Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Sunday, September 3, 2017

Summers in Japan 2017 - Day 4

Day 4

Osaka castle ➡️ osaka house of living musuem ➡️ tsutenkaku tower ➡️Shinsaibashi street ➡️ Osaka Hardrock cafe ➡️ umeda sky building

Harini adik dan sil ke USJ.. kami idok ler nak masuk. Makcik penakut naik sume tu huhu. Membazir je bayar beratus2. Dah la musim cuti sekolah di jepun, mesti crowded la sane. Tiket yang adik eda dan sil beli pun total rm1200 utk 2 org 😱. RM300 tiket usj sorg tambah RM300 Express 4 Seorg. Maksudnye 4 tempat yg boleh xpelu lama sgt nk beratur. Tp rasanya sil ckp dorg dpt msk 3 tmp je.. RM1200 utk msk 3 tmp, mau kne ceramah dgn en.somi kalau den beli hahahaha.. Jd pagi relax dlu di rumah. Lepas solat jamak zohor asar baru keluar. Tak la terkejar2 nanti nk solat.

Target arini kene pergi tempat menarik sekurang2nya 3 tempat. Supaya berbaloi beli pass mahal2 hahaha.. Almaklumlah, semalam kami just shopping je x pegi masuk mane2 pun. Mula2 ke Osaka house of living sbb dekat dgn tmp tinggal. Just jalan kaki je. Masa sampai dah jam 1.30 ptg, rupanya ramai jadi kene amik no giliran. No giliran kami jam3.30. Ade lg masa 2jam. Macam bazir masa plak kalau 2jam ddk kat museum dalam tu sbb bkn besar sgt pun. Jd kami tekad lari kejap ke osaka castle. 


Memulakan perjalanan solo kami.🤣

Xsure lorong ke mana. Rasanya nk ke osaka castle sebelum tangga ezit yg mencanak tinggi😂

Dari station Tenjinbashi6chome kami menaiki train Sakaisuji Line dan Nagahoritsurumiryokuchi Line menghala ke Osaka Bussiness Park Station. Perjalanan amik masa dalam 20 min. Dari station osaka bussiness park boleh berjalan ke osaka castle dalam 10min. Kami x jalan sampai ke osaka castle pun. Taman dia sgt luas mungkin amik masa 30min utk explore. Jadi kami just jalan2 sampai nampak osaka castle, amik gambar sane sinun hehe.. Itu pun ada dlm 30 minit jd patah balik ke station utk ke osaka house of living semula.. 

Dari jauh dh nampak. Excited. Selama ni tgk gambar je.hehe

😎😎😎

Ade keretapi gini utk round osaka castle. Kami.xnaik sbb nk kejar masa

Kami di sinun je. Xlarat nk dtg lg dekat hahaha

Disebabkan org jepun ni jenis sgt tepati masa, masa tu dh cuak dh sbb sampai tepat2 jam 3.30pm. Staff situ suruh sampai 3.20pm. Haha.. Nasib baik masa sampai staff tgk terus cpt2 pakaikan kami kimono. Sebab jam 4.30 dh kene pulangkan kimono. Kami terus pegi bergambar dlm bangunan mcm zmn jepun dulu2. Siap ade waktu siang dan malam. Firework pun ade. Tp masa ni kami dh buka kimono. Aishhh.. Hehe.. Xpela, ekceli buat dlm bangunan ni Bagus utk aktiviti musim panas. Sejuk skit dlm bangunan 🤣 aisyah?? Tintooonnn je anak dara tu hehehehe..



Hahahahahaha... Xtau nk komen apa 😂


Hasil seni den yg paling cun hahahaha


Takut den tgk  😱

Seterusnye ke tsutenkaku tower. Dari station tenjinbashi6chome naik train Sakaisuji Line menghala ke Ebisucho station selama 20min. Exit je terus nampak Tsutenkaku tower. Menara ni cantik kalau amik gambar waktu mlm. Tp area situ kalau ikutkan apa yg eda baca bahaya skit waktu malam. Ada unsur2 yakuza kot haha.. Jadinye kami pegi sekejap jela. Lagi pun dh jam 6 lebih, dh mula gelap. Hatipun dh takut 😂😂😂

Kedai2 tutup waktu ni. Mngkn buka mlm kot

Seterusnya kami bergerak ke shinsaibasi. Dari Ebisucho station naik Sakaisuji Line menghala ke Nagahoribashi station. Perjalanan amik masa 15min.. Cadangnye nk cari buah tgn bw blk sambil lalu kat sungai dotonbori dapat la lihat permandangan dah gelap. Lampu2 berkelipan cantik.. Tetiba teringat en.somi ckp nk beli baju hardrock cafe hahhaha.. Dan2 tu terus ke hardrock cafe osaka. Berhenti makan dlu tepi jalan, memandangkan anak dara pun dh bangun nk mkn.hehe.. Hardrock cafe osaka ni terletak di hujung shinsaibashi street. Tapi masalah x lalu la sungai dotonbori yg terletak glico sign 😅 aduh.. Xpela semalam dh amik gambo pun dh ok hahaha. Baju hardrock cafe osaka dalam berapa yen tah. Nanti eda ty somi dlu hehe..

Mkn dulu di tepi jalan. Sedapppp nasi + sardin + sambal ikan bilis

Studen indon di jepun. Memula tanya laluan train, skali die tanya blk "ibu dari malaysia ye" dh muke.mcm jepun budak ni huhu

Selesai sudah wishlist somi den. Mana2 pegi mesti x tinggal yg ni 😆

Selesai shopping, terus ke umeda sky building. Station terdekat dgn Hardrock cafe osaka adalah Hommachi station. Dari Hommachi station naik Midosuji Line menghala ke Umeda Station. Perjalanan dalam 24min. Dari umeda station kene menapak dalam 1km lebih kurang 20min utk sampai ke osaka sky building 😱 bertabah la kaki oiii.. Ramai org beratur nak naik atas.  Saaangatt ramaaai.. Tp masa kami sampai tu batu nak start beratur. Alhamdulillah.. Sekejap je dn dpt naik atas. Tp disebabkan waktu mlm, lorong esculator tu x nampak sgt 😭 mngkn kene pakai dslr baru cun huhu.. Permandangan waktu mlm mmg sgt cantik sbb ade batu2 yg glowing bile waktu mlm. Aisyah apa lg suke la die siap nk kutip hehhee.. Lama jugak kami kat atas tu. Dlm 30min.. 

Lorong jln kaki menghala ke umeda sky building

Suke.anak dara ni tgk.mcm tanglung tergantung


Gelap. Xnmp lorong esculator ni. Cantik sbnrnye..

Permandangan di atas skali..

Shopping buah tangan lg..

Dr bawah bangunan nmp mcm gerhana matahari hehe

Selesai photoshoot terus balik rumah. Harini kurang penat sbb jalan slow2. Tp still sakit kaki la sbb jln lama, naik turun tangga kt train. Lagi2 berdua je hahahah..  😂

0 comments:

Post a Comment