Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Monday, April 29, 2013

Memagari rumah cara Islam


Alhamdulillah.. 

Harini kawan sekeja hubby datang untung memagar umah kami..Akceli kawan hubby tuh memang pengamal perubatan cara islam. Kawan hubby nih byk bantu beri air penawar time eda mula2 berpantang. Yela, masa mula2 nak hadapi ari-ari mendatang time tuh, rs sungguh terseksa. Nangis je keja eda. Tu yg hubby risau, minta tlg kawan die. Alhamdulillah.. Dengan ketentuan Allah dan berkat ikhtiar hubby, eda jadi tenang sikit. Bile kami nk pindah umah baru nih, terfikir nak jemput org masjid je buat doa masuk umah. Tak terfikir plak blh jemput kwn hubby nih pagar umah. Bukan apa, sini kawasan baru buka. Lagi2 sekeliling kami belum ada yg diduduki lagi. Ada 2 umah dah diduduki, itu pun selang jauh dari kami..Takut juga eda bila hubby keja shif malam, even 2 ari je..huhu

Details cara kawan hubby pagar eda xtau plk. eda ddk kat dapur je.. Cume ade beberapa bahan yg hubby eda diminta sediakan untuk proses pagar2 nih spt bawah. Details process eda cuba gugel dan nyatakan di bawah. Cara2 sama macam yg kawan hubby buatkan..
  1. Air mineral 2 botol
  2. limau nipis 7 biji
  3. cuka
  4. garam kasar 2 bungkus
  5. sikit lada hitam
So, memula eda tgk kawan hubby minta tuliskan nama eda dan hubby siap dengan nama mak..dia bacakan beberapa surah al quran. Lepas siap, die ke setiap bilik baca beberapa doa/surah. eda pun xpasti sebab eda ddk tercegat kat meja makan je.. Tetiba eda plk rs takut, mcm eda plak yg nak kene halau..hehe... Seterusnya dia azan ke setiap sudut umah dan akhir sekali sembur air bancuhan bahan2 atas ke dinding dalam umah. Tapi kawan hubby ade bawakan sekali minyak wangi kasturi syifa' dan dicampur dgn bhn atas.. Memang elok dipakai/digunakan untuk elak dari gangguan sbb minyak wangi tuh dah dibaca dengan ayat al-quran. Bahagian luar umah, kawan hubby cuma taburkan garam. 

Selesai sudah.. Ambil masa tak sampai 2 jam pun proses pagar umah nih..Ok bawah nih eda paste cara2 memagari umah mengikut cara islam.. ^_^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




1. Azan

Melaungkan azan ketika pertama kali masuk ofis/rumah baru. Ia juga baik bg bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. 
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-’Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni. 

2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud; 
“jgnlah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.” 

3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud; 
“Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi) 

4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali. 

5. Pagar rumah cara Islam.
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimanapu ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam. 

Dan beberapa tips lain yang diperolehi dari sumber-sumber yang lain….

1) baca ayat Kursi sebanyak 1 kali dan diniatkan / dibayangkan ada tembok yang tinggi di hadapan rumah kita.
2) kemudian diniatkan pula ada tembok yang besar dan kuat di belakang rumah kita pula sambil membaca ayat Kursi. 
3) Begitulah seterusnya dibaca ayat kursi itu untuk setiap arah / tempat seperti kiri, kanan, atas dan bawah. 
Kita hanya berikhtiar dan Allah yang menentukan. Yakinlah dengan ayat Allah.

ATAU

Sebagai Perlindungan tempat kerja, rumah dan tempat peniagaan

1. Sebaik-baiknya digunakan bersama air yang telah siap diruqyah dengan Ayat Al-Quran dan sebagainya.
2. Sediakan satu bekas yg telah di isi dgn air, sapu Kasturi Syifa’ pada jari telunjuk 
3. Mulai dgn masukkan jari ke dalam air tersebut dan kemudian pusing air itu tadi dgn jari anda mengikut pusingan tawaf (Anti-Clockwise) 
4. Gemakan niat ketika itu, seperti “Ya Allah jadikanlah usaha ku yg sedikit ini asbab kepada terlindungnya diriku drpd kejahatan manusia dan jin”. 
5. Baca 3 qul pada air kemudian hembus perlahan-lahan. 
6. Masukkan ke dalam botol spray kemudian spray lah didinding rumah atau di ruang pejabat atau di tempat-tempat perniagaan. 

