Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Thursday, January 29, 2015

Anganan di pagi hari ♥



Cantik x.... cantik x... cantik x..

Ha..... den dah mula dah pagi2 buta ni. Nila kesannya kalau da jadi fulltime housewife ni. Abis dok berangan deko2 laman umah jo kojo eh  ^_^ heeee.....

Gambar atas ni bkn dari laman rumah eda ye kengkawan. Di eda cilok dari blog lain. Berkenan sungguh dgn pokok2 die.. uihhhhh!!! Berpoloh den tgk comel2..huhu

Cantik kn bunga rose jepun tuh. Akhirnye den dh tau nama die. Pokok feberet... wiken ni nak ajak la hubby g cari pokok ni. setelah digoogle, pokok ni mmg sonang nk jaga dan biak. Cantaa batang, tanam dlm pasu, letak tempat panas, siram dan baja.. haaaa.... senang kn..den suko bab2 senang jaga ni. Senang nk travel tinggal beberapa ari >_<¦¦¦...

Yg pokok bunga kertas plk, alahai tomeinye die lebat dan berbunga. Nape la pokok kertas eda jaranggg jaranggg eh. Nk kene cantas camgini. Bagi pendek cabang die baru cantik kot. Huhu...

Ok eda.. Jom berkebun !!! Senaman ringan baguih utk badan ye x.. yela tuh, kang hubby gak yg tertonggeng2 dok cantas tanam. Hahahaha...

Wednesday, January 28, 2015

Pengalaman mengajar erti kehidupan


Percayalah,
Diri ini pernah melaluinya,
Bukan mudah telinga ini untuk menghadam perkataan sabar dan redha.
Bukan mudah untuk menjawap segala persoalan.
Persoalan yg hanya Dia sahaja yg tahu.

Percayalah,
Diri ini cuba untuk mengharunginya,
Dengan memori2 manis semalam,
Yg masih jelas diingatan.
Hingga jatuh rebah malah tersungkur sejuta kali.
Tapi demi melihat wajah peneman disisi,
Yg setia menangis ketawa bersama.
Diri ini cuba untuk bangkit berjalan dan berlari.

Percayalah,
Selepas menempuhi segala onak berduri ini,
Diri ini mula belajar,
Bahawa ketika kita bergembira,
Pasti di luar sana ada yg berduka,
Ketika kita mengecapi bahagia,
Di luar sana ada yg masih mencari2 kebahagia.
Dan ketika ucap syukur dikhalayak ramai,
Ade di luar sana yg cuba untuk bersyukur dgn sekadar yg ada..

Hidup ini ibarat putaran roda,
Hari ini mungkin kita di atas,
Esok lusa akan kebawah.
Tiada siapa yg tahu.

Maafkan diri ini,
Andai khabaran yg didengari kalian,
Mengundang rasa sesih dihati.

Mudah2an, Allah akan memakbulkan doa dan harapan kita semua. InshaAllah amiin..






Monday, January 26, 2015

Minor Corrections ^_^

Alhamdulillah..

Dapat balik tiga2 copy ^_^


20jan14 - 12jan15

Akhirnya setelah setahun berlalu.....

Harini eda dah dapat balik thesis utk pemeriksaan tahun lepas. Actually dr disember 2014 lg eda dh dpt panggilan dr pejabat dekan mengenai report dh keluar. Cuma atas beberapa sebab eda xboleh amik blk thesis tuh. Alhamdulillah..

Tp memandang kesihatan eda skrg tak membenarkan eda travel lg, jd terpaksa lah berurusan melalui email. Nasib baik Pn Nurul yg uruskan bertimbang rasa.. Alhamdulillah..

Jauh thesis ni travel sblm smpai kepada eda. Hehe... mula2 supervisor eda yg ambilkan, pastu pas pada kwn kpd kwn eda, pastu kwn eda, pastu posmen, pastu baru eda. Kekeke...

Jadi sekarang bermulalah kembara eda membuat pembetulan. Masa yg diberikan utk pembetulan adalah 3 bulan. Kire 12 jan hingga 12 april la..



Ok.. "Saya boleh buat!!!"

Chaiyok2 eda..

Peringatan: Kene jg makan tido dan rest juga ye.. inshaAllah. ^_^

Monday, January 19, 2015

Pengajian masterku~

Alhamdulillah... 

Alhamdulillah.. 

Alhamdulillah...

