Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Sunday, January 10, 2016

Solid Food bayi 6bulan

Memandangkan hujung bln depan aisyah dh blh blajo makan, so mama die tiap2 ari dok google tgk cmne persediaan nk bg bby mkn solid food.

Artikel bawah ni eda copy dr website sini. Malas nk menaip >_<… moga bermanfaat ♡

********************************************

panduan persediaan makanan bayi 6 bulan:

1) Tidak mendesak anak mengambil makan terlalu banyak. Berikan bayi masa untuk belajar makan makanan pejal.

2) Minggu Pertama, makanan pertama yang disyorkan adalah puree buah-buahan seperti puree epal, puree pisang, puree betik, puree pear, puri apricot yang dilecek dan dicampurkan bersama susu ibu. Pastikan teksturnya tidak terlalu pekat. Ianya mestilah sedikit cair (Tips: ambil sudu dan cedok puree, jika puree mengalir jatuh, itulah cair yang sepatutnya)

Maklumat Penting:

Elakkan buah-buahan citrus / masam seperti orange.
Puree Apple: Elakkan epal hijau. carilah apple besar yang manis dan boleh campurkan dgn sedikit susu selepas dikisar.
Puree Pisang: Carilah pisang yang masak ranum (lebih senang di lecek) dan campurkan dgn susu ibu untuk mengurangkan sifat likat dan melekitnya.
Puree Betik: Betik adalah buah-buahan yang mempunyai rasa manis yang semulajadi. Ia tak perlu direbus, hanya lecek dan dicampurkan bersama susu ibu.
Jika anda telah bosan dan tidak tahu puree buah-buahan apa lagi untuk diperkenalkan, anda bolehlah mencampurkan perisa pisang dengan pear, atau apple dengan pear, untuk memberi kelainan rasa kepada bayi.

3) Pada umur bayi 6-7 bulan, makanan yang harus dijauhi oleh bayi adalah kekacang, keju, daging merah, makanan laut.

Jenis makanan ini meningkatkan risiko alergi.
Garam dan gula (perasa) juga tidak dibenarkan ketika bayi umur ini kerana ginjal bayi masih belum matang untuk memproses Natrium (garam).

4) Minggu kedua, ibu-ibu boleh cuba dengan sayur-sayuran pula. Pilihan sayur juga haruslah sayur yang sesuai, tidak pahit (seperti peria, petola), tidak bergas (seperti kobis, brokoli). Pilihan sayuran yang paling baik adalah puree labu, puree kentang, puree lobak atau mungkin sayur-sayuran yang lain.

Puree Kentang: sumber vitamin A yang baik. Anda boleh rebus kentang dan lecek kentang menggunakan chopper dan semestinya, di campur dengan susu ibu.
Puree Labu: Stim atau rebus labu sehingga empuk. dan lecekkan labu sehingga lumat. campurkan bersama susu.
Puree Lobak: Boleh pada kadar yang tidak banyak dan pastikan cair. Ini kerana lobak boleh menyebabkan “poopoo” bayi keras.

5) Pastikan bayi anda mencuba setiap resepi yang anda buat untuk memastikan samada bayi suka atau tidak makanan itu. Jika anak menolak (mungkin tidak kena dgn tekaknya – tak suka mungkin), jangan dipaksa bayi untuk terima. Cuba pula dengan resepi lain. Perlu diingat, bayi kita juga mempunyai deria rasa.

6) Bubur nasi boleh mula di perkenalkan semasa bayi sudah mula biasa atau sudah boleh menerima makanan. Jangan paksa bayi anda untuk habiskan bubur nasi. Ambil perhatian bahawa saiz perut bayi pada umur ini adalah sebesar segenggam tangannya.

PASTIKAN juga bubur nasi tadi cair bagi mengelakkan bayi sembelit. Apabila umur bayi sudah meningkat kepada 7-10 bulan, bubur nasi bersama susu dan sayur serta ikan bilis atau ayam sudah boleh diberi kepada bayi.

7) Apabila memperkenalkan makanan kepada bayi 6 bulan, anda boleh aplikasikan “4 day rule” – iaitu memberi anak makanan yang sama (contoh jika puree epal, teruskan selama 4 hari) untuk melihat/spot jika ada masalah penghadaman mahupun allergi kepada bayi anda.

