Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Wednesday, February 25, 2015

Anak Genius ^_^


8 cara jadikan anak genius – Dato’ Fadzilah Kamsah

8 Cara untuk mendidik anak dan menjadikananak – anak anda genius ini di kongsi daripada satu syarahan yang di bawakan oleh Dato’ Fadzilah Kamsah. Siapa tak nak anaknya bijak dan genius kan ? kita semua boleh berusaha untuk jadikan anak kita genius dan seterusnya mendidik anak-anak supaya menjadi anak yang soleh dan solehah.
TATACARA DALAM MENDIDIK ANAK GENIUS.
“cuma ada ibu bapa yg tidak perihatin atau tidak mahu ajar anak merangsang anak untuk memenuhi keinginan ini. Jadi kepintaran yg ada tidak digunakan sepenuhnya untuk menerokai apa yg ingin diketahui dan dipelajari menyebabkan kepintaranya tebantut begitu sahaja.sebab itulah ada kes,semasa kecil seseorang kanak-kanak itu dikatakan genius tetapi bila meningkat remaja dan dewasa,kegeniusan ini hilagn begitu saja kerana tidak ada rangsangan beterusan dari ibu bapa” ujar Dato’ Fadzilah Kamsah.
Untuk itu beliau telah memberikan tip bagaimana tatacara yg bekesan dalam mendidik anak menjadi genius.
  • Doa ibu bapa
sebagai ibu bapa doa sangat penting kerana hanya Allah tempat kita memohon agar anak2 yg dilahirkan sentiasa dalam pelindunganya, diberikan kecerdasan akal,akhlak mulia,mendengar kata dan bebudi pekerti.Bila pakej ini ada dlm disi seseorang dr kecil, tdk mustahil anak itu blh menjadi genius sebagaimana yg diharap oleh ibu bapa dlm doanya,pun begitu,pastikn doa yg dilakukan dgn niat ikhlas ,tulus penuh rendah dir kpd Yang Maha Esa.
  •  Didik secara besungguh-sungguh .
Anak genius adalah seorang anak yg suka mencr ilmu, sentiasa betanya ,befikir dan sentiasa mempunyai naluri ingin tahu dlm dirinya,jika ibu bapa mengenal pasti potensi ini dari awal,maka itu petanda anak itu boleh dirangsang menjadi genius.Maka ibu bapa haruslah bersungguh2 untuk mendidik ,menggalak dan merangsang keperluan ini dan membimbing potensi yg ada supaya tidak di salahgunakan kpd yg tidak baik, sebab itulah ibu bapa harus tegas dlm memantau pembelajaran anak. namun pantauan mestilah penuh behemah dan kasih sayang.
  • Terima anak seadanya.
Bukan semua impian dan harapan untuk mendapat anak genius itu menjadi kenyataan .oleh itu jangan meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap anak,malah setiap anak itu tidak sama kepintaran dan kelebihan yg dimiliki. terimalah anak seadanya.Hanya kebijaksanaan ibu bapa menggilap potensi,jika ada usaha kalau anak tidak genius pun dia boleh menjadi seorang yg pandai.tetapi tidak lah genius krn anak yg genius adalah anak yg sentiasa rajin mencari ilmu dan sentiasa befikir.
  • Sediakan suasana yg boleh merangsang.
Ibu bapa perlu bentuk suasana rumah tangga yg boleh merangsang otak anak.contohnya,melalui warna dinding ,barang permainan dan perhiasan rumah.semua ini,ada maksud tertentu. bapa misalnya boleh bercakap dgn anak, kenapa dia meletakan meja di sudut tertentu. Jelaskan sebabnya kerana ia mengarah kiblat,Atau papa cat bilik warna hijau adalah untuk memberikanya suasana lebih santai dan tenang dan kreatif befikir.
  • Amalkan pemakanan seimbang & gaya hidup sihat.
Otak cergas datang dari badan dan makanan sihat,Anak genius tidak makan makanan ringan.Galakan atau lakukan besama anak rutin melakukan senaman,riadah dan besukan .
  • Sentiasa mengekalkan hubungan rapat dgn anak.
Sebagai ibu bapa,hubungan dgn anak mestilah rapat mesra dan harmoni dalam kehidupan berkeluarga dan saling memerlukan,betimbang rasa,betolak ansur dan memahami satu sama lain walaupun dgn anak.
  • Menjalin hubungan rapat dengan guru
sentiasalah mengadakan hubungan rapat dgn guru,jadi guru akan menyayangi dan mengambil berat pada anak kita. Sentiasa tolong menolong dan berbincang dgn guru tentang pelajar dan perilaku anak di sekolah.
  • Perlu satu institusi khas dan kumpulan sokongan.
Untuk melahirkan lebih ramai anak genius,satu institusi perlu dibentuk untuk merangsang anak menjadi hebat dan perlu ada kumpulan sokongan untuk anak pintar.

Dicopy dr website ini.

Tuesday, February 24, 2015

Kudapan..


Gambar antara kudapan yg kami beli tatkala kecemasan perut berdondang syg.hahaha..

Actually eda selalu mkn biskut kering je. Tp mcm leceh la kn tiap kali nk mkn mesti nk bancuh air. Tapi problemnye kalau beli yg berperisa dan jenis buka-terus-makan ni konpem2 cepat abis sbb kat umah ni ade ju on jadian tau. Hehehehehe..

Eda baru mkn 2 bungkus, hubby eda dh balun 5 bungkus. Guane tuh.. konpius gak hormon ni dh serap kat cik abe plk ko ^_^ ..

Jd seronok plk berebut2 mkn. Siap eda sorokkan mknn2 sedap kalau beli. Huhu..  Alhamdulillah, moga Allah terus suburkan dlm hati eda dan suami serta anak2 kami kelak rasa bahagia dalam apa jua perkara yg kami lakukan bersama. Bergurau senda sentiasa kan bagus utk hubungan kekeluargaa.hehe..


