Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Saturday, March 31, 2012

Lettering Crochet

PRODUCT SET: NZI 1/12 
Color : Can choose only TWO colors.
All colors are AVAILABLE
Size : Depends on your request

Price : RM25 .00
(including postage)

* Wholesale are unavailable


HOW TO BUY:



1. IMPORTANT: nadz85_aries@yahoo.com.
2. Give me:
- The full name and no. mobile
- The address for delivery purposes.
   (make sure there are people who will take delivery)
- Name of product
- Head circumference (cm) baby
- Choose one color. (if not available, i will let you know)

3Delivery will be done after payment is made.
4Delivery is by Poslaju
5I will inform the the reference number.


Sunday, March 25, 2012

Bertambah usia ku lagi, ALhamdulillah ^^

Selamat Hari Lahir ke 27 ,eda ^_^

Alhamdulillah. Hari ini bertambah lagi usia eda.huhu...makin tua plak rasanya. Terasa masa makin cepat berlalu, sedangkan eda masih lagi bertatih untuk memperbaiki diri eda. Terasa tidak seiring pula.....

Ya Allah, terima kasih kerana diberi kesempatan nyawa untuk aku meneruskan hidupku di atas bumiMu ini. Terima kasih atas segala nikmat rezeki dan ilmu yg telah aku perolehi sepanjang hidupku. Berkatilah dan rahmatilah aku Ya Allah di dunia dan akhirat. Bantulah aku ya Allah, agar aku dapat perbaiki diriku menjadi hambaMu yg solehah, isteri yg solehah, anak yg solehah dan ibu yg solehah.....

Mekasih kepada hubby tercinta, walopun dia bekerja pada malam besday eda, tapi hbby tetap sambut pd esoknya. Mekasih syg..krn telah menyempurnakan hidup ayg.Moga kasih cinta kita akan dapat kita bawa hingga ke syurga...Syukur Ya Allah, krn Engkau telah menghadirkan ke dalam hidup ku, teman hidup yg sgt sempurna pd diriku. Menerimaku seadanya..Menyayangiku dan menjaga aku dgn penuh rs cinta. Mendidik ku dgn penuh kesabaran. Rasa walaupun aku mencurahkan segala setia dan baktiku pada suamiku, masih beum dapat membalas segala jasa dan pengorbanan yg dia telah berikan. Berkatilah hidup suamiku dunia dan akhirat. Moga aku dapat menjadi bidadari suamiku di dunia dan juga akhirat ya Allah....

Mekasih juga pd family.. Tidak pernah tidak mengucapkan wish pd setiap besday eda. Kalau di rumah ni, msti dorg dah plan senyap2 beli kek semua. Terasa seronok bila doa, makan kek sama2 dan cite sume kisah2 lama semula......Mungkin itulah yg dinamakan berkat dari amalan makan bersama yg dibawa oleh family eda. Hati terasa tertaut antara satu sama lain. Bersenda gurau bersama, tanpa ada rs jurang antara kami. Alhamdulillah...Terima kasih Ya Allah krn memberikan aku ibu&ayah yg sgt sempurna. Menyayangi dan mendidik kami dgn sempurna.. Kau pandanglah kedua ibubapaku dgn penuh kasih sayang Mu Ya Allah, dan bantulah mereka untuk menuju syurgaMu yg abadi..

Dan akhir sekali, kepada rakan2 yg wish besday eda. Ukhwah itu akan terasa manisnya apabila ia berhubung bkn atas dasar duniawi. Terima kasih rakan2....





Daisypath Vacation tickers


Alhamdulillah, our next vacation for year 2012.. Korea..!! Thanks hubby coz akhirnya pilih ke sana..hehe...

Tuesday, March 20, 2012

Lembaian Kaabah - XPDC Tawan Gua Tsur


Assalamualaikum.. 
Apa khabar sahabat semua.. ^_^ Lama benar rasanya eda tidak update blog ni. hehe... Kali ini seperti yg telah eda planned, terasa nak coret2 sikit pengalaman eda & hubby ketika xpdc menawan Gua Tsur... Bagi sahabat yg tidak berapa ingat sejarah Gua Tsur bolehlah klik di sini.. 

