Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Thursday, July 30, 2015

Minggu membaham semuanya...


Alhamdulillah dah menghampiri 2 minggu lepas raya. Berpeluh.. nebessss.. sume ade..

Jadi minggu ni eda akan request sebanyak2nye makanan yg teringin nk mkn. Sebelum semuanya jd larangan haha...

Kfc!! Yeay akhirnye lalu mkn.. so mkn eda jgn x mkn

Teh tarik!! Semalam dh req kopi.. x amik gmbr plk

pisang grg. Org kate grg2 xle nnt..

buah.. xtau buah apa yg blh dan x blh. So mkn je yg kenan


Sunday, July 26, 2015

Set berpantang lepas bersalin.

Ok. Skrg eda dh masuk 35 weeks. Hujung minggu ni dh kene menyerahkan diri ke hosp sultanah aminah utk proses creclage removal. Kalau jalan buka so alhamdulillah akan bersalin, kalau belum buka kene balik.hehe.. 

Tapi pape pun eda kene habiskan persediaan bersalin la dis week. Tinggal nak beli Minyak telon utk baby dan set bersalin. Aduyaiii.. Minyak mestika bayini di manakah andaaaaa ^_^. Puas cr kt kedai xdop plk. sejak kecoh psl minyak yuyi mengandungi unsur kinzir, eda jd was2 plk. Xpela, support mestika, minyak kegemaran mak eda sejak kami ddk kelantan lg. Sampai skrg eda pakai minyak hijau mestika tau, keluaran org kelantan. Dedulu ssh nk cr kt kl, mak tpaksa beli berbakul2 bile g klantan setahun skali. Skrg ni dh byk alhamdulillah.hehehe..

Ok berbalik pd set berpantang. Adehh. Pantang sebelum ni eda x sempat nk study psl set pantang. Yela baru 5mo dh bsalin kn. So hubby eda yg g beli. kali ni eda nk xnk amik jamu2. Huhu..sbb takut bby kuning dan panas. Sebenarnye mls nk jamu2 ni. Eda nk beli yg sapu2 je kalau tradisional ni. Mcm pilis, Lulur, tungku herba. Yg mkn2 mgkn amik shaklee ssb die lebih pd makanan tambahan kn. Selamat sikit ^_^

Jenama Leesa formula. 

Bg eda ok lengkap set tuh. Ni la set pantang hubby eda beli pantang sblm ni. Pandai hubby g cari.hehe.. Ade serbuk pilis, lulur, pastu serbuk sapu kt badan masa berurut (lupe nama die.haha),  pil haruan, pil perawan, bengkung Dan myk telon. So kali ni rs mcm nk guna je set leesa ni lg.. tp dh google yg tbaru dh xde serbuk2 ni. Die pakai krim/gel utk sapu terus. Bagus gak xpayah nk ssh bancuh.hehe


HARGA PASARAN : RM260.00 

PRODUK:-
1-Tablet Prawan 
2-Tablet Haruan 
3-Ginger Cream 
4-Minyak Telon 
5-Body Contour Gel 
6-Bengkung 

Ade set C tambahan uncang mas cotet dan tungku herba. Tp harga up la jd 3ratus.huhu

Shaklee

eda ade baca psl shaklee set berpantang gak. Tp bg eda shaklee ni lebih kpd makanan tambahan la. Mmg produk ni bagus uttk mkn sbb bkn herba, jd bby terkesan kot.  Mmg dh bercita2 nk beli, cume mngkn beli sesetgh produk je kot mcm utk milk booster dan beri kekuatan pd bdn eda lps bsalin.
Set Asas untuk Shaklee terdiri daripada

1. Vitamin B Complex
Kesan pada ibu berpantang

Badan rasa lebih bertenaga kerana pembebasan tenaga dari minuman dan makanan berlaku lebih cekap
Elakkan meroyan pada ibu berpantang. Emosi dan perasaan ibu berpantang lebih stabil dan tenang.
Membantu pembentukan kulit yang lebih sihat
Oksigen dan makanan diangkut dengan lebih baik dengan penghasilan sel darah merah baru yang banyak hilang semasa melahirkan.

