Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Tuesday, May 3, 2011

Alhamdulillah



Syukur kepadaMu ya Allah..
Atas nikmat yang Kau berikan padaku ini..
Yang sentiasa melimpah ruah..
Moga aku menjadi hambaMu
yang sentiasa segar mensyukuri nikmatMu
Wahai tuhanku yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Alhamdulillah..

Itu saja yang dapat eda ungkapkan pagi tadi. Setelah sepurnama menunggu akhirnya pagi tadi HSA (Hospital Sultanah Aminah) mengkhabarkan interbuew eda telah diluluskan oleh HKL.. Dengan ini secara rasminya eda sudah berkerjaya..hehehe ^_^ Sangat gembira walopun hanya bekerja secara kontrak penyelidik tetapi bagi eda cukup memadai untuk mencari pengalaman dalam pekerjaan. Bukan apa, sebelum graduasi ni, eda nak juga bekerja. Kalau sepanjang masa buat thesis rasanya sakit kepala juga.. Harap2 pekerjaan ni dapat membantu juga dalam studi eda InsyaAllah..

Bidang pekerjaan ni pun masih dalam bidang yang eda studi sekarang ni. Berkaitan drug design.. Cuma di hospital mesti lagi advance kn.. Kalau time MSc, semua kajian dipanggil sebagai pre-clinical trial. Ia merupakan permulaan bagi sesuatu pembangunan pembuatan ubat tersebut. Kajian melibatkan ujian di makmal dan kadang-kala membabitkan penggunaan haiwan sebagai model rawatan. Mcm eda guna tikus SD..

Tapi di hospital, kajian dikenali sebagai clinical trial coz membabitkan ujian ke atas manusia pada kadar yang meluas. Pri clinical trial tidak dilakukan di sini coz telah dibuat dimakmal company yang hasilkan ubat tersebut. Hospital hanya mengenalpasti tindakbalas dan kesan lebih lanjut ubat tersebut pada manusia. Ha...kalau nk usha2 peluang sambung PhD elok sgt la kn. Blh kenalpasti ubat yang eda dah hasilkan tuh berkesan atau tak pd manusia.hehe. Tak semudah tuh sebenarnya.. Banyak proses lagi yang perlu eda lalui utk sampi ke peringkat clinical trial ni. ^_^ Psl PhD tuh InsyaAllah..Tidak terfikir lagi buat masa sekarang. Yang penting kerja cari pengalaman. Setakat ni scope kerje tuh eda xtahu lebih detail.. Tapi eda difahamkan eda cuma mebantu Dr yang uruskan test ke atas manusia tersebut sahaja. Sambil mengumpul data dan kerja2 yang lain..

Papepun eda harap pekerjaan ni insyaAllah diberkati Allah. Yang penting hubby dah bagi izin Alhamdulillah.. Bukan apa, eda sian juga pada hubby yang selama ni tlg byrkan kete eda plus kete die jugak (walopun hubby kate mmg tanggjwp die ^_^).. Mekasih syg .. De rezeki lebih boleh hulurkan pada mak abah juga kn.. Selama ni sedekah melalui hubby, nk juga rasa bagi duit titik peluh sendiri pada mak abah. Banyak jasa mereka pada eda hingga berada tahap skrang.. Bukan setakat belajar, kahwin pun sponsored by PAMA..hehe..Mekasih mak abah ♥..

Doakan y terbaik utk eda ye..!!! ^_^
Lovu u alll...Muaaahhh

0 comments:

Post a Comment