Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Monday, September 11, 2017

New Zealand Roadtrip - suatu angan2 part 2

Aik ade part 2 plak 😂

Seronok plak bile tertulis entry yg part 1 -Europe Roadtrip. Berangan kan, mmg la best.hehehehe...

Sume ni terjadi sbb AA tgh buat sale. Makanya habis blog2 travel den terokai haha..

Antara destinasi pilihan ramai selain europe adalah New Zealand. Perghh terbayang dah The Lord of The Ring 😍.

Ok bawah ni antara link yg eda rs bagus utk rujukan eda kemudian hari.

Link ini paling details kire bagus bg eda

Harga flight return KUL -Aukland-KUL RM1066 termasuk seat tanpa baggage. Total siap bercaravan ,fuel, makanan, campsite utk sorg RM3396

*anggaran seorg, jd budget mesti lg rendah due to fuel, caravan rent, campsite yg hanya dikongsi bersama
*akan diupdate sikit2 masa demi masa

Blog 2

Byk cerita psl tmp2 murah utk pegi.
NZ trip map 2
ROUTE SAYA: AUCKLAND – MATA MATA (HOBBITON MOVIE SET) – ROTORUA – TE PUKE – TAUPO – WELLINGTON – CHRISTCHURCH – TEKAPO – MT COOK – OMARAMA – WANAKA – QUEENSTOWN – TE ANAU – MILFORD SOUND – DUNEDIN – OAMARU – TIMARU – CHRISTCHURCH – AUCKLAND.

Tips penting Nov hingga mac musim panas. Jd ramai org, semua hotel mahal2. Travel mac -ogos musim sejuk atau musim luruh. Kurang pelancong

Blog 3

RM3,500/pax
(sila tengok budget guidlines di bawah). Flight ticket, kereta sewa, minyak kereta, groceries, hostel, motel, hotel, entrance fee, parking.
Budget guidelines per person:
1. Visa/ETA Aussie – RM20
2. Mega Taxi – airport transfer to Tune Hotel Melbourne return (MELBOURNE)
– RM26
3. Flight ticket : AAX KL-Melbourne-KL (Seat, luggage 20kg share, insurance)
Luggage yang share tu untuk makanan dari Malaysia, tak masuk yang sendirian berhad – RM950.60
4. Flight ticket : Jetstar Melbourne-Christchurch-Melbourne (Luggage, insurance) – RM619.55
5. Hotel/Motel/Holiday Park (Melbourne & South Island) – 13 malam
RM942.37
6. Kereta sewa (1.8ltr Nissan Sylphy 4dr sedan or similar) – RM225.10
7. Minyak kereta dan parking – RM225.00
8. Groceries shopping – RM200
9. Milford Sound cruise ticket – RM173.27
10. Gondola Skyline Queenstown + 2 Luge ride – RM129.95
TOTAL : RM3511.84
Jumlah Keseluruhan termasuk Tiket Penerbangan : RM3973.15
) Flight Air Asia X - KL ke Auckland (Return) : RM1098.00 (Transit Gold Coast) 
2) Flight Jetstar - Auckland ke Queenstown : RM259.00 (Include 20kg Luggage) 
3) Flight Jetstar – Christchurch ke Auckland : RM144.00 (Include 20kg Luggage)
Nisan Tiida (Sedan ) : RM63/hari x 10 hari = RM630/2 orang = RM315

Simcard Vodaphone : RM150/2 orang = RM75* (200 minutes free call + 3Gb data plan)

Auckland, beli At Hop Card. Macam kad Tough & Go. Satu card RM30 lepas tu top up RM30
Hop Top Up : RM18
Top Up Ad Hop : RM12

Groceries : RM36 (Untuk 4 hari di Auckland)

Shopping Groceries di Countdown : RM30/hari x 10 hari = RM300 (di South Island sahaja) 

Penginapan X base Travel Auckland : RM45/malam x 5 malam = RM225
(Hostel Backpackers yang cukup selesa untuk tidur cumanya wifi tak xde. Kalau nak wifi kena  caj berasingan)