Banyak peristiwa2 yang sangat terkesan jika sahabat membaca kisah Gua Tsur. Mungkin sebab itulah, mutawwif kami sedaya upaya mencari masa untuk membawa kami ke tempat bersejarah ini. Moga kisah ini bukan sahaja terkesan dari apa yg didengar, malah lebih membawa kepada keinsafan kpd kami apabila melalui pengalaman sepanjang xpdc ini..InsyaAllah..

                                         Buat keja smtara tggu van                   Muka gumbira nk jln2 ^_^

Seperti biasa, seusai solat subuh kami akan terus ke cafe untuk sarapan. Dalam jam 7.30am, jemaah2 yg ingin turut serta akan menunggu di ruang lobi.. Takde la ramai mane yg turut serta..Dalam 2 van shj.. Itupun campur dengan jemaah kumpulan lain, yg sampai Mekah lewat sikit dari kami.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40min untuk sampai ke Jabal Tsur. 



  
Mengikut apa yg diberitahu oleh mutawwif, pendakian mungkin amik masa dalam sejam la kalau tak berenti.Hehe..eda kompem kene berenti byk kali kan.xpenah2 daki bukit tetibe nk daki..Hati time mula2 nk daki mmg x yakin sepenuhnya..Takuttt bile tgk tinggi benor nk dakinye..^_^

Sebenarnya, ada cara nak daki bukit tinggi ni.. Untuk elak cepat, cuba pijak batu yang tidak terlalu tinggi supaya kurang tenaga yg digunakan..Nafas pun jgn tarik cepat sgt..kene control sikit pernafasan.. Tapi yela, senang nk cakap tapi ssh nk praktikkan..huhu.. Eda mmg  pancit awal nk daki ni.. Belum sampai 1/4, eda dah give up.. Eda minta hubby pergi dulu, mana tau eda x larat blh tggu kat situ..Hubby blh join yg lain.. Tapi yg buat eda kagum, pas eda suh pergi dlu, hubby terus menyusup naik dgn laju, tggl jemaah lain..Fuhhhh....kagum2... ^_^  

                                          Ni baru 1/4 pdakian..         Hubby dan permandangan


Untuk sampai ke pertengahan pendakian, iaitu tempat perhentian / R&R ^_^ amik masa lebih kurang 45 min. Simple je R&R nye seperti pondok di kebun tapi ada jual air dan makanan la..Tempatnya berangin habis dan nyaman..Boleh nampak menara jam Mekah..SubhanaAllah..(maaf xde gambar sbb kamera pd hubby) Setelah berehat dalam 15min, eda teruskan pendakian.. Allah..Memang kene nekadkan ati untuk daki bukit ni..Sangat mengah..Seriously!!!...huhu..Tiap kali rasa putus asa, cepat2 eda ingatkan diri zaman Rasulullah SAW, asma yg sedang mengandung pun boleh ulang alik bawa makanan, ni kan pula den u_u...menginsafkan betui...

Lebih kurang sejam lebih pendakian, hubby eda turun balik utk teman eda naik atas. Siap bawa air..hehe..tersentuh juga ati bila hubby penuh sabar daki ngn eda..jalan 2 3 langkah, berhenti jap..mekasih syg

 Rehat dlm pjalanan..     

Setelah sejam setengah, akhirnya kami sampai puncak..Hanya Allah yg tahu perasaan ketika itu.. Rasa macam nak sujud syukur aje..huhu..Memandangkan eda yg antara org terakhir sampai, jadi xblh nk rehat2 sgt. Cepat2 masuk ke Gua tsur dan solat sunat di dalamnya.. Sambil duduk melihat sekeliling, eda cuba menghayati kembali sejarah kasih seorang teman kepada kekasih Allah..Setianya Abu bakar hingga menitiskan air mata kerana menahan kesakitan dipatuk ular. Allah..beruntungnya beliau kerana dapat menemani Rasulullah SAW ketika susah dan senang..