Perhatikan keadaan bayi selama 4 hari samada bayi serasi dan boleh menerima makanan tersebut. Lain anak, lain makanannya. Jika bayi allergi kepada makanan, ianya akan mungkin muncul 1/2 jam, 2-3 hari selepas makanan diambil. Begitu juga dgn masalah penghadaman.

Anda boleh pastikan najis bayi, samada keras ataupun cirit birit. Begitu juga dengan gas/colic yang dialami anak. Jika perkara di atas berlaku selama 4 hari, maknanya anda harus menghentikannya buat sementara waktu dan tunggu sehingga anak besar sedikit. Jika ok, teruskan! 

Tips Tambahan:
Makanan yang harus dielakkan ketika mula memperkenalkan makanan kepada bayi (1st solid food- 6-7 months): 

Telur (terutamanya telur putih) – mengandungi bakteria salmonella
Susu lembu/dairy products
Makanan laut
Kekacang
Citrus food
Yeast, cheese (keju)
Madu (bertoksin – dilarang sama sekali) *catatan asal Penulis artikel “Madu mmg manis, sedap tetapi ketahuilah ianya berbahaya kepada bayi di bawah umur satu tahun. Madu kadangkala mempunyai spora botulism (clostridium botulinum) – yang akan membiak dalam sistem bayi sekaligus menghasilkan toksin yang akan meragut nyawa bayi. Jadi, saya minta ibu2 tidak memberi madu sebagai makanan ‘belah mulut’ bayi atau untuk apa2 majlis sebelum majlis hari jadi pertamanya. ”

Tuesday, January 5, 2016

Walimatulurus satu2 adik eda ♡♥♡

Alhamdulillah. Selesai sudah walimah adik eda. Mg baitulmuslim yg kalian bina kekal bahagia hingga ke jannah. Aamiin..

Eda mmg hargai sgt pengorbanan hubby dlm membantu eda utk mbantu mak abah. Mmg byk liku2 eh. Alhamdulillah, suami sudi bantu Almaklum bini eh kn keje surirumahtangga. Nak harapkan duit simpanan eda bkn byk mana pun. dlm tabung aji eda pun, cukup2 utk penuhi syarat tabung aji kalau dh daftar haji >_< haha.. akhirnya hubby kene topup gak. Mekasih syg... mmg niat nk bantu majlis adik nnt, tp kita hanya merancang. Allah yg menentukan. Ade yg lebih memerlukan, jd bak kata hubby x baik menghancurkan harapan org lain. Mana tau suatu hari nnt kite plk yg perlukan bantuan..Allah, terjentik hati bile dgr hubby ckp cmtu.

ok jom la layan gambar sebelum, semasa dan selepas kenduri. 

pagi sblm kenduri. Busy masak utk org bkerja

apabile lelaki yg hiris pandan utk bunga rampai ::>_<:: td="">

Kukus telurrrr

Misi meletak sticker pd 1k kotak kek..>peluh<

Dapur yg di'makeover' oleh abg ipar. Kemas ♥

sambungan org kuat bunga rampai..bahahaha

Prepare goodies beg


Alah..xjelas plk muke kalong yah. Anak buah kuat keje ni >_<

Masuk telu dlm bunga telo..

Bako lemanggg.. dh mcm nk raya plk.wakaka..


Akad nikah

Kenangan dgn adik beradik sblm mak. Yg xde m.ndek dan p.ngah (umrah)

Pagi kenduri. Majlis marhaban aisyah dan sepupu die tihani dan amna.

yg telangkup tihani, telentang aisyah. Tidooo...amna x siap lg.

adat n9 berarak. 4 org atas kahwin xbuat, yg last dipaksa sedara2 buat. Siap dorg sponsor ^_^''. Raikan jela..

Sebelah pompuan..

Sebelah laki

Abah belanja mkn org2 kuat kenduri. Yg dtg sblm2 kenduri tlg..

Anak2 abah pun join skali. buat familyday kt PD

1st time aisyah mandi kolam. 

Apartment DBKL. Sponsor by alang dan adik (Pengantin)

Dpn kedai ikan bakar.

mama... sejukkk >_<…