Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Showing posts with label ~Lembaian Kaabah~. Show all posts
Showing posts with label ~Lembaian Kaabah~. Show all posts

Thursday, March 9, 2017

Umrah 2017 - Part 4

24 jan 2017
Hari ke 3 Madinah

Tiba sudah hari 3 kami di bumi Madinah. Hati terasa sayu sgt. Bertambah sedih smlm x sempat nk berqiamulail di Masjid Nabawi. Tak sedarpun hubby ajak g masjid. Tula, basuh baju sampai lewat sgt. Sedih sgt rs hati...

Esok pagi lepas subuh terus pegi sarapan dan letak beg di lobi. Beg kene bw turun awal2 sbb pekerja nak naik kan ke bas siap2. Lepas zohor, buat ziarah wada' dan terus gerak ke Mekah.

Zohor terakhir kami di Madinah ni, eda dan mil buat asing2. Mil dan fil lepas letak beg terus ke Masjid Nabawi. Eda hubby lambat skit sbb kami nk kemas beg lagi. Lagipun mil dan fil nak jalan ke kubah hijau utk ziarah wada lepas zohor. Tu yg mereka pergi awal.. Kami lepas zohor baru gerak ke  kubah hijau buat ziarah wada.

Ziarah Wada Rasulullah saw

Ade satu insiden, mil eda x sempat nak lunch. Yela waktu mmg padat sgt. Mane la yg berusia ni.larat nk berkejar sana sini. Eda senang je.. Terus ke dapur hotel minta bekas yg blh letak mknn. Tapawe mmg bw tp dh naik bas. Cmne plk nk punggah blk.. Huhu.. Mmg berpeluh la eda lari naik hotel blk, g tapau mknn, terus bw naik bas. Xkisah la peluh2 janji mil dpt mkn.. Nnt x mkn masuk angin ke sakit kepala ke.. Perjalanan 5 jam tau.huhu.. Alhamdulillah.. Ujian utk kami..

Kami akan singgah di Bir Ali utk bermiqat. Masa tahun 2012, pokok2 kurma di kawasan masjid ni kecil lg. Tahun ni pergi subhanaAllah.. Cantik sgt dlm perkarangan masjid. Penuh dgn pokok kurma. Mcm taman pun ade ๐Ÿ˜

Ade gmbr pokok2 kurma dlm perkarangan masjid Bir Ali. Nnt update..

Selesai.bermiqat, kami meneruskan perjalanan ke Mekah. Dijangka tiba jam 10 mlm. Sebelum tu sempat singgah di kedai makan nasi dulang. Di sini ade satu insiden yg sgt menguji eda dan suami. Astaghfirullah..eda pun xtau knp waktu tu eda rs down sgt. Mgkn sbb byk bende nk kne jg dan tengokkan. Stress kot. mg Allah ampunkn kami..

Brrhenti makan sebelum sampai Mekah

Tiba di Masjidilharam, mutawwif bagi masa sejam utk siap2 dan berkemas. Kami disebabkan ade 4 org dewasa, jd eda minta mil dan fil ke bilik dlu kalau hendak ke tandas dan sebagainya. Beg2 eda dan hubby akan bw atas. Tp yela, dh kata org berusia. Dorg nk berehat dlu dan sebagainya. Jd eda xsempat la nk bersihkan najis aisyah. Just tukar pempers.. 

Selepas bersiap2 mutawwif terus bawa kami ke masjidilharam. Ya Allah.. Hati eda berdebar2 untuk melalui umrah kami kali ni. Mngkn mengenangkan Aisyah, hati terus jd gu dah gulana. Tp mmg betul la kan di tanah haram ni, apa yg lintas di hati kita Allah terus makbulkan.huhu.. Masa utk memulakan tawaf, aisyah xdpt turut serta sebab najis tidak dicaci. ALLAH.. tak terlintas hati eda masa tukar pempers die. Mngkn sbb dh lewat tunggu gilira. Msk tandas, jd blur. Jd eda dan aisyah tggu di tepi sementara hubbu bw mil fil bertawaf. Bila mrk selesai baru eda tawaf sorg.. Mil x yakin nk jg aisyah sorg kalau hubby tmn eda.  Eda ok je.. Alhamdulillah.. Selesai..

Utk saie,.kami x ikut serta mutawwif sbb mrk dh buat sejurus selesai tawaf.. Sedangkan kami kne buat bergilir2.. Di saie ni sbnrnye mil dan fil dah buat dlu. Mereka grk ke tmp saie dlu.. Hubby terpaksa ke tandas hehe.. Eda bersyukur sebenarnya sbb ni kali2 umrah kami. Jadi sedikit sebanyak tau bila nak angkat tangan, bagaimana nk mengadap kaabah bila nak niat saie dan sebut 'Bismillahi, Allahuakhbar3x..' Tak sama ye baca dan hafal dgn praktiskan. Nak mengadap kaabah pun kalau jemaah xpenah buat saie sblm ni mesti konpius. Mngkn blh ikut jemaah lain ngadap mana, tp pasti ade sedikit was2 dlm hati kn. Sedangkan kami ni pun mcm agak.konpius sbb bangunan dah byk berubah bentuk. Hampir 100% x sama.. Kalau dlu masih nampak lagi Kaabah kalau dari Bukit Safa. Ni mmg totally xnampak.. Kalau dr kawasan tawaf nak ke saie pun, mngkn akan sesat kalau xde lampu hijau ๐Ÿ˜‚ 

Alhamdulillah saie utk 2 pusingan pertama, eda buat dgn hubby.. Kali ke3, eda minta hubby sewa wheelchair utk mil. Jd hilanglah hubby dr pandangan hingga selesai saie sbb cari mil.hehe.. Eda saie slow2 dgn Aisyah.. Ade masa bg die jalan sendiri. Alhamdulillah selesai saie terus jumpa hubby. Kami terus pulang ke hotel. 

Esoknya tiada ziarah. Waktu bebas jadi jemaah boleh ke masjidilharam sendiri.