aktiviti dan tempat menarik:
1. Kawarau Bridge untuk tengok orang main Bungy Jumping and Zip Ride. Bungy Jump, sekali terjun RM585. Untuk Zip Ride pulak RM150 seorang. 
2. Gondola untuk main Luge. Pakej Luge ni dah book dari Malaysia so dapat best deal untuk Gondola + 4 x Luge RM147. Kalau book kat sana 1 Luge je dah RM36. Gondola sahaja RM99
3. Coronet Peak untuk tengok orang main ski. Ade banyak tempat untuk Ski kat Wilayah Otago tapi paling dekat dengan Queenstown ialah The Coronet Peak. Boleh tengok free
4. Lake Hayes dan Kevin Height. 
5. pakej ski sehari di Cadrona. Cadrona ni jauh sikit dari The Coronet Peak tapi dengar-dengar sini macam paling best kat Wilayah Otago. Kitorang amik Beginner Package iaitu ade 2 kali kelas pagi dan petang. Skii Beginner Package : RM450 + (Goggle + helmet Rental) kalau summer xdela aktiviti ni
6. Mildfort Sound tapi perjalan lebih kurang 300km dr queenstown
7. Bertolak ke Mount Cook. 2 kali stop iaitu ambil gambar iaitu di Lindi’s Pass dan Lake Pukaki. Sampai di Mount Cook terus ke Hooker Valley bermalam. 

YHA Hostel Mount Cook : RM114
Minyak Kereta : RM141/2 orang : RM70.50

8. Singgah Tasman Valley jap then terus gerak ke Lake Tekapo. Singgah berenti amik gambar along the way to Lake Pukaki.
9. Bermalam di Tailor Made Backpackers Hostel. Malam di Lake Tekapo kitorang ke tasik untuk Stargazing

Tailor Made Backpackers Hostel : RM102

9. Menghala ke Arthur’s Pass stop kejap kat Castle Hill. Tempat yang aku nak sangat pergi. Puas hati dapat pergi. Kalau sesape lalu route ke Arthur’s Pass boleh la Singgah Castle Hill. Bermalam.

Mountain House : RM93
Minyak Kereta : RM150/2 orang = RM75

10. ke Devil’s Punchbowl Waterfall. Track nak ke air terjun ni kena mendaki sikit tapi view dalam hutan tu memang lawa. Macam mossy forest Gunung Irau.gerak ke Christchurch.Check in di Kiwi House 

11. pusing Bandar Christchurch. Pergi Canterbury Museum dan Christchurch Botanic Garden dan kawasan sekitar. Jauh jugak menapak tapi puas.

Fly dari Christchurch ke Auckland.

12. Jalan kaki ke Mount Eden, Auckland National Museum dan a few tempat-tempat menarik di sekitar badar Auckland. Petang ke Harbour utk lihat sunset

Minyak kereta : RM193.50/2 orang = RM96.75

13. Dress mart Outlet di Onehunga. Dress Mart ni macam JPO atau Mitsui Oulet. Barang branded kat sini murah giler. Pastu singgah Park & Save beli chocolate as souvenirs.

14. Pusing-pusing Bandar Auckland. Lepak kat satu square sambil bagi makan merpati ngan seagulls makan dan masuk art museum kat Queen St.

makan2:. 
1. Dinner Kebab Pita Pit : RM38.40
2. Nasi lemak auklang rm40
3. Rice Kebab : RM15*
4. Chicken + Chips : RM22.5*

Utk bermotorhome dgn ank kecik 😍


Utk motorhome di north dan south dgn ank kecik

TEMPAT MENATIK DI NEW ZEALAND!!

1. Hobbiton
2. Waitomo Gloworm Caves
3. Huka Falls
4. Whakarewarewa Maori Village
5. Agrodome Farm
6. Wai O Thapu Thermal
7.Skyline Gondola & Luge Rotorua/ Queenstown
8. Putaruru Blue Spring
9. Waipu Caves
10. Hamurana Springs
11. Redwood Forest
12. Hamilton Gardens
13. Rotorua Government Gardens
14. Whakapapa Skifield 
15. West Haven Marina
16. Cornwall Park/ One Tree Hill
17. Lake Taupo & Lake Rotorua
18. Lake Pukaki
19. High Country Salmon
20. Baldwin Street
21. Dunedin
22. Twizel 
23. Muriwai Beach
24. Taumata Hill
25. Tane Mahuta
26. Glenorchy
27. Moerarki Boulders
28. Mount Cook
29. Milford Sound
30. Franz Josef Glacier

" 15 Tips Ini Sebelum Travel Ke New Zealand!"

Penting tau! Korang bacalah.... X Paham tanya je.

1. FAKTA NEW ZEALAND

- Negara kiwi ini sama besar je saiz datarannya dengan negara Great Britain dan Jepun. 

- Ibu negara NZ ialah Wellington. Korang jangan tertukar dengan Auckland pulak.

- Populasi penduduk di NZ ialah kira-kira 4.5 juta. Kambing biri-biri pun lebih banyak dari manusia di sana.