2. Vitamin C
Kesan vitamin c pada ibu bersalin dapat dilihat dengan

Meningkatkan kemampuan badan melawan penyakit 
Radikal bebas penyebab kanser dihapuskan oleh antioksidan (vitamin c adalah anti oksidan yang baik). Kulit yang lebih sihat kerana vitamin c diperlukan untuk menghasil kolagen. 

3. Vitalea Dengan Zat Besi.
Kesan vitalea

Penghasilan darah yang lebih berkualiti dari zat besi. Badan mommies akan lebih bertenaga
Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral untuk badan yang sihat. Membekalkan spirulina yang kaya dengan zat

4. Zinc Complex
Fungsi Zinc:

Luka lebih cepat sembuh. Alternatif kepada ikan haruan untuk sumber zink
Mengurangkan masalah rambut gugur
Daya ingatan dan memori lebih kuat
Aktifkan hormon dalam badan. Baca fungsi zin

*******

Friday, July 24, 2015

Gelagat dibulan raya ♥


Alhamdulillah dh seminggu kite berhari raya. Raya ke 5 aritu mak abah dan famili kaklong eda dtg beraya. Raya ke 6 plk famili alang plk dtg. Seronok jiwa makcik buat persediaan. Kemas umah, keluar pinggan mangkuk (baru nk keluar sbb ry kurang tetamu slalunye.huahuahu), masak rendang lagi sbb dh abis. Hehe.. 

Mgg eda akui eda terus lupe yg eda ni x sht sgt sampai buat keje2 semua ni. Kalau tetamu dtg konpem kite kene layan, sbb eda dh dibiasakan mak abah besarkan mcmni. layan tetamu sebaiknya. Tapi ade ms eda g baring rest gak. Sbb perut akan dilanda ombak tsunami kalau penat sgt ^_^… 

Alhamdulillah. seronok rs ry kali ni sbb famili dtg ry umah. ok eda, seminggu lepas ry dh berlalu, tinggal lg seminggu. Jom menghitung hari..hehe





Berlibur di dataran crown dgn anak2 buah








Sunday, July 19, 2015

Crochets di Aidilfitri

Salam lembaran ^_^… Sedar tak sedar dh hmpir 8 bulan eda cuti dr crochet.hehe.. Byk paten dh kumpul, tp bile nk buat je tgendala..kopiah hubby pun baru siap. 2 lg tgendala separuh jln.huhuhu..

Bwh ni antara yg eda sempat buat skit2. tempahan belum dibuka ye kwn2. Ni just warming up jejari tembam eda ni je ^_^…


Tulips Hat♥


kopiah puase konon.tp siap lps ry.hehehe..

Petua mudah bersalin..

Sekarang ni eda tgh mencari info2 berkaitan bersalin. Dah masuk 34 weeks ni rasanye kene prepare mental dan fizikal dah. Eda copy paste dr blog ini.. untuk rujukan bersama. InshaAllah..

Pengalaman pertama eda dgn twins adam dan adib, xde koyakan langsung. Xde bius bagai (malah eda minta c-zer lg sbb xprepare mental waktu tuh) Doc ckp sbb eda pandai teran. Tapi eda rs mngkn sbb bby2 kecik je. Yela batu 5 bln berat dorg pun 250+g je sorg. Yg 1st Adam mmg eda x faham mcm mne nk teran. Dok teran2 xkeluar2 lg. Bile doc ckp dh rs nk berak tuh baru teran. Alhamdulillah.. yg kedua Adib dh faham.. 2x teran keluar.

So kali ini kene menuntut sungguh2 ye eda. Nak belajar teknik hypnorbirth. Teknik pernafasan die tuh yg penting. Nak belajar urutan perineum utk kurang risiko koyakan. Minyak kelapa dara pun x beli lg ni eda. haihhh... T_T'...

