Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Friday, April 12, 2013

Seminggu berlalu.. Perginya dirimu tiada pengganti...



Seminggu sudah berlalu. Terasa lama masa ini untuk berlalu. Terasa sakit dan pedih untuk kami lalui hari2 mendatang. Masih terdengar di telinga kami suara tangisan dan rengekkan putera2 tercinta kami sesaat selepas dilahirkan dan sehingga mereka pergi meniggalkan kami selamanya di atas ribaan ini. Terima kasih ya Allah kerana memberi kesempatan kepada kami untuk merasai semua ini walaupun hanya untuk seketika. Walaupun ia mungkin sedih untuk diingati, tetapi kami cukup bersyukur kerana dapat menitipkan doa dan kasih sayang kpd mereka berdua. 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Pagi 1 april 2013, eda dan hubby berada di manjung perak. Kami pulang kerana setelah hampir 5 bulan kami tidak pulang ke perak. Semalam kaki eda bengkak2.. Terasa tajam2 di tapak. Eda sangkakan mungkin sbb perjalanan jauh, tambah pula eda dan hubby g usha beli mesin jahit. Hadiah dari hubby sempena besday eda 25mac lepas. Pagi 1april itu, eda sudah merasa sakit2 di bahagian bawah pusat. Terasa kejang2 dan nyilu.. Eda tidak sangka itu adalah contractions. Sangkaan eda, mungkin perut masuk angin kerana malam itu eda makan betik dan pagi itu mil eda buat cekodok jagung. Ingat lagi time tuh, eda ulang alik masuk tandas. Terasa seperti ingin buang air besar, tapi xde pape yg keluar.

Setelah siap2 berkemas, kami mulakan perjalanan pulang ke JB. mmg sakit terasa di bawah tiap kali eda bongkok or cuba untuk bangun. Tapi entah kenapa, eda tak terfikir untuk cek di hospital terlebih dahulu..

Sesampai di JB, eda dan hubby berhenti untuk solat jamak sebelum pergi cek ke klinik Memandangkan esok hubby keje, jadi kami risau jika terjadi pape esoknya tiada siapa boleh hantar eda ke hospital. Tapi Allah itu ada perancanganNya tersendiri. Belum sempat eda solat, darah turun mencurah2. Hanya Allah yg tahu perasaan eda ketika berlari ke tempat solat lelaki, dalam keadaan darah berlumuran.

Sesampai di Columbia ,doc sahkan pintu rahim dah buka 4cm. Kaki salah seorg baby dah terkeluar. Mama dapat lihat anak mama seolah2 melonjak2 kaki di pintu rahim. Mungkin sebab itu, anak mama terkeluar awal. Maafkan mama sayang. Mama cuba 3 ari berada di wad, baring sambil punggung ditinggikan. Dengan harapan sayang mama dapat masuk kembali, dan doc mungkin dapat jahit pintu rahim mama.. Tapi sayang mama sgt aktif. Pagi khamis jam 12 tgh malam, syg mama dah terkeluar sebahagian badan dari pintu rahim mama... Mama tiada pilihan melainkan pushed syg mama keluar. Dalam hati mama, mama sgt berharap adik syg dapat diselamatkan. Tapi Allah sygkn kedua2 anak mama. Mama redha bile doc maklumkan adik syg pun kene pushed keluar. Sayang2 mama, ayah menangis teresak2 time mama melahirkan kedua2 syg mama ni..mama tahu, ayah sedih sebab ayah tahu ayah akan kehilangan syg2 mama nih selepas ini utk selama2nya...

Lahirlah anak mama Muhammad Adam Bin Mohd Johari dan Muhammad Adib bin Mohd Johari ke dunia ini pada Khamis, 4 april 2013. Mama dan ayah dapat mendengar suara tangisan syg Adib sahaja. Mama tahu syg Adam mama mungkin sudah letih berada di bawah terlalu lama. Mama ayah peluk belai sayang berdua. Melihat syg berdua bergerak2 sehingga sayang-sayang mama ayah pergi selamanya.

Sayang mama ayah Adam & Adib. Mama ayah redha dengan pemergianmu. Mama ayah harap, syg berdua dapat mendengar akan doa dan belaian kasih sayang kami walaupun hanya sekejap cuma. Doakan mama dan ayah kuat di sini ye sayang. Doakan kami menjadi hamba Allah yg soleh solehah. Moga hiudp mama & ayah sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah SWT. Sementara menunggu tibanya hari mama dan ayah bertemu dengan dirimu berdua sayang Adam & Adib, moga mama ayah dapat ketemu bahagia ini kembali..

Pergimu sayang tiada penganti. Mama & ayah sangat rindukan sayang berdua...Mama & ayah sayangkan syg berdua..


1 comments:

bib2426 said...

sedihnya eda...sabar ya. Allah S.W.T ada perancangan yang lebih baik untuk eda & suami.

Alhamdulillah, eda selamat. jaga diri ya eda.

Post a Comment