Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Friday, March 16, 2012

Lembaian Kaabah - HambaMu datang menyahut panggilanMu

Khamis, 1 Mac 2012

Perjalanan ke Mekah mengambil masa selama 5 jam. Kami sampai sekitar jam 2300.Hotel tempat kami menginap adalah Hotel Mira. Jarak antara hotel ke masjid lebih kurang 1km..Itu adalah antara hotel yg terdekat buat masa kini.. Ini krn kebanyakan hotel sekitar MasjidilHaram telah ditutup untuk proses penambahan keluasan MasjidilHaram.

Selepas sampai, kami diminta makan malam,dan seterusnya dibawa oleh mutawwif ke Masjidil Haram... Berdebar2 rasanya dalam perjalanan tersebut. Walaupun jam dah menunjukkan waktu 0100 lebih tetapi, orang masih ramai dijalanan. Disebabkan ini adalah kali pertama kami berada di sini melakukan umrah, jadi mutawwif kami akan bersama2 kami melakukan tawaf. MasyaAllah, mmg terlalu ramai jemaah lain ketika itu walupun masih belum masuk waktu subuh..huhu..

Permandangan dari Madinah ke Mekah
Selesai Tawaf, ramai x manusia sejagat ^_^


Setelah selesai melakukan tawaf, saie dan bertahalul, kami menunggu untuk menunaikan solat Subuh. Di sini terdapat 3 azan yang akan dilaungkan. Yang pertama kira2 sejam sebelum masuk waktu subuh. Ia seolah2 peringatan atau untuk memberitahu org ramai bahawa waktu subuh akan masuk.. Mungkin sebab itu di dalam azan tersebut tiada kalimah  dan .Dan azan serta qamat seterusnya adalah seperti biasa.. Baguskan ^_^

Selepas subuh, pulang ke hotel

Berehat sebentar sementara untuk saie.


Selesai sudah umrah pertama kami. Eda rasa macam tidak sempurna saje tawaf pertama eda ni, yela time ni baru pertama kami melakukan umrah. Lagipun waktu tawaf eda terpisah dengan hubby sbb die pegang my mil. X pasti kenapa mereka berhenti dan tidak ikut serta jemaah kami. My fil pun entah ke mana time tuh. Tetibe sume hilang.. Xkan nak cari plak dorg, x sah la tawaf ketika itu sebab niat utk mencari orang. Jadi untuk pusingan pertama eda teruskan seorang diri..Bayangkan dalam keadaan org ramai tuh, eda seorang diri keliling Kaabah.huhu...Hanya Allah yg tahu perasaan eda ketika itu. Berdoa moga eda jumpa kembali hubby atau paling tidak pun jumpa balik kumpulan jemaah eda. Dan Alhamdulillah masuk pusingan kedua eda nampak my fil dan jemaah kami..


Begitu juga dgn saie, rs x sempurna sbb pd pusingan pertama my mil lagi sekali terpisah dari jemaah. Astagfirullah....Allah tengah menguji kesabaran kau eda..Itu sahaja yg terlintas di hati eda..Mula2 tuh eda kejar juga my mil dan bagitahu jemaah tertinggal jauh belakang, tapi selepas tuh eda patah balik dan buat semula bersama jemaah. Dan kemudian mutawwif kami berpesan, berjemaah itu lagi baik dari berseorangan..Fahamlah eda maksud yg dia ingin sampaikan......


Permandangan dari bilik kami. SubhanaAllah
Dihadapan hotel Mira
Setelah semua selesai, kami pun terus pulang ke hotel kembali. Penat juga seharian tidak berehat krn dalam perjalanan. Sampai semalam dan terus melakukan umrah. Tapi eda terpaksa menunggu seorang diri di luar masjid menunggu hubby yg sedang mencari my mil dan my fil yg hilang time saie tuh... Segan juga eda nak bagitau mutawwif, jadi eda duduk jela di situ  (tempat yg dijanjikan bile terpisah). Alhamdulillah tak lama kemudian my mil smpi, dan kemudian hubby ngn my fil..Fuh Alhamdulillah...Semua selamat.


Pulang hotel, berakfast dan terus tidur kepenatan...Hari ini mutawwif kami beri satu hari cuti rehat. Tiada umrah dan ziarah yg akan dilakukan Jadi boleh ke MasjidilHaram ikut kemahuan jemaah sendiri. Alhamdulillah terima kasih ustaz..


Hari ini merupakan pengalaman yg sgt menguji kesabaran eda...Menginsafkan eda..Mengingatkan eda kepada mak abah yg berada di Malaysia. Ya Allah terima kasih atas ingatanMu ini...Kerana teguran ini menyebabkan bertambah rindu, kasih dan cintaku kepada ibu ayahku. Syukur atas kurniaanMu ini. Alhamdulillah...


Klik untuk mengikuti pengalaman kami yang selanjutnye











0 comments:

Post a Comment