Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Saturday, March 17, 2012

Lembaian Kaabah - Ziarah Tempat Bersejarah di Mekah

Sabtu, 3 Mac 2012

Masuk hari ke 3 di Mekah, Alhamdulillah. Hari ini kami akan dibawa menziarahi beberapa kawasan bersejarah di Mekah. Pagi sebelum bergerak ke Masjid, kami diminta mandi sunat ihram terlebih dahulu, kerana dalam perjalanan nanti akan berhenti di Masjid Jaranah (bagi yg ingin membuat umrah). Kaum lelaki boleh la membawa kain ihram di dalam beg, kalau terus pakai nanti susah plak nk menziarahi sana sini..hehe

Selepas bersarapan, kami mula menaiki bas jam 0730 untuk menuju tempat pertama iaitu Jabal Tsur. Bas hanya berhenti dijarak jauh dari Jabal Tsur dan kami hanya dapat mengambil gmbr dari jarak itu sahaja. Mungkin dgn cara begini, baru dapat mengambil gmbr keseluruhan Jabal Tsur kot ^_^ 
Hehe..Kami msk mllui pagar blubang >_<
Mula2 bergambar diluar tembok..



















Ketika kami berada di sini, mutawwif ada mencadangkan jika ada yg berminat utk mebuat xpdc menawan jabal tsur, boleh la bagi nama. Alhamdulillah.... Eda dan hubby sememangnya berminatlah utk ikut serta. Almaklumlah, dari jauh datang.hehe... Kami diberitahu untuk mendaki hingga ke puncak mengambil masa kira2 2 jam perjalanan pergi sahaja. Haa.....nak tahu pengalaman sebenar eda dan hubby mendaki Jabal Tsur boleh la klick di sini. InsyaAllah satu pengalaman yg sangat bermakna dan penuh keinsafan..

Jabal Tsur. Dipuncak atas kiri di mana gua Rasulullah SAW dan Abu Bakar
sembunyi ketika peristiwa penghijrahan ke Madinah
Seterusnya kami ke Jabal Rahmah. Di sini mtawwif dah berpesan awal2 kalau boleh nak amik gmbr dgn unta hiasan biar jauh2 skit. Sbb nnt dia mesti minta bayaran. Paling teruk kalau lepas tuh die paksa naik atas unta tuh... Kalau dah naik mmg parah la... Cas mula mungkin 10riyal, ke kanan sikit 10 riyal, ke kiri sikit 10 riyal...Alamatnya beriyal2 jugak abis nnt..hehe.. Tapi dah bagi ingatan pun tetap terjadi kat seorg makcik jemaah kami juga.kesian die...
Amik gmbr  jauh2 dr unta hiasan..>_<
Ok...Di sini Eda rs mcm kami je couple yg paling x sabar nk daki. Bas berhenti je kami terus melompat turun bas.hehe...eda & hubby masing2 bkn shj utk diri sendiri malah dgn amanah org utk berdoa di sini. Kami tidak naik ke puncak melalui tangga, krn byk sgt manusia sejagat. Jadi kami melalui lereng2 bukit yg agak landai....Ganas jugak panjat bukit dgn berbaju kurung. Tambahan pula angin kuat, kene jaga tudung dan kain baik.. Selit kuat2.hehe

Mendaki ke puncak melalui lereng bukit.
Permandangan keseluruhan Jabal Rahmah




Alhamdulillah ketika sampai ke puncak Jabal Rahmah kelihatan ramai jemaah bersolat sunat dan juga berdoa di sini. Tak kurang hebatnya ada yg berniaga ditepi2 tombol tersebut..kami tanpa berlengah masa terus berdoa di sini. Berdoa moga dengan keberkatan tempat penyatuan adam dan hawa, agar rumahtangga kami dan adik beradik, rakan2 kami juga mendapat keberkatan dan perlindungan Allah SWT dari segala gangguan syaitan, hasad dengki manusia, penyakit dan bencana. Juga memberi calon pasangan yg soleh solehah bagi keluarga dan sahabat kami yg masih belum berumahtangga...Rasa syahdu ketika itu, kerana membayangkan bagaimana pertemuan kembali Adam Hawa setelah terpisah ketika di turunkan di Bumi. 

Alhamdulilah selamat sampai




Ni gambar nk turun. Gayat juga ^_^



















Ada satu peristimewa agak kelakar berlaku ketika kami berada di atas puncak Jabal Rahmah,  dimana selepas kami selesai berdoa tetiba ada seorg hamba Allah dtg menghampiri kami dan menyuruh kami bersama2 berdoa dgnnya. Yg peliknya kami ikut serta doa yg dibaca oleh beliau. Doa harian biasa untuk kejahteraan diri dan keluarga. Bila sudah abis tetiba die minta kami utk beri sedikit sdekah. Ya Allah, mcm mana pula tak terlintas di hati kami selalu kegiatan2 mcm ni msti akan mita upah. Tapi mujurlah ketika itu kami tidak membawa duit.hehe.. Akhirnya dia pergi. Kesian juga tapi nak buat mcm mane.......Tiada rezeki..

Seterusnya kami dibawa ke Masjid Jaranah untuk bermiqat. Dalam perjalanan tersebut, kami  sempat melalui Mina Muzdalifa dan tempat untuk melontar jumrah.. Tapi sayang ketika ni eda terlupa nak amik gmbar. Terleka plak ketika melalui tempat ni.huhu.... Ada suatu tempat di mana terdapat bukit yang agak sederhana tinggi, mengikut apa yg dikatakan mutawif tersebut, jika api keluar dari batu tersebut maka itu menandakan dajal akan muncul di muka bumi. Wallahualam...Eda sgt berharap dapat tahu apa nama bukit tersebut. Lupa nak catit..u_u 

Masjid Jaranah
My mil selepas bersolat dan berniat di Masjid Jaranah





Alhamdulillah selesai bermiqat di Masjid Jaranah. Kami terus menuju ke MasjidilHaram. Jam ketika itu sekitar jam 1130.. Kali ini kami akan melakukan umrah bersama my mil. Waktu2 begini cuaca agak terik kerana menghampiri waktu tengah hari. Azan Zohor di sini sekitar jam 12300.. InsyaAllah cukup rasanya untuk menghabiskan tawaf sahaja. Saie akan dibuat setelah solat Zohor kerana kebiasaan masuk jam 1200 tempat wanita utk bersolat pasti penuh. Kaum wanita hanya dibenarkan bersolat di dalam masjid, kawasan yg telah dipagari dengan rak AlQuran. Ada suatu ketika tuh, eda dan hubby baru selesai membuat tawaf umrah dan ingin bersolat sunat di belakang Makan Ibrahim, tapi pengawal di situ telah menghalau eda dgn panggilan "ibu..ibu....kebelakang ibu" ..hehe comel x?? Di kawasan Makan Ibrahim, tempat wanita adalah di kawasan berpagar air zamzam (suatu ketika dulu..sekarang dah tutup)..

Begini mereka membersihkan kawasan tawaf. Sgt effisien!!
My mil bersaie di dalam kawasan khas.
 Klik untuk mengikuti pengalaman kami yang selanjutnye











0 comments:

Post a Comment