Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Tuesday, March 28, 2017

Hepi.besday to me 😍 and holiday time 🀣

Alhamdulillah. Tahun ni dpt jejak cameron lagi.hehe... Suke2.. Mmg nk jdkan aktiviti tahunan ke sini 🀣sakan la amik gmbr dgn anak dara aisyah ni ha.. Mekasih syg.. Sempena besday ayg kn..kn..kn... πŸ˜‚

Blk JB dpt adiah hanset yeayyy.. Mekasih syg 😘

Friday, March 24, 2017

Umrah 2017 - Part 5

25 Jan 2017
Hari ke 2 di Mekah


Disebabkan semalam kami sampai di Mekah dan terus menunaikan umrah wajib, jadi di kira hari pertama la. Manakala 25jan dikira hari kedua kami di Mekah

Tiada aktiviti yg dianjurkan pihak andalusia. Seperti umrah kami yg dulu, hari ke2 di Mekah agensi akan memberi rehat sharian. Makanya manfaatlah seharian yg ada sebaiknya. Seperti beriktikaf di masjidilharam. Eda di bilik dgn hati yg sayu sbb x dpt nk ke masjid. Nak ke kawasan saie (bkn berada di dalan masjid) pun x dpt sbb kerja pembinaan sudah menutup pintu di bahagian saie. Kalau dlu, kami blh msk masjidilharam melalui pintu saie. Pintu Babussalam pun terletak di situ.

26 Jan 2017
Hari ke 3 Mekah

Harini sebelum bermiqat niat umrah, kami akan dibawa ziarah Jabal Rahmah dan Jabal Tsur. Kemudian baru para jemaah akan bermiqad di Masjid Ja'ranah. Eda masa ni agak keliru samada perlu niat bersyarat atau tidak. Memandang darah yg turun sgt sedikit, hanya kelihatan bila wipe dgn tisu. Tp atas nasihat mutawwif, eda x jadi niat. Takut plk lambat habis darah kotor, mau lama eda nk jg pantang larang ihram.

Jabal Rahmah. Terasa lelahnya bile mendaki sambil gilir2 dukung aisyah πŸ˜…

Kaki Jabak Tsur.


Balik ke hotel, eda habiskan masa dgn basuh baju kemas pakaian2. Huhu hati mmg sedih sgt. Siap pesan kt somi nnt doakan la eda dpt masuk ke masjidilharam lagi sebelum pulang ke malaysia 😭 macam2 petua eda amalkan. Berdoa sudah tentu, google cari ayat2 alquran yg blh diamalkan utk hold sekejap period πŸ˜‚. Dan juga minum air zamzan yg sudah direndam dgn kayu sugi hehehe..

Petang ajak somi g masjidilharam. Ddk luar pun xpela..

Kawasan burung merpati berhadapan hotel penginapan kami


27 Jan 2017
Hari ke 3 Mekah.

Alhamdulillah.. Allah makbulkan doa eda (mngkn doa somi jg). Eda dpt berqiamulail di Masjidilharam. Tenang jiwa bila dpt msk ke masjidilharam lg skali. Aisyah dh siap di cuci najis semua. Jadinya nnt boleh la bw buat tawaf sunat. Bahagia rs hati bila dpt bertawaf bersama suami dan jg anak. Mg Allah makbulkan doa2 kami.

Lepas solat subuh dan tawaf sunat, kami terus pulang ke hotel dan sarapan. Harini tiada umrah dan jg ziarah dibuat. Masa yg ada kami isikan ke masjidilharam.

Solat Zohor di aras 2. Tunggu jemaag turun eskulator berkurang skit.

Gap waktu sebelum maghrib kami akan pulang ke hotel dahulu. Mandi2 bagi segar sikit badan. Maghrib dan terus ke isyak, baru pulang ke hotel. Maghrib dan isyak malam ni eda ajak mil ke atas masjidilharam. Mil ckp ni 1st time die naik sampai atas. Masa haji umrah2 sblm ni mil x naik pun. Alhamdulillah..

Penjaga Syurga suamiku

Aisyah pantang kene tahan. Nk jenjalan saje die kat atas tu. Seasana sejuk je atas masjidilharam

Malam tu baru bersemangat pegi shopping di bawah hotel je hehe.. Umrah kali ni eda mmg niat nk sedekah kurma dan makanan shj pd famili. Jubah utk somi, mak, abah dan aisyah shj.. Eda punye xde sbb x suka dgn labuci2 huhu..