Saturday, February 21, 2015

Secong pregnancy - First Trimester

Perkembangan kehamilan trimester I ini ditulis sejak hari pertama eda disahkan hamil hingga habis trimester I. Saje eda publish dihujung2 kehamilan supaya kebahagian ini cukup hanya eda dan suami yg merasainya..

Nak tahu perjalanan TTC hingga berjaya hamil utk kali kedua boleh klik sini. Berkali2 kami cuba ulang kembali rawatan hingga rawatan ke 8 Allah makbulkan doa kami. Alhamdulillah..

**************************************************


Alhamdulillah..syukur kpd Allah, atas nikmat kurniaanNya..

23/12/14
tarikh yg paling bermakna dlm hidup eda dan suami. Ujian upt menunjukkan eda hamil. Alhamdulillah.. kami kira khabaran ni sebagai hadiah anniversary kami yg ke 4 pd 19/12/14 lalu..Alhamdulillah..alhamdulillah...

27/12/14
First appoinment eda utk kehamilan ke 2. Alhamdulillah nampak dot 0.4mm je. Ukuran utk 4 weeks pregnncy..kecik lg... Next 2 weeks appoinment. Dapat duphaston sbg langkah berjaga2..mcm biasa, doc maklumkan berkaitan cerclage. Lepas ni eda dan hubby kene study psl cerclage ni..huhu

28/12/15
5 WEEKS

Alhamdulillah..setakat ni B shj semakin sensitip.huhu...pantang kene baju. Cramp di bahagian perut dh mengurang. Tak la sekerap sblm ni. Minggu ni minggu terakhir eda bergelar guru. Akan bercuti selama2nya..eda &hubby buat keputusan utk eda berehat shj di rumah. Minggu ni jugak eda dh buat 3 kali upt test.hehe..bkn ape, eda x rs sgt simptom2 loya tu yg risau je memanjang. Tpi bile tgk line makin lama makin gelap dan cepat naik, terus yakin blk.hehehehe ~^O^~

Cepatbje line 2 naik dan gelap. Alhamdulillah


simptom lain, dh hjg week 5 ni eda jd cepat mengah. Mengaji pun xleh nafas panjang dh. Kalau ddk berkebun lagi la, tercungap2 cam bjoging plk.huhu..dada dup dap2 laju sgt. Mngkin tanda2 bby dlmnpeyut ni dh start beating kot jantung eh. So pengaliran darah eda jd double la kot..chewah...^_^

4/1/15
6 WEEKS

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU!!
Tanda2 sakit di bahagian pangkal rahim. Risau juga eda.huhu.. rasa mcm angin sbb eda kurang mkn. Bile dh ddk umah, mls plk nk keluar beli mknn.nk masak petang nnt.huhu...kene mkn lebih eda oii. Berat dh turun 1 kg lbh kurang.risauuu!!!!! Terpaksa awalkan checkup di lppkn. Cek sbb risau bile dh mula sakit2 kejang belakang dan bawah dada. Alhmdulillah, xde pape. Nampak sacs dlm rahim. Doc tlg cek kan  cyist tp dh xde kiri kanan. Tah2 sakit aritu sbb die pecah kot.huhuhu... sbb aritu cek dgn columbia yg nmp agak besar gak cyat tuh. Alahamdulillah...alhamdulillah...

Ya Allah peliharalah zuriat dan diriku agar kami dlm keadaan sihat sejahtera.amiinn


11/1/15
7 WEEKS

Appoinment dgn hosp semlm (10/1/15). Alhamdulillah boleh nampak blinking jantung baby. Saiz dh 6wks 3 dys.. Alhamdulillah.. rasa berdebar2 sgt sbb risau aritu kat lppkn kate saiz bby mcm week4..padahal dh nk msk 6 wks. Doc suruh mkn vit C sbb eda selesema dan batuk..hukhukhukkk.... baby, still strong k.mama will fight 4u der ♥

Sila telengkan kepala anda apabila melihat.haha..

berkaitan dengan cerclage, doc ckp ade option lain. If kami nk rujuk ke GH, mngkin die boleh tuliskan background history eda yg lalu. Alhamdulillah.. moga2 Allah beri kami petunjuk jalan yg terbaik..

Bile tgk gmbr ni sama je mcm yg adam adib punya bile dorg weeks 6.. still xnmp lagi tetwinnye disitu..hehehe...masih berharap twin lagi ^_^

Update: Menghampiri 7 weeks (ikut GA), rasa lapor makin meningkat..dah makan nasi seperiuk mlm td pun still lapor bile nk tido.huhu... selesema dan batuk berkurang. Kulit jd makin cantik dan mulus laaaa..kesan dr mkn vit C..i loikeee.. dah 2 kali pagi eda rs tekak xsedap. Nk mkn x berahi, tekak rs sumthing wrong..huhuhu..inikah morning sicknesssss ..n_n'...


22/1/15
8 WEEKS

Buat buku pink. Kene marah dgn lppkn sbb lamba buat buku due to history eda penah gugur. Kene buat awal utk pantau. Baik bossss!!!

Perut dh makin kembang rasanya. Xle ddk bongkok2 dh. Sakit pinggang aspecially solat subuh. WOW!!! Erm..... Kemabukkan teruk melanda. Tak berapa nk lalu mkn bile dh petang atau mlm. Pagi je lalu balun nasi lemak dan roti canai. Lepas tu melepek tidoooo... oo yeee.. bulan jan dh 2x mkn pizzahut. Almaklum skrg ade promosi  rm10 regular size. Apa lagi...!!!! Yg junkfood2 ni mmg lalu aje tekak den. Huhuhu...dah beberapa kali eda tido mimpi kelakar sampai eda tido pun tgelak2. Huhu.. aritu penah sekali eda tergelak mcm kelakar gile (tp dh lupa mimpi ape). Bangun2 terasa mcm bby gerak mlompat2..aik!! Dh blh rs ke skrg.hahahahaa...perasaan kot. ke cacing yg dok tergelak#^_^ hahahahahaha

Appoinment dgn LPPKN. Alhamdulillah nampak kantung dah besar dan kepala baby dari atas. Yg  buat suspender bile doc ckp kantung ni memanjang btk L mcm ade 2 je bby.. haiiii..!!! Terus terbeliak mato makcik tgk screen. Tapi selepas dibelek2 tak nampak jelas baby pun pd bahagian yg satu lg..huhuhu... xpe eda, konpemkan dgn columbia nnt. Kalau ade rezeki twins lg Alhamdulillah..kalau satu pun alhamdulillah.. janji bby sihat membesar.

