Sahabat saya ^_^

Pages

Wednesday, November 28, 2012

Fenomena Durian Crepe..^_^



Di petang yg indah, ketika si isteri tercinta berbual dengan sang suami di dalam telefon..

Isteri : Abg, nanti abg balik keje kita terus makan malam ye.. ayg masak telur gulai..
Suami : erm....arini abg dah makan banyak. Kalau abg x nk mkn boleh ke??
Isteri : Oooohh..yeke..ala rugila camni..ayg ade buat durian crepe. Biar ayg abiskan lah ye.. Abg 
           cakap xnk makan kn..
Suami : eh...durian crepe nk...!!
Isteri: Mana boleh...abg cakap dh mkn byk..x nk makan nasi, kire xnk mkn durian crepe jugak la...
Suami : alaaaaaaaaaaaa....abg nk durian crepe..
Isteri : Kalau camtu kene mkn nasi sikit...(ayat pancing maut)
Suami : ok...u_u... ( bunyi sedey je)

kekekekekeke..... ~^_^ Psikologi seorg isteri mesti kene power. Nak pancing ikan besar, msti kene bagi umpan yg baiiikkk punya kn.hehe..

Sebenarnya, eda dah terbiasa makan bersama2 family time ank dara tuh. So serba boleh cuba praktikan bila dah kahwin ni. Hubby pun memahami, selalu akan teman eda mkn. Kalau time die dh mkn kat ofis, bila balik mula2 die ratah lauk je, tp nnt akhirnya die mkn gak..hehe


Tuesday, November 27, 2012

Its all 'bout Love ~ ♥


وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ 

Alhamdulillah, bertambah sehari usia kita. Moga pertambahan usia kita seiring dengan pertambahan iman dan amal kita semua, إن شاء الله. 

Pagi tadi macam biasa, rutin harian tiap pagi eda buka laptop, buka file thesis, dan buka fb ^_^ Perkara pertama eda nampak dlm fb adalah quote di atas. Eda tahu sahabat2 semua mesti rasa macam biasa je quote tersebutkan? Tapi bagi eda, selepas membacanya secara automatik terimbas segala memori eda ketika "berkawan" dengan hubby. Terasa berbeza perasaan cinta sebelum dan selepas bernikah. Mungkin ini yang dinamakan manisnya bercinta selepas nikah ek ^_^ hehe...

Ketika berkawan, terasa seperti cinta itu tersekat2 untuk diluahkan. Terasa seperti esok mungkin tiada lagi cinta ini. Terasa seperti ada sesuatu yang terhalang drpd eda utk menanam cinta dlm hati ini. Kadangkala panggilan telefon atau message pun terasa seperti mengganggu rutin harian. Pendek kata eda katakan, terasa seperti tidak yakin dengan perasaan itu. Mungkin kerana tiada ikatan antara kami, jadi eda rs takut jika suatu hari nnt akan dikecewakan. 

Tetapi selepas berkahwin, semuanya telah berubah 360 darjah.. Kalau dulunya cinta itu terasa tersekat2, tapi kini terasa cinta itu semakin mekar. Bertambah2 hingga melimpah2 dlm hati ini.hehe... Tiap gelagat hubby, mimik mukanya, percakapannya, cara jalannya, tidonya, gerak badannya terasa sangat indah dan mencuit hati. Walopun tengah sibuk urusan rumah/thesis/kerja (dulu2 time keje kat hsa) terasa tertunggu2 panggilan dari hubby. Sikap hubby pun selepas kahwin tidak pernah berubah, pasti akan called kalau free di tempat keje atau dalam perjalanan pulang. Terasa tak sabar2 untuk berbual2 dan bercerita ttg hari ini..huhu...comelkn kami ^_^ الحمد لله‎.. syukur pada Allah atas nikmat ini.. walopun kami telah 2 tahun melayari rumahtangga, terasa ada sahaja tabiat baru kami berdua untuk bermanja2 dan bergurau senda.. ..الحمد لله‎.. 

Memang benar quote atas.. 