Eda? Allah bagi cuti terus. Tp eda rs bkn period, tp sbb dukung Aisyah lama sgt masa saie. Dgn naik turun bukit safa marwah. Sepanjang saie memang rs sakit sgt bahagian rahim. Jadinya terturun skit darah. Utk hari ke 2 di Mekah, eda just ddk di hotel shj. Layan Aisyah.. Nk bw keluar takut plk somi xde..hehe


Umrah 2017 - part 3




Tuesday, March 7, 2017

Umrah 2017 - Part 2

22 jan 2017, ahad

Alhamdulillah...

Perjalanan dari Malaysia ke Madinah memgambil masa lebih kurang 9 jam. Kami bertolak jam 4 pagi waktu malaysia, dan sampai jam 1 tghari waktu malaysia. Kalau ikut waktu di madinah, kami sampai jam 8 pagi la sbb sane lewat 5 jam.

Sepanjang perjalanan aisyah tido shj. Alhamdulillah.. Allah permudahkan. Masa mula2 flight nk naik, dia meragam sikit. Mungkin sbb emosi mama die x stabil kot. Aisyah pun terkesan sama. Geram x dpt bassinet. Padahal dh bgtau/reminds lagi ms nk mrk nk checkin tiket, nk ddk sblh wanita dan bassinet utk mudah eda menyusu. Huhu.. tp yela, Allah sebaik2 perancangan.. 

Bila aisyah meragam, eda cpt2 susukan dia. Takut Aisyah ๐Ÿ˜ญmama lg ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญnnt. Abi dh la jauh ke depan hehe.. terus tidur anak dara. mama pun lena skali. Rasanya ade dlm 4 jam juga tertidur kami berdua ๐Ÿ˜‚  Bila pramugari dtg hntr mknn, eda tadah jela dulang atas badan aisyah. Nk buat mcmne, x de ruang ๐Ÿ˜ lepas tu sambung pengsan.hehe..

waktu subuh?? Masa tu eda terjaga, ada ty pramugari tp dia pun xtau.. eda bgn bw aisyah letak dlm bassinet dpn abinya. Alhamdulillah lega skit tgn walopun sekejap je die tido dlm tu ๐Ÿ˜‚ sempat la mama dia solat subuh kejap. Kami agak2 je solat subuh, sbb nk ty mutawwif dia pun tgh sodap tidur kekeke...

Dlm kapal terbang ade sediakan screen info ttg penerbangan. Jadi blh tgk kita di mana, dan waktu tempatan. waktu eda tgk tu baru jam 5.30 pagi waktu india (area mane dh lupa). Kata pd hubby, nnt tgk la luar kalau dh nampak chy skit2 solat la subuh. Sbb xtau subuh ketika tu jam bape. Itu ajelah panduan kami. Ade makcik jemaah kami ckp pilot akan announce. Tp sampai ke sudah xde pun ๐Ÿ˜

Tak lama lepas subuh, sarapan sampai. kita sarapan dlu, lepas tu layan video Cite apa tah. Dh lupe sbb byk kali tukar cite.. aisyah pun bgn. Dok main2 kejap dgn dia.. mama pun terpengsan lagi skali. Sedar2 aisyah nangis, tgk pipi die berbirat kuku. Sudahh... ni mesti ade pramugari geram tgk aisyah di cubit pipi pau anak dara ni ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ sabor jela.huhu...

Tak lama lepas tu selamat sampai destinasi. alhamdulillah.. perasaan eda waktu tu tak terkata. Bahagia sgt2.. Ya Allah, x sabarnye nk masuk masjid nabawi. 

Disebabkan tunggu jemaah lain naik bas, jd kami amik gambr dlu..

Alhamdulillah selamat sampai. Ganas tgk aisyah tido. Takut plk bild tgk gmbr ni ๐Ÿ˜‚

Perjalanan bas dr airport ke masjid nabawi dalam 30min lebih kurang. Sekejap kn.. umrah sebelum ni mendarat di jeddah. Jadinya masa byk habis dlm perjlnn 5 jam nak ke madinah. Allah syukur sgt amik yg ke madinah dlu.

Hotel di madinah jaraknya lebih kurang 200 m dr masjid nabawi. Sebenarnya sama lebih kurang jaraknya dgn hotel sebelum ni kami ddk. Tp disbbkn hotel yg Ini terletak di belakang hotel lain, jd rs mcm jauh.

Hari pertama di Madinah, tiada aktiviti mutawwif sediakan. Kami akan berada di madinah selama 3 hari shj. Sedih sgt.. maknanya lusa dh bertolak ke mekah.

Selepas sampai, kami check in hotel dan mandi2.. Lebih kurang jam 11 mutawwif akan bw ke masjid nabawi utk tunjukkan jalan ke sana dan gate mane utk panduan tidak sesat.

MASJID NABAWI, MADINAH

Kami masuk Gate 15. Agak jauh utk ke Gate 25 di mana terletak pintu masuk ke Raudhah. Tp nak buat mcmne, kalau niat di hati nak masuk raudhah, mmg kene gigih juga la ke gate 25. Eda x sempat nk dgr penerangan mutawwif sbb mil ajak msk masjid. Waktu ni nk msk waktu zohor dh. Serba salah jdnya. Takut nnt jd kurang sopan plak tetiba berpisah dr jemaah. Tp serba salah jg pd mil, sbb die nk msk jg masjid. Sudahnya, kami tinggalkan jemaah, terus msk masjid. Mereka mngkn solat di luar shj sbb mmg dh penuh pun dlm masjid. 

Utk pertama kali, eda mmg rs risau jg solat dlm masjid dlm keadaan ramai org dan bw aisyah yg tgh tido. Sbb pasti nnt solat celah2 ruang masjid. Ade satu insiden yg eda rs nk tercabut jantung eda, sebelum solat tu tetiba ade org arab ni dok langkah2 jemaah lain dan hampir2 nk pijak bdn aisyah yg tgh baring. ALLAH!!! eda terus tolak org arab tu sambil jerit Allah. Terperanjat sgt.. mmg arab ni adab mrk kasar skit. Sabar jela..