Kantung L dlm bulatan merah ye..sebelah tu pundi kucil..

Contoh kantung L yg eda ckp mcm gambar adam adib waktu week 10.

9 WEEKS

Haha.. situasi kami ketika ini.. ^_^

Dah berminggu2 eda tak dpt mkn laksa... laksaaa.. ooooOoO laksa... dimanakah anda.. huhu. Eda xtau la blh mkn ke tak laksa. Lalu ke x nnt.. tp tekak ni asyik panggil laksa je. Smpi mlm2 asyik terbauang laksa. Huhu.. terseksa perut den..

Lg satu ngidam mangga.haha... tp xpe kt jusco byk..fuhhhh puas ati heeee



Tahap meloya den masih sm. Blh mkn mknn pelik2 je cam pizza, mihun.. bab nasi dan lauk mmg ke laut ^_^.. risau plk nk tggu next appnmt nnt. Risau dgn perkembangan bby. Yela mkn tah pape.. hy harapkan obimin, asid folik dan vit c ni jela.huhu

Ya Allah, Engkau peliharalah anak yg berada di dlm rahimku ini. Bantulah die membesar dgn sempurna hingga 9 bulan kehamilan ini. Amiiin...


7/2/15
10 WEEKS


Kegilaan kebelakangan ni. Pagi2 bantai 3 or 4 keping. Haaaaa... tak hengat selera den ni.haha.. Mkn byk sbb tgh ari dan mlm xde selero nk mkn. Lepas mkn, kite tidoo.  zZzzZz ^_^_^_^



Appoinment dgn hosp. Alhamdulillah.. ukuran bby tunjuk 10w6d. Kurang sehari.. ok je. Dr cek pjg servik eda 3cm. Masih dlm range ok. Alhamdulillah. Konpim sorg je ye.. ^_^ . Hubby suke benor die dpt tgk bby siap buat wave dance bile scan.kekekeke.. Mcm biasa doc masih sudi melayan kami jawap soklan bkaitan cerclage. Allah.. dlm dilema, risau sebenarnye. Cepat eda kene byk baca. Eda ade sorg kwn usrah doc di KK bahgn ibu hamil. Tak sempat2 lg nk ty. Huhu

11 WEEKS

8/2/15 Minum air gula..!!!! Dtg tepat kol 7.40. Hati gumbira la ingt awal kn. Sekaliiiiii....raaaamiii org.hahaha..result khamis ni dpt. Allah risau plk jiwa. Simptom minggu ni, biasa je mkn xlalu. Totally reject nasi. So mihun, roti dan biskut jola jd pilihan. Dr pun ckp, xpe xmkn nasi. Cume berpada2 la mkn yg lain jgn yg byk minyak.nnt dpt high pressure kang.. alamak! Oh my roti canai!!! Hehehee... bby dlm perut ni kalau ayahnye dok pegang perut konpem melompat2 gunbira. Dulu eda ingat angin, tp ternyata bukan. Eda yakin tuh mmg baby. Hihi.. suke ye syg ayh usap2 bdn awak ye.. manja ayh camgini nampaknye ^_^ ♥

12 WEEKS
Alhamdulillah.penghujung trimester 1 ku. Syukur Alhamdulillah. Jumpa Doc KK 16/2/15. Doc scan tp den xsempat nk usha baby. Cepat benor, mcm biasa ^_^… tp doc ckp alhamdulillah bby membesar ikut umo 12w. Cume uri dlm kategori low laying placenta. Its ok, twins dulu pun gitu gak. Dh week 16 die naik sbb perut makin membesar. Tpi still kene byk2 doa, ckp dgn baby dan buat senaman utk naikkan uri. Tiap kehamilan tuh berbeza kn. InshaAllah.. Dah nak hjg week12 ni, perut rs tegang skit. Kalau bangun cepat konpem rs cramp disitu. Tahan kencing skit konpem rs sakit sgt kt pundi. Agaknya pundi kencing mama dah kene penyet dgn bby la kot. Hehe.. cek kt klinik ok xde infections. Okla gitu.. biasa la perut membesar. Sbb pregnnt kali ke2, so perut rs cepat skit memboyot ke depan ^_^ hehe...

Moga kehamilan kali ini eda dan bby berjaya harunginya hingga 9 bln kehamilan. Moga Allah melindungi kami dari segala kesulitan dan kesukara  sepanjang kehamilan kali ini. Aamiin..

★★★★★★ END OF 1ST TRIMESTER ★★★★★★




Thursday, February 19, 2015

Halaman depan teratak comel kami


Alhamdulillah.. akhirnya siap ^_^…

Tapi belum habis susun pokok2 lg. Almaklum eda xle cergas sgt. Hubby plk sakit belakang. So kami buat skit2.. hehe.. ade beberapa pokok yg jd layu mungkin sbb lama dh xdpt matahari. Huhu sian tgk. Pokok ros jepun plk yg eda tanam aritu mcm layu skit. Mungkn sbb guna tanah bakar. So eda dh tukar pd tanah campur. Hopefully subur la nnt. X sabat nk tgk bunga die. Heeee.... ok esok nak sambung lg skit kemas. Daaaaa....

Baru abis bg mkn vitamin dan air pd pokok.. 

Tak fikir lg mau letak mana pokok yg cinonet 3 biji ni..