*********★★★*********

Assalamualaikum bakal mommies hebat,

Apabila usia kandungan memasuki 36 minggu, ibu mana yang tak berdebar-debar untuk melahirkan bayinya. Pengalaman di dalam bilik bersalin adakalanya mudah, namun ramai yang takut nak bersalin disebabkan:

  • Takut dengan sakit bersalin
  • Tak tahan sakit bersalin
  • Sakit bersalin yang lama
  • Jahitan yang banyak
  • Ini pengalaman anak pertama (anak sulung)

Oleh sebab itu, entri ini khas untuk mommies yang bakal melahirkan tidak lama lagi. Petua Mudah Bersalin Normal,agar proses kelahiran mommies lancar, tiada komplikasi, bersalin dengan normal dan selamat kedua-dua ibu dan bayi insyaAllah!




Petua, Teknik, Doa dan Amalan agar Mudah Bersalin Normal

Persediaan Di rumah (sepanjang mengandung dan sebelum ke hospital)

1. Senaman Kegel
Ini ialah satu aktiviti mudah dan memudahkan kelahiran insyaAllah. Senaman kegel dapat membantu menguatkan otot bagi mempersiapkannya menempuhi proses kelahiran. Wahh, macam melatih askar nak bertempur di medan perang! Gitu lah gamaknya.

Tetapi senaman kegel ni mudah saja. Cuba berlatih ketika anda membuang air kecil. Tahan air kencing dari keluar, tahan lima saat kemudian lepaskan perlahan-lahan. Buatlah dua tiga kali. Selain semasa dalam toilet, boleh juga buat bila-bila dengan cara membuat kemutan kiraan lima saat, dan lepaskan perlahan-lahan.. sambil lipat kain, sambil berwhatsApp dengan encik abang, sambil baca entri ni pun boleh buat!

2. Banyakkan membaca al-Quran, sebaiknya khatam sekali sebelum melahirkan 
There’s no doubt about this! Ramai orang sarankan baca surah Maryam. Bagi Ummi, bacalah keseluruhan al-Qur’an sepanjang 9 bulan mengandung.

3. Banyakkan berjalan, terutama bila dah masuk minggu ke 36. Ajak suami window shopping ke, jalan di tepi tasik ke, naik turun tangga pun ok.

Kalau Ummi dulu, dok pusing keliling rumah. Target 1000-3000 langkah sehari! Keluar peluh, baby pun senang keluar. Dan paling best, senang nak turunkan berat badan semula selepas bersalin.



4. Air selusuh
Kata orang, seeloknya suami yang buatkan air selusuh ni. Setakat ini Ummi belum pernah mencubanya.

5. Makan Sayur Bendi
Mengikut petua tradisional, bendi yang bersifat lendir di dalam dapat membantu melicinkan laluan peranakan. Allahu a’lam. Petua mudah bersalin yang ini Ummi belum pernah mencubanya. Makan asam pedas ikan terubuk berulamkan bendi pun nyumss nyumsss!

6. Makan sebelum masuk bilik bersalin
Ini petua yang sangat penting. Jangan sesekali ambil mudah! Mama Ummi kata, masa lahirkan abang, mama tak bertenaga nak meneran (sebab tak makan sebelum masuk dewan bersalin). Akibatnya? Baby kena forceps.

Makanlah nasi ke, roti ke, minum milo.. telan beberapa biji kurma juga sangat bagus. Untuk memastikan makanan yang baru dimakan tadi ditukar menjadi tenaga, telan sebiji B-Complex Shaklee - pemberi tenaga instant semasa mommies nak meneran nanti.

Semasa berada dalam bilik bersalin

7. Aktif semasa merasa kontraksi

Kesilapan ramai mommies ialah apabila mula rasa kontraksi ringan/sederhana, dia hanya berbaring bagi "konon2nya" mengurangkan kesakitan.