Sengeh je anak dara ni. Suka la tu ruang lengang sikit jemaah dh blk lepas solat zohor.

Selepas solat zohor, eda cdg nk ke raudhah sbb risau xde masa lagi nnt. Tp mil mcm xmau plak. Katanya x sempat. Eda pun pandang jela pintu ke raudhah ditutup dgn hati yg sayu huhu.. kami ddk jela iktikaf dlm ruang masjid hingga asar. Habiskan masa membaca Al quran dan solat sunat. Utk pengetahuan, pintu ke Raudhah utk wanita hy dibuka selepas waktu subuh, zohor dan isyak shj. Bgi lelaki sepanjang masa. 

lapik perut mkn roti dlu ye syg mama. Gud girl ๐Ÿ˜

selepas asar kami pulang ke hotel utk mkn. Tips utk yg bw anak, pastikan anda bw mknn spt roti dan biskut byk supaya anak boleb makan bila lapar. Dlm kes kami, eda boleh aje ulang alik hotel masjid utk mkn. Tp mengenangkan mil yg x berapa larat utk jln, jd kami tggu asar baru blk. Aisyah lapik perut dgn roti dulu, jd dia x meragam sbb lapar. Hepi aje anak dara tu tawaf satu masjid ๐Ÿ˜‚

Begitu jg dgn maghrib dan isyak. Kami tunggu selepas isyak baru pulang ke hotel utk makan. 

Alhamdulillah.. Tp dlm hati rindu pd raudhah ๐Ÿ˜ญ

"Xpe eda, kita cuba esok" tekad utk esok huhu...

Monday, March 6, 2017

Umrah 2017 - Part 1

Assalammualaikum..

Erm..bersawang sudah blog eda ni.lama x update hehe... awal tahun 2017, agak busy buat persediaan utk menunaikan umrah. Yg entry pasal persediaan utk umrah sblm ni pun eda autopost.. mmg set masa tertentu baru published ๐Ÿ˜

Alhamdulillah. Dah sebulan lebih kami pulang dari menunaikan umrah. Kami pilih tarikh 20-31 januari 2017 melalui agensi andalusia. Kali ni kami cuba agensi lain, nk cuba agen umrah lain pula kata suami. agensi sebelum ini Mubarak travel. Bagi eda, dua2 agensi ni ade kelebihan dan kekurangan. Biasalah, rezeki masing2 sebenarnya. Andai anda jenis cerewet, mmg yg terbaik pun anda akan rasa kekurangannya. Tepuk dada tanya iman ๐Ÿ˜

Rindunya pada haramain.. rindu berada di dalam masjid nabawi dan masjidilharam. Rindu melihat kaabah. Rindu bau2 yg ade di sana. Rindu mendengar alunan bacaan alquran di kedai2 sepanjag perjalanan antara hotel dan masjid. Rindu segala2nya.. mg Allah menjemput kami sekeluarga lagi menjadi tetamuNya di 2 tanah haram ini. Aminn.

ok, baik simpan air mata ni, nanti menangis dlm tiap sujud mg2 ada rezeki lagi menjadi tetamuNya.

Throwback Umrah 2017

20 jan (jumaat)

Ikut perancangan, penerbangan kami jam4 petang. Tapi disebabkan masalah teknikal kapal terbang saudi aiirlines, penerbangan ditunda hingga 22jan. Ujian bagi kami ulang alik klia-hotel 2 kali..

DI lobby hotel transit kami..

kali pertama malam 20jan. Jam 11 mlm gerak ke klia, sampai jam 5 pagi, kene transfer ke hotel balik ๐Ÿ˜‚ time ni mcm ade harapan sbb tunggu dlm balai perlepasan dgn pilot pramugari saudi airline skali. hehe

Dapat la aisyah berjumpa 'atuk' andalusia.

Hotel transit kami sebelah alamanda. Tp mood shopping xde, hati dh ke madinah ๐Ÿ˜ญ

Kali kedua malam 21jan.. jam 10mlm gerak ke klia. masalah di kaunter luar pula. Hingga jam 2 pagi, ade jemaah lain ckp cancel la lagi skali ni.huhuhu.. mmg kene byk bersabar tunggu ddk tepi kaunter semuanya. kesian pada yg sudah berusia. aisyah?? Erm anak dara tu x tido langsung. Eda suami sibuk dok layan die jela main ke sana sini ๐Ÿ˜

Utk elak tantrum aisyah dtg, mama abi kne busykan diri melayan die main

Dh penat jalan, aisyah layan kartun plak

Anak dara solehah yg xmau tido. Jam 2 pagi dh kot syggggg๐Ÿ˜ญ

alhamdulillah lebih kurang nk dekat jam 4 pagi, selesai checkin di kaunter. Mmg berlari kami ke balai perlepasan ๐Ÿ˜‚ kne lalu check point sblm msk perut kapal terbang lagi. Mmg rs lucu bila teringat blk. Lagi2 kami ni kene angkut 4 hand luggage. stroller aisyah lg. Mmg x cukup tgn.hehe...

Ddk sblh mil fil

Jam4 pagi, 22 jan hari isnin, akhirnya kami berlepas. Sebelum ni kami request bassinet, akhirnya aisyah tido atas pangkuan mama die ๐Ÿ˜‚ bassinet dpt, tp malangnya sblh eda nnt lelaki. Mcmne nk susu aisyah ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ jdnya eda ddk aje dgn mil fil.huhu..

'Bassinet' special aisyah. Tangan mama.haha..9jam anak dara tido. Ha... kemain sado tgn mama ๐Ÿ˜‚

Bak kata P.Ramlee..dugaaann..๐Ÿ˜




Thursday, January 19, 2017

Persiapan Umrah 2016

Assalammualaikum..

Dalam keterujaan membuat persediaan, tetap di dlm hati rs risau andai impian tidak berkesampaian. Nyawa di badan ini, belum tentu milik kita esok lusa. 