                                            Dimuka pintu Jabal Tsur          Pelawat bersolat sunat di dalamnya

Ok.. selesai sudah xpdc kami... nak turun tuh cepat aje..dalam 40min dah sampai bawah. Tu dia unta Jabal Tsur sebagai kenangan ^_^









     






Saturday, March 17, 2012

Lembaian Kaabah - Ziarah Tempat Bersejarah di Mekah

Sabtu, 3 Mac 2012

Masuk hari ke 3 di Mekah, Alhamdulillah. Hari ini kami akan dibawa menziarahi beberapa kawasan bersejarah di Mekah. Pagi sebelum bergerak ke Masjid, kami diminta mandi sunat ihram terlebih dahulu, kerana dalam perjalanan nanti akan berhenti di Masjid Jaranah (bagi yg ingin membuat umrah). Kaum lelaki boleh la membawa kain ihram di dalam beg, kalau terus pakai nanti susah plak nk menziarahi sana sini..hehe

Selepas bersarapan, kami mula menaiki bas jam 0730 untuk menuju tempat pertama iaitu Jabal Tsur. Bas hanya berhenti dijarak jauh dari Jabal Tsur dan kami hanya dapat mengambil gmbr dari jarak itu sahaja. Mungkin dgn cara begini, baru dapat mengambil gmbr keseluruhan Jabal Tsur kot ^_^ 
Hehe..Kami msk mllui pagar blubang >_<
Mula2 bergambar diluar tembok..



















Ketika kami berada di sini, mutawwif ada mencadangkan jika ada yg berminat utk mebuat xpdc menawan jabal tsur, boleh la bagi nama. Alhamdulillah.... Eda dan hubby sememangnya berminatlah utk ikut serta. Almaklumlah, dari jauh datang.hehe... Kami diberitahu untuk mendaki hingga ke puncak mengambil masa kira2 2 jam perjalanan pergi sahaja. Haa.....nak tahu pengalaman sebenar eda dan hubby mendaki Jabal Tsur boleh la klick di sini. InsyaAllah satu pengalaman yg sangat bermakna dan penuh keinsafan..

Jabal Tsur. Dipuncak atas kiri di mana gua Rasulullah SAW dan Abu Bakar
sembunyi ketika peristiwa penghijrahan ke Madinah
Seterusnya kami ke Jabal Rahmah. Di sini mtawwif dah berpesan awal2 kalau boleh nak amik gmbr dgn unta hiasan biar jauh2 skit. Sbb nnt dia mesti minta bayaran. Paling teruk kalau lepas tuh die paksa naik atas unta tuh... Kalau dah naik mmg parah la... Cas mula mungkin 10riyal, ke kanan sikit 10 riyal, ke kiri sikit 10 riyal...Alamatnya beriyal2 jugak abis nnt..hehe.. Tapi dah bagi ingatan pun tetap terjadi kat seorg makcik jemaah kami juga.kesian die...
Amik gmbr  jauh2 dr unta hiasan..>_<
Ok...Di sini Eda rs mcm kami je couple yg paling x sabar nk daki. Bas berhenti je kami terus melompat turun bas.hehe...eda & hubby masing2 bkn shj utk diri sendiri malah dgn amanah org utk berdoa di sini. Kami tidak naik ke puncak melalui tangga, krn byk sgt manusia sejagat. Jadi kami melalui lereng2 bukit yg agak landai....Ganas jugak panjat bukit dgn berbaju kurung. Tambahan pula angin kuat, kene jaga tudung dan kain baik.. Selit kuat2.hehe

Mendaki ke puncak melalui lereng bukit.
Permandangan keseluruhan Jabal Rahmah




Alhamdulillah ketika sampai ke puncak Jabal Rahmah kelihatan ramai jemaah bersolat sunat dan juga berdoa di sini. Tak kurang hebatnya ada yg berniaga ditepi2 tombol tersebut..kami tanpa berlengah masa terus berdoa di sini. Berdoa moga dengan keberkatan tempat penyatuan adam dan hawa, agar rumahtangga kami dan adik beradik, rakan2 kami juga mendapat keberkatan dan perlindungan Allah SWT dari segala gangguan syaitan, hasad dengki manusia, penyakit dan bencana. Juga memberi calon pasangan yg soleh solehah bagi keluarga dan sahabat kami yg masih belum berumahtangga...Rasa syahdu ketika itu, kerana membayangkan bagaimana pertemuan kembali Adam Hawa setelah terpisah ketika di turunkan di Bumi. 

