Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Thursday, March 9, 2017

Umrah 2017 - Part 4

24 jan 2017
Hari ke 3 Madinah

Tiba sudah hari 3 kami di bumi Madinah. Hati terasa sayu sgt. Bertambah sedih smlm x sempat nk berqiamulail di Masjid Nabawi. Tak sedarpun hubby ajak g masjid. Tula, basuh baju sampai lewat sgt. Sedih sgt rs hati...

Esok pagi lepas subuh terus pegi sarapan dan letak beg di lobi. Beg kene bw turun awal2 sbb pekerja nak naik kan ke bas siap2. Lepas zohor, buat ziarah wada' dan terus gerak ke Mekah.

Zohor terakhir kami di Madinah ni, eda dan mil buat asing2. Mil dan fil lepas letak beg terus ke Masjid Nabawi. Eda hubby lambat skit sbb kami nk kemas beg lagi. Lagipun mil dan fil nak jalan ke kubah hijau utk ziarah wada lepas zohor. Tu yg mereka pergi awal.. Kami lepas zohor baru gerak ke  kubah hijau buat ziarah wada.

Ziarah Wada Rasulullah saw

Ade satu insiden, mil eda x sempat nak lunch. Yela waktu mmg padat sgt. Mane la yg berusia ni.larat nk berkejar sana sini. Eda senang je.. Terus ke dapur hotel minta bekas yg blh letak mknn. Tapawe mmg bw tp dh naik bas. Cmne plk nk punggah blk.. Huhu.. Mmg berpeluh la eda lari naik hotel blk, g tapau mknn, terus bw naik bas. Xkisah la peluh2 janji mil dpt mkn.. Nnt x mkn masuk angin ke sakit kepala ke.. Perjalanan 5 jam tau.huhu.. Alhamdulillah.. Ujian utk kami..

Kami akan singgah di Bir Ali utk bermiqat. Masa tahun 2012, pokok2 kurma di kawasan masjid ni kecil lg. Tahun ni pergi subhanaAllah.. Cantik sgt dlm perkarangan masjid. Penuh dgn pokok kurma. Mcm taman pun ade 😍

Ade gmbr pokok2 kurma dlm perkarangan masjid Bir Ali. Nnt update..

Selesai.bermiqat, kami meneruskan perjalanan ke Mekah. Dijangka tiba jam 10 mlm. Sebelum tu sempat singgah di kedai makan nasi dulang. Di sini ade satu insiden yg sgt menguji eda dan suami. Astaghfirullah..eda pun xtau knp waktu tu eda rs down sgt. Mgkn sbb byk bende nk kne jg dan tengokkan. Stress kot. mg Allah ampunkn kami..

Brrhenti makan sebelum sampai Mekah

Tiba di Masjidilharam, mutawwif bagi masa sejam utk siap2 dan berkemas. Kami disebabkan ade 4 org dewasa, jd eda minta mil dan fil ke bilik dlu kalau hendak ke tandas dan sebagainya. Beg2 eda dan hubby akan bw atas. Tp yela, dh kata org berusia. Dorg nk berehat dlu dan sebagainya. Jd eda xsempat la nk bersihkan najis aisyah. Just tukar pempers.. 

Selepas bersiap2 mutawwif terus bawa kami ke masjidilharam. Ya Allah.. Hati eda berdebar2 untuk melalui umrah kami kali ni. Mngkn mengenangkan Aisyah, hati terus jd gu dah gulana. Tp mmg betul la kan di tanah haram ni, apa yg lintas di hati kita Allah terus makbulkan.huhu.. Masa utk memulakan tawaf, aisyah xdpt turut serta sebab najis tidak dicaci. ALLAH.. tak terlintas hati eda masa tukar pempers die. Mngkn sbb dh lewat tunggu gilira. Msk tandas, jd blur. Jd eda dan aisyah tggu di tepi sementara hubbu bw mil fil bertawaf. Bila mrk selesai baru eda tawaf sorg.. Mil x yakin nk jg aisyah sorg kalau hubby tmn eda.  Eda ok je.. Alhamdulillah.. Selesai..

Utk saie,.kami x ikut serta mutawwif sbb mrk dh buat sejurus selesai tawaf.. Sedangkan kami kne buat bergilir2.. Di saie ni sbnrnye mil dan fil dah buat dlu. Mereka grk ke tmp saie dlu.. Hubby terpaksa ke tandas hehe.. Eda bersyukur sebenarnya sbb ni kali2 umrah kami. Jadi sedikit sebanyak tau bila nak angkat tangan, bagaimana nk mengadap kaabah bila nak niat saie dan sebut 'Bismillahi, Allahuakhbar3x..' Tak sama ye baca dan hafal dgn praktiskan. Nak mengadap kaabah pun kalau jemaah xpenah buat saie sblm ni mesti konpius. Mngkn blh ikut jemaah lain ngadap mana, tp pasti ade sedikit was2 dlm hati kn. Sedangkan kami ni pun mcm agak.konpius sbb bangunan dah byk berubah bentuk. Hampir 100% x sama.. Kalau dlu masih nampak lagi Kaabah kalau dari Bukit Safa. Ni mmg totally xnampak.. Kalau dr kawasan tawaf nak ke saie pun, mngkn akan sesat kalau xde lampu hijau 😂 

Alhamdulillah saie utk 2 pusingan pertama, eda buat dgn hubby.. Kali ke3, eda minta hubby sewa wheelchair utk mil. Jd hilanglah hubby dr pandangan hingga selesai saie sbb cari mil.hehe.. Eda saie slow2 dgn Aisyah.. Ade masa bg die jalan sendiri. Alhamdulillah selesai saie terus jumpa hubby. Kami terus pulang ke hotel. 

Esoknya tiada ziarah. Waktu bebas jadi jemaah boleh ke masjidilharam sendiri.

Eda? Allah bagi cuti terus. Tp eda rs bkn period, tp sbb dukung Aisyah lama sgt masa saie. Dgn naik turun bukit safa marwah. Sepanjang saie memang rs sakit sgt bahagian rahim. Jadinya terturun skit darah. Utk hari ke 2 di Mekah, eda just ddk di hotel shj. Layan Aisyah.. Nk bw keluar takut plk somi xde..hehe


Umrah 2017 - part 3




0 comments:

Post a Comment