Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Friday, January 18, 2013

Kisah Nabi Sulaiman as dan seekor Semut


Sejak kebelakangan ni, otak eda ligat dok fikir macam mana nak bantu hubby dlm hal kewangan. Yela, walopun lagi 6 bulan si comel2 kami nk keluar, eda kene fikir juga awal2.. Sekarang mmg semua masih mencukupi. Bila fikir balik, even eda tak bekerja, hubby masih mmpu sediakan segala keperluan hidup kami. Tak lama lagi kami akan pindah masuk rumah sendiri. Punyai kenderaan untuk eda pergi ke sana sini..Masih mampu menunaikan Umrah الحمد لله‎... Masih mampu honeymoon ke sana sini termasuklah vietnam dan korea..huhu...Tapi yela,   hati wanita ni sgt sensitip kot. Sampai bende remehpun nk dok fikir sgt kn..u_u..Bila tiap kali eda tanya pada hubby hal ni, konpem dia cakap jgn risau. Rezeki Allah itu ada di mana2..إن شاء الله. Hubby sebenarnya lagi suka eda duduk umah uruskan hal rumahtangga dan anak2.. Sebab dulu katanya cukuplah dia kesian tgk eda susah2 g keje hospital..Biarlah urusan kewangan dia yg uruskan..Eda tumpu pada studi dan si comel2 kami yg akan keluar nanti..Bila eda dh boleh sesuaikan diri dgn semua keadaan, baru fikirkan psl kerja.. Sekarang wat la crochet tuh sikit2..isi masa lapang..^_^

الحمد لله‎.. Hari ni, macam biasa eda dok buka2 blog baca artikel sane sini. Sekali terjumpa kisah Nabi Sulaiman as dgn seekor semut. Erm...tersentuh hati eda bila terbaca. Mungkin ini satu teguran lembut dari Allah SWT kpd eda sbb terlalu asyik memikirkan hal atas. Sedang rezeki anak itu dah ditentukan Allah sejak dia di dlm rahim ibu lagi..الحمد لله‎.. Terima kasih Allah atas peringatan Mu ini..Jom kisah kongsi bersama kisah teadan di bawah. Moga menjadi teladan kepada diri eda dan kawan2 semua..



Kisah zaman Nabi Sulaiman a.s. dengan seekor semut. 

Suatu hari Nabi Sulaiman a.s. bertanya kepada seekor semut tentang berapa banyak makanan yang diperlukannya untuk hidup dalam setahun. Semut menjawab, ia hanya perlukan makanan sebesar sebutir gandum.

Lalu Nabi Sulaiman a.s. memasukkan semut tersebut di dalam sebuah botol dengan di letakkan bersamanya gula sebesar sebutir gandum. Mulut botol itu kemudiannya ditutup (diberi lubang sikit untuk udara masuk ke dalamnya).

Cukup tempuh setahun, mulut botol itu pun dibuka semula oleh Nabi Sulaiman a.s. Anehnya, baginda dapati hanya separuh sahaja daripada gula sebesar sebutir gandum itu yang habis dimakan oleh semut tersebut.

Nabi Sulaiman bertanya, mengapa hanya separuh makanan sahaja yang dihabiskan sedangkan semut pernah berkata ia perlukan makanan sebesar sebutir gandum?

Sang semut menjelaskan bahawa jika diluar botol rezekinya dijamin sepenuhnya oleh Allah dan dia yakin Allah pasti akan mencukupkan rezekinya. Sebab itu dia tidak perlu risau dengan hakikat itu.

Tetapi apabila dikurung oleh manusia (Nabi Sulaiman a.s) dia mengambil langkah berjaga-jaga dan berjimat cermat kerana tidak yakin dengan keprihatinan manusia. Mana tahu kalau-kalau manusia itu terlupa lalu mengurungnya terlebih daripada tempoh satu tahun? Apa akan jadi padanya?

Pengajaran yang boleh di perolehi daripada kisah ini adalah semut lebih yakin jaminan rezeki daripada Allah S.W.T.(bertawakal kepada Allah) ketika di luar botol berbanding “jaminan” manusia ketika berada di dalam botol. Untuk menghadapi kemungkinan itulah ia mengambil langkah berjimat cermat, supaya apabila berlaku sesuatu di luar jangkaan dia masih mampu bertahan. Masih ada makanan yang boleh digunakan.

Kenapa kita yang berada di dunia ini yang mengaku beriman kepada Allah S.W.T. tetapi masih ragu-ragu tentang jaminan rezeki dari Allah S.W.T? Oleh itu yakinilah dengan sepenuh hati bahawa setiap anak yang lahir ke dunia, Allah S.W.T. telah menjamin rezeki untuknya, samaada ibu-bapanya merancang atau tidak merancang untuk anak tersebut.

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud :

“Jika sekiranya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang kesarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh.”

Orang-orang yang bertawakal ialah mereka yang yakin dengan jaminan rezeki daripada Allah S.W.T. dan mereka akan mendapat balasan yang baik di akhirat nanti.

Kunci rezeki dan perbendaharaan Allah S.W.T. hanya berada ditangan-Nya dan Dia akan membuka pintu rezeki ini seluas-luasnya kepada hamba-hamba-Nya yang banyak beristighfar, bersedekah, sentiasa berwuduk, menghubungkan silaturahim, solat duha, solat tahajjud , berzikir dan membaca al-Quran. Amalan-amalan soleh ini jika diamalkan akan membina jambatan hati kita dengan Allah S.W.T. dan apabila Dia kasih dan sayang pada kita maka segala permohonan dan doa kita dimakbulkan-Nya dan di kurniakan rezeki di jalan yang tiada disangka-sangka.

Kesimpulannya, dalam usaha mencari rezeki di atas dunia ini, jangan sampai menjauhkan kita daripada beribadah dan mangingati Allah. Oleh itu, kita perlu bertawakal kepada Allah dengan hakikat tawakal yang sebenarnya. Kita mesti berusaha dan berikhtiar tetapi meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Kalau dapat apa yang kita inginkan, bersyukurlah. Kalau sebaliknya, bersabarlah dan berbaik sangka dengan Allah. Yang penting, kita mesti tahu meletakkan kepentingan antara dunia dan akhirat.

Jangan gadaikan akhirat dengan habuan dunia yang sementara ini. Berusaha dan berikhtiarlah, kerana ia sunnatullah. Tetapi ingat, ia tidak akan dapat mengatasi takdir Allah.





2 comments:

Anonymous said...

Shukran pd adinda ku semoga ia menjadi teladan bukan pd pembaca malah penulisnye juga. Apa yg penting yakin akan rezeki Allah kerna Allah tidak berkeromponi akan rezeki nyer, xkisah kaum apa, xkisah kepercayaan apa..hy Allah berhak memberi & kite xperlu memikirkannye itu semua kerja Nya. Hy utk mendapat rezeki yg berkat perlu diambil kire n berat..so bagus ngan usaha ni semoga dpt mendapat barakhah bersama2... ;)

EdaDarus said...

thanks sis, insyaAllah moga kita terus bersangka baik dengan ketentuan Allah..moga2 hidup kita terus mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah.. aamiin

Post a Comment