Makanan yg dibeli adalah tambahan kurma 1kilo, buah tin segulung (rugi x beli byk sbb sgt sedapppp), kacang2 (ni feberet somi) dan tambahan coklat 1kilo. Coklat ni better beli madinah murah je 10 riyal 1kilo. Di mekah 1kilo 23riyal 😱




Umrah 2017 - part 3
Umrah 2017 - part 5



Thursday, March 9, 2017

Umrah 2017 - Part 4

24 jan 2017
Hari ke 3 Madinah

Tiba sudah hari 3 kami di bumi Madinah. Hati terasa sayu sgt. Bertambah sedih smlm x sempat nk berqiamulail di Masjid Nabawi. Tak sedarpun hubby ajak g masjid. Tula, basuh baju sampai lewat sgt. Sedih sgt rs hati...

Esok pagi lepas subuh terus pegi sarapan dan letak beg di lobi. Beg kene bw turun awal2 sbb pekerja nak naik kan ke bas siap2. Lepas zohor, buat ziarah wada' dan terus gerak ke Mekah.

Zohor terakhir kami di Madinah ni, eda dan mil buat asing2. Mil dan fil lepas letak beg terus ke Masjid Nabawi. Eda hubby lambat skit sbb kami nk kemas beg lagi. Lagipun mil dan fil nak jalan ke kubah hijau utk ziarah wada lepas zohor. Tu yg mereka pergi awal.. Kami lepas zohor baru gerak ke  kubah hijau buat ziarah wada.

Ziarah Wada Rasulullah saw

Ade satu insiden, mil eda x sempat nak lunch. Yela waktu mmg padat sgt. Mane la yg berusia ni.larat nk berkejar sana sini. Eda senang je.. Terus ke dapur hotel minta bekas yg blh letak mknn. Tapawe mmg bw tp dh naik bas. Cmne plk nk punggah blk.. Huhu.. Mmg berpeluh la eda lari naik hotel blk, g tapau mknn, terus bw naik bas. Xkisah la peluh2 janji mil dpt mkn.. Nnt x mkn masuk angin ke sakit kepala ke.. Perjalanan 5 jam tau.huhu.. Alhamdulillah.. Ujian utk kami..

Kami akan singgah di Bir Ali utk bermiqat. Masa tahun 2012, pokok2 kurma di kawasan masjid ni kecil lg. Tahun ni pergi subhanaAllah.. Cantik sgt dlm perkarangan masjid. Penuh dgn pokok kurma. Mcm taman pun ade 😍

Ade gmbr pokok2 kurma dlm perkarangan masjid Bir Ali. Nnt update..

Selesai.bermiqat, kami meneruskan perjalanan ke Mekah. Dijangka tiba jam 10 mlm. Sebelum tu sempat singgah di kedai makan nasi dulang. Di sini ade satu insiden yg sgt menguji eda dan suami. Astaghfirullah..eda pun xtau knp waktu tu eda rs down sgt. Mgkn sbb byk bende nk kne jg dan tengokkan. Stress kot. mg Allah ampunkn kami..

Brrhenti makan sebelum sampai Mekah

Tiba di Masjidilharam, mutawwif bagi masa sejam utk siap2 dan berkemas. Kami disebabkan ade 4 org dewasa, jd eda minta mil dan fil ke bilik dlu kalau hendak ke tandas dan sebagainya. Beg2 eda dan hubby akan bw atas. Tp yela, dh kata org berusia. Dorg nk berehat dlu dan sebagainya. Jd eda xsempat la nk bersihkan najis aisyah. Just tukar pempers.. 

Selepas bersiap2 mutawwif terus bawa kami ke masjidilharam. Ya Allah.. Hati eda berdebar2 untuk melalui umrah kami kali ni. Mngkn mengenangkan Aisyah, hati terus jd gu dah gulana. Tp mmg betul la kan di tanah haram ni, apa yg lintas di hati kita Allah terus makbulkan.huhu.. Masa utk memulakan tawaf, aisyah xdpt turut serta sebab najis tidak dicaci. ALLAH.. tak terlintas hati eda masa tukar pempers die. Mngkn sbb dh lewat tunggu gilira. Msk tandas, jd blur. Jd eda dan aisyah tggu di tepi sementara hubbu bw mil fil bertawaf. Bila mrk selesai baru eda tawaf sorg.. Mil x yakin nk jg aisyah sorg kalau hubby tmn eda.  Eda ok je.. Alhamdulillah.. Selesai..

