Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Sunday, January 30, 2011

Menghormati jiran tetangga

Assalamualaikum warahmatullah,


Marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya, mudah-mudahan kita semua sentiasa mendapat hidayah dan mencapai kejayaan hidup di dunia dan di akhirat.

Islam menggariskan dengan jelas mengenai tatacara hidup dengan meletakkan akhlak dan adab sebagai panduan. Tanpa akhlak yang baik, kehidupan manusia menjadi kucar-kacir. Allah SWT telah mengutuskan Nabi Muhammad SAW sebagai model terbaik dan contoh akhlak yang terpuji kepada seluruh umat Islam.

Orang yang beriman kepada Allah SWT dan hari kiamat ialah mereka yang memuliakan jiran tetangganya. Sesiapa yang tidak menjaga hak jiran dan tidak pula berbuat baik kepada jiran mereka, maka ia sebenarnya bukanlah orang yang benar-benar beriman. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka ia hendaklah berkata akan perkataan yang baik atau ia diam. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah ia memuliakan tetamunya ."

Sekarang ini, walaupun telah diberikan panduan oleh Islam, namun masih ramai manusia tidak merasa tenteram dalam kehidupannya. Manusia sudah hilang perasaan hormat-menghormati dan hilang perasaan kasih sayang sesama insan, kezaliman dan penindasan berleluasa, hak manusia tidak dihormati. Manusia sudah hilang arah tujuan dari matlamat kehidupan yang sebenar.

Dalam kehidupan terdapat hak yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah SWT. Hubungan dengan Allah SWT melibatkan perkara yang wajib di lakukan iaitu berkaitan dengan ibadat seperti sembahyang, puasa, zakat, haji dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu yang lain. Manakala hubungan sesama manusia pula lebih luas dari itu yang melibatkan hubungan sesama makhluk seperti taat kepada kedua ibubapa, menghormati jiran tetangga dan sebagainya.

Dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh lari dari berhubung dengan sesama manusia, dengan rakan sekerja, teman serumah, jiran tetangga, masyarakat sekampung dan sebagainya yang perlu di jaga dengan sebaik-baiknya, agar kehidupan menjadi lebih sempurna. Islam memandang berat perihal menjaga hak jiran sehingga jiran itu boleh dianggap sebagai orang yang boleh mewarisi harta. Memuliakan jiran merupakan budi pekerti yang mulia dan terpuji.

Menurut Imam Nawawi, jiran ialah mereka yang tinggal berdekatan dengan rumah kita dalam lingkungan jarak 40 buah rumah, samada dari kiri atau sebelah kanan, depan mahupun dari sebelah belakang. Dalam menghayati hak-hak jiran, Islam membahagikan jiran itu kepada tiga bahagian berdasarkan hadis Nabi SAW yang bermaksud,"Jiran itu ada tiga macam. Jiran yang mempunyai satu hak, jiran yang mempunyai dua hak dan jiran yang mempunyai tiga hak. Jiran yang mempunyai tiga hak ialah jiran yang muslim yang berkerabat, maka baginya hak jiran, hak muslim dan hak kerabatnya. Adapun jiran yang mempunyai dua hak ialah jiran muslim, di mana haknya ialah hak jiran dan sebagai orang muslim. Manakala jiran yang mempunyai satu hak ialah jiran yang musyrik atau kafir."

Menghormati hak jiran tetangga bukan semata-mata mencegah diri dari menyakiti hati jiran, bahkan hendaklah ia juga bersabar atas sebarang kelakuan yang tidak sopan yang telah di lakukan. Pun begitu, tidak bermakna kita perlu mendiamkan diri tanpa teguran terhadap perkara maksiat, di mana pula prinsip 'amal maaruf nahi mungkar'? Perlu juga disedari bahawa jiran yang baik ialah mereka yang mengambil berat tentang jirannya, ketika sakit, kenyang atau ketika laparnya, gembira atau sedihnya. Rasulullah SAW telah memberi peringatan dengan sabdanya yang bermaksud, "Bukanlah dari kalangan orang yang beriman, apabila ia dalam keadaan kenyang, sedangkan jirannya dalam kelaparan." (Hadis riwayat Bukhari)

Hadis ini bermaksud bahawa "kewajipan" kita memberi hak yang sewajarnya kepada jiran ketika sakit, kemalangan dan sebagainya. Turut merasa sedih dan berduka ketika jiran ditimpa musibah dan segera membantunya sekadar yang termampu. Kita juga perlu turut rasa gembira, apabila jiran kita mendapat khabar gembira. Demikianlah manis dan indahnya ajaran Islam yang mengajar umatnya sentiasa beradab dan berakhlak khasnya sesama jiran tetangga.

