Sahabat saya ^_^

Pages

Monday, May 2, 2011

Doa Kehidupan Harian kita ♥


Alhamdulillah.. Doa di atas bagi eda sangat elok dibaca pada setiap solat kita untuk dimurahkan segala rezeki. InsyaAllah..Lagi baik jika dibaca ketika solat sunat dhuha. InsyaAllah akan dimurahkan rezeki ke atas org tersebut. Eda pun akui banyak kekurangan dalam diri sendiri, dan kiranya eda harap ia sebagai peringatan untuk diri eda juga. Lantaran banyak masa yang terluang semenjak jadi surirumah tangga..InsyaAllah harap terus istiqomah..

Seseorang pernah pesan pada eda, rezeki itu terlalu meluas. Tidak semestinya berkaitan wang, malah zuriat yang soleh, ilmu berguna, usia untuk beramal dan iman juga boleh dikategori sebagai rezeki. Kita mesti sentiasa berdoa memohon sebab semuanya diperlukan untuk kehidupan yang bahagia dan berjaya dunia akhirat.

Sebenarnya banyak doa yang Allah telah beri kepada kita untuk kehidupan harian kita. Yang eda rasa sangat terkesan adalah doa di bawah. Kalau dulu kite mesti baca doa ni sebelum amik exam kn..hehe..tp sebenarnye bkn utk exam, malah semua pekerjaan pun boleh didahulukan dengan doa ini. Kita dapat rasakan setiap pekerjaan yang dibuat jika didahului doa tersebut, insyaAllah pertolongan Allah itu sentiasa ada. Segala urusan jadi lancar dan mudah. ^_^ InsyaAllah..

"Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir",
yang bermaksud, "Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan".

Bacaan penuhnya ialah :
"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin."

Mari kita amalkan doa2 ini termasuk doa harian yang lain. Moga kehidupan harian kita didahului dengan keberkatan Allah SWT hingga ke akhirnya.

Tapi disamping berdoa kita mestilah berusaha juga untuk mendapatkan yang terbaik. Bak kata ayah eda, doa dan usaha ni ibarat kita masuk pertandingan lumba lari. Setiap hari sebelum hari pertandingan kita berdoa "Ya Allah, bantulah permudahkan aku memenangi pertandingan ini." Tapi bila hari kejadian, kita tak berlari bersungguh-sungguh. Sambil lewa la kiranya. Ha..mcm mn Allah nak beri kejayaan kalau diri sndri tak usaha berlari dengan bersungguh kan..

Ha..renung2knlah dan selamat beramal ye..
Jangan plak baru nak amalkan bila sudah kesempitan..^_^ ♥





0 comments:

Post a Comment