Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Friday, March 16, 2012

Lembaian Kaabah - Solat Jumaat Pertamaku ^_^

Jumaat, 2 Mac 2012

SelamatPagi Mekah..!!! Alhamdulillah subuh ini terasa sangat indah. Macam biasa rutin harian kami, bergerak ke MasjidilHaram sebelum subuh.. Semestinya suasana tidak seperti di Malaysia, di sini kelihatan semua orang berpusu2 menuju ke Masjid. SubhanaAllah...sgt seronok bila melihatnya... Kebiasaan selepas subuh, eda dan hubby akan melakukan tawaf sunat sebelum pulang. Kerana selepas tawaf, kami dapat bersolat sunat di belakang Makam Ibrahim dgn tenang skit krn agak lengang ketika itu. Kami akan berjanji menunggu di lampu hijau di mana merupakan tanda garisan Hajar Aswat, untuk memulakan tawaf.. 

Nak tahu satu rahsia...Bagi eda, perasaan ketika menunggu di situ mmg sangat Terasa comel je, eda tunggu di anak tangga agar tinggi sedikit dan hubby pasti menunggu di bawah. Bila nampak aje, kami terus melambai2 dan berjumpa.. Sangat terkesan rs dlm hati setiap kali berjumpa mcm tuh..Entah la..Pelik kn tp benar...Bercinta dalam rumahtangga mmg indah ^_^


Saie pada waktu selepas subuh. Ramai..!!
Pintu Al Fath, jemaah pulang slps subuh


Hari ini kami akan bermiqat di Tana'im. Miqat yg paling dekat dengan MasjidilHaram. Lebih kurang 3km.. Alhamdulillah umrah kali ke2 berjalan dengan lancar.Eda dan hubby bersama2 melakukan tawaf, saie dan tahalul..My mil melakukan umrah bersama my fil..Hari ini adalah hari jumaat, jadi akan ada solat jumaat. Kali pertama eda buat solat jumaat ni.hehe... Alhamdulillah, walaupun x faham khutbah dalam bahasa arab, tapi tetap kne dgr dgn kusyuk ^_^.. Oh ye, sementara menunggu masuk waktu tuh ada jemaah dari turki beri eda air ni..xpasti la air apa, tapi mmg sedap.. rasa macam kurma dan pudina..ermmmmm....

Ini la airnye...sgt sedap dan berangin ^_^

Bermiqat di Tana'im

Dalam perjalanan pulang ke hotel, ada satu kawasan lapang di mana terdapat banyak burung2 merpati di situ.. Sgt comel..!! Sebelum ini kami selalu je dok lalu tengah2 mereka sebab suke tgk dorg terbang.. Tapi lepas mutawwif kami kate, Kalau di Malaysia kebiasaan kita akan halau mereka tapi di sini kita kene sebaik2nya elakkan dari ganggu mereka.hehehe....Takuttt dah....

Pelbagai gaye nak bagi mereka terbang ^_^
Hehe....suke je tgk dorg terbang..






Di sebelah malam selepas solat maghrib, eda dan hubby akan lakukan tawaf sunat sebelum Isyak. Selepas isyak baru kami pulang. Malam ini kami cuba membeli roti arab dalam perjalanan pulang ke hotel.. Kedai ni sentiasa penuh di waktu selepas subuh dan isyak, jadi kami pun try la jugak beli.hehehehe...


Beratur utk membeli
Roti dibakar dgn melekatkan ke dinding batu
tersebut..hehe

Kami membeli 3 keping, tapi hanya satu je dapat habis. Eda sanggup turun pergi amik lauk daging lebih di pantry untuk cicah ngn roti ni. Tapi x sempat nk cicah sebab daging dh dihabiskan oleh mereka2 yg lain dlm bilik..huhu sabor jela.... Alamatnye mmg eda xsentuh roti tuh langsung.. Majuk la kiranya.hahahahaha...........Esoknya terus keras jadi macam batu.. berbunyi kot time kepak roti tuh..hehehe...Moral of the story, kalau nk beli kne cepat2 mkn sbb ia hanya sedap di makan time panas je..




Klik untuk mengikuti pengalaman kami yang selanjutnye

0 comments:

Post a Comment