok.. Byk2 pembacaan, dan yg penting byk2 berdoa pada Allah dan berusaha mencari treatment terbaik. Selebihnya kita bertawakal...

Byk2 sedekah espclly bile jmp bby/bdk2..mrk ni msh kecil jd xakn mnilai apa yg kite sedekahkn..malah mrk lg gumbira...Jgn stress sgt2...itu paling penting...bagi eda terapi kepada stress eda dari fikir psl baby adalah dgn crochet2 brg baby.... Mula2 dulu eda buat utk ank buah.. Bile ada permintaan ramai nk order, terus berniaga plak jadinya.. Tapi .الحمد لله‎.. yg penting eda bahagia tiap kali kait2 ni... Terasa mcm buat utk anak sendiri..huhu... Lagi satu makan multivitamin dan epo start sekarang. Hubby pun kene makan multivit sbb sperm lelaki tak semua normal dan sihat ok even bdn anda ketul2 gagah perkasa..hehe ^_^.. 


Selamat mencuba kawan2....Aja2 fighting..!!





Friday, January 18, 2013

Kisah Nabi Sulaiman as dan seekor Semut


Sejak kebelakangan ni, otak eda ligat dok fikir macam mana nak bantu hubby dlm hal kewangan. Yela, walopun lagi 6 bulan si comel2 kami nk keluar, eda kene fikir juga awal2.. Sekarang mmg semua masih mencukupi. Bila fikir balik, even eda tak bekerja, hubby masih mmpu sediakan segala keperluan hidup kami. Tak lama lagi kami akan pindah masuk rumah sendiri. Punyai kenderaan untuk eda pergi ke sana sini..Masih mampu menunaikan Umrah الحمد لله‎... Masih mampu honeymoon ke sana sini termasuklah vietnam dan korea..huhu...Tapi yela,   hati wanita ni sgt sensitip kot. Sampai bende remehpun nk dok fikir sgt kn..u_u..Bila tiap kali eda tanya pada hubby hal ni, konpem dia cakap jgn risau. Rezeki Allah itu ada di mana2..إن شاء الله. Hubby sebenarnya lagi suka eda duduk umah uruskan hal rumahtangga dan anak2.. Sebab dulu katanya cukuplah dia kesian tgk eda susah2 g keje hospital..Biarlah urusan kewangan dia yg uruskan..Eda tumpu pada studi dan si comel2 kami yg akan keluar nanti..Bila eda dh boleh sesuaikan diri dgn semua keadaan, baru fikirkan psl kerja.. Sekarang wat la crochet tuh sikit2..isi masa lapang..^_^

الحمد لله‎.. Hari ni, macam biasa eda dok buka2 blog baca artikel sane sini. Sekali terjumpa kisah Nabi Sulaiman as dgn seekor semut. Erm...tersentuh hati eda bila terbaca. Mungkin ini satu teguran lembut dari Allah SWT kpd eda sbb terlalu asyik memikirkan hal atas. Sedang rezeki anak itu dah ditentukan Allah sejak dia di dlm rahim ibu lagi..الحمد لله‎.. Terima kasih Allah atas peringatan Mu ini..Jom kisah kongsi bersama kisah teadan di bawah. Moga menjadi teladan kepada diri eda dan kawan2 semua..



Kisah zaman Nabi Sulaiman a.s. dengan seekor semut. 

Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebutir gandum.

Lalu Nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut di dalam sebuah botol dengan di letakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup (diberi lubang sikit untuk udara masuk ke dalamnya).

Cukup tempuh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar sebutir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut.

Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebutir gandum?

Sang semut menjelaskan bahawa jika diluar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu.

Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman a.s) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia. Mana tahu kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan jadi padanya?

Pengajaran yang boleh di perolehi daripada kisah ini adalah semut lebih yakin jaminan rezeki daripada Allah S.W.T.(bertawakal kepada Allah) ketika di luar botol berbanding “jaminan” manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah ia mengambil langkah berjimat cermat, supaya apabila berlaku sesuatu di luar jangkaan dia masih mampu bertahan. Masih ada makanan yang boleh digunakan.