Seeloknya lagi kita sakit, lagi kita banyak berjalan agar laluan membuka dengan lebih cepat. Minta izin nurse untuk berjalan-jalan disekitar bilik bersalin

8. Banyakkan membaca doa Nabi Yunus

“Laa ilaha illa anta, Subhanaka inni kuntu minaz zolimin”.

9. Banyakkan membaca ayat 19 dan 20 surah Abasa

10. Teknik pernafasan yang betul semasa kontraksi dan semasa meneran.
Teknik ini harus dipelajari dan perlu latihan. insyaAllah esok lusa Ummi kongsikan caranya ya.

11. Cara meneran yang betul
Cara meneran yang betul membantu baby keluar dengan mudah. Ini satu entri yang harus dibincangkan dalam satu entri khas.

Gabungan teknik pernafasan dan cara meneran yang betul sangat membantu memudahkan bersalin. Ia membantu kita mengawal sakit kontraksi, mengumpul tenaga agar proses meneran lebih efektif.

Teknik pernafasan yang betul membantu bukaan laluan dengan lebih cepat. Oleh itu, masa sakit kontraksi dan masa proses kelahiran dapat dipendekkan insyaAllah

Teknik meneran yang betul juga akan mengurangkan risiko natural tears dan jahitan luka bersalin yang banyak.

Saturday, July 18, 2015

Salam Aidilfitri 2015

اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ، اَللّهُ اَكْبَرُ
 لاَ اِلَهَ اِلاّ اللّهُ اَللّهُ اَكْبَرُ
اَللّهُ اَكْبَرُ، وَلِلّهِ الْحَمْدِ

تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمنٌِكُمٌ صِيَامَنَا وَصِيَامَكُمٌ
اَللّهُمَّ اجٌعَلٌنَا مِنَ الٌعَاءِدِيٌنَ وَالٌفَاءِزِيٌنَ

Kami sekeluarga Mengucapkan "Selamat Hari Raya Eidul Fitri Minal 'Aidin Walfaizin".

Ampun dan Maaf dipinta untuk kesalahan yg pernah kami perbuat baik Zahir maupun Batin. 





Alhamdulillah. Kali kedua beraya di perantauan. Walopun di JB je. Tp tetap beri kesan pd jiwa kami. Yela. X sama tau beraya berdua je kalau nk banding beraya dengan keluarga sendiri atau mertua. Rindu suasana ahli keluarga bgotong royong kemas umah, memasak, dan bersalaman di pagi raya. Huhu.. nangisss ╮(╯_╰)╭

Sebelum ni x dapat blk raya pertama sbb suami keje. At least blk gak kn even dh ry ke 2. Tp kali ni mmg kami x Dpt blk langsung. Huhu.. bkn sbb suami keje, tp sbb kesihatan eda tak mengizinkn. Sian hubby dh 8 bln x dpt jumpa mak ayah. Huhu.. sabar ye syg, lepas ni kite kerap blk manjung tau..

Walau papopun eda tetap bersyukur. Banyak yg kami pelajari dr semua pengalaman ni. Bile salah seorg dr kami mcm dh buat peel homesick, jd slh sorg lg meati cube ceriakan suasana. Yela sama2 sdg bsedihkn. Jd masing2 faham. Susah senang sama2 lalui. Alhamdulillah..

Sarapan sblm ke solat rays

Bermaafan2.huhu.. byk doss den pd en.hubby╮(╯_╰)╭

Tetamu pertama kmi

Throwback..mlm ry..rendang in da making..

Ofkos hubby adlh tukang kaco dan merasa.hehe

Memburu lemang.....

Tak lupa. Meng'oter' baju ry..aih... sabo jela..

Wednesday, July 15, 2015

Mood Raya : Startok ^_^…


Esok adalah hari terakhir berpuasa. 

Ya Allah. Mg Engkau menerima ibadah kami lakukan pada ramdhan tahun ni. Dan moga Engkau pertemukan kami kpd ramadhaMu yg akan dtg. Aamiin..