- Bahasa Inggeris dan Te Reo Maori adalah bahasa rasmi.

- Tiada haiwan berbahaya dan ular! Awesome..

- Tiada vaksinasi diperlukan.

- Bekalan elektrik runs dalam 230/240 voltan.

2. SEBELUM MASUK NEW ZEALAND

Pelancong Malaysia tak perlu mohon visa nak ke sana. Sebab passport kita sangatlah berkuasa sehingga boleh masuk 164 negara tanpa visa. Best! Tapi kena ingat, kena stay kurang dari 3 bulan. 

Untuk maklumat imegresen rujuk ke sini: http://immigration.govt.nz/.

Setiap makanan yang korang bawa macam sardin ke, meggi ke, sambal ikan bilis ke kena declare nanti sampai sana. Nak senang print gambar-gambar makanan tu dalam satu kertas bersama ingredients sekali dan tunjuk je kat imigresen. 

Insyallah mudah diorang lepas. Tips ini ayah saudara saya yang bagi.

3. PERBEZAAN MASA

NZ Lebih 4-5 jam dari Malaysia. Contoh Malaysia pukul 8 pagi, NZ pukul 12-1 petang. Faham?

4. JENIS MUSIM DAN PAKAIAN

Musim Panas ( Dis- Feb) (14-28 celsius)
-Korang leh bawak pakaian sama je macam duk kat Malaysia

Musim Luruh ( Mac- Mei) (10-24 celsius)
- Boleh pakai baju jumper dan seluar panjang

Musim Sejuk ( Jun- Ogos ) ( 9-20 celsius)
- Bawa pakaian sejuk

Musim Bunga ( Sep- Nov) ( 12-22 celsius)
- Bawa pakaian macam musim panas cuma bawa jaket skit takut sejuk.

5. MATA WANG NEW ZEALAND

Di New Zealand, korang jangan risau sebab berlambak mesin ATM di sini. Pastikan korang minta bank aktifkan dulu pengeluaran antarabangsa. Ketika artikel ini ditulis, 1 NZD bersamaan dengan RM3.11. Tipping x dipraktikkan di NZ so jangan bagi tipping.

6. NAK SHOPPING DI NEW ZEALAND?

Di New Zealand, yang paling penting korang boleh beli daging biri-biri dan susu di sana. Sedap woo.. Selain itu, cenderahati seperti batu jed, mutiara, barang kraf tangan, bulu biri-biri banyak dijual. Tapi korang kena ingat, di sana GST 15% tuu. 

Dan memeritkan lagi, pelancong tak boleh claim balik cukai GST ini.. huhu

7. BUAH APA NAK MAKAN IKUT MUSIM?

Haa, tips ini mesti korang nak tahu kan? Disebabkan aku suka makan buah raspberi dan peach sebab tulah aku memilih datang ke NZ pada musim panas.

MUSIM PANAS

- aprikot
- Ceri
- tembikai
- Boysenberries (anak beranak buah beri)
- Feijoas (macam jambu batu)
- nectarines
- peach
- plum
- raspberi
- strawberi

MUSIM BUNGA

- epal
- cheri

MUSIM LURUH
- epal
- avocado
- anggur
- buah lai
- Pisang khaki
- Kiwi
- Oren

MUSIM SEJUK

- lemon
- oren
- kiwi

Mana satu buah favourite korang? Haa.. rancanglah nak pergi musim mana..

8. APA YANG NAK BUAT DI NZ?
- Hiking
- Berbasikal
- Tarikan kawasan Geothermal
- Kawasan pemuliharaan hidupan liar
- Tarikan budaya
- Melihat ikan dolfin
- Kawasan Pertanian.

Kalau korang nak merancang aktiviti di sana, boleh rujuk di: http://new.grabone.co.nz/auckland-experience dan https://www.bookme.co.nz/

Korang boleh study dan google sendiri tempat menarik di sana. Study dan rancang ikut bajet!

Tapi korang nak tahu x, aku boleh dapatkan SEMUA ENTRY FEES tempat menarik di New Zealand dengan harga paling murah dari kau beli online!

WOI, kau buat camne.. Haa! Aku dapat harga entry fees guna salah seorang resident New Zealand. Nak jimat, boleh tempah dengan aku! Tolong-tolong lah kiranya :)

9. MEMANDU DI NEW ZEALAND

Haa, sebenarnya untuk korang lebih menikmati pemandangan indah di NZ, aku sarankan sewa kereta. Bukan apa, lagi senang korang nak explore negara cantik ini. 