Baru2 ni eda dapat khabar gembira dari dekan fakulti eda. Alhamdulillah, thesis eda sudah lulus dgn minor corrections. Allah... syukur alhamdulillah.

Throwback#

Perjalanan pengajian master eda dlm biokesihatan sungguh berliku. Permulaannya mmg lancar dan terbaik. Eda mampu habiskan ujian klinikal ke atas haiwan kajian eda hanya dalam masa 2 tahun. Sedangkan secara logik mana mungkin klinikal blh dihabiskan begitu cepat. Alhamdulillah.. 

Allah bantu eda melalui pekerjaan2 sementara ketika itu sebagai ra (research assistance), jd byk ilmu dan teknik yg eda pelajari. Bayangkan ketika menjadi ra, eda yg tiada ilmu dlm bidang histologi,pergi berguru dgn seorg staff histologi dan hasilnya eda mampu membuat slaid histologi penyelia eda dalam jumlah dua ratus lebih keping slaid. Alhamdulillah..eda jd minat bile blaja histologi.hehehe...

Ketika eda di semester 2, eda wajib mengambil CD (candidature defence). Lebih kurang seperti viva utk digree la.. Memandanglan tajuk kajian eda lebih kepada kimia, di takdirkan Allah juri2 yg menjadi panel eda adalah pensyarah kimia. Lagi mencemaskan, die adalah ketua jabatan kimia. Allah.. ujian bagi eda. Hasilnya eda GAGAL. Keputusan yg mmg dh dijangka.hehe.. namun eda x putus asa, semester hadapannya eda ambil kembali cd dan lulus. Alhamdulillah...

Genab 2 tahun pengajian, eda berjaya selesaikan ujian makmal. Jadi hanya tinggal menulis thesis. Ketika itu, eda baru melangsungkan perkahwinan. Tahun 2011.. Jadi bermulalah pengajian eda dari sepenuh masa kepada pjj. Huhu..  Ketika mula2 pjj, eda bekerja di hospital sultanah aminah. Memang masa sangat terkejar2. Dalam beberapa bulan sekali baru eda dpt ke kampus di KL uruskan thesis.

Masuk tahun 2012, suami mengajak eda pergienunaikan umrah. Ingat lagi ketika di sana, suami pernah bertanya kepada eda apa keperluan eda bekerja. Jika untuk membantu die dalam rumahtangga, jadi die minta eda bhenti. Sbb kata suami, die masih mampu menanggung kami. Tanggungjawap eda yg utama sekarang hy habiskan pengajian. Allah.. Dalam dilema eda ketika itu. Sepanjang masa ketika mengadap Baitullah, eda mohon Allah berikan eda petunjuk apa yg terbaik utk eda dan suami. 

Balik dr umrah, eda terus berhenti kerja. Eda terus menyiapkan thesis yg terbengkalai sbb kengkangan bekerja sebelum ini. Alhamdulillah dalam masa setahun eda sudah menghabiskan thesis. Ketika itu eda mengandungkan twins Adam & Adib. Tapi Allah ade perancanganNya tersendiri, eda kehilangan kedua2 putera kami ketika hamil 5 bln. Jadi bermula kisah trauma dan kesedihan eda. Eda salahkan diri sbb terlalu mendesak diri utk menyiapka  thesis. Kurang tidur dan rehat, bkn sesuatu yg bagus utk ibu hamil. Lagi2 eda hamil twins. Kene double penjagaan..

Thun 2013 mmg tahun eda sangat mengajar eda erti sabar dan redha.  Eda pernah putus asa dlm pengajian hingga bercadang untuk berhenti. Tapi eda sgt beruntung sbb suami sentiasa beri galakan. Sentiasa menasihati eda. Dari april 2013 hingga november eda langsung x sentuh thesis. lama utk eda pulihkan blk semangat eda. Ia mmg suatu trauma bile eda pandang laptop, mesti memori lama dtg bermain2 dlm otak eda.huhu.. ia sesuatu yg sgt sakit utk hadapi.

Alhamdulillah, hujung 2013 semangat eda mula dtg kembali. Eda segera hantar thesis januari 2014. Alhamdulillah...

Dan kini Januari 2015 baru eda dpt result. Alhamdulillah.. lepas dapat report nnt eda perlu membuat pembetulan dalam masa 3 bulan. Tapi eda kene selalu beringat pada diri la supaya tak excited sgt nk buat corrections smpai kurang tidur. Kene jaga diri!!  Nk suruh hubby eda selalu peringatkan eda la lepas ni.. 