Persediaan kami utk menunaikan umrah pd jan 2017:

1. Pemilihan pakej dan tempahan.

Alhamdulillah, urusan menempah tiket sudah selesai. Kesian pd en.somi, pening dgn tmp keje yg x abis2 keje menimbun. Nak kene pilih dan cari pula tarikh dan agen yg sesuai. Alhamdulillah. Mg pilihan yg dibuat terbaik bagi kami.amiinn...

Pakej yg dicari adalah umrah direct. memandangkan mil dan fil tidak berapa sihat. Jd xnak transit. inshaAllah, pakej bertarikh 20-31 januari 2017 dipilih. Pakej under Andalusia. Sebelum ni kami pergi dgn Mubarak, ok agensi tuh. Tp nk cuba plak agen travel lain

2. Persediaan diri anak kecil

Memandangkan kali ini pergi dgn aisyah, jd persediaan dia jg amat pentinG. Aisyah umur setahun 5 bln bila januari 2017 nnt. Disember 2016 dia dh completed 2 kali vaksin pneumococcal, so agen kata xperlu la amik vaksin utk ke umrah. 

3. Persedian diri mak bapak budak ๐Ÿ˜

Persediaan kami dr segi dlmn, mngkn masing2 ada cr tersendiri. Perbanyakkan solat sunat taubat, tahajud, hajad. Yela, belum tentu rezeki mnjd tetamu Allah itu betul milik kita selagi kaki belum jejak di sana. Mohon mg2 Allah terima taubat kita, dan permudahkan urusan sebelum, semasa dan selepas menunaikan umrah. InshaAllah amiin..

Persediaan dr segi stamina, kene byk berjalan at least 3km. Hutan Bandar JB jd lokasi kami beriadah sebulan dua sblm berangkat.hehe.. Kene double stamina, almaklum nnt bw anak dara solehah ni. 

4. Persediaan pakaian

Suami ckp nnt beli je jubah kat madinah. Senang dan murah. Masalahnya eda ni jenis ssh nk cari saiz. Kang amik yg besar, terlebih labuh plk. jenuh nk menjahit sana. Jd eda plan, bw jela 5 helai jubah yg kain jenis satin. Cepat kering dan mudah basuh hehe.. unrah dulu eda bw jenis lycra, ssh skit nk keringkan dlm bilik. Selebihnya bw baju tshirt dan kain utk tidu 3 pasang.  
Telekung 2 pasang je sbb eda bw tudung jenis labuh. Tudung tu buat solat pun boleh. Selesa dan senang bentuk kt muka. Sbb ade awning ๐Ÿ˜

Suami plak, kain ihram 2 pasang. Jubah mngkn 3 helai, baju punjab 2 helai, kain pelekat dan tshirt tido. 

Anak?? Erm... rasa kene byk bw extra sbb takut tereksiden. Tp mohon doa byk2 mg nnt anak hanya berak bila di hotel je. time ziarah or umrah die just kucil2 je. Amiin...

5. Persediaan ubat2an

Alhamdulillah, vaksin utk ke umrah sudah kami selesaikan 19nov lepaS. Balik manjung tlg mil fil selesaikan passport gambar visa dan injection. So kami tumpang skali. Aisyah x amik sbb die sudah amik yg vaksin pneumococcal.

Disebabkan ubat kat sana mahal (almaklum nilai duit kita dh merundum) so ubat2an digalakkan bw siap. kene asing dlm ziplock plastic senang nk cari dan susun kn. 

Jadi ubat utk dewasa dan kanak2:
-paracetamol activefast
-soluble
-strepsile
-antibiotik (kne g klinik minta)
-ubat batuk
-eyemoist (hubby slalu sakit mata)
- termometer
-ubat cair kahak bby
-ubat lembut taik bby
-ubat gigitan serangga ๐Ÿ˜‚
-lip balm (utk mulut kering)
-losyen utk tumit kaki

6. Persediaan peralatan aisyah

Memandangkan aisyah ni bkn ade sgt permainan khusus die suke main mcm puzzle or lego, jd eda bw buku dan tab je...
- Busybook die eda dh start buat disember 2016. Semangat buat sbb nk bagi die main nnt
-softbook2 yg lain dh beli sbg tambahan.
-mainan pun mngkn yg patung haiwan kecik2 yg die suke pegang jela ๐Ÿ˜‚

Stroller jenis buggy dh siap beli kt lazada. murah je rm89 harganya. Siap pos rm96.50. senang jenis ni just lipat kecik nnt naik kapal terbang, harap2 dpt la msk kabin huhuhu.. 

Harness dh beli gak. Tp tali die pjg smeter je. so skrg biasa pakaikan time eda solat. risau takut die terjatuh je sbb terikat dgn eda.huhu..

7. Persediaan makanan

Erm....makanan ni, mngkn biskut2 utk aisyah jela kot. utk dlm kapal terbang. Kalau klu masjid blh bw kurma. Tp pape pun, rs mmg nk bw biskut2 dan sikit coklat feberet die. Time tantrum die dtg, blh kasi mkn kejap ๐Ÿ˜

Sunday, November 13, 2016

Passport pertama Aisyah ๐Ÿ˜‚

why Soooo seriouss syg mama ni hehehe...

Siap berkerut kening anak dara mama ni ๐Ÿ˜Š

Alhamdulillah. Pertengahan bulan nov dh setel passport kami 3 beranak. Hubby just renew. Eda nk renew kene g buat report polis sbb passport lama hilang ๐Ÿ˜ญ Padahal malas nk cr kt umah. Entah mana eda letak hehe...

Passport anak solehah ni plak, kene amik gmbr dlu. sebelum amik gambar, pesan kt uncle tuh cpt2 amik gmbr lepas sy bgn. Sbb ank sy malu dgn laki. Kang kalau die dh toleh tmp lain, mmg xdapek nk wat apo la nnt ๐Ÿ˜ Tu pun muka ketat je pandang hehehe.. syg mama ni, sabo jelaaa...

Alhamdulillah. Lepas ni hantar doc sume utk buat visa. Kene awal sbb aritu punya pakej pun dh penuh. nasib baik ade 2 group ๐Ÿ˜. 