Alhamdulilah selamat sampai




Ni gambar nk turun. Gayat juga ^_^



















Ada satu peristimewa agak kelakar berlaku ketika kami berada di atas puncak Jabal Rahmah,  dimana selepas kami selesai berdoa tetiba ada seorg hamba Allah dtg menghampiri kami dan menyuruh kami bersama2 berdoa dgnnya. Yg peliknya kami ikut serta doa yg dibaca oleh beliau. Doa harian biasa untuk kejahteraan diri dan keluarga. Bila sudah abis tetiba die minta kami utk beri sedikit sdekah. Ya Allah, mcm mana pula tak terlintas di hati kami selalu kegiatan2 mcm ni msti akan mita upah. Tapi mujurlah ketika itu kami tidak membawa duit.hehe.. Akhirnya dia pergi. Kesian juga tapi nak buat mcm mane.......Tiada rezeki..

Seterusnya kami dibawa ke Masjid Jaranah untuk bermiqat. Dalam perjalanan tersebut, kami  sempat melalui Mina Muzdalifa dan tempat untuk melontar jumrah.. Tapi sayang ketika ni eda terlupa nak amik gmbar. Terleka plak ketika melalui tempat ni.huhu.... Ada suatu tempat di mana terdapat bukit yang agak sederhana tinggi, mengikut apa yg dikatakan mutawif tersebut, jika api keluar dari batu tersebut maka itu menandakan dajal akan muncul di muka bumi. Wallahualam...Eda sgt berharap dapat tahu apa nama bukit tersebut. Lupa nak catit..u_u 

Masjid Jaranah
My mil selepas bersolat dan berniat di Masjid Jaranah





Alhamdulillah selesai bermiqat di Masjid Jaranah. Kami terus menuju ke MasjidilHaram. Jam ketika itu sekitar jam 1130.. Kali ini kami akan melakukan umrah bersama my mil. Waktu2 begini cuaca agak terik kerana menghampiri waktu tengah hari. Azan Zohor di sini sekitar jam 12300.. InsyaAllah cukup rasanya untuk menghabiskan tawaf sahaja. Saie akan dibuat setelah solat Zohor kerana kebiasaan masuk jam 1200 tempat wanita utk bersolat pasti penuh. Kaum wanita hanya dibenarkan bersolat di dalam masjid, kawasan yg telah dipagari dengan rak AlQuran. Ada suatu ketika tuh, eda dan hubby baru selesai membuat tawaf umrah dan ingin bersolat sunat di belakang Makan Ibrahim, tapi pengawal di situ telah menghalau eda dgn panggilan "ibu..ibu....kebelakang ibu" ..hehe comel x?? Di kawasan Makan Ibrahim, tempat wanita adalah di kawasan berpagar air zamzam (suatu ketika dulu..sekarang dah tutup)..

Begini mereka membersihkan kawasan tawaf. Sgt effisien!!
My mil bersaie di dalam kawasan khas.
 Klik untuk mengikuti pengalaman kami yang selanjutnye











Friday, March 16, 2012

Lembaian Kaabah - Solat Jumaat Pertamaku ^_^

Jumaat, 2 Mac 2012

SelamatPagi Mekah..!!! Alhamdulillah subuh ini terasa sangat indah. Macam biasa rutin harian kami, bergerak ke MasjidilHaram sebelum subuh.. Semestinya suasana tidak seperti di Malaysia, di sini kelihatan semua orang berpusu2 menuju ke Masjid. SubhanaAllah...sgt seronok bila melihatnya... Kebiasaan selepas subuh, eda dan hubby akan melakukan tawaf sunat sebelum pulang. Kerana selepas tawaf, kami dapat bersolat sunat di belakang Makam Ibrahim dgn tenang skit krn agak lengang ketika itu. Kami akan berjanji menunggu di lampu hijau di mana merupakan tanda garisan Hajar Aswat, untuk memulakan tawaf.. 

