Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Friday, March 25, 2011

Doaku pada hari lahir ini, 25Mac2011


Terima kasih Ya Allah untuk pertambahan usia yang telah Engkau berikan.
Terima kasih Ya Allah atas nikmat rumahtangga yang Engkau berikan
Terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan.
Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.
Terima kasih untuk ilmu yang Engkau anugerahkan.
Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...
dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.

Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan.
Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.
Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan apabila kesedihan dan kesakitan yang amat pedih datang menjelma.

Ya Allah...aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam pertambahan usia ini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Aku ingin menjadi seorang isteri dan ibu yang solehah. Aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik. Dan aku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada keluarga dan mereka disekelilingku.

Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Ya Al Hakiim...berikanlah kebijaksanaan kepadaku agar aku mampu terus mencari ilmu dunia akhirat. Agar aku terus mampu menjadi gedung ilmu buat anak2 ku kelak. Hulurkan kepadaku kekuatan agar aku mampu terus berdiri tegak disamping suamiku dan saf-saf yang akan kami bina kelak sehingga tiba masanya Engkau menjemputku pergi.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku.
Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku dan keluargaku agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.




Tuesday, March 22, 2011

Ho Chi Minh City, Vietnam ♥ 16/3-20/3 ♥




Alhamdulillah..
Eda baru2 ni berkesempatan utk mengikuti hubby tersayang dlm "rombongan Cik Kiah" ke Ho Chi Minh City, Vietnam. ^_^ Actually it is one of the family outing program yang dibuat company hubby sekali dalam 2
tahun. Tahun lepas hubby (time tuh belum dpt gelaran hubby lg) g Chiangmai, Thailand. Tapi mungkin company dapat keuntungan yang lebih so tahun ni mereka adakan lagi outing ni. Ok jg kira kami g honeymoon kali ke 2 la.hehe....

16Mac2011, Rabu
Check in flight jam 1400, tapi kami start berlepas dalam jam 5 lebih. Perjalanan mengambil masa kira2 sejam 50min dari KLIA ke Ho Chi Minh Airport

HCM dahulu dikenali sebagai Saigon city, tapi ditukar nama
sempena nama . Purata kenderaan utama sini yang digunakan adalah motorsikal. Bayangkan harga motor kat sini lagi mahal tau dari kete. Kire standard harga kete kite di sini..huhu..Mempunyai kepadatan penduduk yang 4x ganda penduduk di Malaysia...Kalau kat lebuhraya tuh nmp mcm cacing motor sana sini bermaharalela dijalan raya.Aigoooo ^_^



Sampai saje di HCM airport, kami trus di bawa makan ke restoran halal dan seterusnya check in hotel. Malam tuh xde program di aturkan, so tido awal.penattttt...





17Mac2011, Khamis

Day 2 - Melawat CuChi Tunnels. luas kwsn kira2 lebih dari 200km.Sgt gelap dan sempit sampai ada y sesak nafas lalu dlm tuh ^_^. Sangat kagum dengan strategik org vietnam zaman dahulu dalam menentang penajajah. Kalau nak ahu, lubang untuk masuk ke lorong cuchi ni agak2 muat tubuh mereka yang kurus je.. Eda ni kompem la tersangkut kan.hehe....tapi klu nk merasa masuk boleh masuk dari pintu utama tunnel ni..bayangka
n 500m jalan dalam keadaan gelap dan kene merangkak..huhu..peluh basah lencun makcik jadinya ^_^...

Seterusnya ke Notre Dame Cathedral, Centre Post Office, City Hall, China Town, War Remnants Museum, the former Presidential Palace dan Ar Rahim Mosque. Kat tempat ni kami hanya ambil gambar saje la..






18,Mac2011, Jumaat


Day 3 - Bergerak ke Mekong River Delta, 2 hrs drive dr HCM. Sampai saje kami terus naik sampan di Tien River, sightseeing 4 beautiful islands, Long, Lan, Phuong. Sambil menziarahi dari pulai ke pulai, kami dijamu dgn air kelapa.. Syiookk...!!!!!

Berheni di Thoi san Island lawat local coconut candy shop, ra
sa candy ni mcm dodol di Malaysia la. Cuma dorg ni pelbagaikan rs macam coklat, peanut, madu utk dipasarkan. Listen to ‘Don Ca Tai Tu Nam Bo’ one of Vietnamese folk music. Penyanyinya sgt kecil comel molek...^_^

Stop by Mr Nam Ngo’s house to enjoy honey tea and row sampan through narrow water coconut creek. Ha part ni mmg eda gayat habis la.. mau la sampan kecil molek muat sorg duduk memanjang kebelakang. satu sampan blh msk 5 org termasuk 2 driver dpn blakang. Ha....sampan pun boleh merempit tau tak.. Laju gile sampai bergeser dgn sampan dari arah bertentangan.Ishh....sakit pinggang makcik nk balancekn badan ni.Kecut peyut den..!! Malam sebelum dinner, tonton Puppet Show. Ada lebih kurang 10 episod klu x salah la..mmg comel puppet tu mcm real pun ada.hehe...Mmg best.!!