Mg Allah permudahkan urusan kami utk buat persediaan. Diberi kesihatan yg baik dan umur yg pjg. Aminn..

Wednesday, February 3, 2016

Umrah bersama baby

InshaAllah hujung tahun ni atau awal tahun dpn suami cadang nk g umrah. suami siap ckp cpt2 wat simpanan, kalau x nnt die g dgn aisyah je.hehehe...

Jadi skrg eda kene byk baca la pengalaman mereka2 yg g buat umrah dgn baby. Kene siap sedia mental dan fizikal (ofkos). Mudah2an Allah permudahkan kami anak beranak mengerjakan umrah bersama dengan kesihatan yg baik.amiin..

Bawah ni info eda dpt dr website sini. tp eda edit skit2 la..


#Pilih tarikh yang sesuai

Seeloknya, pergi masa musim tak terlampau sejuk atau panas. Dalam bulan November – Februari. Ye lah, bawak anak-anak kecik ni, memang nak tak nak, kita akan fikir pasal keselesaan diorang je. 

Bab aisyah ni, rasanya kene g time sejuk sbb anak dara ni xtahan panas skit berpeluh sakan. Dlu g hjg bln feb. Waktu tuh dh nk msk musim panas. Kt madinah still sejuk. Cume mekah je panas skit. Jd kali ni ckp kt hubby g la bln 1 or 12. Sejuk skit.hehe

#Tetapkan seating dalam kapal terbang

Kalau boleh, plan dan booked siap-siap tempat duduk kita anak-beranak dalam kapal terbang. Bukan apa, kite dengan anak kecik ni, kalau boleh nak dapat tempat yang paling selesa untuk menguruskan mereka dan tak mengganggu penumpang lain. Kalau bawak anak berusia kurang 2 tahun, boleh request baby bassinet. Selesa sikit lah kite tak kebas dok memangku anak tidur berjam-jam. Penerbangan dari Malaysia, takde masalah sangat, sebab flight biasanya diuruskan oleh pihak Malaysia. Sedikit masalah bila perjalanan pulang, kalau diuruskan oleh pihak penerbangan luar. Kadang-kadang diorang selamba buat pesen ‘free seat’. 

Haa... pasal seat ni mmg kalau ikut pengalaman kami 1st g umrah, seat dh ade no tp sume penumpang pakai suka ati je ddk. Tp ni flight Dhaka la, ramai bangla nk balik kg dh mcm apa je bersepah2 ddk.haru biru tol.huhu... 

#Rancang Perjalanan / Itinerary

Dapatkan siap-siap jadual perjalanan daripada travel agency. Boleh buat kajian awal / research pasal tempat yang bakal kita lawati tu sama ada sesuai atau tidak untuk bawak anak-anak kecik. Kalau rasa macam tak sesuai, dah boleh keluarkan daripada list. Kalau boleh, ambik pakej yang jarak hotel tak berapa jauh dengan masjid. Mudah kite nak berulang-alik. Dah nama pun bawak anak kecik, bukan boleh beriktikaf lama-lama sangat dalam masjid. 

Setakat yg dlu kalau g ziarah di madinah mekah, tempat yg dilawati masih ok kalau bw bby. Kecuali yg xpdc naik bukit tsur tuh mmg pilihan, kami je yg minta mutawwif aturkan naikkan ke atas. Ramai pun x g termasuk Mak ayah mertua. Mana la nk larat panjat. Eda pun sepanjang panjat batu2 tuh asyik rs nyesal je nk ikut.hehehe...

#Beribadah dengan anak kecik

Ini kene banyak menuntut dengan ustaz ustazah. Kene khatam betul2 berkaitan solat dgn baby ni. Dulu ade buku berkaitan solat sambil dukung anaK. Lepas tu timbul isu plak buku tuh salah. Huhu.. Pape pun ade terbaca kalau bby pakai pampers ni die menampung najis, x boleh bawa solat. Kalau solat tuh mungkin eda rs x de masalah blh letak tepi. Masalah utama nk tawaf Dan saie. Kene khatam betul2 bab ni dgn ustaz sblm g. Boleh aje gilir2 dgn hubby klu nk tawaf or saie. Buat perlahan2 bukan nak kejar apa pun kannn ^_^…

Di madinah rasa x de masalah sbb perempuan kalau waktu ramai pengunjung mmg solat kat luar pun.aisyah still blh ddk dlm stroller. Kalau dalam pun ok je. Dh dibiasakan kat umah ni kalau eda solat, baringkan Aisyah kt sebelah supaya die terbiasa tgk eda solat.


#Aktiviti untuk anak

Di samping sibuk berkejar nak dapatkan pahala berjemaah dan beribadah di masjid, jangan lupa tentang aktiviti yang sesuai untuk anak-anak sepanjang kat sana. Aisyah ni kecik lagi, so klu g ziarah tuh die mesti suke je naik bas g sane sini kn. kasi die penat pastu nnt time solat die blh tido. 


#Gadjet, permainan dan makanan kegemaran

Bab ni adalah optional. Sebab ada parents tak dedahkan langsung anak-anak dengan gadjet atau permainan. Jadi, terpulang lah ikut keperluan dan kegemaran anak masing-masing.  Aisyah ni nnt dh start makan kalau g umrah. So kene fikir macam mana nk sediakan makanan die kat sana. Susu tuh harap2 time tuh masih fully breastfeed la aisyah ni. Aamiin.. kene sentiasa positif fikir susu badan sentiasa cukup utk aisyah. Huhu.. permainan plak setakat ni die suke dgr lagu didi&friends dlm hs jela. Lepas ni sblm g hubby kene gigih la sumbat segala lagu kartun dlm hs gini. hehe.. penting tuh nk bagi die x meragam sgt.


