Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Monday, April 29, 2013

Memagari rumah cara Islam


Alhamdulillah.. 

Harini kawan sekeja hubby datang untung memagar umah kami..Akceli kawan hubby tuh memang pengamal perubatan cara islam. Kawan hubby nih byk bantu beri air penawar time eda mula2 berpantang. Yela, masa mula2 nak hadapi ari-ari mendatang time tuh, rs sungguh terseksa. Nangis je keja eda. Tu yg hubby risau, minta tlg kawan die. Alhamdulillah.. Dengan ketentuan Allah dan berkat ikhtiar hubby, eda jadi tenang sikit. Bile kami nk pindah umah baru nih, terfikir nak jemput org masjid je buat doa masuk umah. Tak terfikir plak blh jemput kwn hubby nih pagar umah. Bukan apa, sini kawasan baru buka. Lagi2 sekeliling kami belum ada yg diduduki lagi. Ada 2 umah dah diduduki, itu pun selang jauh dari kami..Takut juga eda bila hubby keja shif malam, even 2 ari je..huhu

Details cara kawan hubby pagar eda xtau plk. eda ddk kat dapur je.. Cume ade beberapa bahan yg hubby eda diminta sediakan untuk proses pagar2 nih spt bawah. Details process eda cuba gugel dan nyatakan di bawah. Cara2 sama macam yg kawan hubby buatkan..
  1. Air mineral 2 botol
  2. limau nipis 7 biji
  3. cuka
  4. garam kasar 2 bungkus
  5. sikit lada hitam
So, memula eda tgk kawan hubby minta tuliskan nama eda dan hubby siap dengan nama mak..dia bacakan beberapa surah al quran. Lepas siap, die ke setiap bilik baca beberapa doa/surah. eda pun xpasti sebab eda ddk tercegat kat meja makan je.. Tetiba eda plk rs takut, mcm eda plak yg nak kene halau..hehe... Seterusnya dia azan ke setiap sudut umah dan akhir sekali sembur air bancuhan bahan2 atas ke dinding dalam umah. Tapi kawan hubby ade bawakan sekali minyak wangi kasturi syifa' dan dicampur dgn bhn atas.. Memang elok dipakai/digunakan untuk elak dari gangguan sbb minyak wangi tuh dah dibaca dengan ayat al-quran. Bahagian luar umah, kawan hubby cuma taburkan garam. 

Selesai sudah.. Ambil masa tak sampai 2 jam pun proses pagar umah nih..Ok bawah nih eda paste cara2 memagari umah mengikut cara islam.. ^_^

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




1. Azan

Melaungkan azan ketika pertama kali masuk ofis/rumah baru. Ia juga baik bg bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. 
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-’Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni. 

2. Membaca surah Al-Baqarah
Sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yg bermaksud; 
“jgnlah kamu jadikan rumahmu spt kubur (hanya utk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah.” 

3. Banyakkan solat dan membaca Al-Quran
Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud; 
“Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran.” (hadis riwayat Al-Baihaqi) 

4. Baca Surah yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas
Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali. 

5. Pagar rumah cara Islam.
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di penjuru atau sudut2 tertentu di rumah atau bangunan yg diduduki dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi Islam. Bagaimanapu ada cara yg dibolehkan dan digalakkan mengikut ajaran Islam. Caranya dengan ‘memagar rumah’ dengan merenjis air yassin di sekeliling rumah. Ikut panduan berikut; ambil air kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Nas). kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan2 hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yg terletak di sebelah kanan dan penjuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam. 

Dan beberapa tips lain yang diperolehi dari sumber-sumber yang lain….

1) baca ayat Kursi sebanyak 1 kali dan diniatkan / dibayangkan ada tembok yang tinggi di hadapan rumah kita.
2) kemudian diniatkan pula ada tembok yang besar dan kuat di belakang rumah kita pula sambil membaca ayat Kursi. 
3) Begitulah seterusnya dibaca ayat kursi itu untuk setiap arah / tempat seperti kiri, kanan, atas dan bawah. 
Kita hanya berikhtiar dan Allah yang menentukan. Yakinlah dengan ayat Allah.

ATAU

Sebagai Perlindungan tempat kerja, rumah dan tempat peniagaan

1. Sebaik-baiknya digunakan bersama air yang telah siap diruqyah dengan Ayat Al-Quran dan sebagainya.
2. Sediakan satu bekas yg telah di isi dgn air, sapu Kasturi Syifa’ pada jari telunjuk 
3. Mulai dgn masukkan jari ke dalam air tersebut dan kemudian pusing air itu tadi dgn jari anda mengikut pusingan tawaf (Anti-Clockwise) 
4. Gemakan niat ketika itu, seperti “Ya Allah jadikanlah usaha ku yg sedikit ini asbab kepada terlindungnya diriku drpd kejahatan manusia dan jin”. 
5. Baca 3 qul pada air kemudian hembus perlahan-lahan. 
6. Masukkan ke dalam botol spray kemudian spray lah didinding rumah atau di ruang pejabat atau di tempat-tempat perniagaan. 

Insya-Allah..

Alhamdullillah.. dengan wangian yang telah dikhatamkan 30 juz serta doa doa ruqyah ini, Kita jadikan alat tambahan untuk dicampurkan kedalam air dan kita dapat lakukan dengan sendiri. Alhamdulillah saya sudah amalkannya dan saya ingin kongsikan kebaikan KASTURI SYIFA’ dengan anda.













0 comments:

Post a Comment