'Love is not bout finding the right person' .Kerana tiada manusia yg sempurna. Pasti ada kekurangan dan kelebihan. Mungkin kita suka dengan penampilan, tapi kita tidak suka pada sikap. Mungkin kita suka pada kepimpinan, tp tidak pada cara hidupnya.. Bagi eda, cara yg terbaik adalah perbaiki diri sendiri terlebih dahulu. Jika inginkan berjumpa dgn mr.right person kita, jadi kitalah yg perlu jd ms.right terlebih dahulu. Kerana itu janji Allah SWT, surah An Nur:26

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik…..”

'Love is not how much love u have in da beginning'. Jika ketika bercinta, terasa seperti cinta itu tidak sepenuhnya, terhalang dari diluahkan or tidak yakin dalam hati. Kita perlu muhasabah kembali mengapa kita merasai semua ini. Adakah ia suatu kebaikan atau keburukan. Jadi jalan yang terbaik adalah kita mengadu kepada Allah SWT. Beruntungkan umat islam, sentiasa ada Allah untuk mengadu nasib. Bagi eda, jika dari mula kita sudah serahkan kepada Allah SWT, إن شاء الله , apa yg berlaku dikemudian hari pasti ada hikmahnya. Iskharahlah, kerana ia disarankan dalam Islam. Ia adalah tawakal yang tertinggi hambaNya kepada Sang Pencipta. Kerana tujuannya sgt jelas, untuk dijadikan pasangan hidup kita.. Dan yang pasti hanya Allah sahaja yang tahu siapa jodoh kita..

Jadi, apa yg penting adalah 'Create a right relationship and build your love till the end'.. Dalam perhubungan pasti ada kekurangan. Jika kekurangan itu yang difikir sentiasa, pasti perhubungan itu tak akn ke mana. Binalah hubungan yang terbaik, menerima dia dengan seadanya. Melihat kelebihannya sesuatu yg akan menyempurnakan kekurangan kita. Demikian juga kekuranganya yang akan disempurnakan oleh kita. Jangan ragu2 untuk bernikah selagi pasangan kita itu baik akhlaknya dan menjaga solatnya. Sebab itu yg paling utamakan. Eda ingat lagi ketika hubby melamar, waktu itu kami baru setahun berkenalan. Bagi eda, bernikah segera lagi baik. Dan eda tahu hubby pun fikir begitu, since status kami pjj ^_^..eda di KL die di JB. Banyak dugaannya especially bile hubby de trainning di KL. Sudah pasti die akan menjenguk eda di UM.huhu... 

الحمد لله‎.. kedua iba bapa eda memahami sikap dan pendirian anak dara last mereka ni.. Mereka terus bersetuju bila eda menyatakan hasrat hati hubby utk datang meminang... Bulan mac, ketika eda baru meraikan pertambahan setahun lagi usia eda..ketika itu juga keputusan telah ditetapkan. Rasanya ia ulangtahun yg sgt bermakna bagi eda... Selang 3 bulan selepas itu, kami ditunangkan dan 19 dec 2010, kami bernikah. Tempoh perkenalan baru setahun 2 bulan, kami membuat keputusan untuk berumahtangga. Ada yang menyua pendapat konon tidak lama utk mengenali hati budi masing2, tapi bagi kami sudah cukup utk kami hentikan segala perasaan bersalah dan tersekat ini. Biarlah cinta kami terus mekar dengan suburnya selepas nikah nnt..الحمد لله‎.. 
Bulan depan 19 dec 2012, genap 2 tahun perkahwinan kami. Semua suka duka kami lalui bersama. Kami tidak pernah berenggang even hubby pergi trainning badminton or futsal, pasti die minta eda ikut serta. Jika dia ada trainning di mane2 or program2 yg jauh2 pasti eda akn ikut serta. Bestkan jadi suri rumahtangga ^_^ Pengalaman yg paling manis bila hubby membawa melancong ke luar negara..Tahun lepas ke vietnam dan jun lepas kami ke korea.. Tidak lupa juga kami kesempatan untuk menunaikan Umrah mac lepas... الحمد لله‎.. Rezeki Allah itu sgt meluas. Mungkin rezeki kami untuk mendapat cahaya mata belum sampai lagi, tapi Allah gantikan rezeki yang lain. Punyai rumah yng selesa, hidup yg tenang dan bahagia, holiday yg menyeronokkan dan yg paling penting dapat menunaikan ibadah bersama2..لحمد لله‎..