Amalan menyakiti hati jiran adalah tercela, biarpun seseorang itu dari golongan mereka yang kuat beribadat dan melakukan amal kebajikan. Rasulullah SAW telah diberitahu tentang adanya perempuan yang berpuasa di siang hari dan bersembahyang di tengah malam, tetapi ia sering menyakiti hati jirannya. Maka Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Bahawa sesungguhnya dia akan masuk neraka. "

Masyarakat kita sekarang khususnya di bandar-bandar atau taman-taman perumahan banyak menghadapi krisis kejiranan kerana terlalu bersikap 'individualistik' , jenayah dan gejala sosial berlaku bebas, tanpa sebarang rasa tanggungjawab. Perkara ini berlaku kerana adanya sifat mementingkan diri sendiri. Sifat ini adalah lahir dari sikap tidak mahu mengambil tahu dan tidak mahu campur tangan urusan orang lain. Sikap ini kadang-kadang dari satu sudut baik perkara yang berbentuk peribadi, tetapi dari sudut yang lain, yang bersifat umum, ia akan memberi kesan yang tidak baik secara berpanjangan. Barangkali ketika kita tidak ditimpa musibah atau kesusahan, kita rasa jiran tidak penting dan tidak perlu, tetapi bagaimana pula jika kita ditimpa musibah atau malapetaka? Bagaimana jika ada kematian di rumah kita, jika berlaku kebakaran, berlaku kecurian dan seumpamanya? Maka barulah kita akan terasa betapa pentingnya jiran itu dalam kehidupan kita. Oleh itu Islam memandang berat soal penjagaan hak dan keharmonian sesama jiran.

Sifat yang lebih membimbangkan berkaitan dengan hidup berjiran ialah apabila berlaku pergaduhan dan perselisihan faham sesama jiran hingga menyebabkan berlaku permusuhan dan tidak bertegur sapa sesama sendiri, lebih memalukan lagi apabila dilakukan oleh orang Islam, yang mana bukan sahaja boleh menjatuhkan imej seseorang Islam itu, bahkan ia boleh menjatuhkan maruah agama Islam itu sendiri.

Dalam menangani masalah kejiranan seumpama ini, kita perlu berusaha mengatur strategi yang baik, demi memelihara keharmonian hidup berjiran, iaitu kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Program untuk meningkatkan semangat kejiranan perlulah di adakan sekerap mungkin, agar hubungan sesama jiran terus harmoni. Banyakkanlah aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, jamuan kekeluargaan, program lawatan, minggu sukan dan pertandingan antara kampung, taman atau blok dan seumpamanya. Badan amal seperti rukun tetangga, tabung khairat kematian, tabung derma kilat dan sebagainya perlu diwujudkan bagi memulihkan kembali semangat kejiranan tersebut.

Aktiviti seperti ini memberi ruang meningkatkan semangat setia kawan dan persaudaraan. Aktiviti jenayah dapat dikurangkan, masalah keruntuhan moral remaja dapat dibendung dan berbagai manfaat lagi bakal diperolehi hasil dari aktiviti yang dijalankan, dengan itu kehidupan kita akan lebih tenang dan selesa, di samping mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah SWT.

Hayatilah firman Allah SWT, yang maksudnya, "Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat mahupun yang jauh, rakan sejawat, orang-orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong, takbur dan membanggakan diri." (Surah an-Nisaa' ayat 36)

Renung-renungkan!

Jamuan Makan Bsama jiran Tetangga

Alhamdulillah..

Hari ni jiran2 di lorong umah eda ada buat sedikin jamuan mkn2. Eda baru je tinggal 28hari di kwn perumahan Pulai Indah ni. Jadi sgt baik dan eloklah jamuan ni dibuat utk eda berkenalan dgn jiran2 sini. Erm..diberitahu olh kak hanim (jiran sbelah), tiap bulan pasti de buat jamuan begini. Saje je utk bual2 dan bertemu muka. Klu x sume busy ngn kerje.Bagus kn ^_^..