#Bekalan ubat-ubatan dan vaksin

Sebelum bertolak, mmg kene cek kot dgn doc aisyah betul2 sihat utk travel jauh. Selain tu, dapatkan nasihat dan bekalan ubat-ubatan biasa untuk diri sendiri dan anak-anak. Ubat-ubatan kat Mekah dan Madinah sangat mahal! Bawak jugak aid kit yang lain macam face mask, vicks, kool fever, minyak gamat, handyplast, thermometer dan sapu tangan kecik buat stand by untuk tuam badan kalau anak demam. Untuk travel injection pulak (vaksin Meningococcal) , memandangkan Aisyah bawah 2 tahun, dan ambil vaksin pneumococcal, so dapat exception. eda dan hubby sblm ni g dh amik vaks ni. Kene amik lg ke eh??? Hehe..



Pack segala jenis ubat dalam ziplock ikut kategori supaya senang nak carik dalam luggage nanti.

#Baby travel, out & about necessities

Tengah fikir kalau travel yg mana sattu perlu bawak. Stroller or carrier. Sebabnye stroller aisyah ni mmg gedabak besar skit. Takut la plak dlm kapal terbang kang die x bagi bawa masuk kabin. Kene letak kat cargo. Parah plak kalau campak2 patah riuk.hehe...carrier ok skit tp masalah nye sakit blakang kami hehe..

Child safety harness. Erm.. berbaloi ke beli. Rasa aisyah bkn blh jln pun lg kn.hehe..tgk keadaan nnt.

#Usaha, doa & tawakkal

The ultimate tips, sudah tentunya berserah kepada Allah. Kita dah usaha, sediakan kelengkapan dan macam-macam persediaan untuk keselesaan anak-anak, selebihnya, kita berdoa, mohon dipermudahkan segala urusan. Fikir dan bayangkan yang baik-baik je. Sentiasa bertolak-ansur dan bekerjasama dengan pasangan dalam menguruskan anak-anak. Optimis, optimis, optimis. Kalau kita beriya buat itu ini, prepare bagai nak rak pun, tapi kalau Tuhan nak izinkan sesuatu berlaku, maka jadilah ia. Kun Fayakun.

Sentiasa berdoa diberikan kesihatan dan keselamatan anak-anak.

Doa juga untuk kesihatan dan kesabaran tinggi untuk menjaga anak-anak di sana nanti.

^_^…

Umrah 2012. Hanya Allah shj yg tau rindu dlm hati kami. Tiap tahun mesti tanya hubby bile blh pegi lagi.huhu.. 


Tuesday, March 20, 2012

Lembaian Kaabah - XPDC Tawan Gua Tsur


Assalamualaikum.. 
Apa khabar sahabat semua.. ^_^ Lama benar rasanya eda tidak update blog ni. hehe... Kali ini seperti yg telah eda planned, terasa nak coret2 sikit pengalaman eda & hubby ketika xpdc menawan Gua Tsur... Bagi sahabat yg tidak berapa ingat sejarah Gua Tsur bolehlah klik di sini.. 

Banyak peristiwa2 yang sangat terkesan jika sahabat membaca kisah Gua Tsur. Mungkin sebab itulah, mutawwif kami sedaya upaya mencari masa untuk membawa kami ke tempat bersejarah ini. Moga kisah ini bukan sahaja terkesan dari apa yg didengar, malah lebih membawa kepada keinsafan kpd kami apabila melalui pengalaman sepanjang xpdc ini..InsyaAllah..

                                         Buat keja smtara tggu van                   Muka gumbira nk jln2 ^_^

Seperti biasa, seusai solat subuh kami akan terus ke cafe untuk sarapan. Dalam jam 7.30am, jemaah2 yg ingin turut serta akan menunggu di ruang lobi.. Takde la ramai mane yg turut serta..Dalam 2 van shj.. Itupun campur dengan jemaah kumpulan lain, yg sampai Mekah lewat sikit dari kami.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40min untuk sampai ke Jabal Tsur. 



  
Mengikut apa yg diberitahu oleh mutawwif, pendakian mungkin amik masa dalam sejam la kalau tak berenti.Hehe..eda kompem kene berenti byk kali kan.xpenah2 daki bukit tetibe nk daki..Hati time mula2 nk daki mmg x yakin sepenuhnya..Takuttt bile tgk tinggi benor nk dakinye..^_^

Sebenarnya, ada cara nak daki bukit tinggi ni.. Untuk elak cepat, cuba pijak batu yang tidak terlalu tinggi supaya kurang tenaga yg digunakan..Nafas pun jgn tarik cepat sgt..kene control sikit pernafasan.. Tapi yela, senang nk cakap tapi ssh nk praktikkan..huhu.. Eda mmg  pancit awal nk daki ni.. Belum sampai 1/4, eda dah give up.. Eda minta hubby pergi dulu, mana tau eda x larat blh tggu kat situ..Hubby blh join yg lain.. Tapi yg buat eda kagum, pas eda suh pergi dlu, hubby terus menyusup naik dgn laju, tggl jemaah lain..Fuhhhh....kagum2... ^_^  

                                          Ni baru 1/4 pdakian..         Hubby dan permandangan


Untuk sampai ke pertengahan pendakian, iaitu tempat perhentian / R&R ^_^ amik masa lebih kurang 45 min. Simple je R&R nye seperti pondok di kebun tapi ada jual air dan makanan la..Tempatnya berangin habis dan nyaman..Boleh nampak menara jam Mekah..SubhanaAllah..(maaf xde gambar sbb kamera pd hubby) Setelah berehat dalam 15min, eda teruskan pendakian.. Allah..Memang kene nekadkan ati untuk daki bukit ni..Sangat mengah..Seriously!!!...huhu..Tiap kali rasa putus asa, cepat2 eda ingatkan diri zaman Rasulullah SAW, asma yg sedang mengandung pun boleh ulang alik bawa makanan, ni kan pula den u_u...menginsafkan betui...

Lebih kurang sejam lebih pendakian, hubby eda turun balik utk teman eda naik atas. Siap bawa air..hehe..tersentuh juga ati bila hubby penuh sabar daki ngn eda..jalan 2 3 langkah, berhenti jap..mekasih syg

 Rehat dlm pjalanan..     

