Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Tuesday, August 22, 2017

Summers in Japan 2017 - Day 1

Assalammualaikum..
Ok eda rs kene start tulis dlm blog sebelum sel2 memori terputus hubungan πŸ˜‚

Alhamdulillah..

'Nikmat Tuhanmu yg mana yg engkau dustakan'

Terasa tahun ni mengimbas kembali menori tahun 2012. Tahun yg eda gelar sebagai tahun penuh kesyukuran. Sebabnya pada tahun tu, bulan feb menunaikan umrah, jun ke korea dan disember disahkan pregnant..

Tahun 2017 ni pun lebih kurang sama. Feb menunaikan umrah, ogos ke jepun. Cume hujung tahun belum tahu rejeki si kecil ade dlm perut tu. Baru nak start ttc ni. Doakanlah eda ye πŸ™Œ

Alhamdulillah, tak disangka2 april dapat wasap dari SIL "kakteh jom ke osaka". Hari yg sama tanya hubby, terus hubby ckp "ok, pilih tarikh lepas raya". Dari detik tu, kami buat preparation skit2 sampai bln2 terakhir nk flight.

Jemput baca pengalaman kami yang tak seberapa ni. Pengalaman bg eda dan hubby pertama kali travel tanpa agent. Sebelum ni kalau travel vietnam, korea, thailand, indonesia dgn pakej siap semua. huhu.. Sungguh berdebar2 😎

*************************************************

Day 1
Ready to take off

Penerbangan dari KLIA2 ke Haneda Airport mengambil masa selama 8 jam. Bertolak jam 2.40pm, sampai sekitar jam 10.40pm.

Lepat dan koci mak pun nk ikut ke jepun πŸ˜‚

 Disebabkan kami sampai agak lewat malam, kemudahan train adalah terhad dan jika tidak bernasib baik, terkandas di airport or ditengah2 perjalanan 😱 Jadi perlu perancangan plan A dan plan B untuk ke tempat penginapan. Plan A ofkoslah yg paling murah iaitu dengan train/subway.. Plan B menaiki midnight bus yang harganya 3x ganda mahal.huhu.. Persediaan kami adalah dengan membeli siap2 kad suica (mcm touch n go). Itinerary tu mmg konpem sudah siap print la utk guide ke station mane nak tuju. 

Menunggu 1st monorail..

Alhamdulillah, seusai touch down kami terus berlari2 utk ke immigration dan collect luggage. Waktu tu kurang lg org sbb kami berlari kan hahahah.. Berpeluh mokcik.. Urusan di immi agak cepat, xde byk soal (bernasib baik la, sbb ade org kene ty teruk siap kene tunjuk itinerary lg πŸ˜…) Ekceli eda dh siap tgk dlm youtube sblm berlepas mane arah nk ke monorail. Jd tak tercengang cari tanda arah. Terus ke monorail, touch suica mcm kita naik lrt di sini. Dan naik ke landasan train. Di jepun ni kene baca tiap train yg datang hala ke mana. Tersalah naik, nyaya ko mlm2 buta tu. Mmg terkandas tgh jln la gamaknye πŸ˜‚

Penginapan kami terletak di Shin-nakano, perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam lebih dari Haneda airport. Alhamdulillah, train yg sempat kami kejar jam 11.30pm. Jd perjalanan kami akan berhenti di station nakanosakue, 1km dr tempat penginapan. Maka menapak la kami malam2 buta disertai ujan gerimis πŸ˜‚. 

