Kubah hijau di mana Raudah, makan Rasulullah SAW dan 2 sahabat berada.. |
CINTA MADINAH
Kembali kita berjauhan
Salam terpisah
Senyum tertahan
Rindu berbuah
Sayangnya merendang
Jauh begini hati teruji
Cinta Madinah dalam lembayung
Dalam terlarang
Tersinar yang agung
Bertopang cinta padamu nabi
Di bumi Madinah
Menjadi saksi
Cinta Madinah mekar berseri
Sinaran malar terik mentari
Dijurai dingin malam
Terukir setiamu
Kunjungan rindu
Mengatur alam rindu
Cinta Madinah menyebar harum
Menyebar semarak dalam kasih yang subur
Semarak dalam kasih cinta Madinah
29 Februari 2012
Hari terakhir di bumi suci Madinah telah sampai. Bersolat di Masjid Nabawi pada hari ini terasa bagaikan hati dihiris2 sejuta kepiluan..
Ya Allah, mungkinkah aku akan sampai ke sini kembali untuk beribadah kepadaMu dan bertemu kekasihMu di sini..Mungkinkah aku masih dapat mengadu merayu merintih kepadaMu di sini lagi.. Yg pasti, aku akan merindui saat aku beribadah di dalam masjid ini..Ya Allah, bantulah aku, suamiku dan anak2 kami kelak agar kami dapat hadir ke masjid suciMu ini lagi, beribadah kepadaMu dan menziarahi kekasihMu dalam keadaan kesihatan yang baik. Amin..
Hanya itu yg sentiasa berada di dalam fikiran eda dan doa eda. Saat berpisah dgn Madinah mmg sgt menyedihkan bagi kami..Belum terpisah, tapi sudah merasai kerinduan padanya. Pasti rakan2 yg pernah ke sana akan memahami maksud yg eda hendak sampaikan. Bagaikan terpaksa berpisah dengan cinta pertama...
Selepas waktu Zohor nanti, kami akan melakukan ziarah wida' Rasulullah. Maknanya pagi ini masa yg ada eda dan hubby menghabiskan berada di Masjid Nabawi.. Sebelum pulang ke hotel, kami bergambar2 kenangan dan membeli buah tgn utk family di Malaysia.
Kawasan lapang untuk berehat2 |
Dihadapan pintu masuk hubby selalu guna |
Masjid Saidina Omar |
Masjid Saidina Abu Bakar |
Perjalanan meninggalkan Madinah |
Masjid Saidina Ali |
Kami akan menaiki bas untuk menuju ke Mekah .Bas akan bergerak sebelum masuk waktu Asar. Jadi kami diminta mengemas barang dan menghantar kunci sebelum pergi menunaikan solat Zohor. Seusai solat zohor, makan tgh hari dan terus menaiki bas..Kira2 dalam jam 3 lebih juga baru bas bergerak.. Yela, dgn jemaah yg berjumlah 80 org, mutawwif pula sorg, mmg sukar sikit utk handled. Yg penting biar lambat tapi selamat...^^
Selamat Tinggal Madinah, tanah suci bersemadinya Rasulullah SAW dan para sahabat. Tempat di mana Raudah, taman yang dicintai Rasulullah SAW berada..Moga kita berjumpa lagi dikemudian hari.. Moga ziarah ini bukan ziarah terakhir bagi kami...
Dalam perjalanan nanti, kami akan berhenti Bermiqat di Bir Ali.. Maka bermula perjalanan kami menunaikan Umrah.
Bermiqat di Bir Ali |
0 comments:
Post a Comment