Pokok bunga kertas besar ni akhirnya berbunga bile letak kt
Bwh matahari.. betul la kata abah.. hehehehe

Baru abis tukar tanah pokok bunga ros. Aduyai... cpt2 sht syg2ku..

Bahagian sini pun xreti nk susun cmne lg.

Dlm proses nk try test biakkan orkid.hehe

Ok itu aje.. mencabar skit nk komeh dopan umah ni dlm keadaan cmni. Eda kene selalu beringat jgn excited sgt hehe.. kene jg diri skit. Huhu.. ok nnt akn update kmudian..

Chaiyok2 eda!!!

Wednesday, February 18, 2015



So trueeee ahh.. hehehehe
Happy CNY to all chinese malaysian.
Minggu ni hubby bercuti seminggu sbb sakit belakang. Cuti sampai habis ry cine tuh.. bestnye kalau dpt g jenjalan.. tpi skrg waktu kuarantin den. Tunggu lepas ry la baru leh g jenjalan ^_^…


Wednesday, February 11, 2015

My dad, My heroes

Touching bile tgk 2 video ni. Pengorbanan seorang ayah demi kebahagian anaknye



Seawal 4tahun, anak sudah develop 80% sifat kekal..

Ok ni eda baca dari satu blog/website mana tah. Bagus nak jadikan tips penting dalam mendidik sahsiah anak2. Jom baca..

★★★★


By  
  183  11
Nota Editor : Dalam episod 1 [klik], Family Diary membawakan perkongsian daripadaAdlil Rajiah apabila beliau berjumpa dengan Doktor Sherine. Kali ini, kami sambung pula perkongsian daripada Adlil yang berjumpa Doktor Aw pula, seorang Doktor Pakar Psychiatrist di Klinik Peace of Mind, Kuala Lumpur. Sesuai untuk parents yang mempunyai anak berumur 0-3 tahun.

#1 Seawal Usia 4 Tahun, Anak Dah Develop 80% Behavior Kekal.

Menurut kajian pakar mental kanak-kanak, at the age of 4, kids dah develop their permanent personality or behavior. Macam mana dia pada usia 4 tahun, macam tu lah behavior dia sampai ke tua.
Yes, mungkin it’s just a rough assumption. Dan yes, manusia boleh berubah atas faktor didikan, persekitaran, pengalaman dan sebagainya. But still ada certain behavior atau tabiat yang akan kekal. Kalau berubah pun, tak lama karang mesti datang balik.
Itu yang dipanggil tabiat, dan itu yang membentuk identiti seseorang. Contohnya, pemalu, panas baran, friendly, soft-spoken, pemarah, etc. Semua tu kalau ada pada budak usia 4 tahun, selalunya akan kekal sampai ke tua.
Tapi, of course bila kita dah matang, dah mampu berfikir, some behaviors boleh dikawal.
So, didiklah anak menjadi orang yang se-mahmudah mungkin, sebelum dia berusia 4 tahun. Terapkan sebanyak mungkin unsur positif ke dalam diri dia.
Tapi, bila dia dah 4 tahun, siapa-siapa pun dia ketika itu; Terima Hakikat.
Ingat, anak juga salah satu ujian Allah. Nak anak yang perfect 100%, memang tak logik. Kalau dah mak bapak pun asyik langgar traffic light merah, so jangan haraplah anak akan patuh 100% peraturan kita. Kita yang dah tua bangka ni pun selalu je tak ikut peraturan. Jangankan peraturan manusia, peraturan Tuhan pun banyak yang terbabas, kan?
So, terima anak seadanya. Dan, dalam masa yang sama, jangan jemu membimbing ke arah kebaikan.
Lagi satu, at the age of 4 juga, interaction with peer-group is important. Interaksi dengan rakan sebaya. Ini penting untuk didik anak tentang konsep Berkongsi dan Bertolak Ansur.
Supaya dia tahu, bumi ini bukan milik dia seorang. Bukan dia seorang sahaja superhero. Bukan dia seorang sahaja ironman. Bukan dia seorang sahaja Princess Elsa. Ada banyak lagi Princess Elsa. Wonderpet pun banyak -__-

#2 Positive & Negative Reinforcement.

Atau dalam bahasa muda, reward and punishment. Nak bahasa lagi mudah, ganjaran dan hukuman.
Ini penting.
Every good or bad behavior kena ada positive and negative reinforcement. Ini langkah awal untuk menjadikan anak lebih mumayyiz. Tahu beza, mana baik mana buruk.
Senang cerita, kalau dia buat sesuatu yang baik, bagi positive reinforcement.
Kalau dia buat sesuatu yang tak baik, bagi negative reinforcement.
Salah satu cara positive reinforcement ialah Pujian. Contoh,
“Good boy Haikal, sebab kemas mainan lepas main.”
“Good boy Haikal, sebab tak kencing dalam pampers.”
Praise atau Pujian is the most effective positive reinforcement. And, it is a social approval. Contoh positive reinforcement lain adalah; tunjuk kasih sayang (peluk, cium, puji, etc), atau beri hadiah, makanan kegemaran, atau raikan mereka (especially for big achievements).
Ok, negative reinforcement pula adalah untuk bila anak buat sesuatu yang salah. Menurut Dr Aw, pukul atau rotan is one kind of punishment. But, it is NOT the most effective way.
Nak ajar budak tak semestinya dengan pukul. Dan budak tak semestinya ambil pengajaran, selepas kita pukul.
The best way of punishment ada dua. Satu, scolding. Dua, withdraw of privilege.
Apa tu? Ok, let me explain dalam bahasa yang mudah.
Satu, scolding. Marah. Marah yang berkesan adalah marah yang intense. Marah yang ada input. Bukan marah yang bodoh-bodoh maki anak je lebih tapi isi takde. Itu marah yang bangang nama dia.
Bila anak buat salah, first thing first, bagitahu anak apa kesalahan dia. Wujudkan satu ‘naughty corner’ atau ‘naughty chair’.
Suruh dia stand there for 1-3 minutes everytime dia buat kesalahan atau mengulangi kesalahan. Lantakkan dia di situ selama beberapa minit. For toddler, 3 minutes is the maximum. Dalam tempoh itu, jangan bercakap atau ada sebarang eye-contact dengan dia.
Totally ignore him/her.
Ignorance is the best punishment. Because most kids akan rasa insaf bila dia rasa macam tak disayangi lagi. InsyaAllah soon, dia akan beringat dan tak buat lagi.
Yang kedua, withdraw of privilege. Tarik salah satu kelebihan yang kita bagi pada dia. Contoh,
“Sebab Haikal taknak kemas lego ni, mama terpaksa simpan semula lego ini atas almari. No lego for 3 days.”
Atau,
“Sebab Haikal taknak buat homework, petang ni tak boleh keluar main dengan kawan-kawan. Complete your homework first.”
Bila kita tarikh salah satu privilege yang ada, they will feel the rush to follow the instructions.
Again, jadikan pukul/rotan pilihan terakhir kerana ia bukan cara yang paling efektif. Nabi pun izinkan kita pukul anak bila anak umur 7 tahun. Itupun pukul kat tapak kaki sahaja, kan?

