Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Wednesday, March 14, 2012

Lembaian Kaabah - Bertolak

Sabtu, 25 Februari 2012

Alhamdulillah, tiba harinya untuk memulakan misi Umrah Ziarah kami. Eda dan hubby bergerak dari Manjung Perak jam 1200 ke KL. Singgah sebentar di rumah eda untuk makan malam dan jam 1800 kami bergerak ke KLIA. Bertolak awal supaya family eda dapat bersolat maghrib di Perhentian Nilai sebelum sampai KLIA. Bukan apa, takut jalan jammed je..Atau kemungkinan2 lain berlaku...Tepat jam 2030 kami sampai di KLIA. Adik beradik eda semua ada kecuali kaklong sbb dia berada di Terengganu..Its ok janji doa dari kaklong sefamili utk kami itu y penting ^_^ Nasib baik ketika sampai, org dari Agen Darul Mubarak Travel iaitu agen yg kami ambil utk menunaikan umrah ini menunggu tepat2 di hadapan pintu masuk Gate 5KLIA. Kira x perlulah melilau2 mencari mereka..hehe
  
                             


Ahad, 26 Feb 2012

Jam 0000 kami check in barang dan flight. Ikut jadual, flight jam 0200. Lebih kurang ja 0530 kami sampai Dakka, Bangladesh. Perjalanan hanya amik masa selama 31/2 jam shj.. Kalau ikut tentatif program, penerbangan hanya mengambil masa selama sejam lebih je. Rupanya bukan.. Satu pengalaman yg sememangnya eda tidak akan lupa adalah pergi ke washroom... Nak dijadikan cerita sebelum berlepas, eda terpaksa menghabiskan sebotol air mineral. Haaa........memang sesuai la sgt keadaan tandas dgn org yg penggeli gila mcm eda...Terdesak...Boleh la sampai sejam eda dlm tandas tuh, sbb air tiada. Terpaksa praktikkan istinjak dgn  tisu...huhuhuuhu..tobat xmau masuk tandas dah..

Tukar duit dakka..utk beli belah nnt ^^
Shahjalal International Airport
Dakka, Bangladesh
Sesampai sahaja airport, hubby terus mencari kaunter untuk menukar duit Malaysia kepada Dakka... RM50 boleh dapat lebih kurang Dakka 1117.  Memang mencukupi la kalau setakat nk beli souvenir2 untuk family... Disarankan better tukar awal2 di kaunter, sbb kami tgk pakcik makcik yg  tukar dikedai/hotel, memang dia amik tinggi gile duit kita..Misalannya di hotel, kebanyakan pakcik2 tukar RM50 hanya dapat lebih kurang Dakka 800.. Jauh x beza die.huhu.. 








0 comments:

Post a Comment