Tapi dr pemerhatian eda y bekerje sbg fulltime suri rumahtangga ni kn..ehem..ehem..jiran2 eda ni mmg jenis y rapat ant mrk. Tiap ptg if xde ujan, msti eda nmp dorg ddk dihadapan bbual2 sambil tgk ank2 mrk main. Klu mlm hjg minggu, suami kak hanim akn ajk jiran2 sblh main pingpong smpi kol 1pagi..Mula2 pindah sini, segan jg eda nk ikut serta bual, suami pun jrg de kt umh sbb keje n studi. Jd alamatnye dlm bilik la eda tperap..>_<..

"Tgk sunyiiiiiii jeeee umh eda ni." Ha itulah y jiran ckp kt eda. hehe...
Tp mlm ni eda rs gmbira dan bhagia sgt. Bbual2 ngan mrk ttg semua hal. Eda hrp selepas ini blh la eda mneruskan silaturrahim dgn mrk. Kene buang sikap pmalu dan rendah diri sgt ni.

Eda..Kamu dh bkhwn dan tggl bsm famili y baru dbina. Jgn rs cm bdk studi lg k..!!!Chiyok..!!

Sesungguhnya antara ciri2 mrk y beriman adlh baik pergaulannya dgn jiran tetangga. Krn mrklah y paling hmpir dgn kita ketika bjauhan dgn famili..

Moga kami ini tergolong dlm golongan jiran2 yang baik2. Amin..

Sunday, January 23, 2011

Si Comel Karipap >_<..

Time kecil2 dulu, Eda ni sbenarnye xdela menggemari sgt karipap. Almaklumlah dolu2 hanya ade inti kentang je kn. Tapi sejak masuk sek men, eda bertemu dgn karipap sardin terus jatuh cinta dgn spesies karipap ni. Tapi xdela sampai nk belajar buat karipap, sbb rs mcm komplikated sikit ^_^. hehe...

Tapi sejak berkenalan dgn hubby eda (sebelom khwn la kiranya), eda ada la try usha2 mak eda buat karipap. Camnolah gayo eh nk buek kueh ni ha..>_<.. Selepas menuntut dgn mak plus petua dari kakak ipar, blh la
sikit2 de pengetahuan nk buat kueh ni. Tapi xstart lg buat tuh..takkuuut..hehe..Dan dijadikan cerita, last week eda blk kg hubby, mak mentua eda buat la karipap. Ha....mcm tau2 je mak ni menantu eh nk menuntut karipap. Bukan apa, hubby eda mmg suka gila bangat ngn karipap ni. Klu seharian die x mkn x sah...Jadi eda kene menuntut dari empunya perut yang mengandungkan hubby den ni. Baru masuuukkk.....

Ok la..terus pada resepinya di bawah ye...xdela isimewa sgt. Just basic je..Selamat mencuba ye...


Bahan-bahan
1. Tepung gandum
2. Planta
3. Garam dibancuh dgn air
4. 2 Camca besar cilibo atau lada giling
5. Kentang dan 500g Daging atau ayam dipotong dadu.
6. Bawang kuning, bawang puih dan halia dikisar halus
7. Satu camca besar lada hitam digilis (eda lg prefer yang asli bulat2 drpd y serbuk coz serbuk byk ajinomoto)
8. Sedikit daun sup dan daun bawang yang dicincang halus
9. Serbuk kurma atau kari daging (pilih antara satu la.Tapi eda suka kurma,rs rempah2 skit)

Cara-cara
(Dekat sini eda x letak secara spesifik bape jumlah y diperlukan. Coz eda just guna deria rasa je ^_^)

1. Tepung di uli rata bersama planta. Anda akan dapati tepung gandum akan bertukar warna mjadi kuning- kekuningan. Lagi banyak planta digunakan, lagi rapuh karipap nanti. Tapi nnt cpt muak...so its depend on u.


2. Masukkan air sikit lebih kurang 2 sudu camca besar. Uli hingga jadi doh yang kental. Masukkan air jika perlu tapi dlm jumlah y sikit. Klu x doh y hsl jd lembik, ssh utk bentukkan kemudian.
(Perhatian: Make sure uli lama2 sblm msk tambahan air. Coz doh akan jd lembut bila planta sdh keluarkan myk)

3. Bentuk doh bulat2 dan biarkan tertutup seketika. Pendedahan pd udara blh buat doh kering dan keras.

4. Inti disediakan dengan menumis dgn sedikit minyak segala bahan 4-9. Masukkan garam secukup rasa.Inti mestilah dimasak sehingga sedikit kering. Klau berair akan mcoz kulit karipap lembik time bentuk nnt.