Hari Raya tahun ni jatuh pd hari jumaat 17 april 2015. Jadi ade masa lagi sehari ngomeh umah. Last minit keje sbb tunggu hubby cuti baru blh gerak. Kalau sensorg eda x berani. Nanti pape berlaku ssh plk nk minta tlg. nauzubillah. Ninta dijauhkan. Huhu..

Ok alkisah ngomeh umah dh start sekerat je. Lepas buang habuk kipas, sawang, vacuum umah hubby pun pengsan. Eda sambung skit je tp x abis lg. 

mau susun2 shj perabotnye...

Pening tgk tangga dan trackmill tuh. uppa cpt simpan!!! ^_^

Malu nk amik gmbr dapur..hahaha 

Ruang mkn yg serabuuuttt..

ok. Eaok sambung abiskan kemas.mlm baru masak rendang... yeba..yebaa.... ^_^

Friday, July 10, 2015

^_^ ♥

Ada apa dgn July/Ogos

Durian in da houuseeee 😍

Tak nyempat tuko baju solat.hehe

masih terasa di lidah eda rs dorian ni. Sodaaap!!!!


Alhamdulillah. Malam td lepas terawih eda terus terlelap. Bangun2 berpeluh sakan makcik (biasa la hormon x stabil). Buka ekon terus g dapur masak nasi dan potong buah tembikai. Konon nnt dh abis masak msk bilik sejuuukkk. Sekali dh msk bilik tgk ekon x on lg.. bunyi je biiippp tp x on. salah tekan la tuh. Sabo jela. huhu.. malam nnt bile hubby balik dr tarawih dan usrah die blh la mkn sama2. Eda suke mkn tembikai lagi2 pose ni sbb tembikai byk air. Nanti bile g tandas, jernih je air kucilnye. Legaaaa...hehe.. selagi x jernih selagi tuh risau xle tido. Yela kene hati2 skrg takut infections.

So dlm kol 12 tgh mlm, en hubby tercinta  pun blk. Disebabkan eda tgh kusyuk melipat baju2 sambil masuk dlm beg, jd mls la nk buka pintu (teruk benor prangai ko eda.hahahha).. Tettibe hubby tersembul dpn pintu bilik sambil tersengih. Tgk kt tgn die ade DORIAAAANN!!! eksited makcik.. terus tinggal baju2.. abis madu sepah dibuang ye eda.huahuahua...

Alhamdulillah terlepas gak hajat nk mkn dorian. Ngidam ko eda??!! Hahaha.. saje je musim durian kn. Eda mmg hantu durian. Balun la 2 bijik mlm td. Alhamdulillah.. mekasih syg.  Nnt hujubg tahun kalai ade durian lg kite mkn byk2 ye  ^_^

Barang2 utk bawa ke hospital

Assalammualaikum..

Alhamdulillah. Bersyukur kpd Allah kini tinggal hanya 4 minggu shj lg sblm cerclage eda di buka. Bulan ramadhan kali ni dilalui dgn penuh berhati2 sbb risaukan si kecik dlm peyut ni. Misi menaikkan berat badan bby masih diteruskan. Tapi kali ni eda dh x minum ammum sbb kali terakhir eda beli susu tuh bau hanyir sgt. Mcm minum air ikan gamoknyeee. Bukan perasaan eda tau, hubby pun nk muntah minum. Huhuhu... belum expired lg bile tgk date. Xtau la... trauma makcik..

Ok berbalik pd topik asal, baju2 baby pun eda x basuh lagi. Haha.. jd cek blk list bwh barang2 nk simpan dlm beg. mmg kene buat dh skrg ni sbb aritu g kk pun nurse ty dh letak dlm beg x? Senyum jolaaaa..hewhewhew... 

ok jom senaraikan!! 