Makan dulu 😎


Sampai penginapan dalam jam 1 pagi. Terus mandi bersih badan, solat.. Yg geng isteri solehah ni haruslah memasak. Hehe.. Eda bw beras so terus masak nasi dan jg meggi. Malam tu kononnye nk tunggu subub sbb subuh di jepun jam 3 pagi 😱 tapi tertido juga. Nasib baik hubby x tido, hehehe... Kalau x sume subuh gajah πŸ˜‚

Perjalanan hari pertama di Jepun dimulakan jam 8 pagi. Eda sebenarnye risau jg keluar awal, takut terbayangkan video yg viral train di jepun sesak mcm tin sardin huhu.. Dlm keadaan ade anak kecik dan bw stroller, jd wajib dipertimbangkan dgn sebaiknya. Tp pagi tu keadaan di jepun agak lengang. Mungkin sbb hari wiken dan kami naik subway. Ramai kate Yamanote line selalunya padat dgn penumpang.huhu.. Nasib baik 😁

Hochiko!!

Shibuya Crossing road

Destinasi pertama terus ke Shibuya yg terkenal dgn Crossing road nye yg penuh dgn pejalan kaki dan juga replika Hochiko.. Dari shin nakano station naik Marunouchi Line menuju ke Shinjuku station. Tukar train Yamanote Line untuk ke Shibuya station. Sume guna Suica sbb Tokyo Subway Pass belum amik lg. Kami agak jakun juga dok ulang alik melintas jalan. Nak amik gambar punya pasal hahahaha.. Waktu ni, suica adik eda tercicir entah mane. Aduyaiiii... Bazir kot baru pakai beberapa kali, nk report masalahnya kad kami tidak register. Kekurangan tak register ni kalau hilang xdpt la nk cancel pass tu dan amik yg baruπŸ˜… lepas insiden tu, terus kami kaum isteri solehah yg tlg pegang pass haha.. 

Jam 10 terus gerak ke destinasi seterusnya iaitu Harajuku tourist information centre sbb nk collect Tokyo Subway Pass. Macam di msia, kedai2 mereka mula beroperasi jam10 am. Menaiki Yamanote Line ke harajuku station, dr station jalan ke tourist centre dlm 2min. Kami beli Tokyo subway pass 48h. Unlimited use ok utk 2 hari. Hanya cover subway shj. Tp bg kami setakat 2 hari di tokyo, berbaloi la pass ni aspecially bile tersesat salah naik train hahahaha... 

Takeshita street

Konob nk pakaikan aisya corak. Tp anak dara bangun plak hehe


Selepas collect pass, terus jalan2 di Takeshita Street. Macam2 ade jual situ. Lebih kurang mcm di Jalan TAR.. Cume sini nampak sume comel2 hehe.. Ade Daiso situ blh la borong fridge magnet or keychan 100¥ je.hehe..

Suasana tenang lagi. Masih xrasa panasnye lg..

Belakang tu Kebab J Box

Kami berjalan sepanjang Takeshita street menuju ke Meijijingu mae station. Berhenti beli kebab di Kebab J Box. Untuk makluman, di situ hanya daging sahaja yg halal. Kami dh balik ni baru tau.huhuhu..walopun mmg mkn kebab daging, tp terkezut kottttt... Ingatkan kedai arab ni halal la..huhu pengajaran utk kami. Kebabnya mmg superb sedap. Harga 600¥. Adik eda dan isteri die mkn lambat skit. Eda dan hubby dh jln dlu sbb anak dara mengamuk x bergerak, jd x sempat nk dgr org arab tu nyanyi lagu Negaraku πŸ˜‚ hafal lirik tu yg x tahan tu hehe..mcm2..

Tokyu Plaza

🀣🀣🀣🀣


Seterusnye terus jalan.kaki, lalu depan Tokyu Plaza. Bangunan yg sgt unik. Tp kami x masuk pun. Takut lari plak dr plan dlm itti.. Setakat berhenti amik gambar shj 😊

Camii Mosque

Makan jap..

Camii Mosque


Sampai Meijijingu station, boleh guna Tokyo Subway pass dh. So set subway only dlm google map supaya senang die tunjuk sbway shj ke mana kita nk tuju. Dr Meijijingu mae station, naik Chiyoda Line ke Yoyogi Uehara station. Ini adalah station yg terdekat untuk ke Masjid Tokyo atau Camii Mosque.. Dlm google map blh search Tokyo Camii & Turkish culture centre. Masjid Camii adalah dlm bangunan yg sama. Solat jamak zohor asar, rest kejap di bahagian dlm untuk bg anak dara makan. Terasa sedap sgt makan nasi lauk sardin time tu hahahaha..

