Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Monday, March 6, 2017

Umrah 2017 - Part 1

Assalammualaikum..

Erm..bersawang sudah blog eda ni.lama x update hehe... awal tahun 2017, agak busy buat persediaan utk menunaikan umrah. Yg entry pasal persediaan utk umrah sblm ni pun eda autopost.. mmg set masa tertentu baru published 😁

Alhamdulillah. Dah sebulan lebih kami pulang dari menunaikan umrah. Kami pilih tarikh 20-31 januari 2017 melalui agensi andalusia. Kali ni kami cuba agensi lain, nk cuba agen umrah lain pula kata suami. agensi sebelum ini Mubarak travel. Bagi eda, dua2 agensi ni ade kelebihan dan kekurangan. Biasalah, rezeki masing2 sebenarnya. Andai anda jenis cerewet, mmg yg terbaik pun anda akan rasa kekurangannya. Tepuk dada tanya iman 😁

Rindunya pada haramain.. rindu berada di dalam masjid nabawi dan masjidilharam. Rindu melihat kaabah. Rindu bau2 yg ade di sana. Rindu mendengar alunan bacaan alquran di kedai2 sepanjag perjalanan antara hotel dan masjid. Rindu segala2nya.. mg Allah menjemput kami sekeluarga lagi menjadi tetamuNya di 2 tanah haram ini. Aminn.

ok, baik simpan air mata ni, nanti menangis dlm tiap sujud mg2 ada rezeki lagi menjadi tetamuNya.

Throwback Umrah 2017

20 jan (jumaat)

Ikut perancangan, penerbangan kami jam4 petang. Tapi disebabkan masalah teknikal kapal terbang saudi aiirlines, penerbangan ditunda hingga 22jan. Ujian bagi kami ulang alik klia-hotel 2 kali..

DI lobby hotel transit kami..

kali pertama malam 20jan. Jam 11 mlm gerak ke klia, sampai jam 5 pagi, kene transfer ke hotel balik 😂 time ni mcm ade harapan sbb tunggu dlm balai perlepasan dgn pilot pramugari saudi airline skali. hehe

Dapat la aisyah berjumpa 'atuk' andalusia.

Hotel transit kami sebelah alamanda. Tp mood shopping xde, hati dh ke madinah 😭

Kali kedua malam 21jan.. jam 10mlm gerak ke klia. masalah di kaunter luar pula. Hingga jam 2 pagi, ade jemaah lain ckp cancel la lagi skali ni.huhuhu.. mmg kene byk bersabar tunggu ddk tepi kaunter semuanya. kesian pada yg sudah berusia. aisyah?? Erm anak dara tu x tido langsung. Eda suami sibuk dok layan die jela main ke sana sini 😁

Utk elak tantrum aisyah dtg, mama abi kne busykan diri melayan die main

Dh penat jalan, aisyah layan kartun plak

Anak dara solehah yg xmau tido. Jam 2 pagi dh kot syggggg😭

alhamdulillah lebih kurang nk dekat jam 4 pagi, selesai checkin di kaunter. Mmg berlari kami ke balai perlepasan 😂 kne lalu check point sblm msk perut kapal terbang lagi. Mmg rs lucu bila teringat blk. Lagi2 kami ni kene angkut 4 hand luggage. stroller aisyah lg. Mmg x cukup tgn.hehe...

Ddk sblh mil fil

Jam4 pagi, 22 jan hari isnin, akhirnya kami berlepas. Sebelum ni kami request bassinet, akhirnya aisyah tido atas pangkuan mama die 😂 bassinet dpt, tp malangnya sblh eda nnt lelaki. Mcmne nk susu aisyah 😂😂 jdnya eda ddk aje dgn mil fil.huhu..

'Bassinet' special aisyah. Tangan mama.haha..9jam anak dara tido. Ha... kemain sado tgn mama 😂

Bak kata P.Ramlee..dugaaann..😁




0 comments:

Post a Comment