Barang bw masuk labour room

Eloknye letak dlm satu beg kecik. Senang nurse nk bw masuk labour room

1. Seluar dalam dan pad ibu
2. Baju berbutang newborn (ade ckp xpayah seluar)
3. Pampers newborn
4. Lampin
5. Selimut berhood

Barang Ibu dlm wad

1. Baju, kain batik dan tudung utk keluar hosp 
(kalau bsalin kt hosp kerajaan kene pakai baju pink. Private mcm columbia eda pakai baju umah je spanjang ms dlm hosp)
2. Selipar dan toiletries (colgate kecik xdok)
3. Tuala
4. Stokin tebal  (ade 2helai je.kene beli lg)
5. Seluar dalam pakai buang dan maternity pad
6. Bra dan nursing pad
7. Bengkung jenis pelekat utk jln blk (pinjam hubby punya ^_^)
8. Kain telekung dan sejadah (incase xbersalin lg)

Barang Anak dlm wad

1. Baju Lengan panjang dan seluar x 3
2. Baju lengan pendek dan seluar x 3
3. Mitten dan botties x 6
4. Topi
5. Barut x 3
6. Selimut berhood 
7. Lampin x 2
8. Pampers 20 keping
9. Tuala
10.Toiletries (head to toe)
11. Receiving blanket

Barang Ayah  

tak sure pelu ke sedia awal tuala selimut sbb hosp gomen suami tggu dlm kete kot. X pun die blk umh.huahuahua...

1. Baju dan kain solat (dlm beg eda)
2. Charger/powerbank
3. Tuala
4. Selimut

Bekalan makanan

1. Thermos air panas
2. Paket milo/horlick/nestum 3in1
3. Air zamzam dan air mineral
4. Kurma
5. Roti/biskut
6. Sudu
7. Vitamin shaklee

*********

Ok eda. Wiken ni sila basuh ye. Aritu dh siap asing baju putih dan color bagai. pastu senyaaappp..haha.. tunggu nk beli ampaian bju bby. Dlu beli satu je. X cukup ^_^… chiyok2 eda ♥♥♥


Wednesday, July 8, 2015

Musim cite Ngeri...o(╯□╰)o


Alahai.. eda perasan kebelakangan ni byk benor cite2 ngeri berkaitan hospital dan bayi. Sebelum ni kecoh pasal anti vaksin. Ermm... eda xfaham bile ade kate syubhah, sedangkan majlis fatwa dh keluar hukum harus. Bagi eda, apa yg majlis fatwa keluarkan mmg eda pecaya 100% sbb mereka yg keluar hukum ni bkn org2 biasa. Kalau x pecaya pd mrk, nk pecaya pd siapa plk kn?? Blogger2?? Huhu.. konpius. .

Lepas tu kecoh pasal homebirth. Eda ni mmg kalau bukan bidang eda, eda x berani nk komen lebih2. walopun den amik master biohealth still bidang perubatan eda anggap bkn kepakaran Eda. Jadi nak lebih faham hal ni, eda labih rela baca artikel dr doctor2 pakar yg dh bertauliah. Bkn dr mereka2 yg xde background perubatan.huhu.. Lagi pun bab yg melibatkan 2 nyawa, Allah... eda tak sanggup nk buat experimen try and error.

Skrg ni cite pasal bayi kene kerat2. Astaghfirullah.. ngeri eda baca akhbar2 skrg. Dekat fb tuh, eda rs mcm scroll laju2 je bile baca tajuk mcm tuh. Kemanusiaan pd zaman akhir zaman, sudah terhakis. Macam mane seorg ibu sanggup kerat2 anak die. Hanya org x siuman je blh bertindak mcm tuh.