Utk saie,.kami x ikut serta mutawwif sbb mrk dh buat sejurus selesai tawaf.. Sedangkan kami kne buat bergilir2.. Di saie ni sbnrnye mil dan fil dah buat dlu. Mereka grk ke tmp saie dlu.. Hubby terpaksa ke tandas hehe.. Eda bersyukur sebenarnya sbb ni kali2 umrah kami. Jadi sedikit sebanyak tau bila nak angkat tangan, bagaimana nk mengadap kaabah bila nak niat saie dan sebut 'Bismillahi, Allahuakhbar3x..' Tak sama ye baca dan hafal dgn praktiskan. Nak mengadap kaabah pun kalau jemaah xpenah buat saie sblm ni mesti konpius. Mngkn blh ikut jemaah lain ngadap mana, tp pasti ade sedikit was2 dlm hati kn. Sedangkan kami ni pun mcm agak.konpius sbb bangunan dah byk berubah bentuk. Hampir 100% x sama.. Kalau dlu masih nampak lagi Kaabah kalau dari Bukit Safa. Ni mmg totally xnampak.. Kalau dr kawasan tawaf nak ke saie pun, mngkn akan sesat kalau xde lampu hijau πŸ˜‚ 

Alhamdulillah saie utk 2 pusingan pertama, eda buat dgn hubby.. Kali ke3, eda minta hubby sewa wheelchair utk mil. Jd hilanglah hubby dr pandangan hingga selesai saie sbb cari mil.hehe.. Eda saie slow2 dgn Aisyah.. Ade masa bg die jalan sendiri. Alhamdulillah selesai saie terus jumpa hubby. Kami terus pulang ke hotel. 

Esoknya tiada ziarah. Waktu bebas jadi jemaah boleh ke masjidilharam sendiri.

Eda? Allah bagi cuti terus. Tp eda rs bkn period, tp sbb dukung Aisyah lama sgt masa saie. Dgn naik turun bukit safa marwah. Sepanjang saie memang rs sakit sgt bahagian rahim. Jadinya terturun skit darah. Utk hari ke 2 di Mekah, eda just ddk di hotel shj. Layan Aisyah.. Nk bw keluar takut plk somi xde..hehe


Umrah 2017 - part 3




Wednesday, March 8, 2017

Umrah 2017 - Part 3

23 Jan 2017
Hari ke 2, Madinah

Hari ke 2, mengikut jadual belah pagi ade ziarah ke tempat2 sejarah di Madinah. Utk pengetahuan, ziarah ini adalah perkara yg digalakkan kita lakukan apabila berada di Madinah dan Mekah. jadinya, jika kita berumrah jgn kita niat hendak iktikaf di masjid shj, xnk jenjalan. Huhu.. ustaz mane tah yg bgtau Dlm tv. Eda lupa plk..

Jdnya walopun masa dh suntuk, tetap kene ziarah. Antaranya masjid Quba, jabar rahmah, kebun kurma, kilang al quran dan byk lg. Dgn andalusia ni, kami hanya ke masjid quba, jabar rahmah dan kebun kurma. Kilang Al quran tidak pergi. Jd jika ada yg berhajad utk sedekah alquran, kene melalui mutawwif. kalau beli luar takut yg bukan diiktiraf oleh masjid nabawi dan masjidilharam.wallahualam..



Hari ini, sebelum subuh lg eda dan suami keluar ke masjid. Alhamdulillah.. aisyah lena tido, jd berani la skit tinggalkan die di hotel. lagipun mil x larat nk jalan ke masjid pagi tuh. Disebabkan dh lewat nak dekat subuh, eda masuk masjid ikut pintu terdekat jela. Bkn pintu yg ada raudhah. pagi ni tak berhajat utk ke raudhah sbb ade ziarah.

Actually pintu yg eda masuk ni adalah pintu yg selalu eda dan mil msk masa umrah dulu. Maknanya, hotel sekarang ni bertentangan dgn hotel umrah dahulu.  Teringat masa umrah pertama, umrah penuh ujian buat eda. Yela baru kahwin, buat umrah dgn mil fil pula. Lain cara mak ayah kita dgn mil fil ni. Hehe... 😁😁😁 bila tgk suami, die relax je. Meaning keadaan tu biasa..jd kita pun berusaha utk 'biasakan' dgn sikap mrk. Walaupun kdg2 terkeluar jg 'hulk' dlm diri den.hehe... kenangan betul..