5. Setelah agak2 sejuk inti, bolehlah masuk proses mbentuk karipap anda ^_^. Berikut cara2 lipat:

i. Leperkan doh senipis y boleh dan letak inti ditengah2.
ii. Lipat 2 dan ketip tiap hjg karipap hingga btl2 camtum.
iii.Ketip hingga jadi sedikit lebar pd slh satu hjg karipap td
iv.Lipat ke hadapan dan ketip hujung ke-2 plak. Make sure hjg 1st td diketip bersama.
v. Ulang langkah i-iv hingga habis.



6. Seterusnya goreng di atas dapur dgn api yang perlahan.

7. Sekiranya nak simpan utk makan sok lusa julat, so blh la goreng dengan minyak yang tgh panas dgn jangka masa yang sekejap. Cukup untuk memasakkan kulit sahaja. Dan simpan di bahagian sejuk beku.

Selamat mencuba ya...ciyok2!!

Thursday, January 20, 2011

Tauladan Untuk Suami Isteri Yang Selalu Bergaduh


Sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3
orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya
pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai,
mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin.

Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan
pembahagianharta sepencarian di antara mereka, perundingan berlangsung lancar dan
akhirnya sebagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah,
dan semua aset harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua
belah pihak.Hanyasatu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, yaitu mengenai pembahagian
anak [jangan lupa anak mereka tiga orang].

Baik si suami maupun si isteri, sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak
ada yang mau mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada
Zaman Nabi Sulaiman a.s. dulu.

Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana
jalan keluar yang harus ditempuh.

Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, yaitu mereka
diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah
satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan mengizinkan perceraian
mereka, Tuhan akan memberikan tambahan satu anak, total menjadi 4 anak,
sehingga mudah untuk dibahagi di antara mereka berdua.

Kerana si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka
mengambil keputusan berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya
mereka berhasil.

Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan jalan, beliau bertemu dengan
pasangan suami isteri ini, sedang bergandingan tangan dengan mesra,
sehingga Sang Imam bertanya, :

"Apakah Kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal
bercerai
?".

Sang Suami lalu menjawab : "Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kami
tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling
memaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai
".

"Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?", tanya Sang Imam.

"Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua
anak,anak kembar
!!".

Beberapa hikmah:

1. Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika
seseorang sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita
menunda sesuatu yang ingin kita lakukan.. Betapa banyak penghuni penjara
yang menyesal: mengapa ketika marah memukuli isteri/anak/dsb sampai
tewas....

2. Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah kunci kebaikan,
sehingga
nabi saw menekankan laa taghdhab [jangan marah] kepada sahabatnya.

3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang
lebih baik daripada kisah di atas yaitu pasangan suami isteri yang selalu
berhasil mereda pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan
isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buah
tangan/peralatan baru kesukaannya akan membuatnya tersenyum, meminta
maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya.

4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah
membuat keharmonian semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati
pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana
agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi saw. Karena pertengkaran itu
seperti api: sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan luasnya membinasakan.


.sampaikanlah ilmu walaupun hanya satu ayat......
.muhasabahlah diri sendiri sebelum muhasabah diri orang lain...........

Sunday, January 16, 2011

Petanda terbaik ni ^_^



Alhamdulillah..eda bersyukur dengan apa yang eda lalui hingga saat ni sejak bergelar isteri. Banyak perkara yang eda pelajari tentang hidup aspecially berkaitan hidup rumahtangga. Terima kasih syg atas pertolongan dan sokongan pada ayg selama ni. Bukan sahaja ketika saat ini kita belayar dalam bahtera syurga dunia, malah ketika sebelum belayar lagi ^_^. Moga bahtera kita bina dan belayar bersama ini akan teguh dan mantap dalam mengharungi ombak badai bergelora kelak syg. Amin..

Erm..sejak kebelakangan ini, badan eda tidak la beberapa sihat. Mula2 cramp bahagian rahim, kemudian ke perut pula dan sekarang ni asyik cirit birit dan buang air kucil. Walaupun sakit tapi rs bahagia bila dapat perhatian drpd suami eda.hehe..Adakah ini petanda baik?? Oho....Eda tak letak sepenuh pengharapan dalam bab ini, walopun dalam hati mmg teringin sangat nk kn. InsyaAllah ada rezeki, adalah nanti..Kita tunggu......