Kenapa kita yang berada di dunia ini yang mengaku beriman kepada Allah S.W.T. tetapi masih ragu-ragu tentang jaminan rezeki dari Allah S.W.T? Oleh itu yakinilah dengan sepenuh hati bahawa setiap anak yang lahir ke dunia, Allah S.W.T. telah menjamin rezeki untuknya, samaada ibu-bapanya merancang atau tidak merancang untuk anak tersebut.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud :

“Jika sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang kesarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh.”

Orang-orang yang bertawakal ialah mereka yang yakin dengan jaminan rezeki daripada Allah S.W.T. dan mereka akan mendapat balasan yang baik di akhirat nanti.

Kunci rezeki dan perbendaharaan Allah S.W.T. hanya berada ditangan-Nya dan Dia akan membuka pintu rezeki ini seluas-luasnya kepada hamba-hamba-Nya yang banyak beristighfar, bersedekah, sentiasa berwuduk, menghubungkan silaturahim, solat duha, solat tahajjud , berzikir dan membaca al-Quran. Amalan-amalan soleh ini jika diamalkan akan membina jambatan hati kita dengan Allah S.W.T. dan apabila Dia kasih dan sayang pada kita maka segala permohonan dan doa kita dimakbulkan-Nya dan di kurniakan rezeki di jalan yang tiada disangka-sangka.

Kesimpulannya, dalam usaha mencari rezeki di atas dunia ini, jangan sampai menjauhkan kita daripada beribadah dan mangingati Allah. Oleh itu, kita perlu bertawakal kepada Allah dengan hakikat tawakal yang sebenarnya. Kita mesti berusaha dan berikhtiar tetapi meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Kalau dapat apa yang kita inginkan, bersyukurlah. Kalau sebaliknya, bersabarlah dan berbaik sangka dengan Allah. Yang penting, kita mesti tahu meletakkan kepentingan antara dunia dan akhirat.

Jangan gadaikan akhirat dengan habuan dunia yang sementara ini. Berusaha dan berikhtiarlah, kerana ia sunnatullah. Tetapi ingat, ia tidak akan dapat mengatasi takdir Allah.





Friday, January 11, 2013

Peristiwa buku pink ^_^


Alhamdulillah last khamis (10jan13) eda dan hubby telah berjaya pergi buat buku pink. Macam biasa la, pepagi nk bangun g klinik, terasat teramatlah ngantuk.hehe....Rancang nak pegi kol 7, yela klinik kesihatan kn konpem2 manusia sejagat sgt ramai.. Akhirnya 10minit sebelum kol8 baru kami bergerak ke sana..hehehe....

Disebabkan eda dah buat sikit ulangkaji kat umah, apa nak kene buat time buat buku, so pepagi tuh xdela den makan org minum susu..Mane tahu dorg nk wat ujian darah utk diabetes ke, sbb abah eda mmg de diabetes.. Hui mmg lapor bebenor peyut ni..Bayangkan 3-4 jam xmakan pun den dh lapor bebenor ni plak dah lebih 6-8jam, Terasa mcm baby2 mama ni dah wat tarian kuch2 hota hei dh dlm peyut..bergelora sungguh..kehkehkeh...erm mula2 daftar terus giliran yg ke 21.. Ok.. ^_^ ha...kalau kawan2 yg baru first time pregnen nk g wat buku pink, so bawah ni beberapa procedure die..:

1. Bila dan konpem2 pregnen, boleh dah g klinik kesihatan terdekat buat buku pink.
2. Buat salinan sijil nikah, ic suami yek...
3. Lepas daftar, buat ujian air kucil utk lihat bersih ke dak air kucil kita..
4. Buat pemeriksaan fizikal.haha....part ni mmg den malu gila..!! mmg dah tahu akan cek breast kita skali...
5. Penerangan ttg penjagaan kesihatan time pregnant..
6. Buat test OGTT (eh..utk manusia den xtau la klu lain namanya..den wat test kt tikus namanya ogtt.hehe...)
7. Buku pink ni ada 2.. satu kita pegang, satu klinik pegang..Kene simpan di tempat selamat. Even hubby pun kene amik tahu. Nanti dah kelam kabut, x akan ingt punya mane letak nnt..hehehe...