Selesai subuh, terus balik ke hotel utk sarapan. Bungkus roti utk anak dara solehah yg tgh ketiduran. takut nanti kelaparan pula die bila berziarah..



Ziarah pertama kami ke Masjid Quba. Dikatakan jika kita berwuduk di rumah dan berjalan ke masjid quba utk solat jemaah, pahala yg akan dpt ibarat mengerjakan satu haji. Allah.. besar ganjarannya.  Di masjid Quba ni, wanita yg bw anak akan di tempatkan pd satu tmp yg lain. Jd kene alert la ye kalau bw anak.. sila baca signboard 😁 

Seterusnya ke Jabar Uhud. Tahun 2012 masih gigih lagi daki lereng bukit naik ke atas. kali ni daki terasa lelahnya. Menandakan usia dh tua eda oiii 😭 .. Cuma dlu tak naik sampai hujung. Kali ni terus naik ke kemuncak. Byk pasar di bawah. Masa tahun 2012, agak lengang sekitar hadapan kubur para syuhada perang uhud.
Kenangan di Jabar Uhud

Dan akhir sekali ke kebuh kurma. Kurma Ajwa tahun 2012 harga 80riyal/kilo.. Tahun 2017 kami beli 50riyal/kilo.. agak terperanjat juga bila dgr dia ckp rm50. Tp mmg di situ rata2 kurma ajwa rm50, jd betul la tuh harganya. Kami pun beli 2 kilo. Sebenarnya elok beli byk lebih dr 2 kilo, sbb di madinah mekah kami mkn pun dh tinggal sikit. Huhu.. di madinah lagi murah dan elok kurma ajwa berbanding di mekah. Begitu jg dgn coklat.. di madinah dpt 10 riyal sekilo.. tp di mekah 25riyal sekilo πŸ˜‚

seterusnya pulang ke hotel. Terus masjid solat zohor. Waktu ni eda dh pujuk mil naik wheelchair. Memudahkan mil dan kami jg sbnrnye.. mil xpelu jln jauh sakit kaki, kami pun blh kejar masa masuk masjid. Tp ade satu insiden, eda nk tolak mil naik ke pintu di laluan wheelchair masuk masjid. Tolak dgn laju, yela naik bukit kn. Sekali tersangkut tayar wheelchair di bahagaian awal laluan tu, tersungkur mil yg tgh pegang aisyah. "Allahuakhbar" itu ajela yg mampu eda sebut. Cpt2 nk angkat mil, tp die ckp biar dia bgn sendiri. Risau jg lutut mil, tp mil ckp nasib baik tgn die apung dlu bdn sblm jatuh. Alhamdulillah, cume sakit jg la tutut mil sbb jatuh.. huhu

zohor kali ni ckp dekat mil, eda nk usaha jg msk.  jadinya eda letak mil di bahagian dpn mengadap pintu raudhah siap2. eda solat zohor di belakang sbb bahagian Dpn pintu raudhah tu dilarang bw kanak2. Huhu... lepas zohor, cpt2 pass aisyah pd abinya di luat (dh plan siap2 hubby tunggu dpn pintu masjid wanita 😁). Tp disebabkan hubby lambat sampai (sesak lelaki ramai keluar) jd pintu utk ke bahagian mil eda dh tutup. Mmg istighfar byk2 eda. Dlm hati x putus2 doa mg Allah beri keizinan eda memasuki raudhah. Alhamdulillah.. eda terangkan kpd pengawal wanita disitu, dan die bw eda msk melalui jln belakang. Alhamdulillah.. syukur alhamdulillah..