Sejak seminggu alami simptom2 ni, eda mula la rajin2 served internet cari info berkaitan pregnancy. Dulu time study kat matrix n UM xdela pula eda menghayati proses pembentukan baby ni kn. Setakat study dan fahamkan. Kurang penghayatan..SubhanaAllah..Maha Suci Allah SWT yang mencipta tiap detik perkembangan bayi itu dengan sangat terperinci dan berkait rapat. Sangat kagum kot sampai kadang2 eda terbayangkan bayi dlm perut sendiri (if adalah
^_^).

Disebabkan eda tidak sihat maka sang suami pula mula ambil tanggungjawap. Aha.....walopun takla sepenuhnya tapi syukur alhamdulillah. Bolehla setakat ni tlg2 eda pape yang patutkn. Belajar mana tau if bulan ni adlh bulan eda..!!

Seronok tgk suami tlg masak aym kicap..
cayalah syg..!!





Saturday, January 15, 2011

Wah..!! Hubby ku sediakan makan malam.!! ^_^


Jangan jeles ek ^_^..

Inilah hasilnya suami eda wat deco2 utk dinner kami. Comelnye... Eda keluar bilik je tgk dah sedia. Terus eda berlari amik kamera. Rasa nk framekn mee ni siap ngn cawan pinggan lagi.hehe..

Tapi sebenarnya, telur tuh eda dah siap masak. Mee tuh pule kak hanim, jiran sebelah umah eda yang beri. Dia nak pulangkan bekas eda beri spageti kelmarin. Alhamdulillah, rezeki malam ni. Nasi yang dah masak simpan untuk makan pagi esok alamatnya.kui3~.. >_< ..~

Cayang abg sbb tlg sediakan..Mekasih syg..!!!

Indahnye saat ini ^_^

Ketika kami menikmati makan malam, kami berbual-bual kosong berkaitan hal kerja suami eda, study dia dan masa hadapan kami. Perkara biasa yang sentiasa kami bualkan tiap kali kami menjamu selera. Tradisi begini eda cuba serapkan dan hidupkan dalam rumah tangga kami yang baru dibina ini. Almaklumlah eda sudah terbiasa dibesarkan dalam tradisi begini. Dalam Islam juga menggalakkan bila masuk waktu malam seeloknya makan bersama. Bukan sahaja dapat mengeratkan rasa kasih sayang antara keluarga, malah ketika itu kita dapat berbual-bual dan mengetahui perkembangan diri masing-masing.

"Abg, macam mana dengan masakan ayg malam ni ?" soalan biasa yang selalu eda tanyakan.

Baru belajar masak secara solo la katakan.Dulu-dulu boleh minta pendapat emak time masak. Sekarang kene tukar rasa selera, ikut suami sikit ^_^

"Alhamdulillah. Sedap sangat ayg masak sotong masak lada ni. Pandai isteri abg masak ye. Kalau macam ni bertambah kecutlah baju seluar abg, syg.." balas suami eda.

Ayat yang sememangnya dan sepastinya menyenangkan dan mengembangkan lagi hidung eda bila dengar. Bahagianya eda rasakan saat itu.

Tapi eda sangat bersyukur sebabnya suami eda ini bukan jenis yang cerewet dalam bab makanan pun. Jadi bila masak tuh eda pastikan biar betul-betul ada rasa dan bau. Pedas tuh sudah semestinya.. ^_^

" Esok syg abg ni boleh tak masak ayam tomyam. Abg terasa teringin plak nk makan ayam tomyam" pinta suami eda tetiba.

"InsyaAllah. Esok ayg cari bahan untuk msk tomyam aym ye." balas eda tapi dalam hati dupdap dupdap dah. Macam tengah buat lari pecut rasanya.

Mana tidaknya, eda rasa dh lama sangat kot eda tak buat ayam tomyam. Kali terakhir masak sendirian 3 tahun yang lepas masa raya. Sebab emak balik kampung dan masa tuh kawan-kawan sekolah datang.huhu..

Esoknya

Setelah selesai semua kerja rumah, eda terus ke kedai mencari bahan. Alamak sekali terlupa nak cari dalam internet ada bahan-bahan istimewa ke perlu diletak supaya rasa dan nampak lagi comel.huhu.Takpe lah, cuba yang terbaik beli apa-apa yang patut. Alhadulillah selesai..