Alhamdulillah...part OGTT tuh eda akan buat nest week. Sian baby, sia2 je mama berlapor rupanya next week baru wat..hehe...Xtau la nak bayangkan camne nk minum air gula nih.. Kalau time study dulu2, den suap pakai picagari ke dlm mulut tikus..so tak terseksa tikus nk minum manis2 tuh..blh dak nk request camtu gak????hehehehehe......

Nak dijadikan ceritakan pagi tuh kucil eda buat ragam plak..yela die merajuk kot sbb lapor.hehe....edan dah beberapa kali keluar masuk tandas utk collect kencing, tp die tak keluar2..dah minum sebotol besar air kosong pun still xmau keluar..ayooooo..!!! Akhirnya, dah hujung cek baru eda boleh cek kencing. Terbalik plak..hehehe....

Erm teringat time daftar. Nurse tuh tanya macam2... Siap tanya eda mcm mane blh dpt twin seiras nih..!! hubby dan eda xde sejarah pun twin. Aduh....eda pun xreti nk jawap..jawap jela mungkin sbb eda mkn suppliment kot..Time nk concieve aritu, eda makan clomid, epo dan multivitamin...Hubby mkn multivitamin gak..Mungkin kot.....^_^ hahaha....Nurse tuh ckp selalu clomid blh dpt twin tak seiras..xpenah lagi seiras.. Sebab ubat tuh rangsang pengeluaran telur lebih dari satu..Bkn buat telur terbahagi dua..Hai.....kak nurse, den pun xreti nk jelas pape.. Kene tanya pakar camtu..huhu..

Lagi satu nurse tanya, nape belajar tinggi2 degree tapi jadi surirumahtangga. Den jawap jela sbb sekarang smbng belajar..Tp nurse itu jawap lain plak.. "Dapat twin ni xpelu belajar tinggi2..nnt mesti rs best jaga twin ni tau..Lagi pun husband awak kn keje kat Mala**** (teettt...!!), dah terlebih mampu nih nk sara family..hehehe..." n_n....Speechlesssss....dlm ati eda "mungkin die kenal kot hubby sape2 keje sane"..huhuhu...

Pape pun, sekarang eda nk fikir pasai baby dulu, pastu study ni h nk abiskan dlm tahun ni..hopefully... Kerja baru menyusul kemudian..hehehe....

Selesai sudah buat buku pink. Tapi buku pink eda ade label hijau..!! Sbb den ni dh terobes...hehe..Kene lebih pantau lepas ni.. Sebelum balik dapat la vitamin obimin.. Aduhh...kalau tahu blh dpt free, den xdela g beli kat farmasi 100biji plak tuh...erm.......xpela..bekal ari kemudian.. Alhamdulillah selesai sudahhhh...






Tuesday, January 8, 2013

Cocoon (Bedung)



Cocoon Polkadot

Price RM40 ( free postage) 

Size : 0-3 months, 3-6 months
*Model mempunyai lebar badan baby 6 bulan*



   How to buy : PM at Facebook page AJ's Crochet Handmade


******************************






Monday, January 7, 2013

it's twin..!!! Alhamdulillah..


Hari ni pergi followup check utk kali ke-3. Sepatutnya arini check utk konpemkn umur dan duedate bby.. Sekali bile scan nmp ade dua ketul...Doc pun macam terperanjat.. Dia cakap "aik ni mcm ada 2 baby nih.!!"
Allah...hanya Allah sahaja yg tahu perasaan eda dan hubby time tuh...

Doc pun zoom scan..belek sane belek sini...zoom sane zoom sini ...Sekali.....

SubhanaAllah..!! 

It's twin..!!!! 

Ada dua denyutan jantung...!!! 

