Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Wednesday, February 3, 2016

Umrah bersama baby

InshaAllah hujung tahun ni atau awal tahun dpn suami cadang nk g umrah. suami siap ckp cpt2 wat simpanan, kalau x nnt die g dgn aisyah je.hehehe...

Jadi skrg eda kene byk baca la pengalaman mereka2 yg g buat umrah dgn baby. Kene siap sedia mental dan fizikal (ofkos). Mudah2an Allah permudahkan kami anak beranak mengerjakan umrah bersama dengan kesihatan yg baik.amiin..

Bawah ni info eda dpt dr website sini. tp eda edit skit2 la..


#Pilih tarikh yang sesuai

Seeloknya, pergi masa musim tak terlampau sejuk atau panas. Dalam bulan November – Februari. Ye lah, bawak anak-anak kecik ni, memang nak tak nak, kita akan fikir pasal keselesaan diorang je. 

Bab aisyah ni, rasanya kene g time sejuk sbb anak dara ni xtahan panas skit berpeluh sakan. Dlu g hjg bln feb. Waktu tuh dh nk msk musim panas. Kt madinah still sejuk. Cume mekah je panas skit. Jd kali ni ckp kt hubby g la bln 1 or 12. Sejuk skit.hehe

#Tetapkan seating dalam kapal terbang

Kalau boleh, plan dan booked siap-siap tempat duduk kita anak-beranak dalam kapal terbang. Bukan apa, kite dengan anak kecik ni, kalau boleh nak dapat tempat yang paling selesa untuk menguruskan mereka dan tak mengganggu penumpang lain. Kalau bawak anak berusia kurang 2 tahun, boleh request baby bassinet. Selesa sikit lah kite tak kebas dok memangku anak tidur berjam-jam. Penerbangan dari Malaysia, takde masalah sangat, sebab flight biasanya diuruskan oleh pihak Malaysia. Sedikit masalah bila perjalanan pulang, kalau diuruskan oleh pihak penerbangan luar. Kadang-kadang diorang selamba buat pesen ‘free seat’. 

Haa... pasal seat ni mmg kalau ikut pengalaman kami 1st g umrah, seat dh ade no tp sume penumpang pakai suka ati je ddk. Tp ni flight Dhaka la, ramai bangla nk balik kg dh mcm apa je bersepah2 ddk.haru biru tol.huhu... 

#Rancang Perjalanan / Itinerary

Dapatkan siap-siap jadual perjalanan daripada travel agency. Boleh buat kajian awal / research pasal tempat yang bakal kita lawati tu sama ada sesuai atau tidak untuk bawak anak-anak kecik. Kalau rasa macam tak sesuai, dah boleh keluarkan daripada list. Kalau boleh, ambik pakej yang jarak hotel tak berapa jauh dengan masjid. Mudah kite nak berulang-alik. Dah nama pun bawak anak kecik, bukan boleh beriktikaf lama-lama sangat dalam masjid. 

Setakat yg dlu kalau g ziarah di madinah mekah, tempat yg dilawati masih ok kalau bw bby. Kecuali yg xpdc naik bukit tsur tuh mmg pilihan, kami je yg minta mutawwif aturkan naikkan ke atas. Ramai pun x g termasuk Mak ayah mertua. Mana la nk larat panjat. Eda pun sepanjang panjat batu2 tuh asyik rs nyesal je nk ikut.hehehe...

#Beribadah dengan anak kecik

Ini kene banyak menuntut dengan ustaz ustazah. Kene khatam betul2 berkaitan solat dgn baby ni. Dulu ade buku berkaitan solat sambil dukung anaK. Lepas tu timbul isu plak buku tuh salah. Huhu.. Pape pun ade terbaca kalau bby pakai pampers ni die menampung najis, x boleh bawa solat. Kalau solat tuh mungkin eda rs x de masalah blh letak tepi. Masalah utama nk tawaf Dan saie. Kene khatam betul2 bab ni dgn ustaz sblm g. Boleh aje gilir2 dgn hubby klu nk tawaf or saie. Buat perlahan2 bukan nak kejar apa pun kannn ^_^…

Di madinah rasa x de masalah sbb perempuan kalau waktu ramai pengunjung mmg solat kat luar pun.aisyah still blh ddk dlm stroller. Kalau dalam pun ok je. Dh dibiasakan kat umah ni kalau eda solat, baringkan Aisyah kt sebelah supaya die terbiasa tgk eda solat.