Insya-Allah..

Alhamdullillah.. dengan wangian yang telah dikhatamkan 30 juz serta doa doa ruqyah ini, Kita jadikan alat tambahan untuk dicampurkan kedalam air dan kita dapat lakukan dengan sendiri. Alhamdulillah saya sudah amalkannya dan saya ingin kongsikan kebaikan KASTURI SYIFA’ dengan anda.













Wednesday, April 24, 2013

Akhirnya,,,, ^_^ Rumput carpet dihalaman kami ♥



Bile org berpantang pun nk posing same..hehe

Alhamdulillah...selesai sudah setelah 3 hari hubby memulakan misi menanam rumput carpet dihalaman rumah kami. Nak tempah kat org mcm x berbaloi plak byr mahal2..Nak kata kami tahu cara tanam pun tak juga.. Ni kira pakai redah je.. dah tanam seround ptg tuh, mlm baru kami ty en,gugel care2 tanam rumput nih..Nasib baik xde pape yg berbeza.hehehe..

OK..seterusnya untuk deko2 umah nih akan disambung bile hubby eda x keje.. Esok hubby start keje setelah sebulan bercuti.. Sebulan tuh termasuk cuti die trainning aritu la, bersambung terus bila eda bersalin aritu.. Nasib baik la die cuti lama, jadi lepas mak abah eda balik hubby dapat belajar sikit2 bantu eda  sediakan pape yg patut utk pantang ni..thanks to kelik2 hubby sbb memahami keadaan kami.. ^_^



Tuesday, April 23, 2013

Sepetang berrumput carpet wif ♥~


Kekekeke.... ~ pelik tak title entry eda kali nih.. Otak tengah mamai sekarang nih. Rasa macam tak pecaye je kami dah half berjaya merealisasikan angan2 kami.. ^_^  hehehe....

Semalam time eda keluar ngn hubby, konon nk amik angin segar la. bosan jugak terperap dlm umah kn. Tetibe hubby cakap, "Jom kite g usha rumput carpet".. Haaaa......die dh start dah.haha... Macam aritu la, die kate nk usha dapur masak, konon nk tukar yg kat umah tuh susah nk idup. kene pakai pemetik api..Sekali bukan g usha, terus dibelinye.....huhu.. Kali ni pun sama gak. hehehehehe...sabar jela  hubby den nih..

So untuk percubaan, kami beli 4 keping dulu. Yela, rumput kat umah pun hubby belum cabut buang lagi. Tak tau plk nak simpan camne rumput carpet nih kalau x sempat nk tanam. Jadi bermulalah misi hubby mencabut, mengembur tanah dan menyemai rumput carpet kami.. Berpeluh sakan dia..!! hahaha... Maap la syg, ayg tlg tengok dan payungkan syg je ek.. Takuttt... ^_^ Hari ke-2, up sikit jadi 6 keping. Tinggal sikit je lagi ruang yag belum siap. Mungkin sok, lagi 3 keping kot siapkan semua. Rumput carpet ni bsize 1x5ft tiap keping. Harga kalau kat tempat lain eda xtau plak kn. Tapi kat sini kami beli rm7 sekeping. Kira ok kot bagi kami (sbb xtau harge kn..hehe..)

Day 1

Kali pertama tgk hasil hubby tanam, terus kagum.. wah mantap syg..!! 

Day 2

Tengah ari buta hubby wat keje nih. Nasib baik la redup mcm nk ujan.hehe...Bahagian tepi tuh khas utk betik eda ^_^

Day 3

Hasil akhir hubby eda mendekorasi laman umah.hehehe.... syg i'm proud of u..muahhhh...i♥u..

Tuesday, April 16, 2013

Penghijrahan ~ Pemulaan hidup baru

Alhamdulillah...