Ketika di raudhah, disebabkan eda dan mil msk ikut mrk yg wheelchair, jdnye ade laluan khas. Ketika ini, mmg yg wheelchair shj dpt pijak karpet hijau (kawasan raudhah) yg menolak hy dpt solat di sipi2 ruang. Mmg x dpt fokus sbb ruang mmg cukup utk berdiri shj. Eda keluar awal, minta pd pengawal utk keluar ke tepi sekejap utk msk ke raudhah kawasan jemaah lain.Alhamdulillah.. Allah permudahlan. Pengawal tu angguk2.. jadinya cpt2 eda selit badan yg sebesar gajah ni di celah2 penghadang. Bila fikir blk, mcm mne plk eda blh bolos diri kt ruang sempit tuh huhu... mmg tiada yg mustahil bila Dia katakan kun..maka jadilah ia.. alhamdulillah. Ruang raudhah utk jemaah lain agak lengang, dpt la eda solat sunat lebih dan berdoa sepuas2nya. Mg Allah terima ibadah dan doa kami ketika berada di raudhah tersebut. Bila eda bgn, jenguk kepala di sebalik penghadang nampak mil dh selesai solat. Cpt2 lompat kesebelah amik mil 😁😁😁 rs nk peluk pengawal wanita yg lepaskan eda ke raudhah tuh. Mg Allah berkati beliau dan keluarganya. Amiinn.. ketika ni eda x amik gmbr sbb hanset dlm beg aisyah.

Alhamdulillah, sblm keluar eda ajak mil solat sekejap mengadap mimbar Rasululullah (x nampak sebab ade penghadang antara ruang wanita dan lelaki).  Mil ok, alhamdulillah syukur lagi sekali..mmg rs mcm xmau keluar sbnrnye. Tp mengenangkan aisyah dh ddk dgn abinya hampir 3 jam. Asar nk msk dh, jd kne kluar amik anak dara tu 😁 takut die nk nyusu πŸ˜‚ lepas asar kami balik makan dan rehat.

Actually masa antara asar dan maghrib sgt dekat rasanya. Asar jam 3 lebih,lepas solat blk bilik mandi2 tgk nak dekat jam 6 dh.. jd mmg kene atur masa dgn baik. malam tu lepas isyak terus basuh baju dan kemas beg. Esok pagi nk hntr beg awal pagi dh sebelum ke masjid biat ziarah wida'..

**mlm tu eda basuh baju kemas beg semua sampai jam 1 pagi. Nasib baik baju semua jenis yg ringan je eda bw umrah kali ni.. 


Tuesday, March 7, 2017

Umrah 2017 - Part 2

22 jan 2017, ahad

Alhamdulillah...

Perjalanan dari Malaysia ke Madinah memgambil masa lebih kurang 9 jam. Kami bertolak jam 4 pagi waktu malaysia, dan sampai jam 1 tghari waktu malaysia. Kalau ikut waktu di madinah, kami sampai jam 8 pagi la sbb sane lewat 5 jam.

Sepanjang perjalanan aisyah tido shj. Alhamdulillah.. Allah permudahkan. Masa mula2 flight nk naik, dia meragam sikit. Mungkin sbb emosi mama die x stabil kot. Aisyah pun terkesan sama. Geram x dpt bassinet. Padahal dh bgtau/reminds lagi ms nk mrk nk checkin tiket, nk ddk sblh wanita dan bassinet utk mudah eda menyusu. Huhu.. tp yela, Allah sebaik2 perancangan.. 

Bila aisyah meragam, eda cpt2 susukan dia. Takut Aisyah 😭mama lg 😭😭😭nnt. Abi dh la jauh ke depan hehe.. terus tidur anak dara. mama pun lena skali. Rasanya ade dlm 4 jam juga tertidur kami berdua πŸ˜‚  Bila pramugari dtg hntr mknn, eda tadah jela dulang atas badan aisyah. Nk buat mcmne, x de ruang 😁 lepas tu sambung pengsan.hehe..

waktu subuh?? Masa tu eda terjaga, ada ty pramugari tp dia pun xtau.. eda bgn bw aisyah letak dlm bassinet dpn abinya. Alhamdulillah lega skit tgn walopun sekejap je die tido dlm tu πŸ˜‚ sempat la mama dia solat subuh kejap. Kami agak2 je solat subuh, sbb nk ty mutawwif dia pun tgh sodap tidur kekeke...

Dlm kapal terbang ade sediakan screen info ttg penerbangan. Jadi blh tgk kita di mana, dan waktu tempatan. waktu eda tgk tu baru jam 5.30 pagi waktu india (area mane dh lupa). Kata pd hubby, nnt tgk la luar kalau dh nampak chy skit2 solat la subuh. Sbb xtau subuh ketika tu jam bape. Itu ajelah panduan kami. Ade makcik jemaah kami ckp pilot akan announce. Tp sampai ke sudah xde pun 😁

Tak lama lepas subuh, sarapan sampai. kita sarapan dlu, lepas tu layan video Cite apa tah. Dh lupe sbb byk kali tukar cite.. aisyah pun bgn. Dok main2 kejap dgn dia.. mama pun terpengsan lagi skali. Sedar2 aisyah nangis, tgk pipi die berbirat kuku. Sudahh... ni mesti ade pramugari geram tgk aisyah di cubit pipi pau anak dara ni πŸ˜‚πŸ˜‚ sabor jela.huhu...