#3 Pre-Warning Is Necessary.

Sebelum apply apa-apa positive or negative reinforcement, amalkan ‘pre-warning’. To make our kids mentally ready to receive reinforcements. Contoh,
“Sekarang kita nak pergi Giant. Mama nak beli sayur. Kalau Haikal ternampak mainan, boleh tengok sahaja, dan tak boleh ambil. Kalau ambil juga, Mama akan marah, okay?”
Atau,
“Dalam kiraan tiga, kemas mainan tu. Kalau tak kemas jugak, Mama akan rampas semuanya. Dan Haikal tak boleh main lagi. Better kemas sekarang. Tiga.. Dua.. Satu.. “
Atau,
“Sekarang waktu makan, so Haikal kena makan. Lepas ni kalau Haikal lapar, semua makanan dah simpan dan Mama takkan layan.”
Itulah beberapa contoh ‘pre-warning’. Dia macam amaran sebelum hukuman. Ini penting supaya anak tahu apa consequence setiap perbuatan dia. Kalau dia buat jugak, apa akan jadi.

#4 Always Keep Your Words. Things You Cannot Follow Through, DO NOT SAY.

Bila marah anak atau nak ‘pre-warning’ anak, jangan merepek dan cakap yang bukan-bukan. Macam,
“Kalau awak taknak makan, nanti Mama call polis. Suruh tangkap awak.”
“Kalau awak taknak kemas, Mama panggil Incredible Hulk suruh belasah awak.”
“Kalau awak kencing dalam seluar, nanti tikus datang gigit bebird awak.”
Merepek.
Sumpah merepek.
Lama-lama, anak akan lose respect dan tak percayakan ibu bapa dia lagi. Sebab apa yang parents dia cakapkan, tak pernah berlaku pun. Kan?
So, latih diri untuk pastikan semua yang keluar dari mulut kita, logik dan kita pasti buat. Contoh,
“Dalam kiraan tiga, kemas mainan tu. Kalau tak kemas jugak, Mama akan rampas semuanya dan Haikal tak boleh main lagi. Tiga.. Dua.. Satu..”
Selepas kiraan tiga, kalau dia tak buat jugak, yes tanpa berlengah kita rampas mainan seperti yang kita katakan tadi. Logik dan kita pasti buat. And when you say it, you must do it.

#5 No Abstract or Lengthy Explanation For Kids Below 5. Explain Visually Instead.

Jangan guna perkataan abstract yang budak tak faham. Contoh,
“Jangan buat macam tu, berdosa!”
“Jangan pukul kawan, kesian dia.”
“Awak sebagai anak, kena hormat ibu dan ayah.”
“Masa belajar kena fokus dan fikir.”
Berdosa, hormat, kesian, fokus, fikir, etc. Itu semua perkataan yang terlalu abstrak. Budak takkan faham.
Gunakan bahasa yang mereka boleh visualise. Contoh,
“Jangan pukul kawan. Nanti kawan sakit dan taknak main dengan kamu lagi.”
“Mama dan Papa lebih besar daripada awak. Mama dan Papa yang beri awak makan. Mama dan Papa yang selalu peluk dan sayang awak. Awak kena dengar cakap kami.”
Macam tu. Mereka akan lebih nampak the ‘logic’ dalam setiap perkara.
Juga, avoid confusing explanation. Macam,
“Haikal! Kenapa pukul kawan? Meh sini mama nak pukul Haikal!”
Confusing. Aikk, aku pukul kawan tak boleh. Tapi, Mama pukul aku boleh? Hmm tak boleh pakai mak aku ni. Detak hati kecil si anak :D

#6 Kids Has No Sense Of Time.

Setiap positive dan negative reinforcement has to be immediate, right after the behavior. Jangan bertangguh.
Contoh, bila anak berjaya kemas mainan. Puji right after dia kemas mainan. Bukan malam kang baru nak puji. Sebab anak tak boleh sense masa. Bila malam, dia akan lupa apa yang dia buat siang tadi. So, dia takkan faham pujian tu untuk apa. Maka, the reinforcement is not effective.
Kalau anak kencing seluar, punish right after kesalahan tu. Bukan malam kang, tetiba,
“Tadi kamu kencing seluar, malam ni tak payah makan.”
No.
Lama sangat masa untuk hukuman. Takkan efektif. Sedangkan anak dah hadam kesalahan dia tadi, dan tengah berusaha untuk tidak kencing lagi. Tapi, tiba-tiba mak bapak tak habis-habis nak punish dia lagi atas kesalahan yang dah lama. Anak akan build ‘hatred’ terhadap parents secara perlahan-lahan.
So, jangan.
Dan setiap kesalahan anak, tak perlu ungkit. Contoh, bila Papa dia balik kerja, Mama nya terus report,
“Papa, pagi tadi Haikal lawan cakap Mama.”
Terus Papa dia ambil rotan dan hukum anak tersebut. Sedangkan dah beberapa jam berlalu. Anak sudah elok main dah behave. Tiba-tiba Papa datang nak marah.
They won’t get the message.
Ingat, kids takde sense of time. Nak puji, puji right after good behavior. Nak hukum, hukum right after bad behavior. Selepas puji, selepas hukum; dah. Habis di situ dan jangan ungkit lagi.
Tak kisah la berapa kali anak akan ulang kesalahan yang sama. Still parents tak boleh ungkit. Bare in mind, kids are learning. Buat salah itu biasa. 400 kali kena marah pun belum tentu dia orang dapat. Itu biasa.

