Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Thursday, January 19, 2017

Persiapan Umrah 2016

Assalammualaikum..

Dalam keterujaan membuat persediaan, tetap di dlm hati rs risau andai impian tidak berkesampaian. Nyawa di badan ini, belum tentu milik kita esok lusa. 

Persediaan kami utk menunaikan umrah pd jan 2017:

1. Pemilihan pakej dan tempahan.

Alhamdulillah, urusan menempah tiket sudah selesai. Kesian pd en.somi, pening dgn tmp keje yg x abis2 keje menimbun. Nak kene pilih dan cari pula tarikh dan agen yg sesuai. Alhamdulillah. Mg pilihan yg dibuat terbaik bagi kami.amiinn...

Pakej yg dicari adalah umrah direct. memandangkan mil dan fil tidak berapa sihat. Jd xnak transit. inshaAllah, pakej bertarikh 20-31 januari 2017 dipilih. Pakej under Andalusia. Sebelum ni kami pergi dgn Mubarak, ok agensi tuh. Tp nk cuba plak agen travel lain

2. Persediaan diri anak kecil

Memandangkan kali ini pergi dgn aisyah, jd persediaan dia jg amat pentinG. Aisyah umur setahun 5 bln bila januari 2017 nnt. Disember 2016 dia dh completed 2 kali vaksin pneumococcal, so agen kata xperlu la amik vaksin utk ke umrah. 

3. Persedian diri mak bapak budak 😁

Persediaan kami dr segi dlmn, mngkn masing2 ada cr tersendiri. Perbanyakkan solat sunat taubat, tahajud, hajad. Yela, belum tentu rezeki mnjd tetamu Allah itu betul milik kita selagi kaki belum jejak di sana. Mohon mg2 Allah terima taubat kita, dan permudahkan urusan sebelum, semasa dan selepas menunaikan umrah. InshaAllah amiin..

Persediaan dr segi stamina, kene byk berjalan at least 3km. Hutan Bandar JB jd lokasi kami beriadah sebulan dua sblm berangkat.hehe.. Kene double stamina, almaklum nnt bw anak dara solehah ni. 

4. Persediaan pakaian

Suami ckp nnt beli je jubah kat madinah. Senang dan murah. Masalahnya eda ni jenis ssh nk cari saiz. Kang amik yg besar, terlebih labuh plk. jenuh nk menjahit sana. Jd eda plan, bw jela 5 helai jubah yg kain jenis satin. Cepat kering dan mudah basuh hehe.. unrah dulu eda bw jenis lycra, ssh skit nk keringkan dlm bilik. Selebihnya bw baju tshirt dan kain utk tidu 3 pasang.  
Telekung 2 pasang je sbb eda bw tudung jenis labuh. Tudung tu buat solat pun boleh. Selesa dan senang bentuk kt muka. Sbb ade awning 😍

Suami plak, kain ihram 2 pasang. Jubah mngkn 3 helai, baju punjab 2 helai, kain pelekat dan tshirt tido. 

Anak?? Erm... rasa kene byk bw extra sbb takut tereksiden. Tp mohon doa byk2 mg nnt anak hanya berak bila di hotel je. time ziarah or umrah die just kucil2 je. Amiin...

5. Persediaan ubat2an

Alhamdulillah, vaksin utk ke umrah sudah kami selesaikan 19nov lepaS. Balik manjung tlg mil fil selesaikan passport gambar visa dan injection. So kami tumpang skali. Aisyah x amik sbb die sudah amik yg vaksin pneumococcal.

Disebabkan ubat kat sana mahal (almaklum nilai duit kita dh merundum) so ubat2an digalakkan bw siap. kene asing dlm ziplock plastic senang nk cari dan susun kn. 

Jadi ubat utk dewasa dan kanak2:
-paracetamol activefast
-soluble
-strepsile
-antibiotik (kne g klinik minta)
-ubat batuk
-eyemoist (hubby slalu sakit mata)
- termometer
-ubat cair kahak bby
-ubat lembut taik bby
-ubat gigitan serangga 😂
-lip balm (utk mulut kering)
-losyen utk tumit kaki

6. Persediaan peralatan aisyah

Memandangkan aisyah ni bkn ade sgt permainan khusus die suke main mcm puzzle or lego, jd eda bw buku dan tab je...
- Busybook die eda dh start buat disember 2016. Semangat buat sbb nk bagi die main nnt
-softbook2 yg lain dh beli sbg tambahan.
-mainan pun mngkn yg patung haiwan kecik2 yg die suke pegang jela 😂

Stroller jenis buggy dh siap beli kt lazada. murah je rm89 harganya. Siap pos rm96.50. senang jenis ni just lipat kecik nnt naik kapal terbang, harap2 dpt la msk kabin huhuhu.. 

Harness dh beli gak. Tp tali die pjg smeter je. so skrg biasa pakaikan time eda solat. risau takut die terjatuh je sbb terikat dgn eda.huhu..

7. Persediaan makanan

Erm....makanan ni, mngkn biskut2 utk aisyah jela kot. utk dlm kapal terbang. Kalau klu masjid blh bw kurma. Tp pape pun, rs mmg nk bw biskut2 dan sikit coklat feberet die. Time tantrum die dtg, blh kasi mkn kejap 😁

0 comments:

Post a Comment