"Abang, macam mana ok ke?" dalam hati ni masih berlari pecut.

"Sedapnya... Tapi kenapa banyak sangat ayg masak. Alamatnya bertambah kecut kali ni suma pakaian." balas suami yang buat eda rasa lega sangat.

"Erm..ayg beli separuh ekor je. Ni separuh la ni..." serba salah pula eda rasa.

"Takpelah..boleh abg ratah dan hirup kuah dia ek. Sedap..." pinta suami terus ratah satu mangkuk.

"Alhamdulillah" gembira hati eda tengok suami makan dengan berseleranya. Alamatnya eda terpaksa amik semangkuk lagi untuk diri eda. Suami siap curi seketul dua lagi dari mangkuk eda.hehe..bahagianya rasa saat itu..^_^

"Esok syg abg ni masak ikan keli pula ek. Keli yang masak dengan cili tuh" Pinta suami kali ini

Alamak..Ini sudah masuk bab parah ni. Eda tak penah pun masak masakan ni. Tengok mak masak pun tidak. Macam mana ek eda termissed masakan feberet sendiri nih.huhu..parah..parah..

"InsyaAllah" tetap dengan balas yang sama. Dalam hati ni bukan lari pecut dh. Rasa macam naik rollercoaster je..

Esoknya

Setelah selesai seperti biasa rutin harian, eda terus ke kedai. Tapi kali ni eda awal-awal lagi buat panggilan ke rumah emak tanya resepi ikan keli masak cili. Habis kene gelak dan sakat dari abah. Katanya dulu-dulu tak mau belajar masak ikan keli dari mak. Lauk kegemaran sendiri pula tuh..hehe.Malu..!! Tapi rasa bahagia pula dengar gelak ketawa emak abah pada anak bongsu pempuan mereka ni.. ^_^

Malamnya sudah tiba. Suami baru sahaja sampai ke rumah dalam jam 9 lebih. Sedikit terlewat sebab ada hal di tempat kerja. Selesai sambut, salam dan sayang suami, terus ke dapur buat air. Berdebar-debar ni..Lauk sudah siap di tempat makan.

Sunyi..........

"Syg, cepatlah datang. Abg dah start makan ni" tetiba suami eda panggil..

"Astagfirullah abg ni. Lapar sangat ke syg ayg ni" sahut eda sambil bawa air ke hadapan.

"Lapar satu hal. Ni sedap sangat lauk ikan keli masak cili ni..Abg tak dapat nak tahan perut abg ni. Nak rasa terus makan sekor plak" jawap suami dengan muka comelnya.

Alhamdulillah..Bahagianya eda rasa saat itu..Sangat bahagia dan puas bila masakan dari air tangan sendiri dapat mengikat perut suami. Terima kasih ya Allah atas nikmat yang Kau pinjamkan pada hambaMu ini. Terima kasih mak abah dan mak ayah sebab tidak jemu-jemu beri petua dalam masakan. Alhamdulillah..

"Tapi kenapa masak dua ekor je syg??" tanya suami

"Erkkkk..takut nanti terlebih pule. Takut tak sedap je masak pertama kali ni" jawap eda serba salah sebab masak sikit.

Tak cukup..huhu Y_Y..

Belajar dan terus belajar. Moga diri ini tidak akan putus asa dan jemu dalam perbaiki diri dalam menjadi isteri, kawan, dan pendamping suami serta mama yang penyayang.Amin..






Friday, January 14, 2011

Ikan Keli Berlada


Erm...Hari ni bersemangat nak settlekan urusan umah secepat mungkin. Rasa macam hari istimewa plak ye ^_^.. hehe.. Hari ini eda akan masak untuk julung2 kalinya IKAN KELI BERLADA. Memang feberet abisssss la time sudy kat Kolej Matrikulasi Johor. Cinta pandang pertama pada ikan jenis keli.. >_< Erm..disebabkan pertama kali masak, so pasti hasilnya InsyaAllah OK..moh kite belajar masak..Practice makes perfect k.!! Chiyok2 eda..!!

