Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Sunday, July 19, 2015

Petua mudah bersalin..

Sekarang ni eda tgh mencari info2 berkaitan bersalin. Dah masuk 34 weeks ni rasanye kene prepare mental dan fizikal dah. Eda copy paste dr blog ini.. untuk rujukan bersama. InshaAllah..

Pengalaman pertama eda dgn twins adam dan adib, xde koyakan langsung. Xde bius bagai (malah eda minta c-zer lg sbb xprepare mental waktu tuh) Doc ckp sbb eda pandai teran. Tapi eda rs mngkn sbb bby2 kecik je. Yela batu 5 bln berat dorg pun 250+g je sorg. Yg 1st Adam mmg eda x faham mcm mne nk teran. Dok teran2 xkeluar2 lg. Bile doc ckp dh rs nk berak tuh baru teran. Alhamdulillah.. yg kedua Adib dh faham.. 2x teran keluar.

So kali ini kene menuntut sungguh2 ye eda. Nak belajar teknik hypnorbirth. Teknik pernafasan die tuh yg penting. Nak belajar urutan perineum utk kurang risiko koyakan. Minyak kelapa dara pun x beli lg ni eda. haihhh... T_T'...

*********★★★*********

Assalamualaikum bakal mommies hebat,

Apabila usia kandungan memasuki 36 minggu, ibu mana yang tak berdebar-debar untuk melahirkan bayinya. Pengalaman di dalam bilik bersalin adakalanya mudah, namun ramai yang takut nak bersalin disebabkan:

  • Takut dengan sakit bersalin
  • Tak tahan sakit bersalin
  • Sakit bersalin yang lama
  • Jahitan yang banyak
  • Ini pengalaman anak pertama (anak sulung)

Oleh sebab itu, entri ini khas untuk mommies yang bakal melahirkan tidak lama lagi. Petua Mudah Bersalin Normal,agar proses kelahiran mommies lancar, tiada komplikasi, bersalin dengan normal dan selamat kedua-dua ibu dan bayi insyaAllah!




Petua, Teknik, Doa dan Amalan agar Mudah Bersalin Normal

Persediaan Di rumah (sepanjang mengandung dan sebelum ke hospital)

1. Senaman Kegel
Ini ialah satu aktiviti mudah dan memudahkan kelahiran insyaAllah. Senaman kegel dapat membantu menguatkan otot bagi mempersiapkannya menempuhi proses kelahiran. Wahh, macam melatih askar nak bertempur di medan perang! Gitu lah gamaknya.

Tetapi senaman kegel ni mudah saja. Cuba berlatih ketika anda membuang air kecil. Tahan air kencing dari keluar, tahan lima saat kemudian lepaskan perlahan-lahan. Buatlah dua tiga kali. Selain semasa dalam toilet, boleh juga buat bila-bila dengan cara membuat kemutan kiraan lima saat, dan lepaskan perlahan-lahan.. sambil lipat kain, sambil berwhatsApp dengan encik abang, sambil baca entri ni pun boleh buat!

2. Banyakkan membaca al-Quran, sebaiknya khatam sekali sebelum melahirkan 
There’s no doubt about this! Ramai orang sarankan baca surah Maryam. Bagi Ummi, bacalah keseluruhan al-Qur’an sepanjang 9 bulan mengandung.

3. Banyakkan berjalan, terutama bila dah masuk minggu ke 36. Ajak suami window shopping ke, jalan di tepi tasik ke, naik turun tangga pun ok.

Kalau Ummi dulu, dok pusing keliling rumah. Target 1000-3000 langkah sehari! Keluar peluh, baby pun senang keluar. Dan paling best, senang nak turunkan berat badan semula selepas bersalin.



4. Air selusuh
Kata orang, seeloknya suami yang buatkan air selusuh ni. Setakat ini Ummi belum pernah mencubanya.

5. Makan Sayur Bendi
Mengikut petua tradisional, bendi yang bersifat lendir di dalam dapat membantu melicinkan laluan peranakan. Allahu a’lam. Petua mudah bersalin yang ini Ummi belum pernah mencubanya. Makan asam pedas ikan terubuk berulamkan bendi pun nyumss nyumsss!

6. Makan sebelum masuk bilik bersalin
Ini petua yang sangat penting. Jangan sesekali ambil mudah! Mama Ummi kata, masa lahirkan abang, mama tak bertenaga nak meneran (sebab tak makan sebelum masuk dewan bersalin). Akibatnya? Baby kena forceps.

Makanlah nasi ke, roti ke, minum milo.. telan beberapa biji kurma juga sangat bagus. Untuk memastikan makanan yang baru dimakan tadi ditukar menjadi tenaga, telan sebiji B-Complex Shaklee - pemberi tenaga instant semasa mommies nak meneran nanti.

Semasa berada dalam bilik bersalin

7. Aktif semasa merasa kontraksi

Kesilapan ramai mommies ialah apabila mula rasa kontraksi ringan/sederhana, dia hanya berbaring bagi "konon2nya" mengurangkan kesakitan.

Seeloknya lagi kita sakit, lagi kita banyak berjalan agar laluan membuka dengan lebih cepat. Minta izin nurse untuk berjalan-jalan disekitar bilik bersalin

8. Banyakkan membaca doa Nabi Yunus

“Laa ilaha illa anta, Subhanaka inni kuntu minaz zolimin”.

9. Banyakkan membaca ayat 19 dan 20 surah Abasa

10. Teknik pernafasan yang betul semasa kontraksi dan semasa meneran.
Teknik ini harus dipelajari dan perlu latihan. insyaAllah esok lusa Ummi kongsikan caranya ya.

11. Cara meneran yang betul
Cara meneran yang betul membantu baby keluar dengan mudah. Ini satu entri yang harus dibincangkan dalam satu entri khas.

Gabungan teknik pernafasan dan cara meneran yang betul sangat membantu memudahkan bersalin. Ia membantu kita mengawal sakit kontraksi, mengumpul tenaga agar proses meneran lebih efektif.

Teknik pernafasan yang betul membantu bukaan laluan dengan lebih cepat. Oleh itu, masa sakit kontraksi dan masa proses kelahiran dapat dipendekkan insyaAllah

Teknik meneran yang betul juga akan mengurangkan risiko natural tears dan jahitan luka bersalin yang banyak.

0 comments:

Post a Comment