Gerbang masuk ke Nakamise Market

Sensoji temple

Deretan kedai2..


Destinasi seterusnya Asakusa. Di sana terdapat Nakamise market (syurga souviner org ckp), Sensoji Temple dan Tempat makan Naritaya Halal Ramen. Dr Yoyogi uehara station naik Chiyoda Line dan Ginza line menghala ke asakusa station. Kami sempat beli beberapa keychai dan fridge magnet di Nakamise Market. Harga fridge magnet dlm 380¥, manakala keychan dlm 500¥. Walopun mahal tp lg cantik la dr Daiso 😁

Miso ramen πŸ˜‚

Laluan ke Naritaya halal ramen


Pengalaman makan ramen di Naritaya Halal Ramen πŸ˜… eda beli miso ramen. Rasanya??? Nak kata bkn selera eda,.tp yg adik eda punya miso ramen spesel, sedap plk.. Yg eda punya mcm rs muntah huhu.. Even adik eda pun xlalu nk mkn yg eda punya. Entahla.. Xkn sbb masa mula2 die buat yg pedas, eda order x pedas sbb nk mkn dgn anak kecik kn. Jd die tukar.. Lain plak rsnye 😭 harga 900¥.. Tp sbb harga mahal, maka terpaksa mkan sampai habis huhuhu

Palette town ferris wheel

Jam dh menunjukkan petang, jd cpt2 patah balik ke.Asakusa station naik Asakusa Line dan Yurikamome (kalau x salah kami pakai suica sbb Tokyo subway x cover yurikamome line) menghala ke Aomi station. Misi mencari Gundam!!! Keluar dr Aomi station terus masuk Palette Town di mana terletaknya Ferris Wheel.. Masa kami sampai dalam jam7 mlm kot, so x ramai org. Lampu di ferris wheel pun xbuka lagi πŸ˜… Baru beratur dlm kire2 group ke 3 kami ni, tengok belakang wow dh ramai beratur huhu.. Permandangan atas ferris wheel mmg cantik sbb nampa bandar Tokyo, siap nampa replika Statue of Liberty, Rainbow Bridge dan Tokyo Tower 😍

Kaki gundan je ade 😭😭😭

Turun dr Ferria wheel, berjalan kaki ke Divercity Tokyo Plaza. Hajat dihati nk tgk Gundam. Sekalu gundam hanya ada kaki shj 😭 ok mmg sgt kecewa. Amik gambar dgn Gundam kecil pun jadila 😣


Dh sampai penghujung jln

Nampak peluh di kepala den πŸ˜‚

Seterusnya jalan kaki menuju replikas statue of liberty. Waktu jalan ni, dh rs mcm nk menjalar ko.. Kaki dh minta nyawa. Serius sgt2 lenguh kaki kami πŸ˜‘ mood pun mula nk ke laut huhu.. Amik gambar sekejap di statue of liberty, terus ke Daiba station. Nasib baik la sebelah je.. Mmg gitu pun plan dlm iti.. Alhamdulillah semua tempat yg tertulis dlm iti berjaya ditakluki 😎

Jadi berakhirlah sudah hari pertama kami di Tokyo. Dari Daiba station naik Yurikamome line, Ginza Line dan Marunouchi Line ke Shin nakano station. 3 train tukar, dan semasa dlm train takde sorg pun org jepun ni nak bangun bagi makcik yg berdiri sambil dukung bdk 10kg. Sabo jela...

Sambung day 2 yg penuh debaran πŸ˜‚.....

Monday, August 14, 2017

MSc oh My MSc πŸ˜…

Alhamdulillah.. Balik dr jopun dh dikonpomkan tahun ni den dpt gak graduate. Syukur alhamdulillah..