Saturday, November 24, 2012

Pavlova kiwi ♥♥♥




Alhamdulillah...hari ni kali ke-2 eda buat pavlova. semalam buat tapi tak menjadi. Pavlova tuh  mula2 bakar naik kembang comey je.. Bila dah nak abis masak, die terus melepet jadi cam lempeng..kekekekek..... Eda tau msti tak menjadinya sebab buat pun last minute, ade lebihan whip cream buat durian crepe sebelum tuh.. ^_^

Kali ni eda betul buat dgn cermat ikut pantang larang. Cewahhhh...cerewet gak pavlova ni.. Kene betul2 tiada kuning telur, tiada habuk, oven di panaskan sebelum guna dan tiada air. Tepung jagung eda ayak betul2 sblm guna. Akhirnya, menjadiiiii...!!! Alhamdulillah..♥

Resepinye cam biasa gak, eda copy dari mr.google je..eda amik dari sini. Kalau kwn2 nk cube makan pencuci mulut yg mmg femes kat australia ni, blh je try buat.. Tak susah pun.. Serius x sampai 15 minit nk siapkan. Cume bile dah masak oven tuh kene bakar 1jam 15 min tu yg lama... Ala...eda sempat layan cite hindustan lagi tau..haha...Tapi bila dah siap, sekejap je kene baham..ermmm tgk bawah gelagat hubby eda..Bahagia betul bile tgk hubby excited camtu..mcm toyol cari mknn...kekekekeke...~^_^

 


Selamat mencuba ♥

Sejarah Palestine & Israel laknatullah

Part 2


Perang Dunia Pertama
Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya Perang Dunia Pertama. Perang ini terdiri daripada dua kuasa besar; iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Rusia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary.
Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Itali menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.
Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur diserang dan ditawan oleh Britain.
Kerajaan Islam Barat yang menjangkau hingga ke Algeria dan Sudan manakala negara-negara utara Afrika dikuasai oleh Perancis.
Kerajaan Islam juga diserang dari utara oleh Rusia, menyaksikan Rusia menawan kawasan utara kerajaan Islam.
Perlu diberi perhatian bahawa pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa dan kerajaan Islam disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.
Perpecahan Negara Arab
Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisme di negara-negara Arab.
Pejuang kebangsaan/nasionalisme Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal I, berpaling tadah dan memihak kepada Britain.
Sejak itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain. Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin.
Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan, "Hari ini, Perang Salib sudah berakhir".
Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi.
Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 penduduk sebelum itu kepada mencecah setengah juta penduduk, manakala penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.
Wakil daripada Yahudi ketika Deklarasi tersebut merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann.
Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut.
Weizzman mendesak Setiausaha Luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut.
Dek terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju.
Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour:
"Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?"
"Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!"
"Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!"
Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.
Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.
Pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama.
Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin.
British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Bertitik tolak daripada situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.
Kejatuhan Turki Uthmaniyyah
Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul.
Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular.
Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.
Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu, "Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?"
Lord Curzon menjawab, "Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya - Khalifah dan Islam".
Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet Turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut.
Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut.
Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan. 3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan.
Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, Khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri.
Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.
Holocaust
Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler.
Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4.
Pelan ini merencanakan pembunuhan Euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.
Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan hampir seramai 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.
Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.
Penglibatan Amerika Syarikat
Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel.
Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki.
Setelah Holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.
Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Harry Truman.
Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) lalu pemisahan Palestin dideklarasikan.
Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB.
Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini.
Presiden Israel yang pertama ialah Chaim Weizmann.
Palestin Sekarang
Sedari peristiwa Holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel.
Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat Holocaust tersebut.
Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika.
Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.
Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa.
Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin.
Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika.
Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya dua; sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam yang menyokong perjuangan Palestin.
Di manakah kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.
Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.
Fikir-fikirkan.