Tak lama lepas tu selamat sampai destinasi. alhamdulillah.. perasaan eda waktu tu tak terkata. Bahagia sgt2.. Ya Allah, x sabarnye nk masuk masjid nabawi. 

Disebabkan tunggu jemaah lain naik bas, jd kami amik gambr dlu..

Alhamdulillah selamat sampai. Ganas tgk aisyah tido. Takut plk bild tgk gmbr ni πŸ˜‚

Perjalanan bas dr airport ke masjid nabawi dalam 30min lebih kurang. Sekejap kn.. umrah sebelum ni mendarat di jeddah. Jadinya masa byk habis dlm perjlnn 5 jam nak ke madinah. Allah syukur sgt amik yg ke madinah dlu.

Hotel di madinah jaraknya lebih kurang 200 m dr masjid nabawi. Sebenarnya sama lebih kurang jaraknya dgn hotel sebelum ni kami ddk. Tp disbbkn hotel yg Ini terletak di belakang hotel lain, jd rs mcm jauh.

Hari pertama di Madinah, tiada aktiviti mutawwif sediakan. Kami akan berada di madinah selama 3 hari shj. Sedih sgt.. maknanya lusa dh bertolak ke mekah.

Selepas sampai, kami check in hotel dan mandi2.. Lebih kurang jam 11 mutawwif akan bw ke masjid nabawi utk tunjukkan jalan ke sana dan gate mane utk panduan tidak sesat.

MASJID NABAWI, MADINAH

Kami masuk Gate 15. Agak jauh utk ke Gate 25 di mana terletak pintu masuk ke Raudhah. Tp nak buat mcmne, kalau niat di hati nak masuk raudhah, mmg kene gigih juga la ke gate 25. Eda x sempat nk dgr penerangan mutawwif sbb mil ajak msk masjid. Waktu ni nk msk waktu zohor dh. Serba salah jdnya. Takut nnt jd kurang sopan plak tetiba berpisah dr jemaah. Tp serba salah jg pd mil, sbb die nk msk jg masjid. Sudahnya, kami tinggalkan jemaah, terus msk masjid. Mereka mngkn solat di luar shj sbb mmg dh penuh pun dlm masjid. 

Utk pertama kali, eda mmg rs risau jg solat dlm masjid dlm keadaan ramai org dan bw aisyah yg tgh tido. Sbb pasti nnt solat celah2 ruang masjid. Ade satu insiden yg eda rs nk tercabut jantung eda, sebelum solat tu tetiba ade org arab ni dok langkah2 jemaah lain dan hampir2 nk pijak bdn aisyah yg tgh baring. ALLAH!!! eda terus tolak org arab tu sambil jerit Allah. Terperanjat sgt.. mmg arab ni adab mrk kasar skit. Sabar jela..

Sengeh je anak dara ni. Suka la tu ruang lengang sikit jemaah dh blk lepas solat zohor.

Selepas solat zohor, eda cdg nk ke raudhah sbb risau xde masa lagi nnt. Tp mil mcm xmau plak. Katanya x sempat. Eda pun pandang jela pintu ke raudhah ditutup dgn hati yg sayu huhu.. kami ddk jela iktikaf dlm ruang masjid hingga asar. Habiskan masa membaca Al quran dan solat sunat. Utk pengetahuan, pintu ke Raudhah utk wanita hy dibuka selepas waktu subuh, zohor dan isyak shj. Bgi lelaki sepanjang masa. 

lapik perut mkn roti dlu ye syg mama. Gud girl 😍

selepas asar kami pulang ke hotel utk mkn. Tips utk yg bw anak, pastikan anda bw mknn spt roti dan biskut byk supaya anak boleb makan bila lapar. Dlm kes kami, eda boleh aje ulang alik hotel masjid utk mkn. Tp mengenangkan mil yg x berapa larat utk jln, jd kami tggu asar baru blk. Aisyah lapik perut dgn roti dulu, jd dia x meragam sbb lapar. Hepi aje anak dara tu tawaf satu masjid πŸ˜‚

Begitu jg dgn maghrib dan isyak. Kami tunggu selepas isyak baru pulang ke hotel utk makan. 

