Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Sunday, September 3, 2017

Summers In Japan 2017 - day 5 part 1

Day 5 part 1

Nara Park ➡️ Fushimi Inari Taisha

Kalau boleh nak abiskan masa seharian di sini. Sbb Nara Park ni sgt besar. Tp apakan daya, x sanggup nak angkut luggage bernalam di Nara haha.. perjalanan ke Nara lebih kurang sejam setengah by train. Dari penginapan kami station berdekatan adalah station tenjinbashi6chome naik Sakaisuji Line dan Kintetsu Nara Line menghala ke Nara Station. Cantik2 permandangan sepanjang perjalanan. Tapi sekejap je lepas tu kami semua terlelap 😂.

Xsure la tu sawah padi ke sekadar lalang 😂

Org xramai blh la aisyah ddk dlm stroller


Sampaj sahaja di nara Station terus exit dan belok ke kanan station. Sebelum tu sempat singgah konbini beli onigiri dan air. Lapik perut puas2 😂 ingatkan jauh nak jalan kaki naik bukit tu, siap ty bahagian information mcmne nak naik bas bagai hahaha.. Tp disebabkan org tu ckp blh jln kaki je, so sume sepakat jalan kaki.. Dalam 5min dah nampak kelibat rusa. Eksited masing2 hehehe..

Rusa tersenyum dgn comey 😍

Aisyah bgn tido terus takut2 dgn "meow" besar 😂


Rusa2 ni banyak berkeliaran luar Nara Park. Ade peniaga jual makanan rusa harga 150¥. Pagi2 ni masih awal kot so rusa2 sume lapar sgt gamaknya. Semua bende die nk baham 😂 sampai map yg kami dpt di info centre td pun die telan 😂hujung tudung den pun die sempat kunyah haha.. Aisyah waktu tu tgh tido dlm stroller, bile rusa2 ni kerumun aisyah, terus kelam kabut den tarik jauh2 aisyah hahaha.. Kt sini baru berangan nak amik gambar dgn rusa comel, tp ramai plak pengunjung. Gigih dok umpan rusa g tempat jauh skit. Rusa ni sgt jinak. Atau sbb die lapar , eda x sure hehe..

Aisyah masih ketiduran mula2 sampai

Jerit2 somi den bg rusa makan 😂

Lepas bgn abi terus suruh tunggang rusa hahaha.. Suke sgt nyakat aisyah

Hampir sejam di sini. Seterusnye gerak ke next destination. Xboleh lengah2 nanti x cukup masa nk g tempat menarik yg lain 😎 eda rs adik eda dan sil nk masuk park tu kot sbb dorg dh standby siap2 kat pintu masuk 😂 dlm tu mmg ade permandangan cantik, tp mmg penat la jln dlm tu. Takut nnt x sempat nk ke tempat lain huhu.. 

Sambung perjalanan sejam lebih ke Kyoto pula. Ade 4 tempat nak pegi di kyoto ni. Jadi masa memang mencemburui betui la.. sbb tu ramai yg bermalam bila ke kyoto. Erm.. next time la ye kalau ade rejeki lg 🤣

Aisyah pun pening pale tgk iti mama. Siap terabak kene mkn rusa 😂

First kami ke Fushimi Inari Taisha dlu. Dari Nara station menghala ke Fushimi inari station. Amik masa 5min berjalan kaki dari Station fushimi inari. Panas terik di kyoto waktu ni. Tp rsnye mcm lebih kurang malaysia lg. Fushimi ni femes dgn tiang2 oren di sepanjang perjalanan situ. Kalau x salah eda, tiang oren tu mewakili sumbangan org2 kaya. Sepanjang berjalan kaki nak ke atas bukit, ade byk kedai jual makanan minuman. Takoyaki!!! Aduyai.. bagi kaki tako mcm den ni, bau die je dh buat den nk pengsan kelaparan hahaha.. tp tahan jela. Beli jus oren je blh 😭 harga jus oren dlm buah oren ni 500¥. Mahal gile, dh la bile hirup "aik dh abis air" so mcm x berbaloi beli huhu.. Baik beli air mineral lohan, blh dpt 4 botol huhuhuhu...

Menhirup seteguk dua jus oren. Last2 terus kupas buah mkn isi lg puas 😆

Sebelum naik tangga ke tmp gerbang2 oren


Waktu di fushimi inari ni, ramai pelancong2 di sini. Agak sesak.. Nak bergambar di gerbng2 tu pun susah sbb mereka lalu lalang kot. Kami amik gambar bawah jela, xlarat nk naik bukit tu. Adik den dh siap2 jalan atas tu dgn wife die. Pastu turun bgtau xpayah la naik atas, sama je.hahaha.. Dorg dh fhm kakak die ni malas nk buang tenaga. Takut kakak die jd gaban bila penat 😂

Ramai org, ssh nk tggu line clear hehe

Aisyah shopping buah tgn utk sepupu di

Cuaca panas terik buat kami rs dahaga sgt2. Nasib baik ade water cooler dalam salah satu bangunan tu. Apa lg, terus g tadah semua botol air 😂 panas2 tu minum air sejuk, aduhhhh legaaaaa tekak 😅

Masing2 hausssss yg amat 😂


Masa balik tu kami lalu kedai aiskrim. Apa lgiiii AISKRIM MATCHAA!!! harga dh lupe plk.. Tp yg best tu, masa nak sampai station Inari, kami ternampak satu lagi kedai aiskrim. Beli lagi aiskrim matchaaa.. Yg ni mmg konpem sedap. Hehe.. Panas punye pasal, sume sedap 😂

Ni kedai kedua. Berhadapan station inari. Mmg sedap sgt sini 😍


Ok bersambung ke destinasi seterusnya next entry

0 comments:

Post a Comment