Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Thursday, March 15, 2012

Lembaian Kaabah - Ziarah Tempat Bersejarah di Madinah

Selasa, 28 Februari 2012

Ketika di sini, kami diberitahu segala aktiviti ke Masjid adalah atas individu itu sendiri. Kami akan berada di Madinah sehingga hari rabu, maknanya 2 hari sahaja.. Jadi kalau terus leka tidur, alamatnya mmg rugila walaupun ddk berdekatan Masjid Nabawi.. Eda dan hubby sgt2 bersyukur krn ayah mertua eda sememangnye kaki masjid. Jadi bile dia bangun sebelum subuh untuk bersiap, secara spontan kami pun terjaga..Alhamdulillah. Kene lawa n rasa mengantuk dan sakit badan akibat kurang rehat..Yela, bukan senang utk dtg dari jauh... Mungkin sebab tu kot di sana eda & hubby, kami seperti sentiasa bekejar2 utk ke sana sini. Pergi masjid, balik lepas zohor utk makan dan berehat sebentar  Bergerak ke masjid kembali sebelum asar dan pulang selepas isyak.. Sgt indah rasanya pengalaman ketika itu... Percayalah, duduk seharian di dalam masjid Nabawi tidak akan terasa masa yg berlalu. Melihat jemaah2 lain berlumba2 menunaikan solat2 sunat dan mengaji, Subhanallah terasa seperti di syurga dunia...


Actually di sebelah pagi selepas solat subuh, kami dibawa menzirahi tempat2 sejarah yang sememangnya menjadi kewajipan bagi jemaah umrah/haji untuk pergi. Antaranya Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Kilang percetakan Al Quran dan Jabal Uhud. Tempat2 ini tidak la jauh dari Masjid Nabawi, jadi lebih kurang jam1000 kami sudah pulang ke hotel...

Di Masjid Quba, kami diberi peluang untuk masuk menunaikan solat tahiyatul masjid. Alhamdulillah dapat berjalan2 disekitar masjid menikmati keindahan masjid yang pertama dibina oleh orang Islam. Mutawwif ada memberitahu bahawa Rasulullah ketika hayat Baginda  sering datang bersolat di Masjid Quba dan Baginda ada bersabda bahawa sesiapa yang telah berwuduk di rumah dan menuju ke masjid Quba untuk bersolat, maka ganjarannya umpama menunaikan Umrah. SubhanaAllah.. Berikut maklumat yg eda cuba perolehi untuk mengukuhkan ayat di atas:
  • Semasa hayatnya, Nabi Muhammad Saws.jpg kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Mengikut Hadis Ibnu Umar r.a: Sesungguhnya Rasulullah Saws.jpg pernah berkunjung ke Quba' dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki.
  • Telah diceritakan bahawa Nabi Saws.jpg menziarahi Masjid Quba' pada tiap-tiap hari Sabtu dengan menaiki tunggangannya. Kadang-kadang baginda pergi ke sana pada hari Isnin. (Bukhari: Jumaat: 1117, 18, 1119. Muslim: Haji: 2478, 2483)
  • Sabda Nabi Saws.jpg lagi: Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi: Sembahyang: 298. Ibnu Majah: Iqamat dan Sunatnya: 1401. Ahmad: Musnad Makkiyyin: 15414.)
  • Telah diriwayatkan juga bahawa Nabi Saws.jpg bersabda: Sesiapa yang mengerjakan sembahyang di dalam masjid Quba' pada hari Isnin dan hari Khamis, Allah akan gantikan pahalanya dengan pahala ibadat Umrah.



Hubby wif my mil. Dpn Masjid Quba
Jalan menuju Masjid Quba.




Seterusnya kami di bawa melihat Masjid Qiblatain. Tidak pasti kenapa tiada plak gambar yang diambil ketika melalui masjid tersebut. Begitu juga dengan Kilang percetakan Al Quran.