Allah... permudahkan urusan aku dalam pengajian masterku dan juga kesihatan badan ini serya nyawa yg berada di dlm rahimku ini.aamiinn...







Saturday, January 17, 2015

Oh My Cooking.....>_<¦¦¦


Assalamualaikum..

Erm...penah tak alami apa yg kite pandai tetiba jd cam blur je....? Terutama ketika dlm situasi hormon x stabil ni..huhu

Kebelakangan ni eda teringin makan itu ini. Jadi terlebih rajin la nk g pasar. Tapi tiap kali masak, konpem rs jd lain..huhuhuhu..padahal mknn feberet tuh..aduihhh hai..sian somi den...

Mula2 nk mkn udang masak kuning. Pergh rasa pahit plk..dh la tawarrrr jeee.... lepas tu ikan siakap kukus..pun sama pahit dan kurang umhhhp...huhu

Last2 telo gak yg menjd skrg ni.. sabo ye syg..huhu..ayg kene asah blk bakat masak ni..huhuhu

Chaiyok2 eda^_^||

Pssstttt... bulan ni dh 2x mkn pizza..itu je yg lalu..lalalala....

Sunday, January 11, 2015

Aktiviti menaikkan kadar metabolism


Assalamualaikum

Selamat pagi tetamu blog eda..cewah..budget retis je den ni ^_^… apa aktiviti korg pagi2 ni? Bersukan? Kerja? Atau sambung tido..huhu

Eda pagi2 lepas subuh dh warning kt en.hubby, blk dr surau nnt kite tanam eh pokok.hehehehe...

Pokok ni baru beli semalam. Lepas blk dari jumpa "cinta hati" kami terus singgah kedai bunga usha2 bunga. Dah lama ngidam tanam pokok pagar. hahahaha... blh plk ko ngidam ye eda. Tanam pokok pagar plk tuh..ngarut benorr... 

Jangan tanya eda nama pokok ni.sbb eda pun xtau..hahaha... selalu tgk tepi jalan je pokok ni pihak perbandaran tanam.cantik.. mungkin senang bentuk kot jd pagar.

So taraaa... nila hasilnya. Comel x? Hopefullt pokok ni akan terus segar bugarrr la jd pokok pagar ye.amiin...




Sunday, January 4, 2015

Momo..in memories.. u_u


Rasanya, tahun 2015 ni kami mulai dgn kisah bahagia dan duka.

Bahagia apabila mendapat tahu khabaran gembira buat kami. Setelah setahun lebih menunggu, akhirnya doa kami dimakbulkan Allah. Alhamdulillah..

Tapi di dalam bahagia ini, kami turut berduka apabila terpaksa melepaskan kucing kesayangan kami, momo pada org lain.

Momo hadir dalam hidup kami tatkala eda dan suami di dalam kesedihan. Pada die kami tumpah rs kasih dan sayanng kami. Kami berikan sepenuhnya apa yg kami mampu demi kesihatan dan kegembiraan momo. Bagi eda, momo ibarat terapi eda menghadapi perasaan sedih dan trauma yg eda alami hampir 2 tahun lepas. 

Eda masih ingat lagi, tiap kali eda belai momo eda slalu minta momo doakan eda supaya cepat dpt zuriat. Huhu... yela, walaupun die haiwan tapi eda percaya haiwan juga ada perasaan. Dan momo pun, eda dapat rasa mcm die faham perasaab eda. Die mesti pandang tepat pd mata eda bile eda minta die doakan.. Allah..

Beberapa hari sebelum momo diberikan pd org lain, eda penah bagitau die dan memohon maaf. Seakan memahami perasaan eda, momo sejak haritu terus tak dekat eda. Kebanyakan masanya dihabiskan duduk dalam sangkar, kadangkala belakang tv atau dalam tandas. Tabiat yg tidak pernah die buat selama ini. Allah.... sedih hati eda. Tapi demi kesihatan eda, eda kene tabah...

Eda harap, penjaga momo nnt akan lebih menyayangi momo. Akan menjaga kebajikan momo dan perasaan momo dengan sebaik2nya..

**maafkan mama, momo syg**








Saturday, January 3, 2015

3 Seriessssss

Walaaaaa...

Itula hakikatnya, eda dh masuk ke club 3 seriesss..huhuhu..


Sempena hari kelahiran Baginda Nabi Muhammad SAW. Jom kite perbykkn selawat ke atas baginda saw..