Setelah sejam setengah, akhirnya kami sampai puncak..Hanya Allah yg tahu perasaan ketika itu.. Rasa macam nak sujud syukur aje..huhu..Memandangkan eda yg antara org terakhir sampai, jadi xblh nk rehat2 sgt. Cepat2 masuk ke Gua tsur dan solat sunat di dalamnya.. Sambil duduk melihat sekeliling, eda cuba menghayati kembali sejarah kasih seorang teman kepada kekasih Allah..Setianya Abu bakar hingga menitiskan air mata kerana menahan kesakitan dipatuk ular. Allah..beruntungnya beliau kerana dapat menemani Rasulullah SAW ketika susah dan senang..

                                            Dimuka pintu Jabal Tsur          Pelawat bersolat sunat di dalamnya

Ok.. selesai sudah xpdc kami... nak turun tuh cepat aje..dalam 40min dah sampai bawah. Tu dia unta Jabal Tsur sebagai kenangan ^_^









     






Saturday, March 17, 2012

Lembaian Kaabah - Ziarah Tempat Bersejarah di Mekah

Sabtu, 3 Mac 2012

Masuk hari ke 3 di Mekah, Alhamdulillah. Hari ini kami akan dibawa menziarahi beberapa kawasan bersejarah di Mekah. Pagi sebelum bergerak ke Masjid, kami diminta mandi sunat ihram terlebih dahulu, kerana dalam perjalanan nanti akan berhenti di Masjid Jaranah (bagi yg ingin membuat umrah). Kaum lelaki boleh la membawa kain ihram di dalam beg, kalau terus pakai nanti susah plak nk menziarahi sana sini..hehe

Selepas bersarapan, kami mula menaiki bas jam 0730 untuk menuju tempat pertama iaitu Jabal Tsur. Bas hanya berhenti dijarak jauh dari Jabal Tsur dan kami hanya dapat mengambil gmbr dari jarak itu sahaja. Mungkin dgn cara begini, baru dapat mengambil gmbr keseluruhan Jabal Tsur kot ^_^ 
Hehe..Kami msk mllui pagar blubang >_<
Mula2 bergambar diluar tembok..



















Ketika kami berada di sini, mutawwif ada mencadangkan jika ada yg berminat utk mebuat xpdc menawan jabal tsur, boleh la bagi nama. Alhamdulillah.... Eda dan hubby sememangnya berminatlah utk ikut serta. Almaklumlah, dari jauh datang.hehe... Kami diberitahu untuk mendaki hingga ke puncak mengambil masa kira2 2 jam perjalanan pergi sahaja. Haa.....nak tahu pengalaman sebenar eda dan hubby mendaki Jabal Tsur boleh la klick di sini. InsyaAllah satu pengalaman yg sangat bermakna dan penuh keinsafan..

Jabal Tsur. Dipuncak atas kiri di mana gua Rasulullah SAW dan Abu Bakar
sembunyi ketika peristiwa penghijrahan ke Madinah
Seterusnya kami ke Jabal Rahmah. Di sini mtawwif dah berpesan awal2 kalau boleh nak amik gmbr dgn unta hiasan biar jauh2 skit. Sbb nnt dia mesti minta bayaran. Paling teruk kalau lepas tuh die paksa naik atas unta tuh... Kalau dah naik mmg parah la... Cas mula mungkin 10riyal, ke kanan sikit 10 riyal, ke kiri sikit 10 riyal...Alamatnya beriyal2 jugak abis nnt..hehe.. Tapi dah bagi ingatan pun tetap terjadi kat seorg makcik jemaah kami juga.kesian die...
Amik gmbr  jauh2 dr unta hiasan..>_<
Ok...Di sini Eda rs mcm kami je couple yg paling x sabar nk daki. Bas berhenti je kami terus melompat turun bas.hehe...eda & hubby masing2 bkn shj utk diri sendiri malah dgn amanah org utk berdoa di sini. Kami tidak naik ke puncak melalui tangga, krn byk sgt manusia sejagat. Jadi kami melalui lereng2 bukit yg agak landai....Ganas jugak panjat bukit dgn berbaju kurung. Tambahan pula angin kuat, kene jaga tudung dan kain baik.. Selit kuat2.hehe

Mendaki ke puncak melalui lereng bukit.
Permandangan keseluruhan Jabal Rahmah




Alhamdulillah ketika sampai ke puncak Jabal Rahmah kelihatan ramai jemaah bersolat sunat dan juga berdoa di sini. Tak kurang hebatnya ada yg berniaga ditepi2 tombol tersebut..kami tanpa berlengah masa terus berdoa di sini. Berdoa moga dengan keberkatan tempat penyatuan adam dan hawa, agar rumahtangga kami dan adik beradik, rakan2 kami juga mendapat keberkatan dan perlindungan Allah SWT dari segala gangguan syaitan, hasad dengki manusia, penyakit dan bencana. Juga memberi calon pasangan yg soleh solehah bagi keluarga dan sahabat kami yg masih belum berumahtangga...Rasa syahdu ketika itu, kerana membayangkan bagaimana pertemuan kembali Adam Hawa setelah terpisah ketika di turunkan di Bumi. 

Alhamdulilah selamat sampai




Ni gambar nk turun. Gayat juga ^_^



















Ada satu peristimewa agak kelakar berlaku ketika kami berada di atas puncak Jabal Rahmah,  dimana selepas kami selesai berdoa tetiba ada seorg hamba Allah dtg menghampiri kami dan menyuruh kami bersama2 berdoa dgnnya. Yg peliknya kami ikut serta doa yg dibaca oleh beliau. Doa harian biasa untuk kejahteraan diri dan keluarga. Bila sudah abis tetiba die minta kami utk beri sedikit sdekah. Ya Allah, mcm mana pula tak terlintas di hati kami selalu kegiatan2 mcm ni msti akan mita upah. Tapi mujurlah ketika itu kami tidak membawa duit.hehe.. Akhirnya dia pergi. Kesian juga tapi nak buat mcm mane.......Tiada rezeki..