#7 Guna Alarm Clock Untuk Disiplinkan Anak Ikut Jadual Dan Rutin Yang Betul.

Ini satu cara efektif untuk ajar anak patuhi masa atau tempoh yang ditetapkan. Saya dah cuba. Dan, most of the time, menjadi!
Contoh, kita nak bagi anak main lego selama 30 minit sahaja. Sebab lepas 30 minit, kita nak dia buat aktiviti lain. So set alarm dan pesan pada anak,
“Bila jam ni bunyi, Haikal kena kemas lego ya. Sebab kita ada aktiviti lain lepas tu.”
Boleh juga buat sebagai game untuk encourage anak. Bila jam bunyi je,
“Ok time’s up! Siapa paling cepat kemas, dia menang dan dapat main mainan lain lepas ni. One.. Two.. Go!”
Macam tu. Tapi, jangan pula sengaja tak bagi anak menang. Pedajal anak namanya :D

#8 Ground Rules.

Ground rules adalah peraturan basic dalam hidup. Peraturan asas yang kita nak anak buat sepanjang masa. Ground rules kena bermula dari rumah. Boleh tulis, tampalkan di dinding dan baca pada anak setiap hari. What is allowed, and what is not allowed. Contoh,
“Haikal, dalam rumah ni, kita kena sayang semua orang.”
“Dalam rumah ni, kena cakap baik-baik.”
“Dalam rumah ni, semua benda kena share. Main sama-sama, makan sama-sama.”
“Kena pastikan rumah ini selalu kemas.”
Itu contoh. Fikir lah apa-apa ground rules mudah yang kita nak terapkan dalam diri anak. Lama-lama they will understand dan insyaAllah akan hold those good behaviors bukan sahaja dalam rumah, tapi ke mana-mana sahaja dia orang pergi.

#9 Consistency is Very Important.

Dalam apa jua hal, kalau tak konsisten, takkan jadi. Kan?
Macam tu jugak dalam mendisiplinkan anak. Konsisten sangat perlu. Tak boleh sekali sekala boleh, sekali sekala tak boleh. Kena selaluuu boleh atau selaluuu tak boleh.
Macam kalau nak latih anak tidur awal. Kat rumah sendiri perfect, semua masuk tidur pukul 10. Tapi bila kat rumah nenek atau kat rumah saudara, tiba-tiba boleh tidur pukul 2 pagi.
Dah tak konsisten. Fail.
Doktor Aw kata, kids boleh lose respect terhadap parents when they realize, ada tempat lain di mana mereka boleh langgar peraturan.
Contoh, Oh kat rumah sendiri boring sebab kena tidur awal, tak boleh tengok TV, etc. Bila kat rumah nenek boleh tidur lewat, boleh tengok TV sampai lewat malam. Maka kesimpulannya, nenek is the best. Saya sayang nenek. Parents saya boring.
Haaa!
So, konsisten penting. Betul orang kata, latih anak di rumah sendiri lebih senang, berbanding latih anak di rumah orang lain atau di public spaces. Sebab kita tend to fokus on ‘apa orang akan kata’ instead of kita punya prinsip asal.
So, be consistent with your ground rules. Bila-bila pun, kata mana-mana pun, kena apply rules yang sama. Kalau tak, you will lose the effect and power in teaching your kids.
Make people understand about yout ground rules. Kalau kat rumah family senang la nak make people understand kan. Kalau kat public? Abaikan sahaja apa orang nak kata.
Dan, orang sekeliling pun sepatutnya kena hormat prinsip parenting lain dan tak perlu judge. All parents have their own rules in teaching kids. All parents knows what’s best for their kids.
So, respect each other. Dan, tak perlu judge.

#10 Do Not Deny Their Natural Feelings.

Common mistakes yang selalu parents buat adalah, denying their kids’ natural feelings. Contoh,
“Dah dah. Jangan nangis.”
“Jangan marah-marah. Tak elok”
“Tak payah sedih-sedih. Benda dah jadi”
Those are all natural feelings. Tak boleh elak. Kalau kita yang tua bangka ni pun, kalau tengah nangis, tiba-tiba ada orang cakap,
“Dah la tu, jangan nangis. Bukan ada faedah pun”
Tak ke kau rasa nak lempang sampai rahang dia misplace? :D
Natural feelings are something we cannot avoid. We cannot ignore. Semua orang akan menangis bila sedih. Semua orang akan marah bila bengang. Semua orang akan ketawa bila gembira. Kan?
Cuma yang membezakan adalah cara masing-masing express and deal with those feelings. So, instead of kata jangan nangis, jangan marah, etc, latih anak untuk kenal dan kawal perasaan tersebut.
It’s totally okay to cry, it’s totally okay to get mad. But how’s the best way to express and deal with it.
Dan dalam hal ni, kid mostly will take example from parents. Kid tend to immitate cara parents mereka deal with feelings. Kalau parents jenis yang kuat meroyan, jangan terkejut bila anak pun kuat meroyan. Kalau parents jenis yang tenang, anak pun biasanya jenis yang quite calm.
So parents, set good example. Nak meroyan biarlah berpada-pada :D

#11 Mom is The Role Model For Daughter. Dad is The Role Model For Son.