Ada 2 kantung tapi dalam satu uri.. Alhamdulillah... Sungguh eda dan hubby tak sangka sebenarnya dapat twin.. Alhamdulillah..syukur kepada Allah atas segala nikmat yg tidak putus2 dariNya.. Sungguh semua nikmat ini mendatangkan keinsafan pada diri eda. Terlalu byk nikmat Allah kurniakan kepada kita selama ini, tapi sgt jarang kita menyatakan syukur kepadaNya.. 

Allah, ampunkan aku andai aku pernah menidakkan ketentuanMu..Menidakkan qada' dan qadar Mu.. Memang benar janjiMu Ya Allah.. Engkau tidak akan mensia-siakan hambaMu yang sering memohon pertolonganMu..Terima kasih ya Allah.. Aku mohon perlindungan dari Mu ya Allah terhadap diriku dan anak2 yg berada di dalam kandunganku, agar kami sentiasa di dalam keberkatan dan keredhaanMu. Dijauhi gangguan syaitan dan jin. Hasat dengki manusia. Dan daripada kecelakaan dan penyakit yg tidak kami ingini. Permudahkan tempoh 9 bulan kehamilanku dan permudahkan aku ketika saat aku melahirkan zuriat2 ku ini pada hari kelahirannya kelak. Amin ya Allah..

Menurut doc, eda mengandung twin dengan satu uri..Ada dua kantung tapi dari satu uri.. Means baby2 ni dapat makanan dari satu tempat la..Macam kembar seiras la plak kn?? Satu uri?? Tapi bila eda balik umah wat research, mmg kalau dari satu uri means dari satu telur, pastu terbahagi kepada 2 jasad. Ermm......dari mane plak datang turun genetik kembar ni..hehe...Tak kisah la...Janji sihat2 belaka baby ni nanti. Cuma doc cakap bila satu uri ni risiko komplikasi tuh mmg tinggi. Sebab urinya satu, mungkin salah seorg akan terkecik ke.. Tapi buat masa sekarang baby2 nmp normal..Alhamdulillah...Kene thinks positive eda..!!

Hari ini dapat beberapa tips dari doc berkaitan mengandung twin ni. Yg paling utama kene banyak berehat dan makan makanan berkhasiat. Eda siap dok tanya perlu ke eda makan double sekarang. Tergelak doc dgr..hehehe...Jgn mkn byk sgt. Takut nnt eda yg dh sedia besar lagi bertambah besau.... Baby lagi besau..Nnt ssh nk bersalin.. ^_^.. So Eda kene cari info pregnancy with twin lepas ni...

Kawan2 doakan eda dan baby2 semoga kami sihat walafiat sentiasa ye. Alhamdulillah..Satu lagi kenangan manis wat eda dan hubby..



Thursday, January 3, 2013

Siap..!!

Semalam sempena awal tahun baru, eda & hubby g la usha umah kami..Dah lama tak jenjalan sane. Alhamdulillah...sudah siap..!!! Kami siap buka pagar dan cuba park kete..boleh masuk 4 kete sbb depan die mmg panjang sikit berbanding umah sewa kami..hampir 2 x ganda panjang.hehe...

Teruja sungguh kami masuk explored dlm umah.. Padahal sama je dengan umah sewa kami. Saje2 menambahkan excited kami nk  masuk umah sendiri. InsyaAllah dalam 2 or 3 bulan lagi mungkin dapat kunci, renovate sikit dapur biar panjang ke belakang dan juga depan umah..Hopefully sebelum "si comel" kami keluar, dah blh pindah masuk.. En.hubby nampaknya dah start tgh berusaha bercongak2 nak mengeluarkan simpanan di sane sini utk renovate nnt..Moga rezeki tahun ni makin bertambah ye syg, seiring dgn pertambahan ahli masjid kita ni. ^_^.. Aamin...


Promosi 2013 ^_^


Alhamdulillah..bulan ni kembali aktif selepas hampir sebulan lebih kuarantin diri dari buat bende2 yg boleh memenatkan badan ^_^ Syukur alhamdulillah atas nikmatn dariNya.. 

Jom kawan2 lihat promosi sempena tahun baru bagi pakaian kait bby bawah.. Ada banyak lagi..Boleh lihat di facebook kami ye..click sini..less 10% utk setiap items..  إن شاء الله ^_^