Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Wednesday, October 2, 2013

Itu TANGGUNGJAWAP SUAMI..


Assalamualaikum..

Alhamdulillah petang2 gini dok layan momo sambil baca news dalam internet. Macam2 eda baca antaranya berkaitan Mr Bean converted to Islam?? Tapi eda malas nak ulas lebih lanjut sebab masih tiada kenyataan rasmi dari beliau sendirri. Jika benar, Alhamdulillah. Jika tidak, moga beliau mendapat hidayah dari Allah.aamiinn...

Berkaitan title di atas, apa yg eda cakapkn itu  tenggungjawap suami ye?? hehe... eda terbaca di sini berkaitan seorang suami yang sanggup menulis surat kepada pengarah hospital semata-mata untuk menunaikan tanggungjawap si suami dalam proses menyambut kelahiran bayi.

Actually perkara berkaitan doc lelaki yg incas dlm proses isteri bersalin adalah bergantung juga pada keadaan. Eda ada baca sesetengah pendapat ulamak yg mengatakan jika dalam keadaan darurat atau kurang kemampuan, jadi diharuskan doc lelaki yg menyambut bayi. Ia dengan anggapan jika ditunda boleh mendatangkan kemudaratan kepada nyawa ibu dan anak.

Jadi di bawah eda ade artikel yg menarik untuk di baca. Sangat respect pada suami yang menulis surat kepada pengarah hospital, melarang sebarang doc lelaki ketika isterinya bersalin. Allah... Kalau boleh dipraktiskan, mana tau kemudian2 nanti boleh la eda dan hubby buatkn.. Yela, kami pilih swasta dulu sbb nak cari doc perempuan. Memang hosp gomen ade doc pompuan, tapi kita tidak boleh memilih doc yg incas dlm proses kelahiran..lagi pun dalam masa sama byk pelatih2 doc lelaki.huhu...

ok la jom kita baca di bawah

**********************************


TERDAPAT sepucuk surat yang dikatakan dihantar kepada Pengarah Hospital Taiping, Dr Mohd Yassim Abd Rahman kini berlegar di media sosial.
Surat bertarikh 30 Ogos ini dipercayai ditulis seorang suami bagi memaklumkan bahawa dia tidak mahu sebarang penglibatan doktor lelaki ketika proses melahirkan anak oleh isterinya.
Si suami turut menegaskan, sekiranya berlaku sebarang komplikasi yang memerlukan kepakaran doktor lelaki sekali pun, perbincangan dan keizinannya harus diperoleh terlebih dahulu.
Dari satu sudut, si suami ini sangat bagus kerana dia pasti seorang Islam yang mahu menjaga batas aurat isteri.
Sementara dari satu sisi lain, ia mengundang persoalan sama ada doktor wanita yang bertauliah menangani proses kelahiran di Malaysia sudah benar-benar cukup sekiranya setiap ibu bapa mahukan doktor wanita sahaja yang menyambut kelahiran anak mereka.
Biasanya, hospital swasta menawarkan kelebihan boleh memilih doktor yang dikehendaki untuk menyambut kelahiran bayi.
Justeru, mungkin ini sebabnya pengirim surat yang menggunakan nama Mohd Yazif Jamaludin menulis surat kepada pengarah hospital kerajaan tempat anaknya bakal dilahirkan.
Apa pun, didoakan Yazif dan isteri selamat menimang cahaya mata tanpa masalah dan permintaannya dipenuhi pihak hospital.
surat-dr-brsalin
********************

Allah...sangat respect pd suami begini. At least die dah sedaya upaya menulis surat kpd pihak tertentu.

Alhamdulillah.. en.hubby eda dah menjalankan tanggungjawap die ketika eda bersalin dulu. Kalau imbas balik memori mula2 kami dlm misi mencari OB, dah bermacam2 OB eda jumpa...

Yg pertama dulu di klinik Per**** Specialist. Eda terbaca dan bila tanya pendapat klinik di rumah eda, OB di sana mmg antara yang terbaik di johor. Tetapinya OB tuh lelaki..huhu... Itu kali pertama dan terakhir eda g. Memang hubby eda berat ati la nak suruh eda cek situ..

Kedua, kami pergi ke Hospital P**** P*****. Alhamdulillah doc perempuan....tetapi bila eda nak wat treatment, doc nak eda mkn pil perancang dalam masa setahun untuk stabilkn period dulu.. Allah..!! Eda tak pernah pregnant, jadi eda takut gak nk makan ubat perancang.. Takut nnt ganggu sistem horman bdn.. Itu yg eda baca dri artikel2 pakar luar negara la... Lagi pun harga di sana. Rasa macam tak berbaloi dengan masa doc luangkan time rawat eda. Just scan bawah sekejap je, eda x sempat nak tengok mane cis dlm ovary eda, pastu die ckp ok konpem pcos..huhu.... Untuk 1st appoinment dh cecah 800inggit...ni setahun..terus ati rasa x sedap nak teruskan treatment sane....

Jadi kami cari OB lain dan jumpa LPPKN. LPPKN half gomen half private. Dan yg pasti OB die perempuan..dan kalau bukan perempuan pun boley pilih nak doc perempuan!! Alhamdulillah....harga pun walopun mahal dari hosp gomen, Tapi agak murah la sikit dari hosp swasta... contoh dulu eda turun darah spjg pregnant, so kene makan duphaston tiap ari...Harga duphaston eda beli di LPPKN RM2.50 sebiji..di Columbia RM3..jadi ofkos eda beli di LPPKN walopun bape sen je murah, sbb bile didarab dapat la less RM15 sbln..

Bila dah pregnant dlm 5weeks eda dapat tahu columbia baru ade OB perempuan. Baru 3 bulan transfer dr HSI. Alhamdulillah..Eda dapat tgk, masa mula2 kami g wat followup di columbia, jarang de pesakit under doc ini. Even time eda bersalin, kakak sebelah cakap untunglah sbb die dtg2 cekup mula2 xde OB perempuan. Tapi sekarang ramai pesakit aspclly yg muslim wat followup under OB nih.. Alhamdulillah...Dan setakat selama 4 bulan eda checkup di sini, xpernah kene bayar lebih dari RM200. If scan dan servis doc shj baru RM70. kalau ade ubat baru seratus lebih..

Jadi lepas nih if preggy lagi, mungkin eda nak hubby pertimbangkan bersalin di gomen plak la...yela, eda rs semua tahu kn kelebihan bersalin di gomen hospital. Selain kita rs secured sbb doc di sini pasti akan buat shj rawatan yg diperlukan. Berbanding di swasta, kadang2 mereka perlu menjg nama dan prestasi hospital dlm kes2 tertentu...ermm....itu pendapat eda la ye..Peace no war ^_^

0 comments:

Post a Comment