Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Wednesday, February 20, 2013

Tahyul dalam Penyusuan Bayi (Breasfreeding)




==> Salah Faham #1 Tentang Penyusuan Di Dalam Pantang <==



Salah faham #1: Bayi kerap menangis, susu saya tak banyak, jadi saya terpaksa top up dengan formula..



Ibu - ibu yang dikasihi, ketahui lah, hakikat sebenar, saiz perut bayi semasa dalam pantang adalah sangat kecil. Hanya sebesar guli. Tubuh kita akan hasilkan susu berpadanan dengan size perut bayi sahaja.



Bayi kerap menangis bukan sebab kita tak cukup susu. Tapi ia menandakan susu kita sangat bagus. Susu ibu sangat mudah hadam. Bila mudah hadam, bayi akan mudah kenyang. Bila cepat kenyang, bayi akan mudah cepat lapar semula. Bila lapar semula, bayi akan meminta susu semula.



IA BUKAN BERMAKNA SUSU ANDA SEDIKIT



Semasa dalam pantang, adalah sangat bagus jika bayi kerap hisap susu. Lagi kerap bayi hisap susu, lagi bagus stimulation terhadap payudara untuk menghasilkan banyak dan banyak susu.



Pengalaman kakak eda sendiri semasa dalam pantang, bayi bayi lelaki menyusu setiap 15- 30 minit, tak kira siang atau malam. Lagi-lagi dia mengalami kuning (Jaundice). Kakak eda tak top-up langsung dengan formula milk. Tapi susu bertambah banyak. Walaupun bayi nampak tak kenyang di mata kasar kebanyakan orang, tapi bila pam, susu kakak sangat banyak sampai terpaksa dibuang. Kakak eda ketika itu tidak  membuat penyimpanan susu. Eda pun tidak pernah tanya, sebab eda kurang arif berkaitan susu. Yang eda tahu, ketika eda buang susu tersebut, masih banyak dan ada dalam kira-kira 5oz.!!! wow....



Fahami lah, bukan susu anda sedikit, tapi ia adalah kerana perut bayi kecil, maka tubuh kita akan hasilkan susu ikut size perut bayi. Kalau nak tambah kuantiti susu, kerapkan lah menyusu bayi. Lagi kerap lagi bagus. Lagi lama lagi bagus. Dan fahami lah, kalau nak tambah kuantiti susu, pastikan bayi anda hisap dengan kerap. Hisapan bayi adalah much much better dari pam yang kita beli.



Happy Breastfeeding! :)


0 comments:

Post a Comment