Ekceli dh dpt news kemungkinan akan dpt graduate sebelum berlepas ke jopun lg. Cumenye pihak senat UM meeting time den ke jopun. So mcm berdebar2 la spanjang cuti tu. Tiap malam buka email, sbb dh inform awal2 pd yg incharge supaya email result.hehe.. Tp sampai dh blk.ke JB xdpt email 🀣Last dpt call dr IPS inform dh blh graduate. Minta utk update info di website UM Konvo. Alhamdulillah..

Eda register master of science pada tahun 2009. Graduate tahun 2017 inshaAllah. Hampir 8 tahun πŸ˜‚. Penuh kisah suka duka. Tp rsnye eda x akan berputus asa utk belajar pagi jika diberi kesempatan kesihatan, masa dan semestiny wang huhu..

"Baling belakang" suka duka Msc eda

2008 
Alhamdulillh. Permohonan kali ke 2 utk sambung sarjana sains diluluskan pihak senat univeriti malaya. Tapi eda tangguhkan pedaftaran untuk mengumpul duit membayar yuran pendaftaran. Masa ni eda buat 2 kerja parttime; tutor sambilan jabatan bio, dan juga research assistance. Dalam masa yg sama memohon untuk scholarship under IPS (Inst Pasca Siswazah) UM. 

2009
Berdaftar dgn bahaga sekali. Eda ingat lg pesan abah supaya belajar berjimat sbb abah dah x boleh nk byrkan yuran. Abah tanggung setakat degree shj. Tp abah sokong kalau nk sambung belajar. Sbb ia adalah utk pencapaian diri sendiri. Bukan utk menunjuk2 kita pandai atau utk dpt kerja bagus. Degree pun dh blh keje bagus. Jgn buang masa kalau niat utk dpt gaji besar. Sekali skala tersesak tu blh la pinjam abah duit. Tp eda jaraaangg la pinjam duit.kat abah. Segan kot dh besar. Umur pun dh 24tahun waktu tu hehe..

Semester 2 permohonan scholarship eda diluluskan.alhamdulillah.. Setahun bekerja 2 tempat mmg sgt2 memenatkan. Tp berbaloi bila dpt byr yuran huhu.. Sem 2 last eda bekerja sbg tutor sambilan.

2010.
Awal tahun eda jalani viva. Dan keputusannya adalah GAGAL πŸ˜‚. Mungkin byk kekurangan dari eda (walopun sbrnye eda ikut je senior2 punya viva). Sampaikan ade beberapa lecturer dr jabatan biohealth nk jumpa personal dgn eda. Kata mereka takut eda down, sbb bg mereka apa yg eda dh sampaikan memadai sudah. Tp nk buat mcmne. Yg judge eda ketua jabatan bidang lain kot. Mmg silap la eda kalau x dpt jawap part dorg.Huhu.. Redha jela. Ade masa beberapa bulan sebelum repeat viva. 

Alhamdulillah ikut perancangan tahun ni akan selesai semua kerja makmal eda. Selepas viva kali ke 2 lulus, tunggu bulan disember utk berkahwin 😁

2011
Berpindah ke JB. Bulan mei dpt keputusan bekerja sebagai pegawai penyelidik secara kontrak di HSA jb.alhamdulillah.. Meneruskan hidup berumahtangga sambil menulis thesis. Thesis? Progress sgt lembab sbb bila weekday sibuk kerja badan penat. Hujing minggu memang ke lait la nk menaip thesis πŸ˜‚

2012
Menunaikan umrah pertama. Ingat lg ketika di masjidilharam, eda berborak dgn somi. Ayat somi mmg betul2 terkesan dijiwa "utk apa ayg kerja. Kalau utk byr keta, utk bantu abg.. Abg masih mampi sara ayg dan semua tu" Allah.. Sepanjang di sana eda minta pd Allah agar bantu eda pilih yg mana terbaik. Eda ade kereta utk dibayar, yuran Pengajian yg masih perlu dibayar selagi thesis belum dihantar, makayah yg eda nak beri duit bulanan. Balik dr umrah eda terus tekad utk berhenti dan siapkan thesis. Somi pun sokong katanya setel dlu thesis baru kerja πŸ˜†

Hujung tahun, alhamdulillah hampirt selesai. Draft pertama .di hantar kpd penyelia utk semakan sebelum teruskan kpd chapter yg lain. Dalam masa yg sampai dapat tau pregnant. Alhamdulillah. Nikmat berganda dari Allah.