Always. Anak perempuan akan sentiasa ‘melihat’ ibunya. Dan, anak lelaki akan sentiasa ‘melihat’ bapanya. Ini fitrah. Tak pernah terkecuali.
Cuma, yang banyak terjadi macam violence, juvana, split personality, pengkid dan sebagainya. Itu semua berlaku sebab kecelaruan yang dihadapi sepanjang mereka membesar.
Contoh, si bapa selalu outstation atau lepas tangan ke, ibu bapa dah mengalami penceraian ke, selalu tengok adegan pukul memukul dalam rumah ke, selalu tengok si bapa menzalimi si ibu ke, atau apa-apa je lah experience yang extraordinary dan tak sihat di dalam sebuah keluarga.
Tiada dan takkan pernah ada istilah macam, saya dilahirkan mempunyai bebird, tapi jiwa saya wanita azali. Atau, nama gua perempuan tapi gua ganas dan gua tak suka jadi perempuan. Jiwa gua jantan.
Oh please, geli kerongkong. There’s no such thing! Mengarut dan mohon kapakkan sahaja -__-
So parents. Ibu DAN bapa. Kena main peranan masing-masing. Anak lelaki always need their father’s attention. Anak perempuan always need their mother’s attention. Doktor Aw kata, dalam sehari 15-20 minutes having quality time bersama anak pun dah ok.
Contoh, macam Haikal, anak lelaki. Secara automatik, role modelnya ialah papa dia. So Hubby setiap malam, selepas balik kerja, dalam pukul 9-10 camtu, dia akan buat aktiviti berdua dengan Haikal.
Tanpa saya.
Just to give Haikal some quality time dengan papa dia. Benda ni amat necessary dan jangan ambil mudah.
Ok, bagi yang ada anak lelaki tapi suami asyik outstation atau jarang jumpa, guna lah apa saja teknologi yang ada untuk hubungkan anak dengan bapa mereka. Skype ke, video call ke.
Please, they need their father’s attention. Really.
Kalau macam kes dah bercerai atau dah meninggal, boleh minta tolong adik-beradik lelaki atau bapa saudara ke apa untuk ‘replace’ peranan bapanya. Anak lelaki, role modelnya mesti lelaki. Tak terkecuali.
Menurut Doktor Aw, banyak kes anak misbehave atau remaja bermasalah yang dilaporkan adalah anak lelaki. Kebanyakannya sebab bapa lepas tangan, bapa kaki pukul, bapa tak pernah ambil peduli, etc. So, siapa kata tugas mendidik 100% di bahu ibu?
Bagitahu suami masing-masing, kalau ada anak lelaki, the father has to be more responsible.
“Baik Abang bertanggungjawab. Kalau tak, anak kita jadi sotong”
:D

#12 Your Child Is Not Your Bestfriend.

Never say your child is your bestfriend. They are not and they will never be.
Menurut Doktor Aw, kids learn best when there’s a gap boundary between parents and kids. Boleh sayangkan anak, manjakan anak dan sebagainya. But keep that gap supaya anak tak lose respect dan patuh bimbingan ibu bapa.
Seakrab mana pun ibu bapa dengan anak, anak perlu sentiasa tahu ibu bapa tetap ibu bapa. Ibu bapa boleh jadi good listener seperti kawan, boleh share same interest dengan anak seperti kawan, boleh berguling bergolek bersama seperti kawan, tapi tak boleh berdiri setaraf dengan anak.
Ada keadaan di mana parents need to be higher and louder than kids. Parents are parents. Tempat anak-anak bernaung, berkasih sayang dan berselindung.
=)
P.s : Kami sendiri banyak belajar daripada 2 episod Tips Doktor Pakar ini. Kredit diberikan kepada penulis asal iaitu Adlil Rajiah. Kami hanya berkongsi dan share. Oh ye, jangan lupa baca Episod 1 << KLIK SEKARANG

Monday, February 9, 2015

Orkid atau nama melayu Anggerik

Orkid..
Tanaman feberet mak eda time di kami ddk di klate. Byk sgt corak2 bunga yg mak ade time tuh. Siap abah buah pagola dpn rumah utk mak letak orkid. Tapi yg jaga abah la. Tanam, siram dan baja.. hehehe.. Bile pindah KL ade beberapa je yg mak bawa. Antara feberet mak bunga purple berbaldu. Fuh lembutt.. tapi malangnye hilang dicuri org. Yela, diklate ddk dlm berek polis. Gile kalau ade org nk curi pokok bunga ketua daerah polis pasir putih kn. mmg abah cari sampai lubang cacing la. Hehehe.. Ayat poyos..

Eda ingat lagi time sekolah rendah kt KL, blk2 terus g baja pokok orkis. Rajin benor time tuh. Eh.. paku pakis ke orkid eh atas pokok tuh?? Haha..konpius. tp bunga mmg menawan gile lebat. Siap abah ajar cara tgk angin sblm sembur baja bagi. Fuh... mmg den ingat smpi skrg ^_^ 

Ok dh abis merapu. Tahun lepas eda ade beli 3 pasy orkid biasa. Time beli je bunge lebat kn. Dah 3,4 bunga pastu sampai laaa niii x bunga dh. Hahaha.. dh la memanjang tinggi sampai ade yg mcm gaya menjalar atas lantai.. aduyai.  Lepas siap misi tembok umah ni, nk operate balik orkid den. Mana tau blh tambah koleksi kn.hahahahahaha... bawah ni 3 pokok orkid yg eda beli aritu. Tu gmbr mula2 je menawan. Skrg dh lintang pukang daun die.huhu





Sebelum tuh jom baca info baca.. copypasta dr website. layaaannzzzz...