Nak tahu satu rahsia...Bagi eda, perasaan ketika menunggu di situ mmg sangat Terasa comel je, eda tunggu di anak tangga agar tinggi sedikit dan hubby pasti menunggu di bawah. Bila nampak aje, kami terus melambai2 dan berjumpa.. Sangat terkesan rs dlm hati setiap kali berjumpa mcm tuh..Entah la..Pelik kn tp benar...Bercinta dalam rumahtangga mmg indah ^_^


Saie pada waktu selepas subuh. Ramai..!!
Pintu Al Fath, jemaah pulang slps subuh


Hari ini kami akan bermiqat di Tana'im. Miqat yg paling dekat dengan MasjidilHaram. Lebih kurang 3km.. Alhamdulillah umrah kali ke2 berjalan dengan lancar.Eda dan hubby bersama2 melakukan tawaf, saie dan tahalul..My mil melakukan umrah bersama my fil..Hari ini adalah hari jumaat, jadi akan ada solat jumaat. Kali pertama eda buat solat jumaat ni.hehe... Alhamdulillah, walaupun x faham khutbah dalam bahasa arab, tapi tetap kne dgr dgn kusyuk ^_^.. Oh ye, sementara menunggu masuk waktu tuh ada jemaah dari turki beri eda air ni..xpasti la air apa, tapi mmg sedap.. rasa macam kurma dan pudina..ermmmmm....

Ini la airnye...sgt sedap dan berangin ^_^

Bermiqat di Tana'im

Dalam perjalanan pulang ke hotel, ada satu kawasan lapang di mana terdapat banyak burung2 merpati di situ.. Sgt comel..!! Sebelum ini kami selalu je dok lalu tengah2 mereka sebab suke tgk dorg terbang.. Tapi lepas mutawwif kami kate, Kalau di Malaysia kebiasaan kita akan halau mereka tapi di sini kita kene sebaik2nya elakkan dari ganggu mereka.hehehe....Takuttt dah....

Pelbagai gaye nak bagi mereka terbang ^_^
Hehe....suke je tgk dorg terbang..






Di sebelah malam selepas solat maghrib, eda dan hubby akan lakukan tawaf sunat sebelum Isyak. Selepas isyak baru kami pulang. Malam ini kami cuba membeli roti arab dalam perjalanan pulang ke hotel.. Kedai ni sentiasa penuh di waktu selepas subuh dan isyak, jadi kami pun try la jugak beli.hehehehe...


Beratur utk membeli
Roti dibakar dgn melekatkan ke dinding batu
tersebut..hehe

Kami membeli 3 keping, tapi hanya satu je dapat habis. Eda sanggup turun pergi amik lauk daging lebih di pantry untuk cicah ngn roti ni. Tapi x sempat nk cicah sebab daging dh dihabiskan oleh mereka2 yg lain dlm bilik..huhu sabor jela.... Alamatnye mmg eda xsentuh roti tuh langsung.. Majuk la kiranya.hahahahaha...........Esoknya terus keras jadi macam batu.. berbunyi kot time kepak roti tuh..hehehe...Moral of the story, kalau nk beli kne cepat2 mkn sbb ia hanya sedap di makan time panas je..




Klik untuk mengikuti pengalaman kami yang selanjutnye

Lembaian Kaabah - HambaMu datang menyahut panggilanMu

Khamis, 1 Mac 2012

Perjalanan ke Mekah mengambil masa selama 5 jam. Kami sampai sekitar jam 2300.Hotel tempat kami menginap adalah Hotel Mira. Jarak antara hotel ke masjid lebih kurang 1km..Itu adalah antara hotel yg terdekat buat masa kini.. Ini krn kebanyakan hotel sekitar MasjidilHaram telah ditutup untuk proses penambahan keluasan MasjidilHaram.

