Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers Semoga Allah sentiasa bersama kami selamanya Lilypie - Personal pictureSmg Allah sentiasa bersama kami hingga ke syurga firdausi

Pages

Friday, February 1, 2013

Buku yg di idam2kn...Bile nk beli ni..


Antara buku yang den dok idam2 kn nak beli.. Dari tahun lepas lagi.. Percaya x?? Time tuh xpregnent lagi..hehehe..

Berikut eda ade copy dari satu laman blog Bangkit Kembali, berkaitan bertapa pentingnya mendidik anak mengikut cara islam, atau cara terbaik iaitu cara Rasulullah SAW..tapi buku yg mereka jual tidak seperti buku di atas.. Buku die lain sikit..

******************

Ath-Thabrani meriwayatkan daripada Ibnu Darda' ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Perumpamaan orang yang mempelajari ilmu pada waktu kecil adalah seperti memahat batu, sedangkan perumpamaan mempelajari ilmu ketika dewasa adalah seperti menulis di atas air". 

Ibnu 'Abidin dalam kitab Hassiyahnya menampilkan bebarapa bait sajak yang didendangkan niftaih kepada dirinya :

Sungguh aku telah lupa berkenaan dengan ilmu yang aku pelajari ketika dewasa
Namun aku tidak lupa berkenaan apa yang dipelajari ketika belia
Yang namanya ilmu itu dipelajari ketika muda
Sedangkan kesabaran ini adalah menyabarkan diriketika tua
Ilmu sesudah rambut beruban adalah tekanan
ketika itu hati sudah tumpul, begitu juga pendengaran dan penglihatan
Sekiranya perkara itu dibuka ketika masih muda.

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan secara marfu' : 

"Siapa yang mempelajari al-Quran ketika masih muda, maka al-Quran itu menyatu dengan daging dan darahnya. Dan siapa yang mempelajarinya ketika dewasa, ilmu itu akan lepas darinya dan tidak melekat pada dirinya, maka dia mendapatkannya pada hal dua kali". (Diriwayatkan oleh Baihaqi, Dailam dan Hakim).

Ibnu Abbas mengatakan: 

"Siapa yang membaca (hafaz) al-Quran sebelum dia baligh, maka dia termasuk orang yang diberikan hikmah ketika masih kecil."

Para sahabat dan tabi'in serta para ahli hadith menegaskan bahawa belajar pada waktu kecil itu memberikan pengaruh yang lebih besar terhadap perkembangan keilmuan anak. Di samping itu dapat juga melekat lebih kuat dalam ingatan anak-anak.

*****************

Anak merupakan amanah bagi kedua orang tuanya. Rasulullah SAW bersabda : "Setiap anak yang lahir sebenarnya dilahirkan atas fitrah. Kedua orang tuanyalah yang akan menjadikan mereka Yahudi, Majusi atau Nasrani.

Ya Allah kami mohon agar kami diberikan kekuatan untuk memandu anak-anak kami ke atas jalan yang benar.


0 comments:

Post a Comment