******************


JENIS-JENIS ORKID
Secara ringkas orkid di kelaskan kepada beberapa peringkat seperti cara pertumbuhan dan cara hidupnya. Baca selanjutnya
A.      Spesis
Merujuk kepada orkid liar. Di dalam penulisan piawai adalah mudah untuk mengetahui sama ada sesuatu orkid itu adalah spesis dengan melihat pada:
a. Huruf ‘italic’ digunakan
b. Hanya huruf pertama sahaja huruf besar, yang lain adalah berhuruf kecil
Contoh : Phalaenopsis bellina

B.     Hibrid
Merujuk kepada orkid yang telah dikacukan di antara sesama genus atau sesama famili. Cara mengenal pasti sesuatu orkid itu hibrid mengikut penulisan piawai adalah seperti berikut;
a. Huruf tegak digunakan sepenuhnya
b. Setiap huruf pertama bagi setiap perkataan akan dimulai dengan huruf besar.

Contoh : Phalaenopsis Timothy Christopher

Contoh orkid kacuk sesama genus :

Bulbophyllum Meen Garuda – adalah hasil kacukan orkid daripada genus bulbophyllum. Ia terhasil daripada kacukan Bulbophyllum lasiochilum dengan Bulbophyllum echinolabium.

Contoh orkid kacuk sesama famili:

Aranda Majul ‘Rimau’ – adalah kacukan orkid daripada famili Vanda. Ia terhasil daripada kacukan Arachnis Maggei Oei dengan Vanda insignis.
(Nota : Arachnis Maggei Oei = Arachnis hookeriana X Arachnis flos-aeris)

Bahagian Bunga Orkid
Bahagian Bunga Orkid
Pengkelasan mengikut cara pertumbuhan
a) Monopodial – adalah orkid yang mempunyai satu batang yang biasanya dipanggil stem yang hidup menegak. Daun-daun baru tumbuh di setiap hujung stem tersebut.
b) Simpodial – adalah orkid yang tumbuh secara mengeluarkan anak daripada bebawang yang telah matang.

Sympodial vs Monopodial
Sympodial vs Monopodial
Stmpodial  VS  Monopodial
Sympodial vs Monopodial


ORKID DAN PERSEKITARAN HIDUP SEMULAJADINYA
Maksud cara hidup orkid di sini ialah media yang diperlukan oleh setiap jenis orkid untuk hidup.
1. Terrestrial (Tanah)

Orkid yang hidup di atas tanah. Untuk penanaman sebagai hiasan biasanya pengemar orkid menggunakan tanah pasuan yang boleh didapati di nurseri nurseri bunga berhampiran anda. Daripada pengalaman penulis tanah pasuan di nurseri perlu ditambah media* yang mampu meningkatkan saliran dan pengudaraan yang baik. Orkid dalam genus Spathoglottis dan Phaius adalah salah satu orkid yang memerlukan tanah sebagai medianya untuk hidup.

Phaius
Phaius
Spathoglottis
Spathoglottis
(* rujuk bab cara penanaman orkid untuk keterangan lanjut)
2. Epifit

Sejenis orkid yang hidup secara menumpang di atas pokok. Orkid epifit bukan parasit iaitu ia tidak ’mencuri’ keperluan hidupnya daripada perumahnya. Di dalam koleksi penulis, orkid jenis ini telah di tanam menggunakan beberapa jenis media* sebagai ganti kepada pokok perumah asalnya. Antara orkid epifit adalah genus Bulbophyllum, Dendrobium, Phalaenopsis dan Vanda.

Bulbophyllum skeatianum
Bulbophyllum skeatianum
Dendrobium 01
Dendrobium
Dendrobium
Dendrobium
Phalaenopsis
Phalaenopsis
Phalaenopsis Bellina
Phalaenopsis Bellina
Vanda
Vanda
(* rujuk bab cara penanaman orkid untuk keterangan lanjut)
3.  Memanjat

Orkid jenis memanjat ini boleh dikenali denganpangkalnya hidup di tanah dan ia menjalar memanjat atau melilit media sokongannya. Biasanya dia mempunyai akar udara yang berserabut. Biasanya orkid jenis ini adalah monopodial seperti genus Dipodium, Arachnis dan Mokara. Orkid vanila juga termasuk di dalam kumpulan ini.

Dipodium
Dipodium
Arachnis
Arachnis
4. Litofit

Ia menjadikan batu sebagai medianya untuk hidup. Di dalam hutan biasanya kita boleh melihat orkid jenis ini hidup di batu batu tepian air terjun yang ditumbuhi dengan lumut. Antaranya ialah beberapa jenis orkid di dalam genus Paphiopedilum, Eria dan juga sekumpulan orkid yang di panggil ‘Jewel Orchid’.

Paphiopedilum
Paphiopedilum
Eria
Eria
Jewel Orchid
Jewel Orchid
Daripada ciri-ciri pengkelasan di atas, setiap orkid akan berkemungkinan mempunyai gabungan ciri-ciri yang telah disebutkan;
Contoh 1 : Orkid Phalaenopsis violacea – Spesis, Monopodial dan Epifit
Contoh 2 : Orkid Dendrobium Sonia – Hibrid, Simpodial dan Epifit
Contoh 3 : Orkid Sphatoglottis aurea – Spesis, Simpodial dan Tanah


ORKID YANG POPULAR DITANAM DI MALAYSIA
Kebanyakkan orkid yang mendapat permintaan ramai ialah orkid hibrid. Ini kerana beberapa faktor seperti;
  • Warna bunga yang lebih menarik
  • Bunga yang tahan lama
  • Pokok tahan lasak berbanding dengan orkid liar
  • Harga yang murah berbanding orkid liar
  • Saiz bunga yang lebih besar berbanding orkid liar
  • Sesuai untuk jualan keratan bunga
Berbagai Varieti Orkid
Berbagai Varieti Orkid
Terdapat beberapa jenis genus orkid yang popular di tanam di nurseri nurseri di dalam kuantiti yang besar kerana mendapat permintaan tinggi di pasaran Malaysia khususnya. Antaranya;
Dendrobium
Phalaenopsis
Arachnis
Vanda
Cattleya
Oncidium