19Mac2011, Sabtu

Day 4 - Shopping habis di Binh Tay, Tax Center, Saigon Square and Ben Thanh market. Kat sini barang2 mmg sangat murah. Bayangkan kain sutera vietnam sepasang kat sini dlm 10USD, kira2 RM30 la.. Tapi kat Jalan TAR, mak aiiiii sampai beratus2 ringgit..Sama la dgn telekung kat vietnam harga 10USD, tp bile jual sini amik kau RM90.huhu...kain telekung mmg berkualiti, tebal dan sejuk la bile pakai..

Cuma kite kene pandai berdrama la ngn mereka ni..tapi eda xla berdrama cume sbb nk cepat kn kejar masa yang tourguide bg bile berenti kat
mn2 utk shopping.. Mls kalau minta discount xdpt kite cancel jela..kompem dorg pgg tangan kita xbg pegi..lama2 dorg mengalah la. Bkn apa mmg brg murah, rugi la...Buktinya kami beli kain 10USD, ada kwn hubby beli 23USD..jenis kain dan corak sebijik sebutir sama..jauhkan beza harga die..

Kain y eda katakan ini lah.sgt cantik tp
eda beli satu je utk diri sndri..rugi..Y_Y


Pendek kata kne rajin la g byk kedai tgk purata harga bende nk beli..lagi satu, klau brg tuh harga die lbh krg mcm kat malaysia baik toksah beli. Kompem kene klentong ngn peniaga tuh..hehe ^_^

* Teringat kat satu pasar tuh, amoi tuh panggil hubby "abg syg" utk beli baju.hehe..geli geliman den dgr..cepuk beru tau ^_^



20Mac2011, Ahad

Tiba sudah pengakhiran percutian kami. Pagi selepas subuh kami kne check out cpt sbb nk kejar masa ke airport.Flight berlepas jam1100.




Alhamdulillah kenangan pertama bersama hubby ikut outing ni. Sebelum ni dpt lht je kn die g bandung dan thailand. Tak sabar nk tunggu 2 tahun lagi.. Mana plak yek destinasi mereka kali ni..Australia dan negara ompuih mereka dah g dulu2..xpela.klau ke korea jepun ok gak kn..hehe ^_^

Mana2 pun blh asalkan bersama hubby dan family tersayang...♥♥♥





Sunday, March 13, 2011

Cantiknya wanita ♥


Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia
diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan
kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap
tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa
mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai
anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika
anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung
suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui
bahwa seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji
kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk
dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah
dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,
tempat dimana cinta itu ada."



Info dari ukhwah.com

Friday, March 11, 2011

Perigi mencari timba ?? Masih relevan ke??


Pada masa kini istilah perigi mencari timba sudah menjadi satu isu yang biasa kita dengar,diperdebatkan dan diulas daripada peringkat bawahan sehingga golongan atasan dalam organisasi masyarakat.

KIta biasa dihujani tentang persoalan berkenaan isu ini, antaranya..“Bolehke wanita meminang lelaki??tu kan macam perigi mencari timbe je..”

Namun, adakah kita faham apakah erti sebenar perigi mencari timba itu? Adakah terdapat konsep dan istilah ini pada perspektif Islam?Apa yang perlu kita fahami, apabila difikirkan menerusi pemikiran yang waras dan cerdik, sudah tentulah perigi tidak akan boleh mencari timba kerana apabila seseorang yang ingin menggunakan air di dalam perigi, sudah pastilah dia perlu mengambil dan menggunakan timba atau gayung untuk mengambil air tersebut.Oleh yang demikian istilah perigi mencari timba adalah satu istilah yang salah dan yang sepatutnya timba mencari perigi.

Wahai sahabat semua, jangan terus membuat kesimpulan lagi berkenaan isu dan istilah ini kerana itu baru sahaja menerangkan ia menurut perspektif bahasa iaitu berkenaan susunan perkataan dan kesesuaian penggunaannya .

Adakah terdapat konsep dan istilah ini pada perspektif Islam?

Sudah tentulah istilah ini tidak terdapat dalam kaca mata Islam.Tambahan lagi, penggunaan istilah ini tidak sesuai yang mana kesannya selalu melihatkan kepada kejumudan dan kelemahan Islam pada pandangan masyarakat.

Oleh hal yang demikian, setiap persolalan dan masalah hendaklah kita sentiasa kembali kepada dua pekara asas yang telah diwasiatkan oleh Rasulullah kepada kita iaitu Al-Quran dan Hadith. Sabda Rasulullah s.a.w.

“Telah aku tinggalkan kepada kamu dua perkara. Sekiranya kamu berpegang teguh dengan keduanya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu, Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku.”

Sirah yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadith telah mengajar dan memberitakan kepada kita setiap perkara yang berlaku serta kaedah dan cara penyelesaiannya .Di dalam Islam wanita dibolehkan untuk meminang lelaki, atau dengan kata lain ingin cuba meletakkan dahulu satu batu asas dalam pembinaan sesebuah masjid (perkahwinan).Kita boleh melihat tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah untuk menjadikan Rasulullah sebagai teman hidupnya, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW.

Imam Al-Bukhari di dalam sahihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah) ; , juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : " Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW"( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).

Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ) Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sahih al-Bukhari, 7/15)

Adakah sahabat-sahabat semua sudah mengerti akan rapuhnya penggunaan istilah perigi mencari timba itu?Islam itu tidak menyiksa para penganutnya, malah di dalam Islam penuh dengan rahmat dan segala panduan dalam menempuh pahit ranjau kehidupan di dunia yang sementara ini.