Pages

Sunday, January 20, 2013

Panduan bagi kawan2 yg sedang TTC


Hari ni, tetiba eda rasa terlintas di hati untuk coretkan sedikit pengalaman hidup eda dan hubby sepanjang kami cuba TTC (Trying to conceive). Mungkin sebab hati ini tersentuh apabila melihat & mendengar beberapa kenalan eda yg sedang cuba concieve tak kira baru beberapa bulan mahupun dan bertahun2. Mungkin sebab eda juga melalui semua ini, jd tiap kali dgr psl ni serasa satu perasaan sedih dan pedih jauh dari sudut ati ni...

Banyak cara kami telah cuba. Masa tahun pertama kahwin, belum terfikir secara serius hal ni. Buat pengetahuan kawan2, hormon eda ni lepas kahwn terus lari. Time anak dara, period dtg on time. Xde masalah senggugut or keputihan. Tapi after kahwin, terus x datang2. Byk tempat eda g cek, klinik hospital gomen dan private. Akhir result, eda diberitahu hormon tak stabil.. Atau nama dlm bidang perubatan ialah PCOS.

Pada awal bulan 3 thn lepas (2012), lepas balik dari umrah, eda terus resigned keje di hospital gomen...الحمد لله‎.. Diberi kekuatan dari Allah untuk membuat keputusan itu. Demi studi eda yg dh tertangguh setahun dan yg paling utama, demi kegembiraan dan keselesaan family ini .. Jadi bermula kerjaya surirumahtangga eda.hehe..


Bila dah jadi fulltime surirumah, haruslah byk masa kn terluang. Selalu tiap pagi eda akan served intenet cari maklumat perubatan berkaitan hal eda.. .الحمد لله‎.. Pada jun 2012, eda berjumpa dgn forum Ratu hati. Syukur pada Allah. Banyak ilmu dan pengalaman dari mereka2 yg sedang TTC di situ. Dari situ juga eda baru tahu berkenaan LPPKN.. eda cuba untuk membaca posted2 yg berjumlah beratus2 berkaitan LPPKN di dlm forum tersebut. Dan dari pemerhatian eda, mcm nampak hampir 80% mereka yg buat treatment under LPPKN concieved..!!!! إن شاء الله  Semestinya atas ketentuan dari Allah...

Kawan2 suma mesti dah tahu LPPKN ini gomen. Tapi sebenarnya treatment yg buat under ia adalah swasta.    Ada harga2 tertentu untuk setiap perjumpaan dan test. Tapi semestinya tidak semahal hosp swasta la... ^_^ Sebulan lepas eda dapat tahu berkaitan treatment di LPPKN, eda terus call mereka untuk wat appoinment. Appoinment akan ditetapkan ikut period kita dtg. Hari pertama datang period terus call utk wat appoinment .. Duration treatment hanya 2 cycle period shj.. Tapi bergantung juga pd badan seseorg tuh.. Kalau dia ikut procedure betul2 dan tiada masalah lain..  إن شاء الله .. Full procedure spt di bawah la..eda listkan senang sikit nk baca ^_^ :

  1. 1st day Period 1 (cd1) ; call LPPKN untuk appointment pada cd 4.
  2. cd4; amik darah untuk cek hormon wanita kita..
  3. cd 10; kene buat test HSG. X-tray untuk cek tiub fallopio kita tersumbat ke dak.. Baguih test ni, blh detect tiub kita normal or dak...
  4. cd 23; amik darah untuk hormon lagi. ini utk detect samada badan kita dapat hasilkan telur ke x time cd 14-cd20 tuh...kalau telur keluar, kompem hormon kita akan tinggi...eda punya mmg low sgt2 u_u..
  5. Next appoinment jumpa doc, akan diberi penerangan treatment. Jika tiada masalah time test HSG, kebiasaan semua pesakit akan lalui IUI. Bukan IVF ye..!! IUI ini anda blh ty mr.google.pjg nk cite nnt...hehe..
  6. 1st day Preiod 2 (cd1); call LPPKN untuk next appoinment..Amik ubat clomid dan HCG.. Dua2 ubat  ni diambil pada hari berlainan seawal cd3.
  7. cd 14-16, IUI..!!
  8. Berehat di rumah ^_^

.الحمد لله‎.. Itu sahaja procedure di LPPKN. Kalau kawan2 nk tahu, sebelum itu eda juga pernah buat treatment di Hosp pakar puteri dan klinik swasta perdana utk fertility. Dan dua2 tempat ni treatment dia ambil masa setahun. Dan yg buat eda tidak setuju, mungkin kerana di dua2 tmp mahu eda makan pil pencegah kehamilan untuk 1thn untuk stabilkan hormon.. Belum lagi lepas setahun, test2 utk hamil pula..bape lama pula nk kene lalui... .الحمد لله‎.. eda juga bersyukur sbb kakak eda juga mengalami masalah seperti eda. Lambat mendapat baby. Jadi eda cuba compared treatment kat 2 tempat dgn treatment kakak eda lalui. Kakak eda buat treatment di salah sebuah klinik di Seremban. Hanya mkn clomid shj dan kakak eda hamil .الحمد لله‎.....

Dan .الحمد لله‎..Julai 2012 eda start  1st appoinment LPPKN, stop sekejap sbb bulan puasa dan perayaan ogos tuh.. September eda baru blh buat HSG, October skip sbb ada kenduri kene travel sana sini.. November makan clomid dan HCG..Tapi eda tak sempat nk buat IUI time cd14-cd16 tuh sbb de perayaan apa tah bulan nov tuh, jadi doc suh kami buat manual.. Kene berusahalah lebih sikit bila cd12,14,16,18,20... December double line, positive..!! .الحمد لله‎.....

Kalau dari segi harga di LPPKN tidak semahal di hosp swasta. Harga ikut test2 yg kita buat la berperingkat2 macam dalam list atas.. Bukan byr sekali harung tau.. Jadi blh la dalam sebulan RM200 lebih kurang kot. Tapi bila ada ubat, harga tuh mahal sikit la... Tapi xlebih dari RM500... 

Jadi kawan2 eda harap coretan eda yg berjela2 ni dapat membantu kwn2 sikit sbyk dlm hal ini. Jgn risau, kita tak keseorangan ok.. Byk2 pembacaan, dan yg penting byk2 berdoa pada Allah dan berusaha mencari treatment terbaik. Selebihnya kita bertawakal...

Byk2 sedekah espclly bile jmp bby/bdk2..mrk ni msh kecil jd xakn mnilai apa yg kite sedekahkn..malah mrk lg gumbira...Jgn stress sgt2...itu paling penting...bagi eda terapi kepada stress eda dari fikir psl baby adalah dgn crochet2 brg baby.... Mula2 dulu eda buat utk ank buah.. Bile ada permintaan ramai nk order, terus berniaga plak jadinya.. Tapi .الحمد لله‎.. yg penting eda bahagia tiap kali kait2 ni... Terasa mcm buat utk anak sendiri..huhu... Lagi satu makan multivitamin dan epo start sekarang. Hubby pun kene makan multivit sbb sperm lelaki tak semua normal dan sihat ok even bdn anda ketul2 gagah perkasa..hehe ^_^.. 


Selamat mencuba kawan2....Aja2 fighting..!!





0 comments:

Post a Comment