Sejarah Palestine & Israel laknatullah

Part 1


Bumi dan tanah rahmat, bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.
Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan 'Tanah Yang Dijanjikan Tuhan' kepada mereka.
Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.
Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.
Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa.
Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan kristian).
Sejarah Awal
Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka.
Kita tahu melalui al-Quran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.
Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut.
Kita boleh baca sendiri dalam al-Quran, betapa kaum ini semakin lama semakin besar kepala, meminta yang pelbagai daripada Nabi Musa dan sebagainya.
Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Baqarah.
Setelah Talut menawan kembali tanah Palestin daripada kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin).
Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa.
Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.
Sejak itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom.
Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian.
Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi.
Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.
Kedatangan Islam
Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi.
Empayar Islam semakin berkembang dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.
Sepanjang tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi mengalami pelbagai perubahan daripada sudut struktur pemerintahan.
Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan gereja.
Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan 'fatwa' mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi.
Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades).
Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.
Menawan Semula
Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat.
Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi.
Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin.
Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibu negara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.
Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai.
Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar.
Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.
Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi.
Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah.
Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada nama. Empayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Sumber asal









Friday, November 23, 2012

Durian Crepe..!!

Alhamdulillah..akhirnya eda berjaya buat durian crepe..Actuallly ni kali ke-2 eda buat..semalam ade buat tapi  tak menjadi sebab pakai whipp cream yg tak sesuai. Kali ni eda pakai non dairy whipping cream brand value pride. Mekasih bebanyak pada kwn time study2 kt um dulu amal & keri atas cadangan brand tersebut. Sedap manis dan berlemak.. Mmg menambahkan kesedapan crepe durian eda..hehehe


Bawah ni eda ade coret sikit resepi durian crepe. Eda google pastu copy dari sini je..senang je zmn skrg ni. Semua dihujung jari anda ^_^ hehe... Kalau malas nk link2 blh je tgk bawah..same je...~

Bahan untuk crepe:
250gm tepung gandum
3 biji telur
400ml santan
100ml air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil pewarna kuning telur

Untuk filling:
1 cawan whipping cream (eda pakai brand value pride..kat johor bahru ade satu kedai bakewell jual)

Cara:
  1. Campur bahan crepe semua dan blend. Kemudian ditapis.
  2. Panaskan non stick pan dgn api kecil
  3. Tuang 1 senduk adunan dan ratakan nipis. Tak perlu terbalikkan. Tunggu hingga bahagian atas crepe kering. Bila dah masak, angkat dan letak dalam pinggan2 lain supaya tak melekat. Habiskan adunan.
  4. Whipp cream dipukul hinggajadi kilat dan kental. Jika betul2 kental, ia takkan meleleh keluar bila mangkuk ditelangkup ke bawah.
  5. Bentang crepe, sapu whip cream dan dilapisi isi durian. Kemudian lapis semula dgn whipp cream.
  6. Lipat dan simpan dalam peti sejuk. Sgt sedap dimakan time sejuk..
Selamat mencube >_<

Monday, November 19, 2012

Meremis dan Mengerang di Sg Tiram Perak

Wow... last week merupakan travel week utk eda & hubby. Yela banyak cuti minggu tuh, jadi hubby amik cuti seminggu. hehe... Kami balik ke KL dah lama x balik cuti umah family eda. pastu jumaat terus ke manjung sebab kwn hubby kahwin sabtu tuh. Lepas kenduri terus balik senawang nogori sembilan, sbb ahad tuh sepupu eda plak khwn.. Ha.. tapi sabtu tuh sebelah pagi kami sempat lagi g mengocha kat pantai dekat sg tiram.. Pelik plak dah pantai nama sungai plak kn..entah eda pun konpius..muara sg kot.hehe.. Mula2 kami rancang nk kutip remis.. selagi bila air surut ade banyak plak kerang bergolekkan di tepi pantai..Apa lagii, terus meroyan semua org kutip.hehe.. Pengalaman paling best.. Lain kali nk g lagi. Remis yg kami kutip bila masak sgt sedap & manis. Segarlah katakan ^_^..sambil menaip ni eda boleh rs kemanisan remis nih...uiiihhhhhh sooodaapppppp

          Hasil permulaan.. ..         Jom korek2 tanah...          wow...keraaangggg!!
                        ^_^                             kerang yg dikutip..              kepenatan selepas mengocha..


 Jadi sesapa yg de rancang nk g pulau pangkor tuh, singgah2 la sungai ulu tiram. boleh kutip remis dan kerang. Pastu g pulau pangkor bakar kat situ.fuhhhhh....sodappp..!!