Sabtu, 13 April 2013.. menjadi tarikh penting dalam hidup eda dan hubby. Setelah seminggu pemergian kedua2 putera tercinta kami Adam dan Adib, eda dan hubby buat keputusan untuk mempercepatkan proses pemindahan rumah. Kalau ikut perancangan awal, memang kami akn mula pack2 barang untuk pindah selepas hubby balik dari trainning KL. Tapi xdela secepat ini kami packing barang.. Hanya beberapa hari aje, x sampai seminggu kami pack2 brg.. Lepas itu bergegas g cuci umah 2 ari sebelum pindah. Syukur Alhamdulillah parents eda ade di JB. Mak eda byk membantu terutama kemas di bahagian dapur. Abah tolong angkat kotak2.. 

Sian juga eda tgk mereka susah payah, tanpa sikit pun merungut bertanya kenapa nak cepat pindah. Tanpa sedikitkn membantah keputusan eda dan hubby untuk tinggal lama sedikit di JB untuk uruskan rumah baru nanti. Mungkin mereka dapat baca perasaan eda dan hubby kot. Byk kenangan kami di rumah sewa ini. Rasa tak tertanggung jiwa dan perasaan kami untuk hadapi saban hari. Setiap sudut dan ruang dalam rumah ini pasti ada kenangan ketika eda hamilkan Adam dan Adib. Ruang TV, makan, bilik tido....... 

Sebenarnya ada sebab eda dan hubby nak masuk rumah kami cepat2... Sebahagian dari putera2 kami ada kami tanamkan di rumah kami itu. Uri... Sebab itu hari tu eda berkeras minta hubby tanam uri di rumah kami sendiri. Sebab eda nak nanti lepas kami pindah, kami akan dekat dengan putera2 kami.. Alhamdulillah.. Sudah 3 ari kami berpindah di sini, sedikit sebanyak eda dan hubby berasa tenang di sini. Bila petang, eda akan ke laman rumah tengok2 pokok sambil tgk tempat uri anak2 kami di tanam.. Sambil menyelam minum air la nampaknya..

Hopefully, penghijrahan ini membawa sejuta hikmah buat eda dan hubby. Moga ia menjadi satu titik permulaan hidup baru eda dan hubby. Kami pasti tidak akan melupakan kedua2 putera tercinta kami Adam dan Adib. Mereka tetap menjadi abang long dan abang ngah buat adik2 mereka nanti..

Cerita umah baru, Alhamdulillah eda dan hubby sikit2 kemas sana kemas sini. Baiki sana baiki sini. Tetap ade beberapa kotak yg belum dibuka dan dikemas. Kenduri masuk umah pun kami belum buat. Cume hubby azan dan surah Albaqarah dibacakan di rumah ini aje sebelum kami tidur di sini. Mungkin selepas eda sihat dan habis pantang, baru boleh buat kenduri. Sekali dengan kenduri untuk putera2 tercinta kami.. insyaAllah...


Proses pembersihan rumah..


Mak abah eda mmg suke bab pokok2 ni..hehe

Cuci jgn x cuci..eda duduk relax jadi mandor ^_^

Mak abah tercinta.. Tiap kali mak abah datang mesti ade je eda nak kemas sane sini..hehe

Alhamdulillah selesai... mlm2 hubby layan tv smbil abiskan milo eda.kekeke..




Friday, April 12, 2013

Seminggu berlalu.. Perginya dirimu tiada pengganti...



Seminggu sudah berlalu. Terasa lama masa ini untuk berlalu. Terasa sakit dan pedih untuk kami lalui hari2 mendatang. Masih terdengar di telinga kami suara tangisan dan rengekkan putera2 tercinta kami sesaat selepas dilahirkan dan sehingga mereka pergi meniggalkan kami selamanya di atas ribaan ini. Terima kasih ya Allah kerana memberi kesempatan kepada kami untuk merasai semua ini walaupun hanya untuk seketika. Walaupun ia mungkin sedih untuk diingati, tetapi kami cukup bersyukur kerana dapat menitipkan doa dan kasih sayang kpd mereka berdua. 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Pagi 1 april 2013, eda dan hubby berada di manjung perak. Kami pulang kerana setelah hampir 5 bulan kami tidak pulang ke perak. Semalam kaki eda bengkak2.. Terasa tajam2 di tapak. Eda sangkakan mungkin sbb perjalanan jauh, tambah pula eda dan hubby g usha beli mesin jahit. Hadiah dari hubby sempena besday eda 25mac lepas. Pagi 1april itu, eda sudah merasa sakit2 di bahagian bawah pusat. Terasa kejang2 dan nyilu.. Eda tidak sangka itu adalah contractions. Sangkaan eda, mungkin perut masuk angin kerana malam itu eda makan betik dan pagi itu mil eda buat cekodok jagung. Ingat lagi time tuh, eda ulang alik masuk tandas. Terasa seperti ingin buang air besar, tapi xde pape yg keluar.