Ramuannya:

  • 5 ekor ikan keli sederhana besar
  • 1 keping asam gelugur/asam keeping
  • secubit gula
  • secubit garam dan kunyit
  • minyak untuk menumis
  • 20 biji cili api
  • 10 biji cili merah
  • Sedikit Halia

Cara-cara:

1. Bersihkan ikan keli. Limau nipis di gosok atas ikan untuk hilangkan hanyir.

2. Lumur ikan keli dengan garam dan kunyit. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.

3. Halia, cilia pi dan cili merah ditumbuk hingga hancur. Kemudian ditumis sedikit minyak.

4. Masukkan gula dan asam keping hingga garing.

5. Angkat dan tuang di atas ikan keli goreng tadi.

6. Sedia dimakan.Yumiiieeee...

p/s: Eda perahkan sedikit limau nipis untuk menaikkan bau dia. Erm…best..!!


Thursday, January 13, 2011

Tomyam Ayam


Salah satu dari feberet masakan mak eda nih..erm..kecur air liur rasanya. Eda penah buat sekali secara sendirian berhad dan selebihnya masak bersama mak. Dh jadi bini org dan duduk jauh, nak tak nak kene blajar juga buat ek.hehe.. Inilah hasilnya.. Alhamdulillah menjadi. Cume kene memeriahkan lagi dengan bahan lain. Apa ek nk tambah lg??.....nnt eda ty pndpt org2 tua ne... ^_^


Ramuan:
  • ½ ekor ayam
  • 3 cawan air
  • 1 camca teh garam
  • 2 batang serai,dititik dan dipotong
  • 5 tangkai cili kering
  • 3 helai daun limau purut
  • 3 biji limau nipis, ambil air perahan
  • 2 ketul perisa tomyam
  • Sedikit hirisan fishball dan fishcake
  • 2 biji tomato, dipotong 4 bahagian
  • Sedikit hirisan karot dan pudina

Cara-Cara

  • Masukkan ayam, air, garam, perasa tomyam dan semua bahan kecuali tomato, karot dan daun pudina dalam periuk dan didihkan hingga ayam masak.
  • Masukkan tomato, irisan karot dan daun pudina.
  • Siap untuk di makan ^_^..

Monday, January 3, 2011

Jalan2 Bermadu Kasih ^_^


Alhamdulillah. Sudah hampir 2 minggu kami menakhodai bahtera cinta kami ♥ ^_^

Kami sudah rancang semasa di rumah suami di Perak berkaitan agenda ini. Sebenarnya kami sudah rancang minggu lepas, sebelum kenduri sebelah lelaki. Tetapi masa tidak dapat nak mengizinkan. Keadaan rumah tidak terurus lagi. Perlu selesaikan sikit demi sikt.

Erm..bermulalah agenda jalan2 kami ni. Tempat yang menjadi pilihan sudah semestinya CAMERON HIGHLAND Bukan apa, tempat ni relaks sikit. Senang untuk cari hotel dan tempat yang indah2 boleh dinikmati bersama berbanding Bukit Tinggi. Lagipun eda sudah ada beberapa nombor hotel yang eda pernah hubungi masa bercuti bersama keluarga tahun lepas. Senang sedikit...

31 Disember 2010, Jumaat

Kami bergerak dalam jam10 pagi. Cadang lebih awal sebab hari jumaat. Mungkin suami dapat bersolat jumaat di sana. Tapi sebab nk sediakan bekalan sepanjang perjalanan, terlewat juga akhirnya. Bekalan punya la banyak eda sediakan, siap kene usik abah lagi. "Macam pergi berkhelah dua tiga hari ". Haha...

Jam 11.30 Kami mula exit di Tapah menuju ke Cameron Highland. Ohoooo..Jalan bengkang bengkok mula membuatkan diri eda dan suami rasa loya. Macam betul2 naik bahtera nih.. Y_Y.. Kereta tidak banyak sangat yang naik waktu nih. Alhamdulillah..Risau juga ramai yang bercuti sebab esoknya Happy Ney Year.

Tempat pertama persinggahan kami semestinya Ladang Teh Bharat. Kebiasaan pengunjung pasti berenti disini kerana tempatnya sangat cantik dan berada di tepi jalan utama.

Berposing2 di Bharat Tea Farm

Penegasan : Ladang teh ni tidak ada kaitan langsung tau dengan teh BOH ^_^..