Selepas sampai, kami diminta makan malam,dan seterusnya dibawa oleh mutawwif ke Masjidil Haram... Berdebar2 rasanya dalam perjalanan tersebut. Walaupun jam dah menunjukkan waktu 0100 lebih tetapi, orang masih ramai dijalanan. Disebabkan ini adalah kali pertama kami berada di sini melakukan umrah, jadi mutawwif kami akan bersama2 kami melakukan tawaf. MasyaAllah, mmg terlalu ramai jemaah lain ketika itu walupun masih belum masuk waktu subuh..huhu..

Permandangan dari Madinah ke Mekah
Selesai Tawaf, ramai x manusia sejagat ^_^


Setelah selesai melakukan tawaf, saie dan bertahalul, kami menunggu untuk menunaikan solat Subuh. Di sini terdapat 3 azan yang akan dilaungkan. Yang pertama kira2 sejam sebelum masuk waktu subuh. Ia seolah2 peringatan atau untuk memberitahu org ramai bahawa waktu subuh akan masuk.. Mungkin sebab itu di dalam azan tersebut tiada kalimah  dan .Dan azan serta qamat seterusnya adalah seperti biasa.. Baguskan ^_^

Selepas subuh, pulang ke hotel

Berehat sebentar sementara untuk saie.


Selesai sudah umrah pertama kami. Eda rasa macam tidak sempurna saje tawaf pertama eda ni, yela time ni baru pertama kami melakukan umrah. Lagipun waktu tawaf eda terpisah dengan hubby sbb die pegang my mil. X pasti kenapa mereka berhenti dan tidak ikut serta jemaah kami. My fil pun entah ke mana time tuh. Tetibe sume hilang.. Xkan nak cari plak dorg, x sah la tawaf ketika itu sebab niat utk mencari orang. Jadi untuk pusingan pertama eda teruskan seorang diri..Bayangkan dalam keadaan org ramai tuh, eda seorang diri keliling Kaabah.huhu...Hanya Allah yg tahu perasaan eda ketika itu. Berdoa moga eda jumpa kembali hubby atau paling tidak pun jumpa balik kumpulan jemaah eda. Dan Alhamdulillah masuk pusingan kedua eda nampak my fil dan jemaah kami..


Begitu juga dgn saie, rs x sempurna sbb pd pusingan pertama my mil lagi sekali terpisah dari jemaah. Astagfirullah....Allah tengah menguji kesabaran kau eda..Itu sahaja yg terlintas di hati eda..Mula2 tuh eda kejar juga my mil dan bagitahu jemaah tertinggal jauh belakang, tapi selepas tuh eda patah balik dan buat semula bersama jemaah. Dan kemudian mutawwif kami berpesan, berjemaah itu lagi baik dari berseorangan..Fahamlah eda maksud yg dia ingin sampaikan......


Permandangan dari bilik kami. SubhanaAllah
Dihadapan hotel Mira
Setelah semua selesai, kami pun terus pulang ke hotel kembali. Penat juga seharian tidak berehat krn dalam perjalanan. Sampai semalam dan terus melakukan umrah. Tapi eda terpaksa menunggu seorang diri di luar masjid menunggu hubby yg sedang mencari my mil dan my fil yg hilang time saie tuh... Segan juga eda nak bagitau mutawwif, jadi eda duduk jela di situ  (tempat yg dijanjikan bile terpisah). Alhamdulillah tak lama kemudian my mil smpi, dan kemudian hubby ngn my fil..Fuh Alhamdulillah...Semua selamat.


Pulang hotel, berakfast dan terus tidur kepenatan...Hari ini mutawwif kami beri satu hari cuti rehat. Tiada umrah dan ziarah yg akan dilakukan Jadi boleh ke MasjidilHaram ikut kemahuan jemaah sendiri. Alhamdulillah terima kasih ustaz..


Hari ini merupakan pengalaman yg sgt menguji kesabaran eda...Menginsafkan eda..Mengingatkan eda kepada mak abah yg berada di Malaysia. Ya Allah terima kasih atas ingatanMu ini...Kerana teguran ini menyebabkan bertambah rindu, kasih dan cintaku kepada ibu ayahku. Syukur atas kurniaanMu ini. Alhamdulillah...


Klik untuk mengikuti pengalaman kami yang selanjutnye