#Aktiviti untuk anak

Di samping sibuk berkejar nak dapatkan pahala berjemaah dan beribadah di masjid, jangan lupa tentang aktiviti yang sesuai untuk anak-anak sepanjang kat sana. Aisyah ni kecik lagi, so klu g ziarah tuh die mesti suke je naik bas g sane sini kn. kasi die penat pastu nnt time solat die blh tido. 


#Gadjet, permainan dan makanan kegemaran

Bab ni adalah optional. Sebab ada parents tak dedahkan langsung anak-anak dengan gadjet atau permainan. Jadi, terpulang lah ikut keperluan dan kegemaran anak masing-masing.  Aisyah ni nnt dh start makan kalau g umrah. So kene fikir macam mana nk sediakan makanan die kat sana. Susu tuh harap2 time tuh masih fully breastfeed la aisyah ni. Aamiin.. kene sentiasa positif fikir susu badan sentiasa cukup utk aisyah. Huhu.. permainan plak setakat ni die suke dgr lagu didi&friends dlm hs jela. Lepas ni sblm g hubby kene gigih la sumbat segala lagu kartun dlm hs gini. hehe.. penting tuh nk bagi die x meragam sgt.


#Bekalan ubat-ubatan dan vaksin

Sebelum bertolak, mmg kene cek kot dgn doc aisyah betul2 sihat utk travel jauh. Selain tu, dapatkan nasihat dan bekalan ubat-ubatan biasa untuk diri sendiri dan anak-anak. Ubat-ubatan kat Mekah dan Madinah sangat mahal! Bawak jugak aid kit yang lain macam face mask, vicks, kool fever, minyak gamat, handyplast, thermometer dan sapu tangan kecik buat stand by untuk tuam badan kalau anak demam. Untuk travel injection pulak (vaksin Meningococcal) , memandangkan Aisyah bawah 2 tahun, dan ambil vaksin pneumococcal, so dapat exception. eda dan hubby sblm ni g dh amik vaks ni. Kene amik lg ke eh??? Hehe..



Pack segala jenis ubat dalam ziplock ikut kategori supaya senang nak carik dalam luggage nanti.

#Baby travel, out & about necessities

Tengah fikir kalau travel yg mana sattu perlu bawak. Stroller or carrier. Sebabnye stroller aisyah ni mmg gedabak besar skit. Takut la plak dlm kapal terbang kang die x bagi bawa masuk kabin. Kene letak kat cargo. Parah plak kalau campak2 patah riuk.hehe...carrier ok skit tp masalah nye sakit blakang kami hehe..

Child safety harness. Erm.. berbaloi ke beli. Rasa aisyah bkn blh jln pun lg kn.hehe..tgk keadaan nnt.

#Usaha, doa & tawakkal

The ultimate tips, sudah tentunya berserah kepada Allah. Kita dah usaha, sediakan kelengkapan dan macam-macam persediaan untuk keselesaan anak-anak, selebihnya, kita berdoa, mohon dipermudahkan segala urusan. Fikir dan bayangkan yang baik-baik je. Sentiasa bertolak-ansur dan bekerjasama dengan pasangan dalam menguruskan anak-anak. Optimis, optimis, optimis. Kalau kita beriya buat itu ini, prepare bagai nak rak pun, tapi kalau Tuhan nak izinkan sesuatu berlaku, maka jadilah ia. Kun Fayakun.

Sentiasa berdoa diberikan kesihatan dan keselamatan anak-anak.

Doa juga untuk kesihatan dan kesabaran tinggi untuk menjaga anak-anak di sana nanti.

^_^…

Umrah 2012. Hanya Allah shj yg tau rindu dlm hati kami. Tiap tahun mesti tanya hubby bile blh pegi lagi.huhu.. 


0 comments:

Post a Comment