Seterusnya kami dibawa ke Masjid Jaranah untuk bermiqat. Dalam perjalanan tersebut, kami  sempat melalui Mina Muzdalifa dan tempat untuk melontar jumrah.. Tapi sayang ketika ni eda terlupa nak amik gmbar. Terleka plak ketika melalui tempat ni.huhu.... Ada suatu tempat di mana terdapat bukit yang agak sederhana tinggi, mengikut apa yg dikatakan mutawif tersebut, jika api keluar dari batu tersebut maka itu menandakan dajal akan muncul di muka bumi. Wallahualam...Eda sgt berharap dapat tahu apa nama bukit tersebut. Lupa nak catit..u_u 

Masjid Jaranah
My mil selepas bersolat dan berniat di Masjid Jaranah





Alhamdulillah selesai bermiqat di Masjid Jaranah. Kami terus menuju ke MasjidilHaram. Jam ketika itu sekitar jam 1130.. Kali ini kami akan melakukan umrah bersama my mil. Waktu2 begini cuaca agak terik kerana menghampiri waktu tengah hari. Azan Zohor di sini sekitar jam 12300.. InsyaAllah cukup rasanya untuk menghabiskan tawaf sahaja. Saie akan dibuat setelah solat Zohor kerana kebiasaan masuk jam 1200 tempat wanita utk bersolat pasti penuh. Kaum wanita hanya dibenarkan bersolat di dalam masjid, kawasan yg telah dipagari dengan rak AlQuran. Ada suatu ketika tuh, eda dan hubby baru selesai membuat tawaf umrah dan ingin bersolat sunat di belakang Makan Ibrahim, tapi pengawal di situ telah menghalau eda dgn panggilan "ibu..ibu....kebelakang ibu" ..hehe comel x?? Di kawasan Makan Ibrahim, tempat wanita adalah di kawasan berpagar air zamzam (suatu ketika dulu..sekarang dah tutup)..

Begini mereka membersihkan kawasan tawaf. Sgt effisien!!
My mil bersaie di dalam kawasan khas.
 Klik untuk mengikuti pengalaman kami yang selanjutnye











Friday, March 16, 2012

Lembaian Kaabah - Solat Jumaat Pertamaku ^_^

Jumaat, 2 Mac 2012

SelamatPagi Mekah..!!! Alhamdulillah subuh ini terasa sangat indah. Macam biasa rutin harian kami, bergerak ke MasjidilHaram sebelum subuh.. Semestinya suasana tidak seperti di Malaysia, di sini kelihatan semua orang berpusu2 menuju ke Masjid. SubhanaAllah...sgt seronok bila melihatnya... Kebiasaan selepas subuh, eda dan hubby akan melakukan tawaf sunat sebelum pulang. Kerana selepas tawaf, kami dapat bersolat sunat di belakang Makam Ibrahim dgn tenang skit krn agak lengang ketika itu. Kami akan berjanji menunggu di lampu hijau di mana merupakan tanda garisan Hajar Aswat, untuk memulakan tawaf.. 

Nak tahu satu rahsia...Bagi eda, perasaan ketika menunggu di situ mmg sangat Terasa comel je, eda tunggu di anak tangga agar tinggi sedikit dan hubby pasti menunggu di bawah. Bila nampak aje, kami terus melambai2 dan berjumpa.. Sangat terkesan rs dlm hati setiap kali berjumpa mcm tuh..Entah la..Pelik kn tp benar...Bercinta dalam rumahtangga mmg indah ^_^


Saie pada waktu selepas subuh. Ramai..!!
Pintu Al Fath, jemaah pulang slps subuh


Hari ini kami akan bermiqat di Tana'im. Miqat yg paling dekat dengan MasjidilHaram. Lebih kurang 3km.. Alhamdulillah umrah kali ke2 berjalan dengan lancar.Eda dan hubby bersama2 melakukan tawaf, saie dan tahalul..My mil melakukan umrah bersama my fil..Hari ini adalah hari jumaat, jadi akan ada solat jumaat. Kali pertama eda buat solat jumaat ni.hehe... Alhamdulillah, walaupun x faham khutbah dalam bahasa arab, tapi tetap kne dgr dgn kusyuk ^_^.. Oh ye, sementara menunggu masuk waktu tuh ada jemaah dari turki beri eda air ni..xpasti la air apa, tapi mmg sedap.. rasa macam kurma dan pudina..ermmmmm....

Ini la airnye...sgt sedap dan berangin ^_^

Bermiqat di Tana'im

Dalam perjalanan pulang ke hotel, ada satu kawasan lapang di mana terdapat banyak burung2 merpati di situ.. Sgt comel..!! Sebelum ini kami selalu je dok lalu tengah2 mereka sebab suke tgk dorg terbang.. Tapi lepas mutawwif kami kate, Kalau di Malaysia kebiasaan kita akan halau mereka tapi di sini kita kene sebaik2nya elakkan dari ganggu mereka.hehehe....Takuttt dah....

Pelbagai gaye nak bagi mereka terbang ^_^
Hehe....suke je tgk dorg terbang..






Di sebelah malam selepas solat maghrib, eda dan hubby akan lakukan tawaf sunat sebelum Isyak. Selepas isyak baru kami pulang. Malam ini kami cuba membeli roti arab dalam perjalanan pulang ke hotel.. Kedai ni sentiasa penuh di waktu selepas subuh dan isyak, jadi kami pun try la jugak beli.hehehehe...


Beratur utk membeli
Roti dibakar dgn melekatkan ke dinding batu
tersebut..hehe

Kami membeli 3 keping, tapi hanya satu je dapat habis. Eda sanggup turun pergi amik lauk daging lebih di pantry untuk cicah ngn roti ni. Tapi x sempat nk cicah sebab daging dh dihabiskan oleh mereka2 yg lain dlm bilik..huhu sabor jela.... Alamatnye mmg eda xsentuh roti tuh langsung.. Majuk la kiranya.hahahahaha...........Esoknya terus keras jadi macam batu.. berbunyi kot time kepak roti tuh..hehehe...Moral of the story, kalau nk beli kne cepat2 mkn sbb ia hanya sedap di makan time panas je..




Klik untuk mengikuti pengalaman kami yang selanjutnye