Kami meneruskan perjalan. Alahai tergoda sungguh eda dan suami sepanjang perjalanan bila melihat orang2 tempatan cameron menjual durian2. Ish ak boleh jadi ni..singgah dulu no beli sebijik durian.. Siap dikopek simpan dalam tapawe kami bawa. Ada guna juga ek bekal makanan banyak2..Tapawe boleh diguna semula.hehe..

Ha..Lihat terliur tak tgk durian ni..ish..abis semerbak kereta bau durian..lalalala...

Perjalanan seterusnya terus ke Hotel D' Couline (tak pasti nak eja camne.). Kene check in awal sebab masa dah kesuntukan. Masa perjalanan eda dan suami tak pasti berapa lama lagi.huhu...Teruskan jgn tak terus.. >_<

Alhamdulillah tepat jam 1.20 kami selamat sampai hotel. Check in terus..Ha klau korg sume nk tau, hotel ni bukan hoel mewah mana pun. Kecil comel je hotel ni...Luar nmp biasa tapi dalam fuh....comell..!! Pada sesapa yang jenis bukan bercitarasa exclusive, suke yang comel2 cute2 blh la singgah ke hotel ni..Actually byk lagi hotel yang selesa utk berbulan madu mcm rainbow, Rosapadena, Equatorial ke..tapi knapa berbayar lebih ek utk kemudahan yang sama juga diberikan pada hotel yang jauh lebih jimat. Boleh jimat bawa makan2 sini. Banyak sangat yang boleh dimakan tau..hehe..

Antara gambar di sekitar hotel. Berhadapan
bangunan Kraftangan


Hari ini tiada plan utk ke mana. Cadang untuk tinjau ladang tea BOH. Kami sampai dalam 4.40, rupanya ladang tutp jam 4.30.huhu..xpa esok masih ada. Kebanyakan kawasan2 yang berkaitan ladang teh, starwberi, lebah dan banyak lagi akan tutup jam 4.30. OK...noted >_<

Malamnya kami membeli belah....Beli baju, kaktus, dan makanan. Pulang awal untuk rehat esok harinya pula..

Amboi meriahnya malam tuh dengar org bergelak ketawa di bawah menyambut tahun baru. Tak kurang ada yang main mercun..hehe..

Happy New Year syg..!!!

1 Januari 2011, Sabtu

Oho.....Good Morning..!! Pagi yang sangat sejuk. Menggigil kami amik wuduk pagi tuh.Ish...solat pun sampai menggigil2..huhu...

Pagi ni sarapan di atas katil. Romantik...!! Dah beli milo+biskut..Apa lagi sediakan terus, tak perlu trun pagi2 sejuk ni..tak tahan..!!

Selesai siap terus bergerak ke Strawberi Farm utk memetik buah strawberi.Yummiiee....memang jadi rambang mata tgk buah strwberi di mana2 saje ada terjuntai..comel..!! Kalau nak tau ka tsini klu petik sendiri bayaran dia RM20 untuk setengah kilo shj. Lebih kurang je dengan yang kat pasar malam. tapi percayalah yang petik sendiri lagi fresh dan manis tau. Mungkin sbb baru petik. Wallahualam. Bak kata bdk2 skrg ni "Terbaik dari ladang"..hehe

Nila dia strawberry farm.Selesai petik sempat
makan stawberi coklat.sedap ..!!


Ok..Seterusnya ke Cactus Valley. Mcm2 kaktus kami borong.hehe.. Comel2 je. Agak besau la kwsn ni..kami park kete atas puncak gunung sane.konon sebab malas nk naik bukit bile jalan tapi lupa nnt nk amik kete kene menapak naik juga..pasraahhh makcik.hehe..

Kami sempat beli 3 jenis pokok hiasan. comel sgt..nk tanam kat rumah y akan kami duduk di Johor nnt..harap2 hidup lah ye pokok ni nnt ^_^


2 jan 2011, Ahad

Tiba sudah hari terakhir kami bermadu kasih di Cameron Highland..terasa sekejap sangat. Tapi xpela xde rezeki.Hubby keje rabu depan so kene balik cpt nk kemas rumah baru kami nn.. ^_^

Sebelum pulang kami sempat singgah ke Bee Farm. Tiada yang menarik sgt. Yela tmpat bee kn..mungkin menarik kalau kene sengat la..hehe..



Alhamdulillah. Next time ada masa dan rezeki lebih, harap dapat la g jalan camni.. Elok utk relax minda dan erat hubungan kasih dalam famili ^_^

Mekasih syg