Oo x lupa gak pasal kesilapan doctor2 dlm proses kelahiran. Ye bab ni buat eda rs takut. Tp bile baca apa yg diviralkan banyak sgt kepelikan dlm cite tuh. Ade pertikaikan doctor pelatih bagi epidural. Doctor pelatih???? kat hosp mana tuh... kalau swasta konpem x sbb byr mahal2 utk jumpa pakar je ke swasta ni. hosp gomen??? Pun x mungkin. Sbb pakar yg buat epi ni. Kalau bkn pakar pun mo at least. Yg kelakar tuh, bile dh jd viral baru nk kelam kabut ngaku bkn cite sendiri. Aduyai...~^O^~ ade yg pertikai lambat proses nk dpt rawatan. Its normal. Dh kate murah byrnye, konpem ramai dtg. Ce bgtau eda hosp swasta yg penuh tapi org dpt rawatan dgn pantas. cecite sikit mana. Nk gak eda g sane. Sbb setakat ni eda dh beberapa kali g bahagian kecemasan kat columbia, selalu ade 2,3 org je pesakit tunggu giliran. mana ade ramai....huhu

Semua cite ni kdg2 menganggu betul emosi eda. Lagi2 tgh pembawakan ni, buat den jd takut je. Tp bile cite kat suami, suami senang je bg nasihat. Byk2 doa kpd Allah mg dipermudahkan segalanya.huhu. mmg betul pun. Mohon dijauhkankan dr segala masalah..aamiin...

Monday, July 6, 2015

10 malam terakhir Ramadhan



Tiba sudah 10 mlm terakhir Ramadhan. Hari2 yg terdapat satu mlm yg sgt istimewa Iaitu mlm Lailatul qadar..

Jom perbanyakkan doa di atas. Dan bangun bertahajud. Moga kita terpilih menjadi antara yg mmdpt mlm lailatul qadar.. aamiin..


Friday, July 3, 2015

Ramadhan Progress ♥♥♥


Alhamdulillah. Dah sampai ke pertengahan ramadhan. Rasa sekejap je setengah bulan berlalu. Moga ibadah yg kita lakukan selama ini diterima Allah. Amiin..

Ramadhan kali ni, alhamdulillah setakat ni eda dan hubby dh berjaya bersederhana dalam berbuka. Ade hikmah gak la eda berRamadhan dm keadaan badan yg tak secergas mana. Huhuhu...

Rasanya dh 2 bln lebih kot eda x memasak di rumah. Sejak keluar hosp. Atas saranan doc supaya eda kene byk bedrest. Walopun ade sesetgh org ckp kene la gerak gak sikit x kn baring je. X elok utk badan la dan sebagainya.. kali ni eda nekad nak pekak kan telinga. Sebabnya yg merana nnt kami gak.. org lain hy tau simpati je.huhu.. Lagi pun eda tau badan sendiri, mmg 2 bln lepas keluar hosp eda dpt rs sakit di bahagian 'tersebut' tiap kali berdiri atau duduk lama. Jd Allah dh bagi warning tuh, pepandai la jaga ye ^_^…

Tapi sejak ramadhan ni, eda rs yakin sbb dh masuk ke zon selamat Kalau nk ter"wuek2". Haha.. msti pening korg bc kn..nnt la sampai masa nnt eda cite ye ^_^… Alhamdulillah skrg berbuka ala kadar aje. Kuih eda dan hubby, pastu makanan berat sikit mkn murtabak dan laksam. Total tiap kali buka budget rm10. Fuh... zmn skrg itu aje dh sepoloh hinggit. Berpeluh.... Nak eda masak berbuka takut lagi sbb berpuasa kali ni Tak sama dgn sblmnye. Kene jg keselematan 'org' lain. 

Cume bersahur je gilir2 masak.. ade hari eda masak. Adr hari beli lauk siap2.. lauk kegemaran eda daging kicap beli kat makcik klate ni jual nasi dagang. redha je hubby, kalau beli lauk itu aje.hehehe... nak wat guane abg. Nnt dh selamat semua ayg akan tebus blk ye msk byk2 utk abg ^_^…

Alhamdulillah. Mg Allah permudahkan ramadhan kali ni. Bagi kesihatan yg baik2 supaya blh teruskan terawih (di rumah aje) dan istiqamah dgn ibadah2 sunat yg lain. Aamiin..

Cant wait.. 
4 weeks to go.. 
HasbunaAllah wanikmal wakeel, nikmal maula wanikman nasir..