Untuk pengetahuan rakan2, kilang ini merupakan satu2nya kilang yang akan menghasilkan Al Quran untuk Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Setiap Al Quran hasil dari kilang ini akan mempunyai satu cop istimewa dan juga bewarna hijau yg menandakan ia adalah dari kilang ini. Maknanya, jika kita membawa AlQuran lain ke MasjidilHaram dan Masjid Nabawi, pasti pengawal di situ melarang dan menyuruh kita mengambil Al Quran yg terdapat di dalamnya. Mungkin untuk menjaga ketulenan Al Quran tersebut.. Kalau rakan2 ingin wakafkan AlQuran ke Masjid Nabawi dan MasjidilHaram, bolehlah dibeli terus dari kilang ini... Harga bagi satu Al Quran adalah lebih kurang RM27.  Tapi ada pakcik2 yg beli selepas eda dapat RM31..Ermm....eda pun xpasti knape x sama harga. Tapi yg pasti org lain di kaunter waktu tuh.. Oh ye di sini, para wanita tidak boleh masuk ke bahagian kilang, hanya lelaki sahaja. Wanita hanya boleh masuk bahagian showroom. Mungkin sebab tuh eda beli awal dapat murah. Time pakcik2 ni beli, orang dh ramai di situ sebab baru keluar dari kilang.. Wallahualam ^_^.... Alhamdulillah dapat diskaun.hehe....Setiap tetamu lelaki akan diberi hadiah sebuah Al Quran bewarna biru  tau. Tapi hubbynye, dia wakaf kpd mak mertua eda utk di wakafkan ke Masjid.hehe... Terima kasih kepada rakan dunia akhirat eda Razalina Baharudin sebab melalui dia, eda tahu boleh wakaf Al Quran. Alhamdulillah amanah dari dia telah eda tunaikan...


Seterusnya kami di bawa melihat Jabal Uhud. Satu2nye gunung yg dijanjikan oleh Allah SWT akan berada di Syurga kelak. SubhanaAllah.. .Di sini kami diingatkan supaya tidak menadah tangan ketika berdoa di kawasan perkuburan para syuhada. Kerana dikuatiri akan ditegah oleh pengawal di sana kerana menyangka kami memohon hajat kepada ahli kubur di sana. Malah mutawwif kami ada menyatakan pernah suatu ketika dahulu mereka bertanya kepada para tetamu yg hadir berdoa di situ mengapa berdoa utk para syuhada tersebut sedangkan mereka sudah dijamin oleh Allah SWT akan memasuki syurga..Ermmm..pening jugakan ^_^


Di atas Jabal Uhud
Kawasan berpagar merupakan tempat
bersemadinya jasad para syuhada
Ketika berdoa di perkuburan para syuhada, hati kami mmg terasa sgt tersentuh dan terharu. Tambahan kaki ketika itu berada di mana perang uhud berlaku, rasa sgt terharu. Bayangkan di sini Saidina Hamzah terkorban dengan dadanya dirobek dan jantungnya di mamah oleh Hindun. Di sini juga Rasulullah mengalami cedera yg teruk dan terpaksa berselindung di sebalik bukit2 tersebut. Ya Allah, sgt menyayat hati apabila membayangkannya.. Sehingga ada yg menitiskan air mata ketika mutawwif kami menceritakan kembali sejarah hitam tersebut. 

Dikesempatan ini, eda ingin menceritakan serba sedikit sejarah peperang Uhud, moga dapat mendatangkan keinsafan ke dalam hati kita bersama2..


JABAL UHUD adalah bukit yang mencintai kita dan kita mencintainya. Begitu Nabi bersabda soal Jabal Uhud, bukit kemerahan yang menjadi saksi gugurnya para Syuhada di Madinah. 
Uhud adalah kawasan perang besar antara kaum Muslim dengan kafir Quraisy yang peristiwanya akan terus dikenang hingga akhir masa. Jabal Uhud (gunung Uhud), tidaklah begitu besar, tingginya kira2 1.050 meter.