2013
Mac, draft terakhir sudah disiapkan dan menunggu masa utk dihantar. Waktu ni kurang tido dan badan penat. Eda tak terfikir pula waktu tu, ia merbahaya pd kandungan memandangkan eda pregnant with twin. So kene double le penjagaan bdn. Ditakdirkan pula supervisor eda tidak available ketika eda sudah di KL. Mak ayah eda pun di terengganu sbb kakak bersalin. Maka kami pun meneruskan perjalanan blk ke perak. Ye perjalanan jauh. Perjalanan jauh dgn kereta viva terakhir bg kami. Sbb pulang ke JB direct dr perak, eda terus tumpah darah. 3 hari kemudian lahirkan putera2 syurga kami. Mereka hanya mampu bernafas beberapa minit sebelum pergi selamanya.

6 bulan sejak eda kehilangan putera2 syurga, eda langsung x sentuh laptop. Pandang pun tidak. Trauma.. Sedih.. Benci.. Sume ade.. Sampaikan rumah pun kami pindah masuk rumah kami beli seminggu berpantang. Nampak kn betapa hati kami sedey utk mengingati semua kenangan itu.

Oktober, supervisor call tanya berkaitan thesis. Sudah terlalu lama die ckp eda minta rest πŸ˜‚ so hantar final draft, by december supervisor minta submit sofcover thesis. Alhamdulillah..

2014
Tahun relax sambil buat journal utk publish.

December dpt keputusan thesis minor correction. Alhamdulillah. Dan bulan yg sama dpt tau pregnant lag.. Alhamfulillah.. Tp berdebar2 dgn sejarah silam πŸ˜‚

2015
April. Siap thesis. Pos ke junior memandangkan eda x dpt travel jauh dh. Jumaat post ke junior, ahad tu eda warded πŸ˜‚ isnin buat emegency cerclage. Allah.. Eda dh x kisah thesis dh waktu tu (sbb ade problem tajuk silap sikit. Nasib baik junior susah payah tolong betulkan. Thanks azri) bermula kisah debar sehingga bdk kecik dlm perut tu keluar huhuhu.. Thesis dh selesai. Tamat riwayat 😁

2016.
Penyelia berusaha utk publish journal eda

2017.
Akhirnye senat UM meluluskan eda utk graduate. Setelah eda hampir nk berputus asa hukhukhuk..

Alhamdulillah. Perjalanan 8 tahun penuh berliku. Penuh suka duka. Tp eda bersyukur dikelilingi labmate dan penyelia yg sgt2 memahami. Terima kasih semua.. Terima kasih Ya Allah. 

Ya Allah, Engkau balaslah segala kebaikan mereka berikan kpd aku dgn sejuta kali lebih kebaikan dr Engkau ya Allah kpd mereka. Andai ade dikalangan mereka masih belum berjumpa jodoh, maka Engkau pertemu mrk dgn insan2 yg soleh solehah menjadi pasangan hidup mereka. Andai ade antara mereka mempunyai masalah kesihatan ,maka Engkau berikan kesembuhan sepenuhnya atau jika tidak dapat disembuhkan (penyakit genetik) Engkau kurangkanlah kesakitan yang ditanggungnya. Andai ada antara mereka mengalami masalah/halangan dalam kehidupan mereka, Engkau permudahkanlah mereka mencari jalan penyelesaian YaAllah.  Aminn..

Alhamdulillah..