Boleh juga nak naik train atau bas. Depends koranglah, tapi kalau aku, aku nak drive sendiri. Sini tak dok tol macam Malaysia tu! Minyak petrol pun harga berubah mengikut tempat.

Untuk proses sewa kereta,motorhome, campervan aku sarankan korang tempah dengan brader nie. Dia memang orang Malaysia dan bekerja di sana. Peramah, baik hati dan harga tempahan pun sangat REASONABLE. Nama dia Encik Suhaimi. 

Kalau korang sampai sana dan tiba-tiba nak makan Nasi lemak ke, nasi kerabu ke, boleh request terus dengan dia. Tapi bayarlah skit. Kesian kat dia.

Kalau x tahu nak cari dia macam mana, PM aku.. ak bagitau lahh.

Ni haa tips memandu di NZ:

1. Pastikan anda memandu di sebelah kiri jalan.

2. Pandu secara perlahan apabila berdekatan dengan penunggang basikal. Remark laluan berbasikal.

3. Jangan guna phone semasa memandu kalau tak nak kena saman!

4. Pastikan patuh kepada had laju yang dipaparkan. Kalau 100KM, kurang 100km, kalau 50 km, kurang 50 km, kecuali anda banyak duit nak bayar saman, silalah bawak laju.

5. Baby perlu sentiasa berada dalam car seat.

6. Sentiasa memakai tali pinggang keselamatan

7. Pastikan peka dengan satu laluan jambatan. Peka dengan perkataan GIVE WAY

8. Peka dengan laluan kereta api. Berhenti apabila perlu

9. Jika ternampak banyak haiwan di atas jalan, sila ikut arahan penggembala. Jangan main hon je macam di Malaysia.

10. Pastikan sebelum anda memandu, anda ada lesen memandu baharu yang ada translation english tu.

10. NAK PETA BESAR NEW ZEALAND?

Untuk pengetahuan korang, kerajaan New Zealand sangat mengalu-alukan kedatangan pelancong ke negara mereka. 

So kalau korang nak peta besar gedabak NZ, korang isi je borang di sini: http://www.newzealand.com/int/utilities/request-a-map/ . 

Saya sendiri dapat selepas 2 minggu. Oklah tu.. so korang dah ada hint-hint skit dah cara nak travel bila dapat peta tu.

11. TIKET FLIGHT PALING MURAH?

Semestinya Air Asialah paling murah. Saya ambil tiket air asia siap makan, baggage, insurans dalam RM1940 je sorang. Oklah kan? Kalau korang survei jetstar pun murah jugak.

12. NAK CARI MASJID, RESTORAN/BRG MENTAH HALAL?

Tips ini mesti korang tahu kan? Korang cuba rujuk ZABIHAH Apps atau boleh berhubung dengan Jabatan agama islam di sana. Nak jimat lagi, masak sendiri. Bawa periuk nasi je. 

Sini banyak supermarket HALAL. Boleh terus beli barang mentah sana. Cari jenama TEGEL, TURKS, BRINKS, ANDREW CORBETT. HALAL lahh. 

Oh ye Restoran Nandos di Rotorua HALAL ye!

Nak shopping barang mentah boleh pergi supermarket Pak N Save atau Fresh Choice.

13. TEMPAT PENGINAPAN?

Kalau korang nak jimat boleh cuba coachsurfing atau mana-mana laman web tempahan penginapan spt booking.com, dll. Nie korang pun tau.. tapi aku pun tau tempat yang boleh dapat murah dan selesa sangat!

14. PELAN INTERNET DI NZ?

Untuk menggunakan internet di sana, ada 3 syarikat yang saya cadangkan iaitu SPARKS, WOOSH dan VODAFONE. Boleh dapat di airport sana.

15. TAWAKAL, DOA DAN JANGAN LUPA JAGA SOLAT!

Jalan-jalan jugak, solat jangan tinggal bro. Solat itu tiang agama. Yang membezakan kita dengan orang kafir ialah solat dan keesaan kita kepada ALLAH dan Nabi Muhammad SAW.

Korang bacalah skit macam mana nak solat atas kapal terbang, doa naik kenderaan, doa mohon dilindungi oleh ALLAH.

Insyallah, kalau solat kita jaga, ALLAH pun akan sudi jaga kita. Setiap perkara yang kita buat hatta politik, cara hidup, tindak tanduk mestilah sebagai seorang umat islam SEJATI yang berpandukan AL-Quran dan Hadis.

 "TERIMA KASIH CIKGU LOH" dari group ROAD TO NEW ZEALAND

0 comments:

Post a Comment