Berlokasi sekitar 5 kilometer sebelah utara kota Madinah. Sebelum dibangun oleh pemerintah Kerajaan Saudi, Jabal Uhud selalu dilewati oleh jamaah yang masuk ke Madinah maupun yang menuju Makkah. Letaknya memang di pinggir jalan raya menuju kedua kota itu.
Uhud adalah gunung batu berwarna kemerahan. Melihatnya mengingatkan kita pada perjuangan dan darah para syuhada. Di Uhud itulah pertarungan spiritual dan politik dalam arti sebenarnya. Ketika itu pasukan diberi pilihan antara kesetiaan pada agama dan kecintaan pada harta. Melihat lokasi dan gunung yang mengelilinya, kita akan terbayangkan bagaimana sulitnya medan perang ketika itu. Bukit batu, panas terik, dan keberanian pada syuhada.
Perang Uhud terjadi pada 15 Syawal 3 H (Maret 625). Peperangan itu dipicu keinginan balas dendam kafir Quraisy usai kekalahan mereka dalam perang Badar. Atas perintah Rasulullah, maka barisan pasukan Muslim pun menyongsong kaum kafir itu di luar kota Madinah. Strategi pun disusun. Sebanyak 50 pasukan pemanah ditempatkan di atas Jabal Uhud dengan perintah untuk melakukan serangan apabila kaum Quraisy menyerbu, terutama pasukan berkudanya.
Maka perang pun berkobar. Dalam perang dahsyat itu pasukan Muslimin sebenarnya sudah memperoleh kemenangan. Akan tetapi mereka kemudian dipukul balik oleh tentara Quraisy, karena pasukan pemanah terpancing oleh umpan musuh yang menyebarkan uang dan perhiasan.
Pasukan berkuda Quraisy pimpinan Khalid bin Walid–ketika itu belum masuk Islam–segera menyerang pasukan Islam dari arah belakang. Akibat serangan mendadak itu, sebanyak 70 tentara Muslim menjadi syuhada, termasuk paman Rasulullah, Hamzah bin Abdul Muthalib. Nabi SAW sangat bersedih atas kematian pamannya tersebut.
Jenazah para syuhada Uhud ini pun segera dimakamkan dekat lokasi perang serta dishalatkan satu persatu sebelum dikuburkan. Adapun Sayidina Hamzah dishalatkan sebanyak 70 kali. Beliau pun dimakamkan menjadi satu dengan Abdullah bin Jahsyi (sepupu Nabi) di lokasi terpisah dengan lokasi para syuhada yang lain.
Bersama syuhada yang lain (68 pahlawan), jenazah mereka dimakamkan di dekat Jabal Uhud. Komplek pemakaman itu sendiri nampak sangat sederhana, hanya dikelilingi pagar setinggi 1,75 meter. Dari luar hanya tampak jeruji agar jamaah bisa melongok sedikit ke dalam.
Tapi di dalamnya areal permakaman yang dikelilingi pagar itu tak ada tanda-tanda khusus, seperti batu nisan, yang menandakan ada makam di sana. Konon, gunung Uhud pun ikut menangis atas peristiwa Uhud yang menelan banyak korban di pihak mujahid Islam.
Lantaran kecintaan Rasulullah kepada para syuhada Uhud, terutama Hamzah, kemudian mendorong beliau senantiasa berziarah ke Jabal Uhud hampir setiap tahun. Langkah beliau kemudian juga diikuti oleh beberapa sahabat sesudah Rasul wafat. Bahkan dikisahkan bahwa Umar dan Abubakar selalu mengingatkan Rasul jika perjalanannya telah mendekati Uhud.
Nabi Muhammad SAW bersabda,”Mereka yang dimakamkan di Uhud tak memperoleh tempat lain kecuali ruhnya berada did alam burung hijau yang melintasi sungai Surgawi. Burung itu memakan makanan dari taman surga, dan tak pernah kehabisan makanan. Pada syuhada itu berkata siapa yang akan menceritakan kondisi kami kepada saudara kami bahwa kami sudah berada di surga.”
Maka Allah berkata,” Aku yang akan memberi kabar kepada mereka.” Maka dari situ kemudian turun ayat yang berbunyi,” Dan janganlah mengira bahwa orang yang terbunuh di jalan Allah itu meninggal (Qs 3:169)




0 comments:

Post a Comment