Alhamdulillah.. Tp dlm hati rindu pd raudhah 😭

"Xpe eda, kita cuba esok" tekad utk esok huhu...

Monday, March 6, 2017

Umrah 2017 - Part 1

Assalammualaikum..

Erm..bersawang sudah blog eda ni.lama x update hehe... awal tahun 2017, agak busy buat persediaan utk menunaikan umrah. Yg entry pasal persediaan utk umrah sblm ni pun eda autopost.. mmg set masa tertentu baru published 😁

Alhamdulillah. Dah sebulan lebih kami pulang dari menunaikan umrah. Kami pilih tarikh 20-31 januari 2017 melalui agensi andalusia. Kali ni kami cuba agensi lain, nk cuba agen umrah lain pula kata suami. agensi sebelum ini Mubarak travel. Bagi eda, dua2 agensi ni ade kelebihan dan kekurangan. Biasalah, rezeki masing2 sebenarnya. Andai anda jenis cerewet, mmg yg terbaik pun anda akan rasa kekurangannya. Tepuk dada tanya iman 😁

Rindunya pada haramain.. rindu berada di dalam masjid nabawi dan masjidilharam. Rindu melihat kaabah. Rindu bau2 yg ade di sana. Rindu mendengar alunan bacaan alquran di kedai2 sepanjag perjalanan antara hotel dan masjid. Rindu segala2nya.. mg Allah menjemput kami sekeluarga lagi menjadi tetamuNya di 2 tanah haram ini. Aminn.

ok, baik simpan air mata ni, nanti menangis dlm tiap sujud mg2 ada rezeki lagi menjadi tetamuNya.

Throwback Umrah 2017

20 jan (jumaat)

Ikut perancangan, penerbangan kami jam4 petang. Tapi disebabkan masalah teknikal kapal terbang saudi aiirlines, penerbangan ditunda hingga 22jan. Ujian bagi kami ulang alik klia-hotel 2 kali..

DI lobby hotel transit kami..

kali pertama malam 20jan. Jam 11 mlm gerak ke klia, sampai jam 5 pagi, kene transfer ke hotel balik πŸ˜‚ time ni mcm ade harapan sbb tunggu dlm balai perlepasan dgn pilot pramugari saudi airline skali. hehe

Dapat la aisyah berjumpa 'atuk' andalusia.

Hotel transit kami sebelah alamanda. Tp mood shopping xde, hati dh ke madinah 😭

Kali kedua malam 21jan.. jam 10mlm gerak ke klia. masalah di kaunter luar pula. Hingga jam 2 pagi, ade jemaah lain ckp cancel la lagi skali ni.huhuhu.. mmg kene byk bersabar tunggu ddk tepi kaunter semuanya. kesian pada yg sudah berusia. aisyah?? Erm anak dara tu x tido langsung. Eda suami sibuk dok layan die jela main ke sana sini 😁

Utk elak tantrum aisyah dtg, mama abi kne busykan diri melayan die main

Dh penat jalan, aisyah layan kartun plak

Anak dara solehah yg xmau tido. Jam 2 pagi dh kot syggggg😭

alhamdulillah lebih kurang nk dekat jam 4 pagi, selesai checkin di kaunter. Mmg berlari kami ke balai perlepasan πŸ˜‚ kne lalu check point sblm msk perut kapal terbang lagi. Mmg rs lucu bila teringat blk. Lagi2 kami ni kene angkut 4 hand luggage. stroller aisyah lg. Mmg x cukup tgn.hehe...

Ddk sblh mil fil

Jam4 pagi, 22 jan hari isnin, akhirnya kami berlepas. Sebelum ni kami request bassinet, akhirnya aisyah tido atas pangkuan mama die πŸ˜‚ bassinet dpt, tp malangnya sblh eda nnt lelaki. Mcmne nk susu aisyah πŸ˜‚πŸ˜‚ jdnya eda ddk aje dgn mil fil.huhu..

'Bassinet' special aisyah. Tangan mama.haha..9jam anak dara tido. Ha... kemain sado tgn mama πŸ˜‚

Bak kata P.Ramlee..dugaaann..😁