Setelah siap2 berkemas, kami mulakan perjalanan pulang ke JB. mmg sakit terasa di bawah tiap kali eda bongkok or cuba untuk bangun. Tapi entah kenapa, eda tak terfikir untuk cek di hospital terlebih dahulu..

Sesampai di JB, eda dan hubby berhenti untuk solat jamak sebelum pergi cek ke klinik Memandangkan esok hubby keje, jadi kami risau jika terjadi pape esoknya tiada siapa boleh hantar eda ke hospital. Tapi Allah itu ada perancanganNya tersendiri. Belum sempat eda solat, darah turun mencurah2. Hanya Allah yg tahu perasaan eda ketika berlari ke tempat solat lelaki, dalam keadaan darah berlumuran.

Sesampai di Columbia ,doc sahkan pintu rahim dah buka 4cm. Kaki salah seorg baby dah terkeluar. Mama dapat lihat anak mama seolah2 melonjak2 kaki di pintu rahim. Mungkin sebab itu, anak mama terkeluar awal. Maafkan mama sayang. Mama cuba 3 ari berada di wad, baring sambil punggung ditinggikan. Dengan harapan sayang mama dapat masuk kembali, dan doc mungkin dapat jahit pintu rahim mama.. Tapi sayang mama sgt aktif. Pagi khamis jam 12 tgh malam, syg mama dah terkeluar sebahagian badan dari pintu rahim mama... Mama tiada pilihan melainkan pushed syg mama keluar. Dalam hati mama, mama sgt berharap adik syg dapat diselamatkan. Tapi Allah sygkn kedua2 anak mama. Mama redha bile doc maklumkan adik syg pun kene pushed keluar. Sayang2 mama, ayah menangis teresak2 time mama melahirkan kedua2 syg mama ni..mama tahu, ayah sedih sebab ayah tahu ayah akan kehilangan syg2 mama nih selepas ini utk selama2nya...

Lahirlah anak mama Muhammad Adam Bin Mohd Johari dan Muhammad Adib bin Mohd Johari ke dunia ini pada Khamis, 4 april 2013. Mama dan ayah dapat mendengar suara tangisan syg Adib sahaja. Mama tahu syg Adam mama mungkin sudah letih berada di bawah terlalu lama. Mama ayah peluk belai sayang berdua. Melihat syg berdua bergerak2 sehingga sayang-sayang mama ayah pergi selamanya.

Sayang mama ayah Adam & Adib. Mama ayah redha dengan pemergianmu. Mama ayah harap, syg berdua dapat mendengar akan doa dan belaian kasih sayang kami walaupun hanya sekejap cuma. Doakan mama dan ayah kuat di sini ye sayang. Doakan kami menjadi hamba Allah yg soleh solehah. Moga hiudp mama & ayah sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Sementara menunggu tibanya hari mama dan ayah bertemu dengan dirimu berdua sayang Adam & Adib, moga mama ayah dapat ketemu bahagia ini kembali..

Pergimu sayang tiada penganti. Mama & ayah sangat rindukan sayang berdua...Mama & ayah sayangkan syg berdua..


Thursday, April 4, 2013

Lahirnya putera2 tercinta kami...



Sebaik-baik perancangan manusia, perancangan Allah SWT itu yg lagi terbaik.....

Sayang mama dan ayah..

Muhammad Adam dan Muhammad Adib. 

Maafkan mama dan ayah sayang,

kerana tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawap kami,

menjaga, membesarkan dan mendidik sayang berdua..

Damailah sayang berdua di Sana di sisi Allah Yg Maha Pengasih..

Moga sayang berdua akan sentiasa ingat pada mama dan ayah..

Mendoakan yg terbaik untuk kami berdua di sini..